home
login::signup
we::blog

durianbelanda's weblog

ini jurnal aku...jurnal kehidupan, kehidupan aku yang tidak sama seperti kehidupan orang lain. kehidupan aku penuh onak duri dan ranjau...tapi aku percaya Allah itu Maha Berkuasa.....dalam kesedihan diselitkanNYa cahaya kegembiraan yang terlalu berharga.....

last modified Apr 6, 2004 at 20:55


Wednesday, April 28, 2004

Geram

Hishhhhh.....geramnya....ada pulak yang suruh aku buat newspaper clipping client.....ehh!!!!dah melampau punya kerani MGB......jika nak suruh aku, kau buat pulaklah report unit untuk Manager's Meeting nie.......aku nak tengok, jadi report ke, atau terus kerepot.........

103356 | posted by durianbelanda at 19:55 | 0 comments

Friday, April 23, 2004

Banyak yang ingin diluahkan.....

DB rasa banyak yang ingin DB curahkan rasa hati ini.....namun hari ini tak begitu sihat untuk terus mencoretkan luahan rasa bagi seorang yang perasa yang membuat orang sering terasa dan merasa.....

Rasa....
pelbagai rasa
yang boleh dirasa....

manis, masin, pahit, payau, tawar
semuanya adalah rasa....

rasa juga satu kehidupan
tiada rasa, tiadalah
kemanisan
kepahitan
dalam kehidupan.....

itulah lumrah
hidup berputar
memberi manusia ruang....
ruang untuk rasa, merasa dan terasa......

102472 | posted by durianbelanda at 3:23 | 0 comments

Wednesday, April 21, 2004

Kursus hari ke-2

Pagi ini, kursus aku bermula dengan susunan meja sewaktu mengadakan sesuatu majlis.....ada 4 susunan, panjang-panjang, panjang bulat, bulat-bulat dan bulat panjang......setiap satu ada makna........

kemudian, kedudukan atas stage, kat mana vvip duduk, wife vvip....
hari nie asyik jadi model, dipanggil ke depan....jadi vvip, jadi wife vvip.......kedudukan tetamu di bawah stage juga diperjelaskan....
...wife-wife, husband-wife, husband-husband, etc...

akhirnya, belajar tentang penggunaan segala peralatan di meja, sudu, pisau, garpu dan apa jua yang ada di atas meja itu.....belajar hari ini, esok praktikalnya...ini yang aku tunggu2......segala apa yang berlaku di dalam majlis tertakluk pada protokol......seronok....

teman-teman pejabat dah pe putrajaya convention centre..........
selamat bekerja teman-temanku....buat kakakku yang tersayang, kak atie ku, tahniah di atas kenaikan pangkat menjadi penolong pengurus....tahniah, bila nak belanja makan pulut kuning....hehehe..

102131 | posted by durianbelanda at 3:03 | 0 comments

Tuesday, April 20, 2004

Berkursus.....Protokol dan Etiket Sosial

Cikgu pengajar - Tuan Haji Mokthar Haji Tahir, freelance consultant.....tapi dia punya pengalaman dalam bidang protokol, wah!!!!!takjub, pernah jadi big boss kat JPM, INTAN, Istana dan banyak lagilah.....aku pun tak ingat.....

Kedatangan peserta - 18 orang semuanya sporting, best......walaupun kursus internal, ia tetap bagus.....

Makan - 3 kali (pagi, tengahari dan petang).....

Tempoh kursus - 9.00 pagi - 4.00 petang (tolak lah minum pagi, makan tengahari dan minum petang).....

Aku belajar apa?......

apa itu protokol, apa itu etiket.....jawapan cikgu senang, peraturan dan kesopanan.....segalanya berkaitan mengurus dan menghadiri majlis....kemudian masuklah topik, susunan keutamaan persekutuan dan negeri serta panggilan hormat....anugerah darjah kebesaran, gelaran dan yang seangkatan dengan itulah.....citarasa berpakaian, kesesuaian dalam pelbagai situasi atau majlis.....penggayaan diri, penampilan......

maka esok, aku akan menyambung kembali kursus protokol esok hingga khamis....apa2 ilmu nanti akan aku war-warkan....

teman-teman pejabat tengah bertungkus lumus untuk mesyuarat tergempar....mereka akan start station kat pcc esok...selamat out station teman-temanku....aku akan merindui kalian.....buat kakakku - kakak nesta milan......julung-julung kalinya aku tidak bersama dirimu....jangan kau rindu diriku...kerana di sisimu ada kak atie yang aku sayangi......selamat buat kakak ku...apa2 jangan lupa update diri aku yang sedang berkursus ini.....

sayang semua......

