home
login::signup
we::blog
sofeanny
zareeda
Selendang
zz
adiema
Image hosted by Photobucket.com" width="10" height="1">

L i f e. H a s. i t's. O w n. M e a n i n g

"aku lebih cintakan kematian agar dapatku bertemu dengan Allah. aku cintakan kemiskinan ini adalah kerana aku dapat merendah diri.aku juga cintakan kesakitan agar dosa-dosaku terampun". [-ABU DARDA-]

last modified Apr 27, 2005 at 1:46


Saturday, July 31, 2004

Ulangtahun perkahwinan mama ngan abah...



Wah.. 31st of August 2004, genap berapa tahun ekh mama ngan abah khawen... ermp.. 30 tahun!!! isk isk isk.. lama tu, so nampaknye sambut skali la ngan kemerdekaan negara kiter ni..huhu.. gambar kat atas tuh gamba abah ngan mama masa memuder.. ahaha.. klaka la plaks.. isk isk
Yang kat bawah tu, gamba terkini le... kat Kuching, Sarawak...

Anyway.. selamat hari ulang tahun untuk abah & mama.. WE luv u... thank u for everything... moga panjang umur.. dan dimurah kan rezeki... aminn.....

115356 | posted by eett78my at 22:08 | 0 comments

tangan hanif berdarah

Mama kejut solat subuh pagi tadi, alhamdulillah..sibbaik tak terbabas.. pahtu.. tgk anip dok burak ngan abah.. pe kemender tah.. dah habes solat.. tgk anip dah tidur.. pehtu aku pon tidur le balik, hari ahad la katakan.. sejuk pagi nie.. ee.. bestnye tido.. ahahah..

Dalam kol 900 bangun2, dah dengar mama bebel...cadar habis kesan darah.. banyak giler..mama risau kat anip.. isk isk.. tanya mama naper pulak nie... mama cakap agaknye dia tido buas.. heshk.. anip ni.. tanyer dia sakit tak.. dia cakap tak sakit, tak rasa aper2.. tapi jari2 dah leh gerak dah.. eee.. aku sajer usik dia.. cakap tu kesan karat besi tu kot.. bukan darah... hahaha.. (ada ke.. rasa cam bodoo je..) dia cakap, 'tak pe long.. mementang aku pakai besi..' ala.. sian la plaks.. isk isk isk.. silap cakap plaks..

Then, abah bawak dia cheking kat hospital la nie...panjang umur.. dah sampai dah tu.. doc cakap, biasa berlaku...tak der aper2 lah..
fuhhh!! leganye..

Angah ngan mama plak gi pasar, carik ikan haruan utk anip.. semalam kat pasar mlm... ikan haruan RM12 sekor.. giler haper.. isk isk.. tadi kat pasar.. baru RM5 sekor.. sib baik tak beli semalam... huhuhuh.... tugas aku.. kemas rumah.. dah siap dah kemas.. hari mendung kat sini.. macam nak ujan.. rasa tak leh lama lepak lam ni.. maklumle.. aku guna dail up je..huhuhuhu.. kang kena sambar.. tak pasal2 habes semer.. ahahaha... insaf dah.. dulu baper kali kena sambar tah... isk isk isk isk.. rugi nyer... kena tuka tu la.. ini la.. insaf.. insaf.. ok lor.. chow...

115355 | posted by eett78my at 21:59 | 0 comments

ALLAH KNOWS BEST

Allah knows what's the best for us
so why should we complain
we always want the sunshine
But He knows there must be rain...
We always want laughter
and the merriment of cheer
but our heart will lose
their tenderness
If we never shed a tear...
Allah tests us often
with suffering and with sorrow
He tests us not to punish us
But to help us meet tomorrow...
For growing trees are strengthened
if they can withstand the storm
and the sharpness of the chisel
Gave the marble its grace and form
Allah tests us often
and for every pain
He gives us
provided we are patient
Is followed by rich gain...
So whenever we feel that
everything is going wrong
It is just Allah's way
to make our spirit strong............

115326 | posted by eett78my at 10:33 | 0 comments

Untuk Renungan Semua : 7 Perkara Ganjil

Terdapat seorang pemuda yang kerjanya menggali kubur
dan mencuri kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda
tersebut berjumpa dengan seorang ahli ibadah untuk menyatakan
kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah s.w.t.

