KE MANA TUMPAHNYA EMOSI KALAU TAK KE BLOG


Sunday, October 31, 2004

bola...bola...dan bola

hari ahad merupakan hari yang paling ditunggu-tunggu...hari cuti, boleh bersantai dan berilek ria,pagi ahad adalah pagi yang best sebab ada bermacam-macam kartun di tv..Conan, Inuyasha, Doraemon, Shincan, Samurai X dan kartun-kartun lain yang aku suka tengok. tapi ahad malam dan malam ahad adalah malam yang paling tak best sedunia.

apa pasal.., hampir semua station tv menayangkan acara sport...bola sepak. Liga FA, Centro campo Liga Italia dah tu ada bola Liga Arab dan entah apa-apa punya liga aku pun tak tau..dan kalau bukan bola, tetap saja ada acara sport..

hmmm...apersal bola yang satu tu korang nak berebut ramai-ramai. pergi la beli sorang satu, dah tu pergi main. abih cerita.

ehh...tetiba terlintas pulak di kepala aku. history of football. macam mana terciptanya permainan bola sepak...apa yang menyebabkan bola sepak yang permainan yang sangat terkenal di seluruh dunia.hhmm, apa yang terlintas dalam kepala aku adalah, zaman perang dulu, kerana nak menghinakan dan memalukan lawan yang kalah dalam perang, kepala musuh tersebut dipancung dan dibuat seperti bola...ditendang ke sana kemari. apersal aku ngarut sampai pikir cam tu plak ye..sadis betul kepala otak aku hari ini.

126486 | tukang tulis gigitakbertatoo pukul: 5:37 | 1 komen anda


parcel

sekarang sudah memasuki pertengahan bulan Ramadhan yang mulia. aku teringat suatu hal yang selalu aku dapatkan di bulan yang mulia ini; parcel dan kad raya musik. hmmm.... kenapa masih mengenang dia lagi

ada pesan dari sorang kawan " kalau masih teringat pada bekas kekasih, terimalah kenyataan itu. kadang hati masih merindui dan ingin mengenang saat-saat bahagia bersama. hal yang wajar dan normal. masa yang korang jalani tu bukan singkat, 4 tahun. walaupun jauh dan jarang jumpa, perasaan itu tak kan hilang sekelip mata setelah perpisahan terjadi"

bercerita tentang parcel...biasanya pertengahan Ramadhan, aku dapat 2 parcel.satu dari mama dan satu dari dia. kalau aku terpaksa beraya di sini, mesti mama hantar kuih raya sekotak besar. dan aku pun boleh bernyummy..nyummy di hari raya sambil membayangkan keluarga di rumah. dan dia, mesti menghantar kad raya musik dan sekotak kecil parcel,besar kotak kasut.parcel dia yang berisi tudung dan baju raya yang mak buat. sampai sekarang, bila aku pakai baju tu, aku masih rasa pelukan dan tatapan mata mak. hangat dan menenangkan. bukti kasih seorang ibu. terima kasih mama, terima kasih mak.

mungkin seumur hidup aku tak akan dapat berjumpa lagi dengan mak dan ayah. cuma aku ingin sampaikan sesuatu pada mak dan ayah

"mak, ayah... Niza minta maaf kalau selama 4 tahun ni, Niza ada buat salah dan silap. Kalau Niza ada menyakiti hati mak dan ayah, sengaja atau tak sengaja. semua yang terjadi antara Niza dan Zuhan adalah suratan takdir, kalau kami tak berjodoh. Niza harap mak dan ayah halalkan makan minum Niza, maafkan kesalahan Niza. Terima kasih untuk cinta,kasih sayang dan doa mak dan ayah untuk Niza selama ini. Niza selalu doakan mak dan ayah selalu di bawah lindungan Allah SWT"

126485 | tukang tulis gigitakbertatoo pukul: 5:31 | 0 komen anda


Saturday, October 30, 2004

di mana ada kemahuan...di situ ada jalan..

di mana ada jalan...di situ ada usaha

di mana ada usaha...di situ ada kejayaan

aku boleh bahagia...di dalam kehidupan peribadi, keluarga dan kerjaya.

selagi aku ada kemahuan, selagi aku tak berhenti berusaha

126412 | tukang tulis gigitakbertatoo pukul: 0:12 | 0 komen anda


Friday, October 29, 2004

aku benci kau

aku benci pada engkau yang telah menipu aku bertahun- tahun lalu.
aku benci pada engkau yang sudah berpunya tapi mengaku sediri.
aku benci kau yang datang kembali dan menghancurkan kebahagiaan aku dan dia.
aku benci kau yang menggunakan ilmu terlarang untuk merosakkan kehidupan aku.
aku benci kau yang membuat hidup hancur.
aku benci kau kerana mengambil setahun lebih dari hidup aku kerana hingga saat ini aku sendiri masih bingung dengan apa yang telah terjadi.
aku benci kau yang menghancurkan impian aku, impian ayah dan mama, impian keluarga, impian Abang.
aku benci kau yang membuat aku sering sulit tidur di malam hari.
aku benci kau yang membuat aku masih dihantui mimpi buruk saban malam dalam tidurku.
aku benci kau
aku benci kau
aku benci kau
aku benci kau
aku benci kau
aku benci kau
aku benci kau
aku benci kau
aku benci kau
aku benci kau
aku benci kau
aku benci kau
aku benci kau
aku benci kau
aku benci kau
aku benci kau
aku benci kau
aku benci kau
aku benci kau
aku benci kau
aku benci kau
aku benci kau
aku benci kau
aku benci kau
aku benci kau
aku benci kau
aku benci kau
aku benci kau
aku benci kau
aku benci kau
aku benci kau
aku benci kau
aku benci kau
aku benci kau
aku benci kau
aku benci kau
aku benci kau
aku benci kau
aku benci kau
aku benci kau
aku benci kau
aku benci kau
aku benci kau
aku benci kau
aku benci kau
aku benci kau
aku benci kau
aku benci kau
aku benci kau
aku benci kau
aku benci kau
aku benci kau
aku benci kau
aku benci kau

