home
login::signup
we::blog
sofeanny
zareeda
Selendang
zz
adiema
Image hosted by Photobucket.com" width="10" height="1">

L i f e. H a s. i t's. O w n. M e a n i n g

"aku lebih cintakan kematian agar dapatku bertemu dengan Allah. aku cintakan kemiskinan ini adalah kerana aku dapat merendah diri.aku juga cintakan kesakitan agar dosa-dosaku terampun". [-ABU DARDA-]

last modified Apr 27, 2005 at 1:46


Tuesday, November 8, 2005

Blog rosak lagi...

yey!! dah rosak blog yg satu lagi.. uhuks.. uwaa..

149986 | posted by eett78my at 23:14 | 1 comments

Wednesday, December 15, 2004

TO SOFEA & ZZ

ahak.. saje je test.. ahaks.. leh berjalan & guna lagik blog nie upenyer... ahak hak hak... tak pe lah.. bleh view yg baru...

http://www.danchan.com/weblog/sitimas

131369 | posted by eett78my at 6:19 | 1 comments

Tuesday, December 14, 2004

TEST TEST

test again again....

131312 | posted by eett78my at 20:44 | 2 comments

Wednesday, October 6, 2004

Kerana - Erra Fazira

Kerana terlalu mempercayaimu
Kau istimewa dalam hidup ku
Kerna terlalu menghormati
Terkeliru pandangan mata hati
Kerana terlalu mengasihi
Akhirnya terluka aku sendiri

Aku sangkakan mengenalimu
Aku kenali hati budimu
Aku meyakini engkau luhur
Menyayangiku dengan jujur

Kiranya bagimu itu semua
Hanya satu lakonan, lakonan biasa
Tiada sedikit pun aku sedari
Dipersendakan oh selama ini

Aku sangkakan yang ku gila
Permata tulen yang berharga
Penilaian ku oh ternyata silap
Kau rupanya kaca tak berharga

Kau rupanya kaca tak berharga

-----------------------------------------------------------------

Phewww... lagu ni.. mengingatkan aku cerita silam.. humm.. sedih la.. bila terkenang balik.. esh esh rasa bodo.. sabar jer.. TAPI TU beberapa tahun yang lepas.. NOW! dah recover, SEMESTINYA.. aku bersyukur sebab berjaya mengawal perasaan.. rasa, aku ada cerita pasal 'dia' dalam blog lepas.. huhuhu.. apa pun, hidup ini penuh dengan kejutan.. bersyuukurrrrr n ingat padaNYA banyak2.. n perasaan tu will go away.. utk seorang rakan ku.. yang mengalami kejadian sebegini.. ermm i guess she's reading this.. tabahkan hati mu..

123259 | posted by eett78my at 1:04 | 0 comments

Jatuh Cinta Part II

Pasangan yang sama-sama memiliki kuasa tarikan yang sama kuat terhadap satu sama lain, akan berasa seolah-olah ada semacam 'cinta pandang pertama' dari awal perkenalan mereka. Tetapi satu hal yang sering terjadi, daya kuasa tarikan ini tidak kekal. Ada masa menurun dan ada masanya menaik. Kalau kita lebih menyintai seseorang, ini bermakna orang itu mempunyai daya kuasa tarikan yang kuat daripada kita. Dan begitu juga sebaliknya.

Ketidakseimbangan daya kuasa tarikan cinta boleh menyebabkan kita kehilangan cinta yang kita ingini. Pihak yang mempunyai daya tarikan rendah akan merasa dirinya sangat menyintai pasangannya. Manakala pihak yang merasa kuasa tarikannya tinggi akan merasa dia kurang menyintai pasangannya. Makanya di sini kiranya lelaki merasakan kuasa tarikannya rendah, dia akan berasa serba kekurangan. Dia berasa dirinya tidak tampan dan tidak sepadan dengan perempuan itu. Dia mula resah. Serba salah. Mula berasa takut dia akan kehilangan orang yang dikasihi. Dia juga berasa tidak mampu menandingi lelaki-lelaki lain. Dia menganggap dirinya serba kekurangan.

Dalam keadaan beginilah si lelaki mula berasa cintanya pada perempuan itu bertambah. Dia akan berusaha untuk membuktikan cintanya. Dia sedia melakukan apa saja asal si perempuan itu terus menyintainya. Kadang-kadang usaha yang dibuatnya secara terbuka sehingga dapat dilihat dengan jelas oleh orang lain. Si lelaki mahu sentiasa berada bersama si perempuan tersebut. Si lelaki mahu membuat itu dan ini bagi perempuan tersebut. Si lelaki takut jika dia tidak ada, akan berlaku perkara-perkara yang tidak diingini. Dia takut si perempuan digoda oleh lelaki lain.

Tindakannya ini membuatkan si perempuan mula berasa dirinya diikat, dikongkong dan dicemburui. Si perempuan mula berasa cinta si lelaki itu merimaskan. Menyesakkan. Malah dia mungkin bingung kerana tidak faham mengapa dia dicemburui sedangkan dia tidak ada apa-apa hubungan dengan lelaki lain. Dan bila keadaan ini berlaku, kemungkinan cinta si perempuan mulai berkurangan pada lelaki tersebut. Si perempuan kemungkinan berasa cinta yang membuak-buak daripada lelaki itu sesuatu yang tidak menghairahkan. Si perempuan kini berasa begitu yakin akan cinta si lelaki itu padanya. Keyakinan itu menyebabkan si perempuan menjadi sangat berkuasa dalam menentukan arah cinta mereka.

--------------------------------------------------------------------------------

' Jika kita bukan pelita yang mampu menerangi malam, memadailah kita menjadi kunang-kunang yang menemani di kegelapan '

123256 | posted by eett78my at 0:43 | 1 comments

Tuesday, October 5, 2004

Berhenti Berharap - So7

aku tak percaya lagi akan apa yg kau beri

aku terdampar disini tersudut menunggu mati

aku tak percaya lagi akan guna matahari

yang dulu mampu terangi sudut gelap hati ini

aku berhenti berharap dan menunggu datang gelap

sampai nanti suatu saat tak ada cinta kudapat

mengapa ada derita bila bahagia tercipta

mengapa ada sang hitam bila putih

menyenangkan...

reff::

aku pulaaaaaaaaaaaaaaaaang tanpa dendaaaaaaaaam

kuterimaaaaaaaaa kekalahankuuuuuuuu

aku pulaaaaaaaaaaang tanpa dendaaaaaaaaaaaam

kusalutkannnnnnn kemenanganmu

kau ajarkan aku bahagia kau ajarakan aku derita

kau tunjukan aku bahagia kau tunjukan aku derita

kau berikan aku bahagia kau berikan aku derita....

back to reff

-----------------------------------------------------------------

esh esh esh... sedih lagu ni... kadang kadang buat aku tersedar dari mimpi....