101898 | posted by durianbelanda at 3:24 | 1 comments

Monday, April 19, 2004

Minggu yang ‘terpaksa’…..

2 hari bercuti, bagai terasa penat, begitu penat semacam 48 jam aku bekerja……keseronokan, ada tapi hanya secebis cuma…..

Habis kerja pada hari Jumaat, aku terpaksa bermalam di Putrajaya, aku tak tahu kenapa aku kata ‘terpaksa’….walhal itu semacam tanggungjawab aku pada insan yang ingin erat dengan aku…….mungkin ambil masa lagi kot untuk mesra dan biasa…..

Sabtu terpaksa lagi untuk ke Bandar Tasik Puteri Rawang…..tak tahu lah bila boleh mendapat rehat yang cukup untuk badan yang kurang sihat ini…..dibawa ke sana sini…..kekadang rasa geram juga, masa rehat hujung minggu aku asyik terganggu dan diganggu…….

Ahad menjelma pula dengan kesuraman pagi, bila dipaksa lagi untuk tinggal lebih lama di Gombak…..jawapan aku ‘tidak’….aku nak balik ke rumah aku….banyak perkara nak diselesaikan terutama meng ‘iron’ baju kerja……ini paling aku suka, bila tiba hari minggu….menggosok untuk seminggu……dan bila kerja ini dah dibereskan, di malam hari-hari bekerja aku, aku dapat tidur awal seawal 10.00 p.m……yeepppiiii…….

Rumah ala-ala sendiri telah selamat dirobohkan, hanya untuk renovate bahagian depan dan dapur……kerja bersama teman-teman ketika susah dan senang……itulah nikmat mendapat teman yang sebaik mereka……terima kasih kawan…..

Pagi Isnin, jalan raya seperti kebiasaan, bertali arus…..di pejabat, suasana suram tiada keceriaan terpapar di muka setiap staf…..masing-masing meluat kerana tahu kap lam akan mula bekerja hari nie setelah sekian lama cuti…..bilalah orang nak pecat atau pangkah jawatan dia nie……itulah ada bos kap lam yang penindas dan menindas……

Aku pulak baru je kena marah dengan kap lam gara-gara kejadian last Friday (pasal si Temp marah makan kat office tu….)….ada pendengki yang membuat aduan, sibuk je cari publisiti murahan, dah tak de benda nak cakap pada kap lam, benda nie pun nak cerita…dasar dua-dua kap lam ler, boleh ngam…..lain kali ada cerita janganlah dibagi tau kat kap lam lelaki tua tu, jika tak abis diadu semuanya…..aku juga yang kena……

Esok hari gembira.....aku ada course protocol selama 3 hari....nielah masa untuk menambahkan ilmu dan berinteraksi dengan kawan-kawan sebangunan dan berlainan unit.....terlepas aku dari kap lam.....tapi kesian kawan-kawan aku terpaksa bertungkus lumus untuk event pada hari khamis nie.....event hari khamis tapi persiapan dah start hari ini......namun, aku tahu kawan-kawan aku semuanya berwibawa dan berada di bawah satu team dan sekepala....boleh goyah kedudukan kap lam jika kami bersatu...kap lam memang takut kami bersatu, itu pasal jika setiap event tugas kami dipecahkan.....dasar pendengki....kuang...kuang....kuang.......

Anyway, hari ini memang busy....semua orang busy.....tapi seronok semua member office ada.....

101649 | posted by durianbelanda at 3:17 | 1 comments

Friday, April 16, 2004

Perjalanan…..

Hidup ini adalah perjalanan…
Perjalanan yang memerlukan pada kesabaran…..
Kesabaran yang tak ternilai….

