home
login::signup
we::blog

durianbelanda's weblog

ini jurnal aku...jurnal kehidupan, kehidupan aku yang tidak sama seperti kehidupan orang lain. kehidupan aku penuh onak duri dan ranjau...tapi aku percaya Allah itu Maha Berkuasa.....dalam kesedihan diselitkanNYa cahaya kegembiraan yang terlalu berharga.....

last modified Apr 6, 2004 at 20:55


Monday, May 31, 2004

MK’s Wedding Day….

Sebenarnya, aku tidak mengenali MK…dan aku juga tak pernah meminati untuk memutarkan radio RMKL sewaktu dalam perjalanan pergi atau balik dari tempat kerja….aku lebih berminat untuk memutarkan kaset2 yang ada dalam kancil ku…..

Tiba-tiba, bila telah berdua, yang tersayang rupanya peminat radio RMKL, setiap pagi mendengar sms dari ‘Sahabat RMKL’…..dan halwa telinga mula diisi dengan lagu ‘Selamat Pagi’…..dan ‘info traffic dari Balai Polis Trafik Jalan Bandar’…..bila dah mula mendengar, sehari tak dengar, rasa tak lengkap pagi…….

Dan dari sinilah, aku mula tahu yang MK adalah kawan yang tersayang…..sempat juga ke Seng Heng, beli hadiah buat MK….sampai rumah MK di selayang dalam pukul 1.15….meriah juga wedding MK, ada artis yang datang…..ada kumpulan umbrella, ameng spring, joe wing, ito blues geng, ali xpdc, herman tino dan mat2 rock yang aku kurang pasti dan tahu namanya……

Makanan….wah! sedaplah orang selayang nyer masakan kenduri…..ada ala-ala minang rasa rendangnya cuma kurang pedas……puashati…….

Namun, ada kejadian tragis sebelum dapat ke rumah MK….lagi beberapa langkah untuk sampai ke khemah, kaki aku tersadung papan penutup longkang….wah! malu tetap malu, tapi jerit tetap terjerit….terbit jugaklah airmata aku nie….mahu tak, sakit ooooooo……..jika aku jatuh lah, pasti aku ajak balik waktu tu juga….aku tak kira….

Balik dari rumah MK dalam pukul 3.00p.m, lama tu kat sana, yer lah, orang tersayang jumpa member-member lama……lepas hantar chot balik, kami terus ke Jusco…..nak membeli baju……ramainya kat Jusco, mana tak, ada sales…..ramai pun, redah jer lah…bila lagi nak keluar beli baju……wah! sakannya memilih, pilih jer…..ambik ke tak, kemudian kira……bila nak bayar, jeng….jeng….jeng…..kuang…kuang…kuang…..RM788.69…..wow….melampau terlampau……duit dalam wallet hanya ada RM540.00...Sebelum keluarkan cash, minta yang tersayang cover sikit……cuba tidak menggunakan card……Alhamdulillah, cukup pun……terima kasih kepada mama dan yang tersayang….membantu diri aku untuk cover bahagian yang tidak mencukupi……

Kak tie nyer point card jusco mesti dah beribu-ribu lemon…aku cuma membantu untuk tambah lagi jumlah point untuk dirinya…..ok aaaa, bantu kawan seehhh…….

Tired oooooo….anyway, puashati, akhirnya dapat membeli baju yang perlu aku pakai untuk 5 bulan yang akan datang…..cukuplah, blouse 3 pasang, seluar 3 pasang, gaun sepasang dan t-shirt 3 pasang……beli banyak2 nanti, membazir, mana tahu next 2 years, lagi banyak design baru yang keluar, sapa yang rugi, aku jugak…..

Alhamdulillah, dah settle part aku, nanti part yang tersayang pula…..dan kemudiannya lagi untuk yang teristimewa…..mungkin dalam bulan september atau oktober…..wah! time sales extravaganza tu…….