123247 | posted by eett78my at 23:21 | 0 comments

Itu Aku - So7

Ribuan hari aku menunggumu

Jutaan lagu tercipta untukmu

Apakah kau akan terus begini

masih addakah celah di hatimu

yang masih bisa tuk kusinggahi

cobalah aku kapan engkau mahu

tahukah lagu yang kau suka

tahukah bintang yang kau sapa

tahukah rumah yang kau tuju...

itu aku..

coba keluar di malam badai

nyanyikan lagu yang kau suka

maka kesejukan yang kau rasa

coba keluar di terik siang

ingatlah bintang kau sapa

maka kesejukan yang kau rasa

percayalah.. itu aku...

123245 | posted by eett78my at 23:17 | 0 comments

Bunga Angkasa - Terra Rossa


Indah sinar sang suria
Merdu irama sang bayu
Tiada seindah wajahmu
Tiada semerdu suara mu

Lembut bayu membelai
Merdu burung berlagu
Tiada selembut belaianmu
Tiada semerdu kau berlagu
Keindahan wajahmu jadi sumber ilhamku
Suara mu yang merdu menghiburkan hatiku

Bertambah cahaya hidupku
Kau janji bersumpah setia
Walaupun ribut melanda kan bersama

Selagi masih ada sinaran mentari
Selagi ada getar di jiwaku
Kan ku korban jiwa raga
Demi cinta untukmu bunga angkasa

---------------------------------------------------------------------------------

Naper eekk.. suka sangat lagu ni.. isk isk isk.. rasa syahduu je.. tenang pun ada jugak...

123203 | posted by eett78my at 20:24 | 1 comments

Cinta Lelaki

Cinta lelaki memang pelik dan aneh, tetapi juga unik. Ia pelik kerana hadir di jiwa seorang lelaki, yang sebelumnya keras, kasar dan kurang romantis; aneh apabila dia sudah lembut dan romantis mudah pula dia berasa sayu pilu dan sensitif hanya dengan kata-kata orang yang dicintainya. Semuanya ini melambangkan keunikan hati lelaki yang sukar difahami  adakalanya lunak tetapi selalunya keras dan kurang simpati. Lelaki tidak berupaya hidup tanpa wanita di sisinya tetapi tatkala sudah memperolehinya, jarang pula hendak menghargainya sepanjang usia. Lelaki yang benar-benar lelaki, adalah yang disenangi pasangannya, seorang wanita bernama kekasih mahupun sudah bergelar isteri. Kesungguhan cinta lelaki terpancar melalui :

Kesungguhan dalam melakukan sesuatu buat kekasih/isteri - tanpa sedikit keterpaksaan.

Semuanya dilakukan dengan rela, ceria dan penuh bahagia.

Dia berasa puas apabila dapat menghiburkan pasangannya.

Dia lebih banyak menasihati kerana dia amat menyayangi kekasih/isterinya.

Dia mencemburi kekasih/isteri - lantaran itu dia akan mengongkong kebebasan mereka. Konkongan semata-mata oleh perasaan sayang dan cemburu yg meluap-luap.

Dia akan kerap menyatakan ketakutan jika kehilangan kekasih/isteri.

Dia akan mudah merajuk dan sensitf apabila anda tidak menumpukan perhatian penuh terhadapnya. Kadang-kadang dia seperti anak kecil utk mendapatkan layanan yang terbaik dari pasangan.

Kerajinannya ketara, tergambar melalui kesungguhan melakukan apa saja asalkan dapat membahagiakan kekasih/isteri.

Mudah merajuk kerana mahukan kata-kata lembut daripada kekasih/isteri. Merasa lega bila pasangan memujuknya.

Dia akan gelisah apabila berjauhan dengan kekasih/isteri. Dia akan kerap menelefon dan menghantar SMS.

Dia akan kerap bertanya apakah kekasih/isterinya mencintainya.

Lelaki yang jujur dan cukup 'mabuk' dalam percintaanya pasti tidak akan melayan perempuan lain sewenang-wenangnya. Dia akan berasa berdosa berbuat begitu tanpa pengetahuan kekasih atau isterinya.

123190 | posted by eett78my at 19:16 | 0 comments

Jatuh Cinta Part I

Jatuh cinta, tiba-tiba sahaja membuatkan hidup berubah. Hidup tiba-tiba menjadi warna-warni. Cara berfikir, merasa dan melihat bertukar. Segala-galannya jadi indah. Nikmat dan menyeronokan.

Mengapa kita jatuh cinta?

Sebenarnya kesediaan untuk bercinta ada pada setiap orang. Keadaan ini berlaku apabila dalam diri kita berlaku dua dorongan:

( 1 ) kita mengalami perasaan inginkan cinta. Ertinya pada ketika itu kenikmatan hubungan yang bermakna tidak kita perolehi. Kita tidak bahagia dengan kehidupan pada waktu itu. Lalu jika ada insan yang menyintai kita, maka hasrat yang selama ini beku tiba-tiba sahja mengalir memenuhi keperluan-keperluan cinta kita.

( 2 ) untuk jatuh cinta kita haruslah bertemu dengan orang yang mampu memenuhi citarasa kita. Dalam hal ini sekiranya keperluan-keperluan asas kehidupan seperti kasih sayang, status, seks dan wang masih belum mencukupi, kita tidak cerewet untuk jatuh cinta. Tetapi bila semua itu sudah ada, kita akan memilih. Memilih mengikut keperluan-keperluan khusus yang kita kehendaki.

Dalam situasi kita memerlukan cinta, tiba-tiba bila muncul seseorang dalam hidup kita, emosi kita akan mengalami perubahan secara mendadak. Pelbagai perasaan dan nafsu yang kuat dan mendalam akan tertumpu pada orang itu. Hidup kita tiba-tiba menjadi seronok. Asyik. Tembok emosi kita pecah. Cinta mencurah-curah. Keperluan yang selama ini kita idamkan tiba-tiba mendesak agar dipenuhi. Lalu kita percaya orang yang kita cintai itu dapat memenuhi segala keinginan dan keperluan kita. Pada saat ini, kita seperti terhumban ke jurang yang maha dalam. Kita tidak mampu menahannya. Kita tiba-tiba sahaja gagal menguasai diri. Segala-galanya tertumpu pada insan yang kita cintai itu.

