|
Gangguan…. Kenapa ya gangguan ini berlaku?….berlaku kat diri aku…..telefon setiap hari….seakan mengganggu-gugat perasaan….telefon lah pada yang lain….pada yang lain lebih erat ikatannya dari diri aku…aku hanya wujud di sisinya dua bulan yang lalu….memang aku ingin eratkan ikatan yang baru tersimpul ini, tapi bila setiap hari 2 atau 3 kali menelefon aku, mana tak aku rasa ‘fed up’….nak tanya khabar alasannya, cukup dengan sekali telefon, khabar dah terjawab…… Ajak ke rumah, makan malam????…penatlah badan, pagi keluar rumah mencari rezeki jam 6.45 pagi, balik jam 6.00 petang tapi dengan jalan yang sesak bertali arus, jam 7.45 pun tak tentu lagi dapat menjejaki rumahku syurgaku……..tunggu lah hujung minggu, bila aku ada masa untuk bersama…..itu pun tak boleh nak dipaksa-paksa…..semuanya perlu ikhlas…ikhlas dari hati nurani…baru ada pahala yang tersisip di sisi….. Telefon… Bila tak jawab telefon, pandai pula bertanya, kenapa susah nak angkat telefon….maka seribu satu alasan terpaksa dikeluarkan….namun itu bukan satu penipuan kerana alasan aku satu, bos kap lam aku tak tahu aku ada telefon genggam….dan aku tak mahu bos aku tahu aku ada telefon…maka bila di pejabat, aku rela ‘off’ kan atau ‘minimise’ kan volume telefon…..walau macamana telefon aku bergegar, bergetar akan aku diamkan sahaja…. Bila dah terlalu banyak sangat ‘missed call’…aku bukanlah orang yang rajin untuk membalas panggilan….biar orang yang ingin berbicara dengan aku menghubungi aku kembali….aku tidak mahu membiasakan…bila ‘missed call’ aku harus membalas panggilan itu…… Dan aku juga tidak mahu terganggu dengan panggilan orang sama di pejabatku…aku suka memutuskan talian telefon pejabatku, sehingga insan-insan yang tersayang berang dengan talian pejabat ku…..namun bagi client, mereka bijak, tak dapat hubungi talian terus ku, mereka menelefon talian am pejabat ku…..maka aku tidak bermasalah dengan itu……. Bosan Kini mungkin dia juga telah merasai apa yang aku rasa ‘fed up’….tak lagi kedengaran bunyi bising telefon genggam dari panggilan nombor yang kerap menghubungi aku…Alhamdulillah…..itu yang aku mahu…..maka aku dengan senang hati akan sendiri menelefon dirinya, bila masa aku inginkan…hanya satu panggilan dalam masa seminggu atau sebulan (belum tentu), hanya untuk bertanya khabar……sudah memadai bagi aku… Berubah... Aku bukan tak suka nak layan, sombong, angkuh atau apapun sikap mazmumah yang seangkatan dengannya….aku hormat dan patuh pada dirinya sebagai orang tua…..aku cuma inginkan ruang dan masa untuk mempelajari, membiasakan diri dan menerima suasana baru dalam hidup aku….. Aku bukan insan yang mudah untuk berubah…bukan tak boleh berubah tapi perlu masa dan kesabaran untuk mengubah sesuatu yang dulunya menjadi kebiasaan diri aku, hanya perlu menyayangi insan-insan tersayang dalam diri aku…..dan kini untuk aku menyayangi orang yang dahulunya asing buat diri aku, aku perlukan masa….jika terlebih berkata sayang atau memberi sayang…kelak, aku takut tiada sayang yang tinggal untuk diri sendiri…… Maaf... Maaf kan aku, jika apa yang aku lakukan selama ini pada insan yang terlalu erat padamu berkecil hati.....Aku juga ada perasaan, aku ingin kebahagian untuk diri aku dengan cara yang tersendiri tanpa ada campur tangan dari luar...susah senang aku dan dirimu, biarlah kita saja yang tahu dan berusaha..... maaf, jika kau rasa aku ini pentingkan diri sendiri....namun dirimu perlu ingat dan peka, aku kini erat di sisimu...tanggungjawabmu....lindunganmu... maka tunaikan dulu amanah Allah itu sebelum dirimu terlalu taksub untuk membantu yang lain....dan aku sedar tanggungjawabmu terhadap mereka berterusan sehingga ke akhir hayat mereka di dunia dan di akhirat kelak.....sesungguhnya aku tak menghalang tanggungjawabmu, namun fahamilah diri insan ini....
last modified Apr 7, 2004 at 0:14
|