Dia berkata, "Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat."

"Yang pertama, aku lihat mayat yang pada siang harinya
menghadap kiblat. Tetapi pabila aku menggali semula kuburnya
pada waktu malam, aku lihat wajahnya telahpun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu,wahai tuan guru?" tanya pemuda itu. "Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah s.w.t. sewaktu hidupnya. Lantaran Allah s.w.t. menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membezakan mereka daripada golongan muslim yang lain," jawab ahli ibadah tersebut.

Sambung pemuda itu lagi, "Golongan yang kedua, aku
lihat wajah mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad. Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, ku lihat wajah mereka telahpun bertukar menjadi babi. Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?" Jawab ahli ibadah tersebut, "Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya. Sesungguhnya solat merupakan amalan yang pertama
sekali dihisab. Jika sempurna solat, maka sempurnalah amalan-amalan kita yang lain,"

Pemuda itu menyambung lagi, "Wahai tuan guru,
golongan yang ketiga yang aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja. Pabila aku menggali kuburnya pada waktu malam, ku lihat perutnya terlalu gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu." "Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram,wahai anak muda," balas ahli ibadah itu lagi.

"Golongan keempat, ku lihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu,
wahai tuan guru?" Jawab ahli ibadah itu, "Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang derhaka kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya.Sesungguhnya Allah s.w.t. sama sekali tidak redha kepada manusia yang menderhakai ibu bapanya."

"Golongan Kelima, Ku lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang, hingga membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar
segala isi dari tubuh badannya," sambung pemuda itu. "Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar memutuskan silaturrahim. Semasa hidupnya mereka suka memulakan pertengkaran
dan tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari. Bukankah
Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah termasuk dalam golongan umat baginda," jelas ahli ibadah tersebut.

"Wahai guru, golongan yang keenam yang aku lihat,
sewaktu siangnya lahadnya kering kontang. Tatkala malam ketika aku menggali semula kubur itu, ku lihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam yang amat busuk baunya," "Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu hayatnya," jawab ahli ibadah tadi.

"Wahai guru, golongan yang terakhir yang aku lihat, mayatnya sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa
demikian halnya wahai tuan guru?" tanya pemuda itu lagi.

Jawab ahli ibadah tersebut, "Wahai pemuda, mereka itulah golongan manusia yang berilmu. Dan mereka beramal pula dengan
ilmunya sewaktu hayat mereka. Inilah golongan yang beroleh keredhaan dan kemuliaan di sisi Allah s.w.t. baik sewaktu hayatnya mahupun sesudah matinya."

Ingatlah, sesungguhnya daripada Allah s.w.t kita datang dan kepadaNya jualah kita akan kembali. Kita akan dipertanggungjawabkan atas setiap amal yang kita lakukan, hatta amalan sebesar zarah.

Wallahua'lam..

=====

"Belajarlah, karana tak ada seorang pun yang dilahirkan dalam keadaan pandai, dan tidaklah orang yang berilmu itu sama seperti orang yang jahil/bodoh"

115325 | posted by eett78my at 10:30 | 0 comments

Pecinta dan Cinta - by Dewa


Pencinta mencari cinta. cinta yang punya satu
nikmat namun punya sejuta rasa. jika nak diolah
tak mampu ditulis kerna berbagai ungkapan boleh
dipertuturkan , dari sergi emosi, rasional,
sosial dan agama. maka lain orang maka lain
pendekatan serta maksud yang tersirat dalam
Roman Antik.

115322 | posted by eett78my at 9:57 | 0 comments

hanif jatuh basikal??

Adik bungsu ku namanya hanif.. umonyer... 14 tahun ler... aisey man.. jatuh beskal lak on 27th july lepas.. one day before my b'day, patah siku aaaaa..

memula dapat msg shuk..... tekejut dengar.. ingat shuk memain.. ops.. shuk ni adik no 2, kira angah le.. peh bebalas msg dgn shuk, sok amik keputusan amik leave 2 hari nak jaga budak tu.. mama ngan abah dah tak larat nak ulang alik ke hospital... kat sungai petani pulak.. nasib baik leh kuar awal... ampehhhhhh anif...

nak tgk gamba dia... ehehe.. ni kat bawah.. tak ensem kan? macam bangla.. ewekk.. hehe.. tapi.. aku sayang dia.. dia ni funny... understanding.. tak padan ngan age dia.. aper pon.. i wish him well.. sian dia, tak leh la main bola keranjang pah ni... besara le nampaknye..