Perjalanan…..

Hidup ini adalah perjalanan….
Mulakan titik pertama….
Dakaplah bahagia…..

Perjalanan…..

Titilah setiap detik dan ketika….
Dalam mengapai perjalanan suci….
Bahagia dihati dan diberkati…..

Perjalanan….

Hidup ini adalah perjalanan….
Perjalanan yang pasti noktahnya….….
Di mana kita kembali padaNya…..
Bahagia? Atau merana?…….

Jalan, berjalan, perjalanan…….sabar, bersabar, kesabaran…….perjalanan bukan sesuatu yang boleh dianggap mudah dalam kehidupan…..perjalanan memerlukan kesabaran……kerana setiap insan….merentasi masa bukan hanya dalam satu arus…...ibarat kata…….macam roda, berpusing-pusing…….

Apa ada dalam kesabaran….terlalu banyak nikmat dalam kesabaran…cuma, adakah kita bersabar dalam mencapai tahap kesabaran para ambia’, para sahabat..…..ukuran sabar….infiniti…..countless…..sabar resapan di hati insan yang penuh keimanan…..

Adakah aku tergolong dalam orang-orang yang bersabar…..sabar aku, entahlah mungkin masih tipis menipis….senipis kulit bawang atau nipis lagi……memang mulut kata aku sabar…tapi di hati masih ada syak…sabar ke aku seperti kata bibir….hanya aku yang tahu….dan hanya aku yang dapat mengubah diri aku sendiri…..

Aku kena banyak bersabar….nikmat sabar terlalu berharga……..bersabarlah DB……..belajarlah bersabar dalam segalanya……Ingatlah DB, sebesar hama pun kita pancarkan sabar dihati kita….balasan nikmat Allah itu besar akannya……

101078 | posted by durianbelanda at 3:17 | 1 comments

Thursday, April 15, 2004

Remember friends....

"Do unto others what you want others to do unto you!"...

then remember.....

3 R's....

-respect for yourself
-respect for others
-responsibility for all your actions...............

------------------------------------------

Spoiling and boiling my mood…..

…..muzik skit…… temp, temp, temp……si temp…..

Si Temp GM dok panggil aku…..aku ingat apa hal yang penting sangat, yelah GM panggil……ingat ada problem agensi yang memerlukan bantuan staf pejabat aku….Lah, rupa-rupanya si Temp nie dok tegur, ‘awat makan kat table tengah-tengah ofis’…. 'awak jangan senyum-senyum, saya dok cakap benda serious nie, next time saya turun, hampa semua makan lagi kat situ, saya rampas semuanya...' eeleh, ugut.....Peduli apa kita orang, kita orang pun memang selalu makan kat situ…..ah! macam bagus….baru GM Temp, belum jadi PM pun……

Dia mesti bengang, mana tak aku nie jika orang marah, muka aku bukan tunjuk yang aku takut atau cuak....muka aku tetap bersahaja...macam senyum tapi tak.....sampai si Temp GM cakap apa.... 'awak jangan dok senyum, saya serious nie'....hahahaha....aku bukan macam dia.....tarik muka satu sen, orang ucap good morning pun tak berjawab...tak beretika as boss betullah.....who want to respect you?????? once you show your respect to others, others will respect you too....if not, get lost.......

Then, tak lama lepas tu, datang pulak staf kat ofis sebelah, katanya lepas aku keluar dari ofis diorang…..GM Temp boleh dok cakap ‘gertak sikit, biaq depa takut’, kemudian gelak-gelak……apa punya behaviour lah si GM Temp nie……Jika dia memang seorang yang berkelibar…..professional…..
he has to face all of us…..nie apa!!!!! Ikutkan raja haiwan ‘singa’ pun boleh jumpa semua anak buah dia kat hutan untuk sampaikan amanat….ini setakat panggil sorang, berlagak sombing……pieeeee daaaaaaa….no respect to this type of person or boss……

100986 | posted by durianbelanda at 20:09 | 1 comments

DB yang sedih….