Entah mengapa! Entah mengapa kita tidak ketahui. Insan itu semacam mengoda-goda kita. Kita mabuk. Perasaan kita tidak dapat dikawal lagi. Fikiran dan perasan sering bertempur. Sengit. Tapi fikiran sering kali tertewas oleh perasaan. Kita jadi keliru. Gagal membezakan antara godaan dan cinta. Pada kita kedua-duanya sama. Kedua-duanya serupa. Akal fikiran kita tidak mampu menilai dan membezakannya.

Dalam percintaan, kebimbangan utama yang sering dialami ialah takut kehilangan cinta, atau takut tidak mendapat cinta sepenuhnya. Akibatnya lahirlah rasa cemburu. Kita mula kurang yakin dengan diri sendiri. Kita berasa semua tidak selamat. Kita berasa amat terancam sekali.

Memang kita tahu, orang yang kita cintai boleh meninggalkan kita bila-bila masa. Dia boleh mendapatkan orang lain yang lebih hebat daripada kita juga bila-bila masa. Sesungguhnya tiada pengalaman lain yang paling menyayat, pilu dan menyakitkan selain daripada pengalaman ditinggalkan oleh orang yang kita cintai begitu saja. Kepedihan itu boleh membunuh seluruh semangat kita meneruskan kehidupan ini. Kita bimbang perkara itu akan terjadi pada diri kita. Kita jadi serba salah. Tidak berdaya. Akibatnya kita semakin bergantung emosi padanya. Kita amat mengharapkan cintanya.

Jatuh cinta menjadikan kita seperti gila. Kita akan terlalu berhati-hati dan teliti membaca perasaan orang yang kita cintai. Kita tiba-tiba menjadi pakar penafsir percakapan dan gerak gerinya. Kita kerap tidak mempedulikan apa yang kita lihat dan dengar. Kita anggap itu fitnah. Tetapi bila cinta kita berakhir dengan kegagalan barulah kita sedar. Barulah kita dapat menerima hakikat, bahawa sejak awal-awal lagi sudah nampak tanda-tanda negatif tapi waktu itu kita tidak hiraukan. Kita dibutakan oleh cinta kita padanya.

Bila kita dilanda cinta, kita sering mengawasi perlakuan dan tindak-tanduk orang yang kita cintai. Kita sentiasa menghitung dan mencatat berapa lama dia tidak menelefon, bila kali terakhir dia datang, apa yang dia kata, apa yang dia buat dan pelbagai lagi. Kita menjadi lebih peka. Lebih tajam mengesan tanda-tanda samada dia semakin mencintai kita atau semakin menjauhkan diri dari kita. Semuanya kita perhati dan fikirkan.

Begitupun pandangan kita hanya lebih peka dan tajam kalau kita belum benar-benar menyerahkan hati kita kepadanya. Dalam keadaan yang belum lagi rapat, jika kita nampak ada tanda-tanda dia mahu mengundurkan diri, kita akan segera memutuskan hubungan itu supaya tidak terlalu kecewa. Kita boleh memujuk hati untuk menyatakan bukan dia yang meninggalkan kita. Tetapi bila cinta kita begitu mendalam dan nampak ada tanda-tanda dia akan mengundurkan diri, kita tidak akan cuba memutuskan hubungan itu. Malah kita akan menyintainya dengan lebih gila-gila lagi.

Dalam keadaan emosi yang begini, kita cuba sedaya upaya menguasai tindak-tanduk orang yang kita cintai. Pelbagai daya penarik kita gunakan. Kita mahu jadikan diri kita orang yang paling menarik, unggul dan anggun dimatanya. Kita melakukan bermacam-macam cara supaya kita kelihatan elok pada pandangannya. Cara menyikat rambut kita ubah. Fesyen pakaian kita ubah. Kaca mata, kasut dan apa saja kita akan ubah asalkan kita kelihatan amat sempurna dan menarik dimatanya.

Bukan setakat itu saja, malah kita akan memberi perhatian yang lebih dan mendalam apa yang dia suka dan kita tunjukkan padanya, kita suka apa yang dia suka. Kita berminat dengan kerjanya, hobinya dan apa saja kesukaannya. Dan pada masa ini semua warna diri kita kita tukar sesuai dengan warna kesukaannya. Kita berharap dia dapat melihat kita sebagai orang yang paling sesuai dan memenuhi keperluannya.

Pada masa ini juga kita akan cuba mengoda dan menambat hati orang yang kita cintai itu dengan cara menutup atau membuang perangai buruk yang ada pada diri kita. Kalau dulu kita malas berkemas, tiba-tiba kita jadi rajin berkemas. Kita pandai bergurau senda. Kita boleh ketawa. Mendengar masalahnya. Kita boleh bertolak ansur. Kita mudah menyetujui pandangan dan pendapatnya. Kita tidak banyak meminta daripadanya. Kita akan menjadi manusia yang tidak cerewet pada masa itu.

Kalau sebelumnya kita sangat berhati-hati berbelanja, tetapi bila jatuh cinta otak kita menjadi kelam-kabut. Urusan-urusan yang tidak mustahak dahulunya menjadi urusan besar. Yang dahulunya tidak penting kini menjadi amat penting. Dan yang penting kita perlu menarik minat orang yang kita cintai. Jadi bukan sesuatu yang aneh pada masa ini kita suka memberikan pelbagai pemberian berupa hadiah dan tanda mata. Pemberian itu bisanya pula berharga, romantik dan sentimental. Kita mengharapkan dengan pemberian itu dia membalasnya dengan memberikan cintanya pada kita. Kita menjadikan amat pemurah sekali. Tidak kedekut. Malah kita menjadi orang yang sangat budiman dan dermawan.

Kita lakukan semua itu agar cinta kita terjamin. Kita tidak dikecewakan. Orang yang kita cintai tidak lari begitu saja. Tidak meninggalkan kita. Kita sedaya upaya cuba membuat dia terpukau oleh sifat-sifat palsu kita. Pada kita, usaha dan tipu daya yang kita lakukan adalah sesuatu yang normal dan perlu dilakukan. Kepalsuan dan kepura-puraan kita itu adalah usaha untuk menakluki hati dan perasaan orang yang kita cintai. Dan setelah kita yakin cintanya berjaya kita tawan dan kuasai kita akan kembali siuman. Normal seperti biasa.