108358 | posted by durianbelanda at 2:13 | 0 comments

Sunday, May 30, 2004

Takjub….Kebesaran Ilahi…..

Alhamdulillah, segalanya dalam keadaan yang baik dan sejahtera……dalam diam tak diam….dah menjangkau 16 weeks…..alangkah takjubnya melihat keajaiban Ilahi mencipta insan di dunia ini…..boleh melopong dan terlopong aku dibuatnya….

Bila mula doktor panggil, aku cuak juga…..yer lah, dah hampir sebulan tak buat appointment dengan doktor……first experience, nak buat appointment pun tak reti…..at last dah masuk 16 weeks baru jumpa dengan doktor……Alhamdulillah, semuanya dalam keadaan baik…..

Doktor minta buat ujian darah….alahai….nie yang gerun nie…..aku dengan jarum picagari memang fobia…..bila nurse start inject, terasa sakit macam nak operation dulu….bila tengok darah pekat dah mula masuk, aku rasa rugi….yelah, bukan mudah nak menghasilkan darah merah….namun demi seorang insan yang istimewa buat diri aku, aku rela…….

Bila doktor Khamsiah mula scan, saat inilah yang terlalu berharga….aku dapat melihat akan dirinya…..segalanya telah terbentuk…..Alhamdulillah……degupan jantungnya, walau pun masih lemah, tapi aku nampak akan pantulan degup jantungnya…ah! terlalu besar sungguh keajaiban Ilahi……begitu banyak rasa yang aku alami….aku terharu, aku gembira, aku suka, aku tak tahu apa lagi yang perlu aku gambarkan…..tapi aku terlalu gembira, Alhamdulillah……anugerah yang terlalu berharga dari Allah untuk umatnya….

Beginilah rasa mama dahulu, menerima anugerah Ilahi yang terlalu besar ertinya……InsyaAllah, akan aku jaga kesihatan diri aku agar segalanya berada dalam situasi yang baik……

108325 | posted by durianbelanda at 21:16 | 0 comments

Friday, May 28, 2004

Gumbira……

Seronoknya bila dapat tahu kawan baik satu ‘u’ telah dilamar oleh seseorang yang menyayangi dirinya…..dulu memang aku dan dia ada plan nak buat majlis sama-sama kat dewan orang ramai cheras….namun, tak kesampaian…..Alhamdulillah, kini giliran dirinya untuk mempersiapkan segala urusan walimatul urus…..aku sedia membantu setakat apa yang aku termampu…..kawan jika tak tolong kawan, buat apa kita jadi kawan…….

Mama pun suka bila aku cerita pasal ayang….ukhwah yang terbina antara aku dan ayang, turut menjalinkan keakraban buat mama dan emak….itulah kelebihan mendapat kawan yang baik di kala suka dan duka….aku bersyukur……

Ah! Berbalik pada cerita ayang…..kemungkinan besar dia akan menyambut hari bahagia pada hujung tahun nie…..tapi dia kata pada aku, dia tak cukup duit nie….mana tak, awal tahun nie, dia berazam, jika tak de sesiapa yang meminang dia di antara januari hingga march, dia nak travel……so, dalam jangka waktu yang dia berikan, tak pulak si jejaka nie melamar dirinya…..maka dia teruskan plan dia nak travel ke Paris, London pada ogos nie….flight ticket dah ada, duit package travel dah bayar, duit belanja dah tersedia, cuma nak terbang je, belum lagi……Dalam excited nak travel, tup…tup….dia dilamar dan kemungkinan besar si jejaka hendak mengadakan majlis walimah pada hujung tahun nie….

Penin….penin…..nak cari duit untuk kahwin pulak…..nak cancel plan travel, nanti apa yang dah ada, hangus tak berguna…..so, sesungguhnya aku tahu, niat yang baik ini, pasti menemui kejayaan, asal berusaha dan berdoa…..aku doakan kawan baik aku yang sorang nie, berjaya dalam kedua-duanya…..InsyaAllah…..