Kesedihan melanda….sedih, sedih…..teringat akan arwah adik….semenjak dua menjak nie, asyik teringat dan rindu sangat kat arwah….mungkin juga kerana niat tak tertunai lagi untuk menziarahi pusara…..bilalah boleh ke pusara nie…..

Bila keadaan ini terjadi pada diri DB, segala memori lama kembali segar di kotak fikiran, hati dan di depan mata….bagai arwah masih ada di sisi DB berkongsi segala macam masalah dan cerita…..berkongsi sama tanggungjawab terhadap adik-adik yang lain….bagai ada pendorong di belakang DB untuk kuat menangani segala macam dugaan dan cabaran dalam kehidupan seharian….DB pinjam kata-kata mama, redha atas kehilangan arwah, Allah menyayangi arwah lebih dari kita keluarganya…..

Ya Allah!, aku mohon padaMu, tempatkanlah adik aku bersama-sama insan yang soleh dan solehah yang pergi terdahulu dari dirinya…..

Sesungguhnya, percayalah pada DB, setiap pengganti pada kehilangan insan yang kita sayang tak akan sama walau sebesar hama sekali pun…..dan DB sedar, segala kejadian ada hikmah disebaliknya…..Ujian Allah, beri kita peringatan dan DB tahu Allah sayang pada setiap makhlukNya……

----------------------------------------------------

Jam hilang!!!!oh! tidak…mana jam nie, semalam seingat aku lepas balik dari pasar, aku letak jam tu dekat kabinet dapur….hari nie bila cari, tak pulak ada di situ….ah!!!nie yang sedih nie….Jam kenangan pemberian teman baik pada Januari 1998, jam kesayangan, too much memories with that watch…..sedih…tragis…..

Sesungguhnya, jam yang dihadiahkan teman memiliki nilai yang tidak terhingga, jam ibarat kita mengingati dirinya setiap masa selagi kita bernafas dan selagi jam itu juga bernyawa…..kini hidup aku tak lengkap dengan ketiadaan jam itu……

Dan sesungguhnya, jika aku dapat pun pengganti bagi jam itu, 100 kali mahal pun, ia tetap tak sama dengan yang lama…..tidak…tidak….tidak……

DB sedih lagi, bila pagi nie, terdengar rakan pejabat menceritakan perihal anak-anak dia yang kesedihan dan kerinduan bila ibu ayah tidak lagi sehaluan…Nau’zubillah………sedihlah, DB yang kehilangan adik tersayang, merana kerinduan hingga sekarang….inikan pula bebudak usia 6 tahun, 4 tahun, 2, tahun, 6 bulan kehilangan belaian ibu….oh!!!tak sanggup untuk membayangkan penderitaan itu…tapi itulah hakikat yang menjadi pengajaran buat diri DB, agar berhati-hati dengan perhubungan……

sedih bertambah lagi, bila teringin nak makan nasi lemak dengan sebiji telur rebus tidak kesampaian.….sebelum ini, wujud je telur rebus di café, tapi tak semena-mena hari ini, yang ada hanya telur goreng…..apalah yang didengkikan sangat dengan DB, DB pun tak tahu…….hi!!!!!itu hakikatnya, sabar menerima walau kesedihan melanda……

bila dah start kerja, dapat panggilan dari Tabung Haji mengenai translation Annual Report….En. Razman, dispatch dah hantar salinan by hand semalam….awat tak terima lagi….sedihlah dengar, bila apa yang kita uruskan mendapat feedback yang tak menyenangkan….nanti DB tanya dispatch dia hantar kat tingkat 32 atau 33, manara TH……nak nangis pun tak boleh, kerja kena professional….tanya dispatch, rupanya dispatch baru hantar pagi nie…..double-double sedih DB coz salah dispatch sendiri…..

sedih…sedih…sedih, bila kat pejabat ada aksi-aksi penarikan muka dan perbalahan mulut…bak kata kerana mulut badan binasa dan hubungan renggang…..macam tu lah kat pejabat sejak 2 hari semalam…..DB pun speechless, tak tahu nak buat apa….yang sedih, DB jadi orang tengah untuk kedua-dua orang kakak yang DB hormat dan sayang…..mereka adalah insan yang banyak bantu DB sejak masuk kerja kat sini…..

extra sedih, bila masuk toilet sat nie, jumpa pulak tisu tak ber’flush’….depa nie kenapa ya…..masih tak reti nak tarik tali flush kot…….hai…..entahlah…..

itulah asam garam kehidupan, ada kesedihan, ada kegeraman, ada kesungulan tak kurang juga kegembiraan, keceriaan, kebahagiaan dan senyuman…..Yang pasti harapan agar esok lebih baik dari hari ini tetap lekat di sanubari……

100819 | posted by durianbelanda at 1:23 | 1 comments

Wednesday, April 14, 2004

DB sakit hati….