Kuasa! Dalam hidup ini, kita mahukan kuasa. Cuma kita tidak mahu mengakuinya. Ini termasuklah dalam soal-soal percintaan. Tapi kita menafikannya kerana perilaku itu dianggap negatif. Sebenarnya keinginan berkuasa dan cinta adalah perkara biasa. Secara normal biasanya kita lakukan dengan perkara-perkara positif seperti dedikasi dan layanan yang baik. Tapi adakalanya usaha yang kita lakukan begitu negatif. Kita sanggup melakukan ancaman dan menggunakan bomoh untuk mendapatkan cinta itu.

Apabila kita menggunakan cara-cara negatif kita sebenarnya berusaha menguasai pasangan kita. Sebalinya apabila kita menggunakan perkara-perkara positif kita sebenarnya cuba menguasai faktor-faktor emosi yang ujud disekeliling kita untuk memenuhi keperluan-keperluan kita dengan sebanyak-banyaknya. Kita cuba memikat hati pasangan kita seerat-eratnya agar dengan demikian kehadiran dirinya melengkapkan lagi kehadiran diri kita.

Dalam diri manusia ini ada perkara-perkara yang disukai dan dibenci. Pengalaman hidup mengajar kita tentang itu. Kita juga tahu orang yang bagaimana kita perlukan untuk memenuhi keinginan lahir batin kita. Kerana itu kita mula belajar mengasuh diri. Kita ingin memiliki sifat-sifat sesempurna mungkin seperti penampilan yang menarik, kebijaksanaan, pengetahuan, berjaya dalam bidang pekerjaan, bakat dan keseksian.

Dalam hal ini penampilan amat penting. Faktor penampilan menjadi faktor terkuat untuk membuat seseorang tertarik pada kita. Adanya faktor ini membuatkan kita yakin pada diri sendiri untuk menarik perhatian orang sekeliling kita. Kajian menunjukan kejelitaan atau ketampanan penting pada peringkat awal perkenalan. Dan selepas itu baru faktor-faktor lain yang disebut tadi menjadi penting. Bagaimanapun faktor penampilan sebenarnya tidak berjaya mengekalkan cinta itu. Ia bersifat sementara. Cinta yang berpanjangan ditentukan oleh ciri-ciri positif keperibadian kita seperti kemesraan, keghairahan hidup, simpati, kesopanan, kejujuran, kepintaran, keyakinan diri dan kreativiti. Inilah ciri-ciri yang dapat meninggi atau merendahkan daya kuasa diri untuk memikat orang yang kita kasihi.

123188 | posted by eett78my at 19:14 | 0 comments

Thursday, September 30, 2004

S P A C E, UTM

Ulpppss.. tertelan air liur.. tak sangka dah kena panggil utk interview tis sunday... uwaaaaaaaaaa.... mudah2an dapat... amin.. tapi rasa, cammmm tak dak harapan je.. :(

Boringgggggggg, boringnyaaaaaa.. eee.. saba jer la... uhuk.. sib baik shidah cuti.. so, gi ngan dia ke KL.. adik terkandas kat KL.. sebab tadak tiket bass.. ampehh..nak kena gi ke.. alaaa...

Anyway.. i'll try my best. Bismillah Hitawakkal Tu A'la allah... insya allahhh... dgn IZIN NYa... amin..

122713 | posted by eett78my at 21:16 | 0 comments

: Untuk Renungan .. :

Apabila engkau bersabar akan timbul kekuatan dalam dirimu dan engkau pun peroleh pahala tapi apabila engkau berkeluh kesah akan timbul kelemahanmu dan engkau pun diancam seksa = Al-Asy`ats bin Qais =-

Takwa seorang mukmin itu ada tiga perkara : Bagus tawakalnya pada apa yang tidak dicapainya, bagus redhanya pada apa yang dicapainya dan bagus sabarnya pada apa yang telah hilang daripadany= Nabi Daud a.s =-

Suatu bangsa itu akan dapat bertahan selama mereka masih memiliki akhlak,mereka akan hancur habis-habisan apabila akhlak mereka telah rosak = Sauki Bey =-

Saya rela dibahagikan oleh Allah ilmu dan harta untuk musuh kerana sesungguhnya harta akan binasa dalam waktu yang dekat, sedangkan ilmu tidak akan hilang - Ali bin Abi Talib.........

122709 | posted by eett78my at 20:54 | 0 comments

Tuesday, September 28, 2004

Manfaat Surah Yassin

Manfaat Surah Yassin

"Manfaat Surah Yassin" : RASULULLAH SAW telah bersabda yang bermaksud:

"Bacalah surah Yassin karena ia mengandung keberkatan", yaitu:

1. Apabila orang lapar membaca surah Yassin, ia boleh menjadi kenyang.
2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.
3. Jika orang belum berkawin akan mendapat jodoh.
4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
5. Jika terpenjara akan dibebaskan.
6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.
7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.
8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.
9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
10.Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar dari pada penyakitnya.
11.Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati Al-Quran itu ialah Yassin. Barang siapa membaca surah Yassin, niscaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.
12.Sabda Rasulullah s.a.w lagi, "Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari,turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya".
13.Malaikat Maut tidak mau memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yassin sehingga datang Malaikat Ridwan dari syurga membawa minuman untuknya.Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.
14.Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya: "Siapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yassin dan rakaat kedua Tabaroka, Allah jadikan setiap huruf cahaya dihadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya ditangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya, tetapi barang siapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik

122442 | posted by eett78my at 2:44 | 0 comments

Monday, September 27, 2004

Dear Blog

Penatian menuntut satu kesabaran , perpisahan menuntut satu pengorbanan

122399 | posted by eett78my at 20:01 | 0 comments

15 pintu syaitan yang ada didalam diri kita

- pintu marah
- cinta dunia
- kebodohan (keengganan menghadiri majlis ilmu)
- panjang angan-angan
- rakus
- bakhil
- suka pada pujian
- riak
- ujub (merasa kagum)
- takut dan gelisah
- buruk sangka
- memandang rendah pada orang lain
- merasa suka pada dosa
- merasa aman daripada pembalasan "ALLAH"
- putus asa daripada rahmat "ALLAH"