115300 | posted by eett78my at 5:51 | 0 comments

Friday, July 23, 2004

KUTITIPKAN 4 - by DEWA

phewww... rajin la DEWA ni menulis.. is isk iskk... ada sambungan lagi ni.. isk.... ni baru dapat pagi nie..



Roman Antik

Tak tertahan Sang Bulan ,
Bila pecinta minta jadi saksi,
Akan hilang bintang-bintang ,
Bila pecinta petik buatkan hadiah,

Penoreh getah kan hilang kerja ,
Bila pecinta menoreh kata-kata cinta,
Akan hanya tinggal tangkai,
Seharian dipetik berjuta bunga,

Pecinta mencari minta ,
kadang sakit... kadang gila ,
Maka penuh rumah sakit,
Kalau luka nampak dimata,
Tak terlihat zahir,
Maka batin terasa,

Dokter-dokter tolonglah aku,
Suster cantik rawatlah aku,
Sebentar tadi aku baru jatuh,
Dan rasanya enak sekali,

Suster " kalau jatuh mana lukanya" ,
Pecinta " luka tiada kerna aku jatuh cinta "

P/s " apa-apa pun dicoretkan baik jadi di
catit , dan belum dicatit, segalanya bermula
pada masa depan akan terhimpun segala" ... Dewa

114401 | posted by eett78my at 18:43 | 0 comments

KUTITIPKAN 3 - by DEWA



sudah tertulis,
sejak azali lagi ,
putih maka putihlah,
hitam maka hitamlah,

keringat atas nama penat,
singkap atas daya kudrat,
bukan berserah pada takdir ,
bukan disini ia berakhir,

seribu satu rahsia kau ungkap,
sejuta rasa kau kan rasa nikmat,
beribu batu kau cuba hindari,
setiap saat kau kan dihantui,

hadapilah kenyataan ,
bukan semua cereka berakhir dengan kesedihan,
hadapilah kenyataan ,
kerna semua ada ketentuan

ps; mengapa saya cuba hantar melalui email anda
tak dapat ya. moga anda bahagia.

LOVELY KAN BAHASA DIA.......sukaaaaaaa sangat baca... ermm...

114337 | posted by eett78my at 4:12 | 0 comments

KUTITIPKAN 2 - by DEWA



Bukan setebal ini saja kisahnya ,
kerna sehingga kini baru bermula ,
Menari nari dan kugagahi ,
Biar tercarik ... terpisah kan kusulami ia,

Tulus tulisan ini ,
Ku himpun kata kata terpuji,
Tiada kata secantik bahasa,
biar seraya , kupetik hingga indah.

Merah menyala ,
naluri menghasut jiwa ,
bagi ku pesona ,
pada mata seolah Sempurna,

Indah tak terperi,
seri mewangi menusuk hati ,
tak tercapai tangan takl sampai ,
kukirim rindu padamu.

P/S adapun setiap katakata yang tertulis itu tak
semestinya dewa ingat kerna kata-kata tersebut
spontan , namun ada juga yang tertulis.

114336 | posted by eett78my at 4:11 | 0 comments

KUTITIPKAN 1 - by DEWA



Segalanya yang indah indah itu ,
Didongengkan dari kecil lagi ,
Agar kau tak cemas laluinya,
Moga tak curiga laluinya...

Segalanya yang takut takut itu ,
Dimomokkan dari kecil lagi ,
Agar kau sedar bahaya ,
Agar kau sedar , kau hidu malang...

Ia terlalu indah dan mengasyikkan ,
ia sukar dibuang ,
Ia datang tak diundang ,
ia pergi walau tidak dimaki ,
sesekali ia berputik kembali,

Melayang lah bila ia menjelma ,
Merabalah kerna ia bisa membutakan ,
Hingga separuh nafas terbang bersama diriku dan
dirimu,

Moga tak hanyut ,
khayal dalam apa yang dijeritkan.