Tak sabar nak menanti hujung tahun nie….double triple kegumbiraan yang InsyaAllah aku kecapi……

108081 | posted by durianbelanda at 4:10 | 0 comments

Thursday, May 27, 2004

Dari alam ke alam…..

Melepasi dari satu alam ke alam yang lain memang menakjubkan…..teringat aku sewaktu berada di alam kanak-kanak, aku membesar dengan segala kasih sayang, kemanjaan, kemesraan, senyum tawa…..di alam persekolahan, aku mula belajar berdikari…..papa kata, anak sulung, kena tahu segalanya, tak boleh harap orang, boleh buat, buat, tak boleh, minta pendapat……..memang aku anak kampung yang pertama bersekolah di pekan jauh dari kampung tempat tinggal aku…..namun, itu adalah langkah permulaan hidup aku di luar kepompong kampung……biar 1001 persoalan jiran2 ajukan, keluarkan…namun, papa tetap tegas membuat keputusan buat anak sulungnya…..

Dari satu tahap ke satu tahap hingga aku menjejakkan kaki ke IPTA, aku tak pernah berenggang dengan keluarga….sesungguhnya aku memang anak manja walau aku anak sulung…..jangan kata anak tunggal aje yang manja, aku nie pun manja hanya Allah yang tahu……alam kanak-kanak, persekolahan adalah alam yang begitu menyeronokkan….

Kini, di alam pekerjaan, cabaran dah lain……mendapat bos yang menganggap anak buah sebagai babu balaci memang ‘nightmare’, trauma…..nak naknya bos yang menganggap anak melayu seperti tidak tahu apa-apa dan diletakkan di bawah kasutnya…..ah!!!aku tahu dan akan aku berusaha membuat apa yang terbaik untuk diri aku dan organisasi yang aku naungi sekarang……

Begitu juga di alam solo dan di alam berdua….alam solo yang penuh tragik, dimalukan dalam penyebaran email yang tak berasas daripada orang yang tak percaya pada qada’ dan qadar Allah Ta’ala…..namun, aku bersyukur, di waktu aku masih sendiri, aku ada papa, mama, ibu, paksu dan adik2 di sisi…..begitu juga kak ct, kak maya dan kak ati serta ayang yang sering bersama kala suka dan duka……

Hari ini, kini, aku ada seseorang di sisi, selain daripada papa, mama, ibu, paksu dan adik2……namun, aku berasa hati dengan insan2 di pihak yang sana…..dari mula, aku dan keluarga di’treat’ as anak kampung dan keluarga kampung yang tak pernah keluar dari kepompong kampung…..aku dapat barang terpakai sebagai balasan…..aku di suruh mengenakan pakaian second hand untuk majlis aku dan aku bukan orang pilihan untuk memasuki keluarga itu……

Hidup aku dari tapak kaki aku sekecil dua jari mama sehingga sekarang, aku TAK PERNAH mendapat barang yang pernah orang pakai….malah, adik2 juga tak pernah dapat barang lama…….bukan nak bangga, tapi papa mama kata, mereka tak mau anak2 rasa apa yang mereka dah rasa dalam hidup mereka yang dulu…….JASA mama dan papa……..tak terbalas oleh aku dan adik2….betapa hebatnya ibu ayah kita……susah mereka tidak meminta, senang mereka tidak menunjuk sama……

Dan dari mula, aku sudah tawar dalam menerima apa jua treatment dari keluarga itu….susah aku, senang aku, aku dan keluarga tak pernah meminta….dan jangan pandang aku dan keluarga dengan pandang yang tak bermata…..jangan salahkan aku 100% bila aku tidak memenuhi hajat anda semua…..aku bukan kotak untuk dikemekkan, aku bukan batu untuk dibalingkan, aku bukan kertas untuk dikoyakkan…..aku adalah aku….anak mama dan papa……tegalnya hati aku, adalah hak aku……