Semalam, balik je rumah dalam keadaan penat selepas merentasi kesesakan yang bertali arus, air paip pulak tak de….apalah PUAS nie, selalu sangat memutuskan sementara perkhidmatan bekalan air…..apa PUAS tak puas-puas lagi ke….teruk betul lah……

Hampir jam 8.00 malam, barulah air paip yang dinanti-nanti kunjung tiba…..ah!! apa air paip nie, karat sekarat karatnya……tunggu lagi…..makan masa ½ jam jugalah nak dapatkan air yang ala-ala jernih tapi tak……

Malam tadi juga, aku terima berita, mak ngah nak berebut rumah arwah tok aku yang kini dihuni oleh maksu aku……apalah, dah tua-tua pun nak berebut harta, bukannnya mak ngah aku tak de rumah…..rumah dah sebesar-besar yang ada…..tapi itulah, hati manusia bukan mudah nak diduga…..kadang-kadang punya lah ‘fluffy’ hati seseorang yang kita kenal, sekali ‘burst’…..ah!!! ledakan atom pun kalah……

Pagi nie, lagi sakit hati…..ada jugak orang yang tak reti guna toilet…..

Apalah manusia nie, dah guna toilet tu…flush lah, susah sangat ke nak flush tu…..budak kecil pun pandai, wei……nak kata dekat aras 5 pejabat aku nie, ada manusia yang tak sekolah, mustahil???? Rata-rata staf berjawatan eksekutif, technician, kerani, pengurus pun ada…..tapi siapa ya di antara mereka, yang tak reti nak flush…..payah-payah……
Takkan toilet pejabat nak kena tampal note kot….. “sila flush”….pandai guna, pandai lah juga membersihkannya……ah!!!!marahnya…..

Nie lagi sakit hati, boss aku yang tak reti business, not even think like businesswoman….
0% business minded……tak pernah nak fikir camna nak maintain good relationship with client…charge ribu-ribu ringgit, walhal nak translate cuma 1608 perkataan jer…jika dulu quotation cuma 0.15 sen untuk satu perkataan kini dah berbelit-belit kali ganda…dasar kap lam….tak sedar diuntung……

Bila client terminate service, katanya, babu macai tak reti jaga client, not even know how to communicate, no PR…ahhh!!!!sudahlah, alasan yang dah lapuk untuk dikatakan pada aku dan rakan-rakan sekerja aku yang lain…..kap lam…macam beruk dapat bunga…….
Nanti kita tengok, siapa yang tahu dan siapa yang tidak….

Yang nie DB tak sakit hati, nie kawan DB yang sakit, dapat salinan memo dari HRM menyatakan agar pihak jabatan komersil memantau hasil kerja beliau dan memberi skop kerja yang jelas agar pemantauan dapat dibuat dengan baik. Yang DB rasa tak patut adalah, skop kerja eksekutif jelas seperti apa yang telah dipersetujui oleh HRM tapi masalahnya sekarang bos kap lam nie, dia yang merojakkan skop kerja staf dalam unit aku…..eksekutif diarah buat kerja kerani, kerja pencuci…..memang kap lam pembelit dan membelit…..sama je…..

Tulah dunia, bila kap lam dah mula berkuasa di dalam unit dan di HRM…nie lah satu-satunya agensi di bawah kerajaan yang HRM dipegang oleh kap lam….aku tak tahu lah, apa akan jadi dengan agensi tempat aku kerja nie dalam setahun lagi….mungkin kap lam yang merubahkan pandangan mata……kuang…kuang…kuang……itupun Si Tem dan Chairman tak sedar, ambil juga HRM kap lam…gila!!!!!!