114335 | posted by eett78my at 4:09 | 0 comments

LAHIR ATAS KECEWA - by DEWA



terbukalah pintu hati ini,
yang dulu terkunci,
mengalir deras tatkala melafazkan. aku lahir atas
kecewa , gagal itu permainan , hadir dalam ku
cuba cantumkan kemahuan.
tiada noktah , cuma menuju garisan , dalam
jurang manapun , ia tetap mahu aku pulang, namun
bukan aku pinta berakhir disini,

Mengejar satu patah kata,
mengenal erti gembira , namun mendung juga
menghalang hasrat sang pelangi,

Melayarkan bahtera , kerna percaya semuanya ada
disana , memandangkan hanaya tinggal satu patah ,
maka biarkan kuhurai jadi nyata...

Tiba tak lah lama , malah bersua sekelip mata ,
namun gembira aku ini separuh usia.

114334 | posted by eett78my at 4:07 | 0 comments

..:: Dear Blog ::..

hermmm.. bebrapa hari ni tak sihat.. badan lesu.. ngantuk, idung tersumbat, pening kepala pusing-pusing, humps... aduish.. sediy aaa.. tatau naper....

semalam ada chat dengan badak again, dia bagitau keputusan dia.. nak lari.. nak majukan diri.. bagus la macam tu.. tapi, most probably.. dia akan hilangkan diri.. ayat yang aku terasa sangat.. bila aku tanye nak gi mana... dia cakap.. "none of my business..." sedihnye... ermp... takpe lah.. uwaaaaaaa.. uwa... sabar.. sabar.. bersyukur sebab dia dah mula fikirkan masa depan.. wish him luck, n may allah be with him all the time.. moga dia akan ingat peranan dia kat bumi ni.. sebagai hambaNYA.. jangan lupa, lalai dan leka je... badak.. may seccess be with u...

114333 | posted by eett78my at 4:04 | 0 comments

Wednesday, July 21, 2004

Bukan Dogengan - by Dewa



Kaulah persembahan dari syurga,
Kurnia tertinggi tak terperi,
Inginku meraih dirimu moga milik aku ,
Aku dan kau jadi satu,

Jari tak mau pena jadi pedang ,
dalam hikayat seribu satu malam ,
tapi bagi ku kaulah segala ,
Lebih indah dari Monalisa.

Aku bukan pria gagah berbaju besi ,
korbankan jiwa menawan hati,
aku berani ,
tutupkan hati dari seribu bidadari,

namun walau dalam mana ,
kupersembahkan mutiara ,
dalam hatimu akan ku selami ,
akan ku teroka ,
biar kuredakan , resah,

perhiasan dirimu ,
bukan kerna intan permata ,
mata ku terpaut pada anggun perhiasan dirimu ,
bukan kerna intan permata,

kaulah persembahan dari syurga kurnia tertinggi tak terperi ,
inginku meraih dirimu milik aku ,
aku dan engkau jadi satu...

pst : a friend give it to me.. sweet aihhh!!~~

114028 | posted by eett78my at 3:54 | 0 comments

EMOSIONAL

memang emosional ponnnnnnnnnnnnnn!!! erghhhhhhh!!!

114015 | posted by eett78my at 2:35 | 0 comments

Monday, July 19, 2004

..:: Dear Blog ::..

aiseyyyyy... nak cakap ape lagi... NAK DEMAM... NAK DEMAM... tiap-tiap tahun memang camni... bila sampai satu tarikh nak sambut harijadi jer... aku akan demam... uhuks.. ni nak start lah ni... semakin hampir nie... akhir bulan la nie.. tak tahan la, badan dah rasa berat.. pening.. hingus pon ada meleleh je ni.. NAK KE? nak kena calit ke nie... ehehehe...

waaaaaaaaa.. malas nak buat keje... tak larat..boring.. semua ada.. malam ni larat ke nak online.. tengok lah cemana..

psttttt... nak dekat kol 500pm dah.. nak balik keje!! Esok?? tah ha nak gi keje ke tak.. malasnyer.... tetiba kak anna nak amik baju jogg dia lam surau, tekunci plaks.. ada kak intan ngan milah dalam surau, dok kunci pintu.. tatau la tengah duk ngutuk sapa.. hahaha.. aku rasa aku tau sapa.. "aku" hah!! lantak depa, malas nak amik tau dah lepas ni.. kejam ek aku!! yeah they should received what they did.... huh~~ gerammmmmmmmmnyerrrrrrrrrr... malas nak layan sokmo... aku dah buhsan!!

