home
login::signup
we::blog

durianbelanda's weblog

ini jurnal aku...jurnal kehidupan, kehidupan aku yang tidak sama seperti kehidupan orang lain. kehidupan aku penuh onak duri dan ranjau...tapi aku percaya Allah itu Maha Berkuasa.....dalam kesedihan diselitkanNYa cahaya kegembiraan yang terlalu berharga.....

last modified Apr 6, 2004 at 20:55


Thursday, June 24, 2004

Telah lama menyepi.....

terasa juga di hati, bila singgah di blog seseorang, terbaca komen....rajin-rajinlah meng'update' atau rajin-rajinlah menulis......

sesungguhnya, aku telah jauh dari weblog aku sendiri......aku seakan lupa akan ia walau ia tetap terpahat di hati dan terniat di hati...aku akan menulis hari ini.....namun kekadang, bila start untuk menulis, sifat 'm' aku datang menerjah benak aku ini...aku terhenti......

apakah hari-hari yang aku lalui tidak seceria orang lain untuk dikongsikan atau terlalu pahit hingga tak terluah oleh hati....entah????aku tak pasti....adakah aku terlalu pasif dalam hidup ku.....atau aku sendiri tdak menceriakan hidup aku......

bila aku semak.....aku cuba untuk menjadikan hari ini lebih baik dari semalam.....hari ini lebih ceria dari semalam.....mengorak dan mencorak keadaan hari ini lebih gembira dari yang sebelumnya.......dan sesungguhnya, untuk esok, aku akan pastikan yang terbaik buat diri aku dan orang kesayangan aku.....

ceriakan hidupmu selalu DB selagi kau mampu untuk seceria insan yang lain...jangan redup seredup kuala lumpur dilanda jerebu ini.....

111212 | posted by durianbelanda at 3:42 | 1 comments

Wednesday, June 2, 2004

CCM

Esok mulalah pengembaraan aku, dia dan adik-adik ke Pulau Pinang..
Tempat yang selalu dia dan aku pergi tapi tidak adik-adik....aku suka bila adik2 gembira, aku gembira bila adik2 lagi gembira......

Selamat tinggal kak ct, adik akak cuti dua hari tau (khamis & jumaat)....mesti dia boring bersama-sama dengan kap lam......rileks ler kak tie dan kak ecah ada......

Oh! esok untuk sekian kalinya, aku akan melalui highway bukit lanjan.....tengok dan baca paper hari nie, macam takut jer nak lalu jalan tu....tak confident langsung......dari ada rasa syak di perjalanan, baik aku ikut jalan biasa,jln damansara......apapun, semuanya bergantung pada dia.....

hari nie mama masak nasi himpit kuah kacang untuk bekal pengembaraan hari esok....siapkan bekalan untuk anak-anak....punyalah beruntung aku dianugerahkan mama yang begitu menjaga kebajikan anak2....aku bersyukur.....Terima Kasih Mama, jasamu tidak terbalas oleh anakanda mu ini......

Papa juga, Terima Kasih ya.....meminjamkan kereta buat anak2......
aku malu jugak nak memandu kereta papa nie, dahlah eksoz kembar dengan bunyi yang masih boleh didengar walau kereta telah meluncur laju 1km ke depan.....radio dengan amplifier....berdentum-dentum bunyi.....wah! papa nie salute ler, masih berjiwa muda rupanya......

Aku bangga dan bertuah, ada mama dan papa yang begitu..........
waduh...waduh...sukar untuk aku gambarkan melalui kata-kata....
hanya hati aku yang dapat merasakannya.......

Buat ibu juga, Terima Kasih kerana menjaga kebajikan anak buahmu ini......macamana merajuk pun dengan ibu...pasti dia juga yang ku cari untuk bercerita.....ibu....ibu.....

Bercerita lagi tentang cuti-cuti malaysia.....sebenarnya tempat penginapan di penang, di sponsor oleh GM City Bayview.....Terima Kasih tauke......bertuah betullah......di sana, aku dan dia ingin membawa adik2 melawat....butterfly farm, tropical spice garden, kek lok si temple, acheen street mosque, museum komtar penang hill dan apa2 yang sempatlah.....hanya 3 hari 2 malam di Penang...takut tak sempat je, plan punya lah nak rak.....

tidak lupa, aku juga nak singgah rumah kakak officemate aku kat balik pulau dan rumah kawan aku kat 'u' dulu....dah hampir 3 tahun tak jumpa....rindu betul aku pada chombee sorang tu.....

ah! bukan adik-adik je yang tak sabar nak pergi, aku sendiri pun dah tak sabar nak bertemu hari esok.....

apapun, jumpa lagi next week kak ct dan yang lain2.....doakan perjalanan kami selamat, InsyaAllah......

108601 | posted by durianbelanda at 4:47 | 0 comments

Tuesday, June 1, 2004

Cuti Sekolah….

Bila datang cuti sekolah nie…..memang itu yang ditunggu-tunggu oleh adik2 aku……nak pie bercuti……bila dulu solo….senanglah si adik nak ajak kakak ke sana ke sini…kini, semua harus ikut protokolnya…..harus plan bersama, nak apply cuti, tempat yang ingin dilawati…..tol minyak…..makan minum….hotel……perlu juga tahu…tak kisah ker nak bawa adik kita bercuti atau ada itu dan ini disebaliknya…..

Ah! Macam2 kena fikir…..itulah hakikat penghijrahan dari kehidupan solo ke kehidupan bersama……tapi InsyaAllah, berbincang adalah penyelesaian yang baik bagi setiap perkara……

Setelah berdiskusi….aku dan dia ambil keputusan untuk membawa adik2 aku bercuti ke Penang…..ok lah, adik2 pun belum pernah ke Penang…..at least in between selangor and penang…..boleh juga bawa adik ke bukit merah lake town resort…..saje melawat kawasan…..

Kekadang, bila tengok keseronokkan adik2 untuk bercuti, membuatkan aku rasa terharu dan sedih……mana tak….dengan kakak lah, si adik2 dapat ke sana sini, memenuhi ruang masa yang terluang……jadi bila ada ketika, aku tidak dapat mencuri waktu untuk adik2, aku rasa bersalah…..bersalah kerana kekadang aku rasa aku pentingkan diri sendiri, lupa akan mereka dan macam2 lagi….

Adik2 pun ada bertanya, jika dah sampai penang, jika nak beli itu dan ini…..mesti susah. Mereka rasa abang mereka tak akan melayan kehendak mereka…..namun aku dah menjelaskan, cuti nie kakak yang akan host segala perbelanjaan, kecuali penginapan…..so, adik2 tak perlu risau akan apa yang mereka hendak makan dan beli…..

Sesungguhnya, dalam hidup berkeluarga, perlu bunuh sikap ‘berkira’ di kalangan adik2…..mereka lah yang kita ada di kala senang mahu pun susah…..aku cukup bertuah, ada adik2 yang……entahlah terlalu istimewa hubungan kekeluarga….sukar untuk dijelaskan dengan perkataan…..

108553 | posted by durianbelanda at 20:26 | 0 comments