Dalam rasa sakit hati dari pagi…..DB amat berharap, agar perjalanan malam DB di rumah bersama yang tersayang dan mama serta keluarga menceriakan DB, InsyaAllah….

100698 | posted by durianbelanda at 18:14 | 0 comments

Tuesday, April 13, 2004

Cuti….

Hari ini, banyak pula cerita yang dicoretkan…yelah bercuti….

Cuti tahunan jumaat dan isnin…..berlalu dalam kepenatan….cuti-cuti malaysia, Kedah Darul Aman…..

Hijau Kuning……

Perjalanan santai 80 ke 90 km meter sejam pada Sabtu lepas amat memenatkan ditambah pula dengan cuaca yang panas dan keadaan badan yang tidak meyihatkan…namun, Alhamdulillah, segalanya teratur bagai dirancang……

Sesampai di kedah, aku terus ke SEMSAH, melawat adik sepupu, dan menumpang tidur di rumah cik Anne dekat Taman Kenari, Alor Setar…..Makan malam aku di gerai tepi jalan sebelah stadium….memalam buta tanya pakcik tu laksa…..tapi tak da….nak hilangkan mengidam laksa, aku order tomyam…..kira ok aaaa, tomyam kat gerai Alia tu….

Sebenarnya malam tu aku bertujuan untuk bersama yang tersayang di Ampang Jajar, ada Sambutan Pesta Air, di Ampang Jajar …..tapi pie sana, dok round 3 kali, parking penuh, dok pie, dok mai…tang tu jugak, aku pun balik ke rumah cik Anne…..sedih betul….telefon yang tersayang, dia pun sibuk dengan function…tak dilayannya aku nie, lagi sedih…..apapun demi tugas….

Pagi ahad, aku ke pekan rabu…..beli apa yang patut buat mama di kajang…..dan pagi Ahad nie jugaklah aku baru jumpa yang tersayang…..aku pun menyambung perjalanan ke menara alor setar, punya lah dahsyat…menara KL belum jejak, menara alor setar yang aku daki…..DB…DB…..

Untuk melepaskan gian nak tengok Ampang Jajar, aku dengan rasa jakunnya, meneropong ke arah ampang jajar, yang aku nampak, orang tengah buka stage….apapun, janji aku nampak ampang jajar……DB….DB……

Aku juga ke napoh (tak sure aku betul atau tak tpt nie- org kedah boleh tolong, mungkin)….makan laksa dan cendul pulut…wah!!!!not bad, bolehlah singgah lagi untuk makan cendul pulut tu……pie kedah, jangan tak cuba pekena joe cendul pulut……(promote)…..

Malam ahad tu juga aku kembali ke daerah sunyi dengan seribu satu kepenatan yang tak terungkap dan terucap….nak cakap bebanyak, takut kena penangan mama…nak tak nak, sakit tanggung sendiri ler…..

100325 | posted by durianbelanda at 2:57 | 0 comments

DB yang ku idam-idam….

Seronoknya aku, perjalanan ke Kedah membawa makna….aku telah ketemu durian belanda yang selama ini aku idam-idamkan di R&R Sg. Perak (punyalah jauh cari DB)….. ‘uncle, ini sebiji berapa?’, aku dengan segera bertanya, macamlah DB tu dah nak habis dijual…… ‘amoi, ini buah sekilo 5 linggit’….aku apa lagi memborong 3 biji DB yang perlu diperam…..sehingga ke hari ini, DB tu tak dapat juga nak dimakan, masih keras…….tak tahu sampai bila lagi perlu menunggu……..kuang…kuang…kuang…..

Dah jumpa DB, sekarang terasa nak makan rambutan pulak…..ada sesiapa tahu kat mana ada jual rambutan……jangan kata kat chow kit sebab aku tahu, tak de rambutan di chow kit….mana ya…..kat utara pun tak de rambutan…..aku serious cari rambutan untuk dimakan, ada pulak orang yang tunjukkan aku rambutan plastik perhiasaan tu…sakitnya hati aku…..tak pe, ini hari kita…nanti kena hari dia…dia tahu langit tu tinggi ke rendah……

Aku berharap, semoga masih ada waktu untuk aku terus mencari rambutan sebelum tiba bulan puasa akan datang….InsyaAllah……

100308 | posted by durianbelanda at 1:07 | 3 comments

Monday, April 12, 2004

KyK…..