113681 | posted by eett78my at 2:58 | 1 comments

..:: Dear Blog ::..

hai again, semalam chat ngan hafifi.. ngan abg azim n badak, isk susah hati tgk badak ni.. semacam jer tuh... asa lak tetiba down.. herm... tetiba plak cakap dah putus asa... isk... dah try nasihat.. tapi, tah pe pe gak, meybe perlu masa kot.. nanti ok la tuuu.. OI broo~~ i'm rite here if u need me!! haaaaaaaaa... ekkk...

pening la.. rasa nak demam.. ari ni hari pertama kat ofis nak bedepan ngan memuka gegedik lepas kejadian tu...eeeeee.. asal aku pangey gegedik? dah, kak enie yg kasi gelaran tu.. ok la.. tuka la.. lagi pon tak elok pon panggilan tu.. they used to be my friends dulu... hahaa.. pasni jangan harap la... nak tulak ansor ke.. haper ke.. aku dah bitau waan... pahni aku brutal.. sesuka aku la.. lantak la depa... aku nak jadik jahat... NO MERCY man... rasa nak laser, laser je.. banyak canteq muka... ahahahha.. jahatnye aku!! jahatnye!! aku duk diam jer dari pagi tadi.. IDA anta sms kat aku, dia cakap depa tanye dia kak siti marah ke.. IDA cakap, tak marah cuma sedih, je ngan sikap dierang tu... ahahhaa... geram ha... isk isk.. ya allah... tenangkan aku.. tenangkan aku.. siti, cool down.. cool down...

113663 | posted by eett78my at 0:42 | 0 comments

Sunday, July 18, 2004

..:: NOTHING ELSE MATTERZ - ihsan aku okey ::..

so close no matter how far
couldn't be much more from the heart
forever trusting who we are
and nuthing else matters

never opened myself this way
life is ours, we live it our way
trust i seek and i find in you
everyday for us something new
open mind for a different view
never cared for what they do
never cared for what they know

never opened myself this way
life is ours, we live it our way
all these words i don just say
and.. NUTHING ELSE MATTERZ...

113601 | posted by eett78my at 9:56 | 0 comments

..:: TAK BISA MEMILIKI - DYGTA ::..

pstt.. lagu ni diberikan oleh.. B A D A K isk.. rasa bestnye.. thanks... dulu lirik ni dah ada lam blog lama.. tapi nak jugak paste kat sini jugak... hehe.. uhuhu.. windu B A D A K :(

Bila
Waktuku tersisa
Untuk s'lalu di sisi
Menjaga hatimu

Aku
'Kan s'lalu mencoba
Berikan yang terbaik
Untuk kau miliki

Tapi maafkan aku
Waktuku hanya sesaat

Aku tak bisa memiliki
Menjaga cintamu
Walau sesungguhnya hatiku mencintaimu, memilikimu
Aku tak ingin kau terluka
Mencintai aku
Hapuslah air matamu dan lupakan aku

Sendiri
Di batas asaku
Hanya ingin kau bahagia
Jalani hidupmu

113597 | posted by eett78my at 8:56 | 0 comments

..:: Dear BLOG ::..

Cak, i'm back!!! ewah... fenat..fenat.. ok lah.. ni start tulis balik ye.. windu nyerrr kat bantal, kat tilam, kat bear, kat badak , kat comp, kat mama, abah.. kat anip ngok ngek..shuk, kat simba & c.d ehermm!! saper lagik ekh..isk..isk

Guess what, jumpe mr samy vellu juga..life..haha.. kelaka.. kelaka.. dia berucap atas tu.. aku gak gelak sensurang kat bawah tu.. isk isk.. sabar je ah.. 1st day.. penat.. tader aper sangat, cuma ptg tu ada rehersal perbarisan je.. kawad la plaks.. nampak para atlit semer yg macho.. ensem.. segak.. bergaya.. lawa plus manis.. badan solid.. peh, tapi, aper kan daya.. leh tgk je la.. leleh je air liur tgk.. tader respond pe-pe pon.. ye la.. sape nak tgk aku yg debab ni pon.. ahahha.. kira okey la.. hakikat man...