15 Senjata Menghalang Syaitan

- Membaca Bismillah (menjadi kunci pada perbuatan baik)
- Banyakkan berzikir
- Banyakan Beris! tigfar
- Baca "la i' la ha illa anta subha naka inni kuntu minaz zoli min"
- Jangan tidur berseorangan
- Baca doa pagi dan petang
- Bersugi
- Melaksanakan solat jemaah
- Berwudhuk sebelum tidur
- menutup aurat
- Membaca doa masuk tandas.
- Banyak berselawat pada hati
- Bertaubat, beristighfar
- Banyakan baca Al-Quran
- Membaca surah Yassin setiap pagi

Rumah yang Tidak Dimasuki syaitan

- Rumah yang bersih
- Penghuni membaca "Bismillah" ketika memasuki rumah
- Sentiasa berzikir (ahli rumah menegakkan solat)
- Penghuninya jujur dan memenuhi janji
- Penghuninya memakan makanan yang halal (dan cara mendapatkannya
halal)

- Penghuninya mengekalkan silaturahim (sentiasa mesra)
- Rumah yang penghuninya berbakti kepada Ibu Bapa

weih, cramp tangan wei........adeih...sejuknyer!!
ok chowwwwwwww...pstttttt...esok dapat gaji!! yeh yeh yeh!! eribaaaa andre andre!!

122312 | posted by eett78my at 3:04 | 0 comments

Dear Blog

Aaalahai.. lupa nak citer.. Olen hilang ma.. Olen ni kemba Simba.. Kak Aznee amik Olen sebab dia betina.. aku lak nak jantan, so konon Kak Aznee nak mambanyakkan baka kucing parsi.. tapi, mmg dia dapat pon baka nya.. Olen + Par-C.. dapat 2 eko baka ya allah comei gile.. gebuu lebat bulu dia.. warna puteh ngan kelabu gelap cam Par-c..humm.. Semalam Olen hilang ma.. sian kak aznee..tak betah duduk.. humm..sedih je dia.. dah la semalam hujan.. aku pon turut simpati... mudah2annn Olen jumpa jalan balik...

122303 | posted by eett78my at 2:22 | 0 comments

Dear Blog

Ermmmm... ngantuk nyer, asyik ngantuk je... allah.. penat.. penat oiii.. apa yang penat pon aku tatau.. hua hua hua..

Agaknya awal bangun pagi tadi kot..mama dah kejut, makan sahur.. ecewah.. jarang bangun makan sebenarnya..aku posa ma ari ni.. aaaaaaaaa.. bukan puasa ganti ek.. posa sajer sajer je.. keh keh keh.. tuh kot letis sket.. MIMI buat hal tadi.. masa nak bertolak.. dia plak ilang.. ampeh tol.. penat panggey, dia tak nyahut pon.. dah tu.. cakap kat mama, tinggai je la dia.. dah la lambat.. masa nak naik keta.. hu hu hu.. dia turun dari grill pintu, dia panjat sampai atas bumbung upernyer... eee.. tau plak tu org nak balik tu.. masa masuk keta.. manja bukan main... tuh tau dia salah la.. eee.. sayang nye mimi nie.. pandai pujuk.. amik hati aku balik.. dia panjat.. cium cium aku.. eeeshk.. saba je la.. dah tu, sepanjang perjalanan tido kat riba aku.. tapi, rasanya.. sure tanak ikut aku balik tu, dah simba ngan cd ada.. dah rapat dah depa tu.. tapi, ni pisahkan balik.. ahhh... minggu depan bawak balik lagi lahhh.. takkan demam rindu kot si mimi.. si simba ngan si CD tu.. rite.. hummm..apa ponnnnnnnnnnn.. letihnyaaaaaaaaa ari ni... !!!

on YM!! ada eeda.. n kawan2 lain... chats lorrrrrr.. pe lagi.. dengan eeda.. bincang skit pasal isi novel ma.. tu je.. opss... dia ada tanya pasai badak.... alahai.. siannya.. tapi, eeda silap org la kalau dia tanya badak kat aku.... hehe.. sebab aku bukan contact badak sangat pon..paling latest pon ari jumaat lepas kot.. tuh pon aku call studio ma, tu je la.. pasni.. jgn arap le.. dah ha hp aku pon ilang.. hp ilanggg!! ala.. lupa aku nak citer... bengong tol sapa amik hp aku ttttttuu, tak halal la... isk isk iskk...

citer pasal keje..pecaya tak... aku daahhhhhhhhhhhhhhhhh siapkann!! skang ni boredddddddddddddd!! hua hau hua...

122291 | posted by eett78my at 1:11 | 0 comments

:: Jangan Marah na.. ::

Marah itu sebenarnya ialah api yang bersumberkan dari api Allah yang menyala berkobar2 serta menjulang tinggi sampai naik ke ulu hati. Marah itu ditimbulkan oleh sifat bongkak yang terpendam dalam kalbu setiap orang sebagaimana terpancarnya api dari batu yang dipukulkan pada besi.

Menurut peyelidikan, dikatakan bahawa manusia itu adakalanya urat sarafnya ditarik oleh syaitan ketika marah. Oleh sebab itulah, barangsiapa yang dapat dipengaruhi oleh api kemarahan, maka bererti eratlah hubungannya dengan syaitan.

Menurut satu riwayat bahawa pada suatu hari datanglah seorang laki2 kepada Rasulullah s.a.w, kemudian berkata: " Ya Rasulullah, berilah saya perintah untuk mengerjakan suatu amalan yang baik, tetapi saya harap yang sedikit saja. " Lalu baginda pun bersabda yang bermaksud "Janganlah Engkau marah " Orang itu bertanya lagi..tetapi baginda tetap berkata.."janganlah engkau marah'...sebanyak tiga kali.jelaslah di sini...menahan api kemarahan tu amatlah dituntut dalam islam.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud... "orang yang paling gagah perkasa diantara kamu semua ialah orang yang dapat mengalahkan nafsunya diwaktu marah dan orang yang bersabar diantara kamu semua ialah orang yang suka memaafkan kesalahan orang lain padahal ia berkuasa untuk membalasnya"
(Riwayat Ibnu Abiduyya dan Baihaqi)

Kita perlulah sedar bahawa setiap manusia itu tidaklah sama dalam menangani sifat marah ni.. Dalam menghadapi kemarahan tu..
ada 3 jenis golongan..

Golongan pertama: Tafrith (acuh tak acuh atau hilang kemarahannya)

Golongan kedua : Ifrath (berlebih-lebihan marahnya)

Golongan ketiga : I'tidal (mampu mengendalikan kemarahannya)

Yang terbaik ialah yang ketiga iaitu pertengahan
daripada yang 1 dan 2. Bermaksud marah itu boleh sebagaimana sepatutnya dan setiasa di dalam kawalan dan mengikut landasan yang Allah swt
tetapkan.