Siapa sangka kancil yang tidak pernah keluar dari area KL dan Selangor, kini telah memecahkan rekodnya tersendiri….merentasi lebuhraya utara untuk ke Kedah Darul Aman…..Ah! bukannya pelik tapi itulah hakikat, tuan punya kancil tidak yakin akan kemampuan kancilnya…..Bila pada realiti, kancil itu sampai di destinasi, baru kemampuan si kecil diyakini….. Alhamdulillah, semoga sentiasa diberkati olehNya…..

Kini barulah yakin untuk berjalan menggunakan si kecil menyelusuri Pantai Timur pula….Apa pun si kecil perlu dibelai setiap sampai 5000 bacaan meter, jika tidak, nak ke KL pun tak lepas…..

100282 | posted by durianbelanda at 22:12 | 2 comments

Thursday, April 8, 2004

Corat-coret…..

Lambat sungguh tindakan aku untuk mencoretkan rasa hati dalam weblog nie….kiranya aku tahu ia dapat me`release`kan rasa gundah gulana aku…maka telah lama tercoret apa-apa yang tersirat dan tersurat…..

Namun ianya belum terlambat……akan tercoret segala apa yang aku rasa kini, kelak dan tak tahu sampai bila…….InsyaAllah………..

Terima kasih yang tak terhingga buat sahabat yang begitu dedikasi memaksa aku untuk mencoret apa yang terasa dan dirasa…….dialah yang memberi inspirasi dan sesungguhnya weblog dia juga adalah weblog favorite aku…….terima kasih sekali lagi, kakakku…..

Aku terharu kerana kau, tercoretnya nama durian belanda dalam danchan dan segalanya adalah langkah pertama dirimu…..kau yang mencoretkan headline bagi weblog aku…...

Terima kasih......

99483 | posted by durianbelanda at 3:39 | 1 comments

Wednesday, April 7, 2004

Gangguan….

Kenapa ya gangguan ini berlaku?….berlaku kat diri aku…..telefon setiap hari….seakan mengganggu-gugat perasaan….telefon lah pada yang lain….pada yang lain lebih erat ikatannya dari diri aku…aku hanya wujud di sisinya dua bulan yang lalu….memang aku ingin eratkan ikatan yang baru tersimpul ini, tapi bila setiap hari 2 atau 3 kali menelefon aku, mana tak aku rasa ‘fed up’….nak tanya khabar alasannya, cukup dengan sekali telefon, khabar dah terjawab……

Ajak ke rumah, makan malam????…penatlah badan, pagi keluar rumah mencari rezeki jam 6.45 pagi, balik jam 6.00 petang tapi dengan jalan yang sesak bertali arus, jam 7.45 pun tak tentu lagi dapat menjejaki rumahku syurgaku……..tunggu lah hujung minggu, bila aku ada masa untuk bersama…..itu pun tak boleh nak dipaksa-paksa…..semuanya perlu ikhlas…ikhlas dari hati nurani…baru ada pahala yang tersisip di sisi…..

Telefon…

Bila tak jawab telefon, pandai pula bertanya, kenapa susah nak angkat telefon….maka seribu satu alasan terpaksa dikeluarkan….namun itu bukan satu penipuan kerana alasan aku satu, bos kap lam aku tak tahu aku ada telefon genggam….dan aku tak mahu bos aku tahu aku ada telefon…maka bila di pejabat, aku rela ‘off’ kan atau ‘minimise’ kan volume telefon…..walau macamana telefon aku bergegar, bergetar akan aku diamkan sahaja….