Ada 23 konsesi join dalam sukan ni..(SUKAN KERJA RAYA, 2004) termasuk la .. PLUS, LITRAK, BKE, KKR/JKR, PANTAI HIGHWAY, HCM, ROADCARE, SELIASELENGGARA, KESAS, ELITE.. iskk.. dan banyak lagi.. banyak sangat la.. tadapat nak type bebanyak.. kang jadik pusat info plaks.. terjumpe kawan sekolah dulu.. dia wakil dalam acara boling, utk pihak PLUS.. kira.. terrer.. dapat no 2.. no 1, KESAS ke..LITRAK.. tak sure.. tapi pehhh... sengit oi.. LITRAK ngan KESAS.. terrer.. terrer.. takot tengok... badan mmg atlethic body...giler... kalau pandai, find me lorr... jeng jeng...

Nak citer.. ada citer sedih gak.. tetiba aku terasa plak dgn member seperjuangan aku..wei.. depa lupa kat aku wei.. buat bodo jer la.. ye aa sape la aku ni kan.. isk isk isk.. sediynye... sediynye... then 2 tiga hari pon still macam tu.. malam dinner aku duk satu meja dgn depa.. n tak leh tgk muka depa la.. humm.. sebak nak nangis... mlm tuh balik tumpang encik anizam.. with ida n kak anna... kol, 11.45 sampai taiping.. n hari ni.. ahad.. betolak kol.. 10.30 pagi... sampai umah lunch.. rehat2 gitu.. letis.. esok keje plak.. sempat jengok blog badak.. i guesssss.. he's in love.. yeap! u can't denied it badak!! hehe.. good for u lah.. at last... p/s if u're reading tis.. apa yg awak cakap dulu.. tak der makna ape.. bagus la kalau dah jumpe yg awk suka.. happy for ya...cumanye.. jaga la kesihatan sikit.. kurangkan smoking... ok...

113596 | posted by eett78my at 8:52 | 0 comments

Tuesday, July 13, 2004

..:: tini ::..

Ermp.. semalam.. ada dapat panggilan telefon dari tinie, banyak miss call dari dia.. macam urgent je.. can't pick the phone masa tu.. kira.. lepas solat, terus call tinie.. dan rasanyer.. setelah 12 tahun berkawan.. last night... humm.. dia curahkan separuh masalahnyer... lepas mendengar..aku rasa sebak, apa yg perlu aku lakukan ketika ni... sebagai seorang sahabat, hanyalah dapat berada by her side... bersama-sama dia.. dan berdoa..

sian tinie... apa masalahnyer?? takleh bitau disini, sebab i've gave her my promiss... 'a promiss tat i made' yeahhh...

HARtini....HARtini.... aku kenal dia start aku pindah sekolah menengah (fr kuching - subang jaya) , masa form two... satu kelas dengan dia sebenarnya... even, tak duduk sebelah meja.. we quite close la masa tu... aku, tini, farah and elaine.. recess pon sesama... kira kamceng ha.. semua buat sekali.. class work pon.. tiru pon.. gi outdoor.. travell.. shopping.. chatting.. hisk.. semer la.. hahah.. apa yang menarik.. dia seorang yang tabah.. tak pamirkan sedikit pon keresahan.. kesusahan dia.. even i can't noticed it, she's just perfect... tapi, kita hanya manusia.. manusia biasa.. banyak terima dugaan dari ALLAH.. kena tabah, kuat menghadapinyer.. but for tis moment.. i think she need me.. humm.. semalam dia ada tanyer, 'asal selama ni tak pernah tanye dia, ada masalah ke..takk??' tah, aku rasa sebab dia tak pernah pamirkan, tak pernah nak share.. n bijak main air muka kot... kindda tabah n, aku ni pulak jenis yg tak suka tanyer hal peribadi org, unless org tu sendiri sedia beritahu.... lambat laun pon, nanti tercerita jugak.. sebenarnya..aku jadikkan dia idola.. dia seorg yg tabah ekh..( anak sulung, macam aku gak) bijak.. sensitif gak kekadang... eee.. memacam la.. payah nak write it down here..panjang sangat... tapi, she's a good friend.. really good friend tat i can rely on.. a shoulder to cry on... banyak kasi semangat pada aku, in everything i do.. semuanyer, apa yg keluar dari mulut dia, pada aku adalah tepat... walau ada argue skit2... tapi.. apa yg dia cakap..mmg tepat...