Tafrith tu..sifat yang tak marah langsung..dikatakan org yang tergolong dalam ni..tidak mempunyai sifat hamiyyah (pembelaan). Ia tidak ingin mempertahankan
Agamanya .. kehormatan diri... isteri/suami..keluarga..bangsa dan negara...

Ifrath ialah sifat marah yang berlebih-lebihan. Suka sangat marah2 orang, tak boleh kawal..mereka yang tergolong dalam golongan ini sentiasa mengikut kehendak marahnya (ikut hati) .. kalau kita marah, dapat dilihat perubahan fizikal pada warna muka dan mata. Ada yang mengertap gigi.. kepal penumbuk.. menggeletar..kembang kempis hidungnya.. betapa buruknya wajah kita bila kita marah. Kalaulah masa kita marah tu..cermin ada dihadapan mesti kita akan rasa malu..
"eee. .teruknya muka aku bila marah!"..
Benarlah sebagaimana firman Allah yang bermaksud:
"Bersegeralah menuju keampunan daripada Tuhanmu serta syurga yang luasnya seluruh lagit dan bumi yang disediakan untuk orang2 yang bertaqwa. iaitu orang yang membelanjakan hartanya diwaktu hartanya cukup dan juga kurang serta orang2 yang suka menahan kemarahannya dan gemar pula memaafkan kesalahan para manusia dan Allah itu mencintai orang2 yang berbuat kebaikan"

(Al Imran 133-134)

Wallahua'lam.

122284 | posted by eett78my at 0:31 | 0 comments

Friday, September 24, 2004

Dear Blog

Aergh... mengantuk nyer... ngantuk giler nie... asyik menguap jer.. pagi tadi ada kuliah agama... aper tajuk dia eks.. "Budaya Kerja Yang Positif" ahaks.. aku awal lagi pi amik tempat duduk blakang sekali, ingat kot sempat la nak lelap2 sat... tapi ustaz tu buat lawak pulak.. tak jadik nak lelap.. aku plak kuat gelak.. iskk.. intresting ma.. banyak yang perlu aku betul kan.. isk isk isk..

Ustaz tu cakap takrif kebaikan dalam perspektif Islam... ustaz tu kata.. ada org cakap.. "tak tentu org yang pakai tudung tu baik, dan tak semestinya org yang tak bertudung tu jahat" ee.. ni... ayat ni nak memesongkan kita.. even betul kenyataan tuh... tapi ustaz tu terangkan la.. tu ayat yahudi tu.. aku pon telan je la ayaq liuq.. ulps..

Ustaz tu cakap.. kita boleh cakap orang ni kategori BAIK.. kalau perbuatan dia yang merangkumi segala amal soleh.. termasuk sahsiah kita pun perlu baik gak.. kira semua lah.. baruuuu kita dikategorikan kita ni baik... kalau kita ni kuat semayang.. tapi ada dusta.. tipu.. menipu.. ewah.. tu bukan kategori baik tu..

Humm.. tuh ah.. kita ni manusia, so tak leh nak judge org tu macam mana.. hanya ALLAH AWT je yang mengetahui... moga hidup aku sekeluarga.. dan semua umat Islam diberkati.. aminnn...

122149 | posted by eett78my at 22:59 | 0 comments

Heart - Britney Spears

Heart, I know I’ve been hard on you
I’m sorry for the things I’ve put you through
Before you start to break on me or ask for sympathy
I need to make you see

Oh, heart, I’m not sure it’s been long enough
To say that what I feel is really love
There’s just one way to learn, sometimes we’ll get hurt
And right now it’s our turn

Give it time, help me through
Heart, we can do this together
You’re my strength, you’re my soul
I need you now more than ever

Heart, all the hurt will soon be gone
If you’ll, if you’ll just keep on being strong
You will always be my friend, so keep on hangin' in
And we’ll find love again

Give it time (Give it time), help me through (Help me through)
Heart, we can do this together
You’re my strength (You’re my strength), you’re my soul
I need you now more than ever

Heart, I know I’ve been hard on you
I’m sorry for the things I put you through
Please don’t you break on me, I need to make you see
It wasn’t meant to be

‘Cause you will always be my friend, so keep on hangin' in
And we’ll find love again

122078 | posted by eett78my at 10:54 | 0 comments

"Vulnerable" - Roxette

Everywhere I look I see her smile
Her absent-minded eyes
And she has kept me wondering for so long
How this thing could go wrong.

It seems to me that we are both the same
Playing the same game
But as darkness falls this true love falls apart
Into a riddle of her heart.

She's so vulnerable, like china in my hands
She's so vulnerable and I don't understand
I could never hurt the one I love
She's all I've got
But she's so vulnerable
Oh so vulnerable.

Days like these no one should be alone
No heart should hide away
Her touch is gently conquering my mind
There's nothing words can say.

She's coloured all the secrets of my soul
I've whispered all my dreams
But just as nighttime falls this vision falls apart
Into a riddle of her heart, yea.

She's so vulnerable, like china in my hands
She's so vulnerable and I don't understand
I could never hurt someone I love
She's all I've got
But she's so vulnerable
Oh so vulnerable.

Don't hide your eyes...

122077 | posted by eett78my at 10:35 | 0 comments

Dear Blog

E.. malam ni hujan.. sejok gile.. tadi, aku dah tulis banyak tau.. banyak nye.. tup tup monitor off.. then dia sendiri on balik.. aku dah berangin dah.. uwa.. uwa... hampehhh nyeee!! masya allah.. tgk2 MIMI main wayar kat blakang cpu tu.. eee.. ada buat sup kucing ni kang..sabar.. sabar... eee.. geram ni..

Tadi tetiba je nanagis, apo ko bondo ni.. hak hak hak.. aku baca novel ni.. tajuk dia.. 'pesanan terakhir seorang lelaki' cewah... sadis la gak.. pehtu semlam pon novel best gak.. tajuk, lupa lar plak.. tapi sadis gak.. adeh tak larat dah nak hayati.. penat nangis ni.. ahaks.. apa laa.....

Lupa lak nak citer.. ari ni.. gi servis keta.. pagi tadi keta aku berasap.. ahah, jangan nak loyar ek.. keta mmg kuar asap kat ekzos tuh kan.. tapi ni kat depan pon kuar tau.. selalu pagi2 aku panaskan enjin.. tapi ari ni.. terlewat.. so, aku trus start, n go je lahhh.. bila park, baru nampak asap.. gelabah beruk jap...huhu..