Bila dah terlalu banyak sangat ‘missed call’…aku bukanlah orang yang rajin untuk membalas panggilan….biar orang yang ingin berbicara dengan aku menghubungi aku kembali….aku tidak mahu membiasakan…bila ‘missed call’ aku harus membalas panggilan itu……

Dan aku juga tidak mahu terganggu dengan panggilan orang sama di pejabatku…aku suka memutuskan talian telefon pejabatku, sehingga insan-insan yang tersayang berang dengan talian pejabat ku…..namun bagi client, mereka bijak, tak dapat hubungi talian terus ku, mereka menelefon talian am pejabat ku…..maka aku tidak bermasalah dengan itu…….

Bosan

Kini mungkin dia juga telah merasai apa yang aku rasa ‘fed up’….tak lagi kedengaran bunyi bising telefon genggam dari panggilan nombor yang kerap menghubungi aku…Alhamdulillah…..itu yang aku mahu…..maka aku dengan senang hati akan sendiri menelefon dirinya, bila masa aku inginkan…hanya satu panggilan dalam masa seminggu atau sebulan (belum tentu), hanya untuk bertanya khabar……sudah memadai bagi aku…

Berubah...

Aku bukan tak suka nak layan, sombong, angkuh atau apapun sikap mazmumah yang seangkatan dengannya….aku hormat dan patuh pada dirinya sebagai orang tua…..aku cuma inginkan ruang dan masa untuk mempelajari, membiasakan diri dan menerima suasana baru dalam hidup aku…..

Aku bukan insan yang mudah untuk berubah…bukan tak boleh berubah tapi perlu masa dan kesabaran untuk mengubah sesuatu yang dulunya menjadi kebiasaan diri aku, hanya perlu menyayangi insan-insan tersayang dalam diri aku…..dan kini untuk aku menyayangi orang yang dahulunya asing buat diri aku, aku perlukan masa….jika terlebih berkata sayang atau memberi sayang…kelak, aku takut tiada sayang yang tinggal untuk diri sendiri……

Maaf...

Maaf kan aku, jika apa yang aku lakukan selama ini pada insan yang terlalu erat padamu berkecil hati.....Aku juga ada perasaan, aku ingin kebahagian untuk diri aku dengan cara yang tersendiri tanpa ada campur tangan dari luar...susah senang aku dan dirimu, biarlah kita saja yang tahu dan berusaha.....

maaf, jika kau rasa aku ini pentingkan diri sendiri....namun dirimu perlu ingat dan peka, aku kini erat di sisimu...tanggungjawabmu....lindunganmu...
maka tunaikan dulu amanah Allah itu sebelum dirimu terlalu taksub untuk membantu yang lain....dan aku sedar tanggungjawabmu terhadap mereka berterusan sehingga ke akhir hayat mereka di dunia dan di akhirat kelak.....sesungguhnya aku tak menghalang tanggungjawabmu, namun fahamilah diri insan ini....

99213 | posted by durianbelanda at 0:04 | 0 comments

Tuesday, April 6, 2004

Durian Belanda

Durian belanda……ianya ada yg manis dan ada juga yg masam….begitulah hakikat kehidupan…berputar…..ada kala kita gembira, kita sedih, kita suka dan sebagainya…manis, masam, pahit, tawar…adalah acuan rasa yang kekadang kita juga tidak merasa yang kita rasa…..

Durian belanda……kenapa ya digelar begini rupa…..setahu aku bila sebut saje pasal durian, terlintas dibenak fikiran, durian itu tajam diluar, sedap dan beraroma di dalam….aku suka durian tapi ada juga yang benci akan durian…katanya sebab bau…entahlah rambut jer sama hitam tapi hati dan selera berbeza-beza………

Durian belanda atau nama glamornya Annona Muricata….merupakan favourite aku yang bercitarasa melayu….namanya ada perkataan belanda…tapi tak pulak ada kaitan dengan Dutch……jadi untuk menyelidiki hakikat kewujudan nama ini, aku akan cuba mencari di mana jua, moga kan kutemui jawapannya.....

Durian belanda, hingga kini ku masih mencari....di giant, jaya jusco, carrefour, chow kit, namun yang aku temui jawapan hampa....tiada musim....Moga sebelum tiba penghujung tahun ini atau lebih tepatnya November ini, aku perlu makan dan makan durian belanda.......

99205 | posted by durianbelanda at 22:18 | 0 comments