home
login::signup
we::blog
sofeanny
zareeda
Selendang
zz
adiema
Image hosted by Photobucket.com" width="10" height="1">

Jatuh Cinta Part II

Pasangan yang sama-sama memiliki kuasa tarikan yang sama kuat terhadap satu sama lain, akan berasa seolah-olah ada semacam 'cinta pandang pertama' dari awal perkenalan mereka. Tetapi satu hal yang sering terjadi, daya kuasa tarikan ini tidak kekal. Ada masa menurun dan ada masanya menaik. Kalau kita lebih menyintai seseorang, ini bermakna orang itu mempunyai daya kuasa tarikan yang kuat daripada kita. Dan begitu juga sebaliknya.  
 
Ketidakseimbangan daya kuasa tarikan cinta boleh menyebabkan kita kehilangan cinta yang kita ingini. Pihak yang mempunyai daya tarikan rendah akan merasa dirinya sangat menyintai pasangannya. Manakala pihak yang merasa kuasa tarikannya tinggi akan merasa dia kurang menyintai pasangannya. Makanya di sini kiranya lelaki merasakan kuasa tarikannya rendah, dia akan berasa serba kekurangan. Dia berasa dirinya tidak tampan dan tidak sepadan dengan perempuan itu. Dia mula resah. Serba salah. Mula berasa takut dia akan kehilangan orang yang dikasihi. Dia juga berasa tidak mampu menandingi lelaki-lelaki lain. Dia menganggap dirinya serba kekurangan.  
 
Dalam keadaan beginilah si lelaki mula berasa cintanya pada perempuan itu bertambah. Dia akan berusaha untuk membuktikan cintanya. Dia sedia melakukan apa saja asal si perempuan itu terus menyintainya. Kadang-kadang usaha yang dibuatnya secara terbuka sehingga dapat dilihat dengan jelas oleh orang lain. Si lelaki mahu sentiasa berada bersama si perempuan tersebut. Si lelaki mahu membuat itu dan ini bagi perempuan tersebut. Si lelaki takut jika dia tidak ada, akan berlaku perkara-perkara yang tidak diingini. Dia takut si perempuan digoda oleh lelaki lain.  
 
Tindakannya ini membuatkan si perempuan mula berasa dirinya diikat, dikongkong dan dicemburui. Si perempuan mula berasa cinta si lelaki itu merimaskan. Menyesakkan. Malah dia mungkin bingung kerana tidak faham mengapa dia dicemburui sedangkan dia tidak ada apa-apa hubungan dengan lelaki lain. Dan bila keadaan ini berlaku, kemungkinan cinta si perempuan mulai berkurangan pada lelaki tersebut. Si perempuan kemungkinan berasa cinta yang membuak-buak daripada lelaki itu sesuatu yang tidak menghairahkan. Si perempuan kini berasa begitu yakin akan cinta si lelaki itu padanya. Keyakinan itu menyebabkan si perempuan menjadi sangat berkuasa dalam menentukan arah cinta mereka.  
 
-------------------------------------------------------------------------------- 
 
' Jika kita bukan pelita yang mampu menerangi malam, memadailah kita menjadi kunang-kunang yang menemani di kegelapan '

last modified Oct 6, 2004 at 0:43



[ add a comment ]

akhirnya...

saya selalu tertanya-tanya tentang pasangan saya yang sangat baik, berbuat segalanya untuk saya, tapi sangat cemburu walaupun saya tak pernah berbaik-baik dengan seorang lelaki pun. walaupun ada yang cuba mendekati saya. terimakasih, kini saya faham. disebabkan sikapnya itu saya pernah tak secara sengaja jatuh hati pada seorang lelaki yang lain, yang juga mengagumi saya. telah saya putuskan dan beliau pun tidak menghubungi saya lagi kerana menghormati rumahtangga saya yang sebenarnya bahagia, cuma saya agak rimas dengan sikap suami saya sebelum ini. sekarang sesudah membaca ruangan ini fahamlah saya dan saya sayang padanya...

147948 | posted by laili on September 27, 2005 at 7:02