Sanggup tak balik lunch tadi.. takut ah, kang mati rentung aku kang.. aehehe..nak suh hazlan (mechanic) tengok.. dia pon sebuk.. Ptg tadi masa nak balik, tanya hazlan..dia cek sket, dia kata.. tadak pa pa.. sempat la aku bawak jalan jauh skit... so amik keputusan.. pegi je la trus servis.. takot apa2 kang... mampos tak layan.. so, aku minta kak anna temankan.. isk isk isk baru berangan nak anta servis kat Kulim... ingat esok balik nak suh abah je servis kan.. nampaknya tak sampai la hajat... aku kena gak pi anta servis sendiri!! adhoc gile ni.....ah, tak pela...

Ni dah malas dah nak re type balik apa aku ngarut tadi,ok lah.. see ya... yah yah.. sok balik kampung!!

122075 | posted by eett78my at 10:12 | 0 comments

"This I Promise You" - N'sync

Ohh ohh...

When the visions around you,
Bring tears to your eyes
And all that surround you,
Are secrets and lies
I'll be your strength,
I'll give you hope,
Keeping your faith when it's gone
The one you should call,
Was standing here all along..

And I will take
You in my arms
And hold you right where you belong
Till the day my life is through
This I promise you
This I promise you

I've loved you forever,
In lifetimes before
And I promise you never...
Will you hurt anymore
I give you my word
I give you my heart (give you my heart)
This is a battle we've won
And with this vow,
Forever has now begun...

Just close your eyes (close your eyes)
Each loving day (each loving day)
I know this feeling won't go away (no..)
Till the day my life is through
This I promise you..
This I promise you..

Over and over I fall (over and over I fall)
When I hear you call
Without you in my life baby
I just wouldn't be living at all...

And I will take (I will take you in my arms)
You in my arms
And hold you right where you belong (right where you belong)
Till the day my life is through
This I promise you baby

Just close your eyes
Each loving day (each loving day)
I know this feeling won't go away (no..)
Every word I say is true
This I promise you

Every word I say is true
This I promise you
Ooh, I promise you...

122071 | posted by eett78my at 9:46 | 0 comments

Thursday, September 23, 2004

eeda n badak part 2

huhuhu... hai again... herm.. apa nak tulis..apa nak start niiii.... hermm again.. it's a story about badak n eeda.. sedih ha bila kejadian ni berlaku... rasa cerita macam ni boleh buat novel la nanti.. ermm.. bagus gak idea niiii..kan YUP!! dah ada idea dah ni!!! Semlm dah bincang dgn abg zali.... dia cuba kasik tempoh sampai akhir tahun ni.. utk royalti novel tu... wawah.. hua hua hua.. best.. i'll try... i'll try!! tuh pon tak leh berangan gak ah.. ni baru je nak start.. kalau dah 'release' lain ha.. hang pa pakat beli na.. egeghe.. kasik ah support skit kat gua..

OOoopss.. melalut dahh.. haa... ni dah out of topic ni.. ok..nak citer pasai badak ngan eeda la.. aiyokkkk!!ayokk.. tatau.. tatau.. ok la... ini macam maaa citernya....sampai hati badak buat macam ni.. jahat badak ni.. jaga dia.. jaga dia..isk isk isk..

Eeda..et tau keadaan eeda macam mana.. sekarang eeda perlukan seseorg utk luahkan perasaan.. perlukan seseorang utk berbincang.. yang pasti org tu mengenali badak jugak la.. sebab senang nak berbicara kan?? and tat person..is ME??? ahaha.. rasa kelaka.. bila eeda cakap.. eeda dah lama carik eett.. ulps.. ulps.. takot nye!! dah lama nak berkawan ngan eett.. kenapa ya?? adakah faktor nya disebabkan BADAK?? hehe.. hah!! sampai eeda tersilap org.. dah tu badak sampai naik angin.. hai cik eeda ni.. dah terbukti betapa eeda concern n menyayangi badak... sampai sanggup menangis utk badak... sanggup ke pulau kerana badak..bertuah la badak...n like i said, macam tak percaya.. eeda usaha carik et.. dahsyat tu... humm... thanks sebab sudi berkawan...

ermmmm... all i can say, i'm glad to know tis gurl.. 'zareeda'.. yup.. very sweet gurl.. makin bertambah rakan aku.. humm.. alhamdulillah.. dah tgk gamba dia lam friendster.. ayu.. hermm.. macam lagu AYU-ruffedge.. but, pitty her, hatinya dikecewakan.. nampaknya ni lagi sorang lagi gadis yang terjatuh n terjerat hati kat badak.. haiyer..badak.. badak.. tah la.. apa nak comment ni.. badak.. oooii... apa yang hang dah buat ni.. ALLAH.. macam mana dia buat ekkk.. yang aku tau, badak ni unik.. tah, dia ada tarikan tersendiri.. badak, awak sedar ke tak apa yang awak buat.. rasa sedar, tapi.. apa yg mampu aku katakan, ayat dia ni.. cam... macam.. menjurus 'kepada ada apa2' tapi sebenarnya tadak apa-apa.. paham tak?? dia lelaki romantis.. huuuua.. ahak.. betul ke.. ahehehe.. tapi, buat mereka yg terleka.. akan hanyut babe.. eiyer.. bila hanyut, hancus... taper la.. biar aku je paham.. apa pppoon jangan berharap sangat laa dengan org nama badak ni.. badak tetap badak.. rite?? hu hu hu ( jangan marah ha..mampos kalau dia baca nie.. ) tapi aku pasti..bila masa datang, dia akan mencintai seseorg, yg serupa watak dengan 'mak'.. bila tiba masa tu.. saya nak gelak kat awak... cancerian ni lain sket.. (psstt, eeda.. et, bukan kenai badak seperti yg eeda sangka kan.. rasa eeda lebih mengenali dia, cuma eett cuba memahami dia.. itu je..) kalau nak kenai badak.. kaji la dia.. kaji bintang dia.. u'll find something.. tapi jangan percayai sangat.. macam tu lah.. tapi, tak semuanya benar.. dia tak maksud kan apa-apa.... eeda.. dia marah sekejab je, 'be patient' at least.. dengan cara ni.. eeda.. paham badak macam mana.. ok.. tu je yang bole et kasik tau... ni kira petua ke? yah la kot.. petua ni utk kurang kan streess eeda.. apa pon, eeda akan jumpa yg sesuai ngan eeda gak nanti.. ni kan hikmah.. terima je la ngan redha... eeda kena ingat.. sepatutnya kita lebih mencintai Allah dan rasulnya... bukan sesama manusia.. hummmm.. just nak ingatkan eeda saja... tah... amik la iktibar.. tak semestinya impian kita jadik realiti.. tapi, tabah la menempuhi segalanya.. ok?? i'm sure u'll be okkkk... pssttt... pstt.. jangan sedih2.. there nothing to be worried about...