hermm.. tini... miss u a lot dear.. tah la... semenjak terpisah ni, dia ada cakap banyak dugaan menimpa.. n aku pon sama... aper yg boleh aku cakap.. rite now, my souls tak tenang... kerap terjaga tengah malam.. agaknye ada yg kejutkan suh bangun solat malam... tapi, aku ni... kan pemalas.. hummm.. but.. lepas citer..sembang dengan tini semalam.. ada rasa insaf... rasa lega.. rasa emosi kuat n stabil.. ada kekuatan nak bangun balik.. ada rasa... hermmpp... she's my true friend.. tilL now... dia ada hanta msg dulu, dia suggest baca buku "MembinaHati Bahagia" karya Dr. HM. Tuah... masalahnye tak sempat nak gi beli... nanti lah.. BETAPA Agung nye ALLAH... kuatkan la aku....

pst : aku nak gi main ping pong dah ni, kat Kompleks Sukan, IPOH.. tengok tv tau.. mana tau terselit muka aku.. ahaha.. nak interframe nantiii... peace brother!! ahaha........

113085 | posted by eett78my at 21:29 | 0 comments

..:: Awak..saya ni ego sgt ker?? ::..

Awak
Hari ni awak nampak serabut
Semo orang kutuk
Tapi ada gak hati yang puji
jadik you can always count on me

Awak
Hari ni awak senyum kat saye
Tapi, Saya buat2 tak nampak
Padahal, nak elak dari pengsan…

Awak
Hari ni awak datang kelas saya
Tapi, Saya buat bodoh ajer
Padahal, Bumi nie raser cam dah tak cukup graviti

Awak
Hari ni awak nampak comel
Semo orang puji
Tapi saya puji dalam hati
Padahal, Nak gak puji sekuat hati

Awak
Hari ni saya senyum kat awak
Tapi, Awak jalan depan saya
Jadik, Senyum pun tak gune

Awak
Hari ni awak tego saya
Tapi
Saya buat2 pekak
Padahal
Nak elak daripada tak boley berenti borak

Awak
Hari ni saya tego awak
Tapi
Saya tego awak dalam hati
Jadik
Awak tak penah dengar all the gud lucks and take
care hari2

Awak
Hari ni kita duduk semeje
Tapi
Raser cam jauh giler
Padahal
Tak sampai sedepa

Awak
Hari ni awak beratur belakang saya
Tapi
saya tak tau nak cakap ape
Jadik
Saya blah mcm tu ajer

Awak
Hari ni berubah situasi
Tapi
Saya still kat sini
Padahal
Dah kosong tak berisi

Awak
Hari ni saya nampak awak dari Mc D
Tapi
Awak tak macam dulu lagi
Jadik
Saya terdiam sendiri

Awak
Hari ni saya dah janji..nak pergi
Tapi
Tak tau kenaper tak boley pegi

Awak
Hari ni saya menyesal ade ego yang tinggi
Tapi dah takde harapan kat sini
Jadik
Nak tak nak terpakse sendirik

Awak
Hari ni hari terakhir nampak awak
Tapi
awak tak toleh sini
awak focus kat tv

awak
hari ni saya tgk gambar kiter senyum
tapi
gambar tinggal gambar
nak buang sayang
nak simpan sedey

awak
besok antare kita
ader “balai berlepas”
besok…tak da besok untuk saya
besok jugak…tak de besok untuk awak

awak
semoge satu hari nanti
saya menginsafi diri
tak nak ada ego tinggi lagi
buwat sakit hati

awak
sebelum pergi
hari ni..kat sini
saya janji
semua ni untuk awak…
Sebab kenal awak anugerah terindah penah saye
miliki….
terime kasih awak….

113076 | posted by eett78my at 20:36 | 0 comments

..::HAI AGAIN::..

uwaaaaaaaaaa... rasa nak nangis... ni bloG baru!! my blog.. yg lama.. dah rosak... selepas jari ni gatai dok alter... alter.. uhuks.. last2 tak appear langsong...sedihnyerrrrrrrrrrrrrrrrrrr............

113014 | posted by eett78my at 5:04 | 6 comments