Nak bersuara lelebih, nak paksa aku ikut telunjuk, aku minta maaf lah….aku anak mama dan papa…..susah senang aku, aku bersama mereka….mereka memelihara aku dari merah baby hingga dah nak jadi ibu, tiada berkisah…..aku bersyukur……

Kini aku bersyukur……walau hidup ini kekadang dilanda badai dan gelora….dihimpit pressure…..aku bersyukur, mama, papa, ibu, paksu dan adik2 sentiasa bersama di sisi….

Alhamdulillah…..

107958 | posted by durianbelanda at 2:57 | 1 comments

Wednesday, May 19, 2004

Dah Lama Dah.....

Dah lamanya tak mencoretkan sesuatu....bak kata kakakku 'hang tu memang hangat-hangat tahi ayam'......dah lama tak ber'story' mory morning glory......bukan tak rindu untuk mencoretkan apa yang ingin diluahkan tapi itulah 'tahap kemalasan yang tinggi'.....Nie, aku cerita sikit pasal Citrawarna....

Citrawarna kembali lagi menyemarakkan suasana tahun ini….jika dulu di Dataran Merdeka, kini beralih tempat dan arah….Stadium Nasional Bukit Jalil……Itulah asam garam, lain padang, lain belalang…..walau di mana pun tempatnya, bagi yang berminat, lebih2 lagi anak2 muda….mereka akan sanggup meredah kesesakan, kebingitan, kepadatan dan pelbagai ke…..dan an lagi……

wah!, ada hati pulak aku nie nak jadi PR Tourism…..mesti ada yang akan kata aku nie kroni org Tourism……hahaha…….memang pun…..sekadar memberi hebahan buat rakan-rakan, tak salah……

Seperti yang diwar-warkan, kali ini mungkin cabutan bertuah yang akan menarik seluruh warga Malaysia di sekitar Bukit Jalil atau kawasan yang sewaktu dengannya……dan ada juga karnival Citrawarna….

Seperti juga kawan2 opis aku nie…..beriya-iya nak pergi stadium….mana tahu, ada rezeki boleh menang Gen 2…..tak pun barang2 elektrik……aku juga sedia membantu…..adalah dapat tiket cabutan bertuah tu….bolehlah diberikan pada kawan2 yang berminat…..

Semalam bila dapat tiket dari orang tersayang, aku bertanya pada papa, jika boleh dia hantarkan aku dan adik2 ke Bukit Jalil…..jawapan pasti, tiada talian pujukan…… “ah!!!!minta maaflah papa nak hantar…..dah tahu dah, berapa ratus ribu orang yang ke stadium, tak sembahyang, berhimpit-himpitan, terkinja-kinjaan, raba meraba dan lain2nya”……bila dengar tu, aku dan adik2 terus senyap, mati diri….

Bila tanya orang tersayang, boleh jemput aku dan adik2 ke, dah dia pulak sibuk dengan tugasnya di Bukit Jalil…..yelah committee besar Citrawarna…..dia offer parking guess tapi nak jemput dari rumah ke stadium, dia awal2 minta maaf……apapun tunggu jumaat nie, mana tau boleh jumpa drebar berhemah sedia membantu……

Aku nie, cakap jer nak ke sana sini, tapi badan tak lah sihat mana…..baru bawa kereta waktu tengahari, aku dah colapse….. pening sepanjang hari……hahaha…apa nak kata, serombong kapal memang dah gitu jadinya…….

Siapa lagi nak diberikan toket Citrawarna nie…..ada 10 lagi tiket pada aku…..mana-mana geng weblog yang ingin dapatkan tiket, bolehlah bagi tau kamek…..kamek sedia menghulurkannya……

106744 | posted by durianbelanda at 3:59 | 1 comments