Cik Zareeda.. et harap.. et dah tolong kurang kan keresahan hati eeda.. tapi.. berharap je la.. yg lain terserah pada eeda.. sama ada nak.. atau tanak.. usaha tu penting... lupa kan la dia.. cuma jgn putus kawan dah la.. rasa better berkawan dari ada 'apa2' kan..at least eda leh jumpa dia.. lagi bersyukur, kan... ahh.. abaikan.. but for now.. bersabar lah.. biar la badak bertenang.. eeda pon bertenang la dulu... ok?? and.. between me n him.. tadak apa.. kawan saja.. tak salah kan?

Et dah cuba positif kan eeda.. kasik motivation lagi.. hak hak hak.. tak tahu setakat mana eeda leh hadapi situasi ni.. harap2 semua nya ok.. kuatkan semangat!! et fahammmm keadaan eeda... and i've been thru it before.. alhamdulillah.. hati et bisa diubati.. eeda pon pasti bolehhh... cheers sis!!

chow...

122007 | posted by eett78my at 22:55 | 0 comments

Tuesday, September 21, 2004

eeda n badak...

at last... aku rasa akan dapat kenali jugak... wanita bernama eeda/zareeda hermmm.. hope to get to know her better... huhu.. jangan marah badak.. i've met a new friends..

121727 | posted by eett78my at 23:52 | 2 comments

Sunday, September 19, 2004

Bunga Angkasa - Terra Rossa

Indah sinar sang suria
Merdu irama sang bayu
Tiada seindah wajahmu
Tiada semerdu suara mu

Lembut bayu membelai
Merdu burung berlagu
Tiada selembut belaianmu
Tiada semerdu kau berlagu

Keindahan wajahmu jadi sumber ilhamku
Suara mu yang merdu menghiburkan hatiku

Bertambah cahaya hidupku
Kau janji bersumpah setia
Walaupun ribut melanda kan bersama

Selagi masih ada sinaran mentari
Selagi ada getar di jiwaku
Kan ku korban jiwa raga
Demi cinta untukmu bunga angkasa

121309 | posted by eett78my at 4:37 | 0 comments

Saturday, September 18, 2004

Ku Petik Bintang-bintang - Kenny Remy Martin

Kupetik bintang-bintang
Biarpun banyak halangan
Rela tempuhi segalanya
Onak yang kupijak bagai tak rasa

Kusedar sejak mula
Tiada jalan yang mudah
Tapi kuyakini di dalam hati
Akhir terkota jua sumpah dan janji

Walau sukarnya bagi mu sayang
Perjalanan menyakitkan
Tapi hadapilah dengan kesabaran
Kan tiba kebahagiaan

Tiada batasannya
Usia ataupun rupa
Kita bersama memulakannya
Sehingga ke akhir kita terus berdua

121255 | posted by eett78my at 10:14 | 0 comments

b a d a k

assalamualaikum... kembali bertemu... lama dah tak menulis dalam ni.. kindda missing something.. maaf.. hermm.. bukan ape.. seperti biasa.. 'sibuk' menjadi alasan kegemaran aku.. he he he..

aper nak tulis ni.. banyak sangat.. cuma, berita terbaru yg aku bole cerita di sini.. pasal b a d a k c o m o t.. ehehe.. baru semalam dapat msg dari YM.. macam tak percaya.. tapi belive it.. ingat dah lost contact dengan dia.. rasa.. at first, happy sangat.. tapi bila baca msg dia.. sedih, sebab.. dia salahkan aku lak pasal mek 'zureeda' ni.. tah saper tu?? aku pun tak kenai.. dah tu ha.. cakap bebukan pula.. eee.. geram.. geram.. psstttt, oi bro.. ni nak habaq ni, ceq tak kenai la sapa awek baru hang tu encik badak oi.. minta maaf la.. apa yang berlaku?? tah la.. maybe something yang bakal membebankan awak.. apa boleh buat.. hidup kan satu putaran.. herm.. kuat kan semangat encik badak.. hadapi situasi tu dengan tabah.. buat BODO je.. jgn duk layan ma, ewah.. saya kenai mak&tuk awak je.. mek tu tak kenai oooo.. hehehe...minta maaf ler.. psttt.. bro.. rileks le.. take it easy.. cool maaa!!!

121254 | posted by eett78my at 10:05 | 0 comments

Tuesday, August 3, 2004

Watching Those Descending Dark Clouds

For see by the beast,
I'm standing proud,
Reaching for those stars high,
Above shining bright,
Blinding my eyes,

I suffered the seven days hunger,
Meditation of healing embun pagi,
The brightness of the golden fields,
Look!!! the sign from the ravens,
Those voices - so deafening, so cruel,
So humid is the winds that blow,
Appreciate what have been told and the sea...

I proceed with my eternal walk,
Still those ravens above me,
The winds, breezing very much,
Horizontal those voices...so weakening...so cruel,
Have you heard the tale of the serpent that infernally awaits the golden throne?
Healing me with the supreme glory,
...and in eternal path shall we meet

115802 | posted by eett78my at 23:07 | 0 comments

adoi!! ::..

Humps.. rasa macam sakit..rasa sakit.. adussshh... sakit ati.. ehehe.. ptg ni bole amik keputusan darah... uwa... tatutnye...

wa.. malam before tat.. aku terasa hati dengan encik hafifi.. u'll know tat kan.. semalam hafifi tegur dalam YM, memula tak xpect dia akan tegur.. sebab aku tahu dia busy.. doin tis n tat.. sia gak kat dia.. sebab secara tak langsung aku rasa aku buat dia pening jab.. :( then dia tanya 'kenapa..' he he he.. aku tak mampu jawab soalan tu.. sebabnya aku pun tak tahu kenapa.. aerghhh!! tetiba moodyyyyyyy... uhuk.. rasa sedis.. tah ha... tini pulak ingat sebab TINI, aku jadik cam ni... eh, tak der la...

115651 | posted by eett78my at 1:44 | 0 comments