dan aku benci diri aku sendiri kenapa tertipu dengan manusia macam kau

tapi aku tak tahu kenapa dengan setumpuk kebencian yang ada di hati, aku masih mendoakan supaya Allah membukakan pintu hatimu, semoga hidayahNya yang pernah singgah dihatimu tidak sirna... semoga kau kembali ke pangkuan keluargamu, semoga kau menjadi lelaki yang bertanggunjawab terhadap zuriatmu, semoga kau tinggalkan segala ilmu yang berhubungan dengan makhluk di alam lain, semoga suatu saat kau menyedari bahawa apa yang kau lakukan pada aku adalah suatu kesalahan, suatu dosa dan semoga Allah mengampunimu.

126411 | tukang tulis gigitakbertatoo pukul: 23:56 | 1 komen anda


in order to survive in this cruel world...be strong

126410 | tukang tulis gigitakbertatoo pukul: 23:49 | 0 komen anda


Thursday, October 28, 2004

apa yang harus aku buat???

aku sudah lelah...lelah...dan lelah sekali...

di saat aku rasa aku sudah tenang...sudah dapat bernafas lega... mimpi itu kembali menghantui aku.bayangan itu kembali memenuhi fikiran..menyesakkan dada. dan malam tadi...aku tidur dengan berlinang air mata...mungkin air mata yang tumpah cukup untuk membuat sebuat peta dunia di bantal aku.

Your soul belongs to me. I will come back for you whatever it takes... if I never come, you'll never live happily with any man on earth.

Aku tak tahu itu sebuah ancaman atau sebuah kutukan yang "makhluk allah" itu dilemparkan pada aku. tapi aku bertekad untuk berusaha untuk mencapai kembali kebahagian dan kegembiraan yang pernah ada dalam hidup aku.

aku terpikir untuk pergi mendapatkan rawatan kaunselor untuk masalah ni..apa salahnya pergi mendapatkan khidmat nasihat profesional untuk masalah yang tak mampu ditangani sendiri. aku pernah terpikir jugak untuk mendapatkan perawatan hipnotis.. supaya kejadian buruk itu tak pernah aku fikirkan lagi dan tak akan terlintas lagi dalam benak aku...seperti hilang, ditelan angin. aku jugak pernah mempertimbangkan untuk pengubatan alternatif secara ruhaniyah..RUKYAH. yang kata kawan-kawan aku sangat efektf untuk membuang segala yang berhubungan dengan makhluk dari alam lain yang dihantar oleh orang untuk menyakiti kita.

aku belum tahu keputusan apa yang akan aku ambil. aku mesti bincang dengan ma dan ayah dulu. walaupun sebenarnya..aku tak nak lagi membangkitkan lagi masalah ini kepada mereka.

aku mesti sembuh.aku tak nak selamanya hidup dikejar bayang-bayang masa lalu.. masa lalu yang menyakitkan. mungkin sampai sekarang aku masih dihantui masalah ini sebab bukan penyebabnya yang disembuhkan.cuma gejala..dan bila aku lemah, ia kembali menyerang. apapun..aku harus kuat dan aku mesti sembuh. ini hidup aku..aku yang menjalani dan aku yang menentukan.

126158 | tukang tulis gigitakbertatoo pukul: 3:45 | 1 komen anda


Tuesday, October 26, 2004

alhamdulillah....

alhamdulillah...akhirnya abis jugak xm yang menyesakkan kepala dan dada. walaupun rasanya macam ada yang aku tak puas hati... tapi ujian dah dilalui...tak leh nak ngulang.. unless kalau fail. tapi aku tak berharap itu terjadi.

ini kali ketiga aku menjalani ujian secara lisan. tapi aku tak tahu kenapa, darah gemuruh tetap tak nak hilang. masa nak xm, semua penyakit datang... sibuk nak gi bilik air..sakit perut la..apa la.. padahal,aku tahu semua tuu sebenarnya kompensasi dari tingkat nervous yang dah ter-over loaded.

ujian pertama masa buat seminar proposal final year paper untuk bachelor. depan 3 pensyarah dan audience. itu yang paling teruk. memang kena kritik abis... puas la mengolah segala bentuk ayat, kalimah dan kata-kata untuk defend proposal. dan dengan segala usaha dan daya,akhirnya proposal tu pun diluluskan.

ujian kedua masa seminar penelitian yang telah dilakukan. masa ni nervous jugak, tapi memandangkan yang ada cuma 3 orang pensyarah.. dan mungkin sebab dah baik ngan dia orang..nervous masa ujian tak teruk sangat.

ujian ketiga ni..walaupun dalam group ( 4 of us) tetap saja rasa macam ilmu tu zero..null..kosong ompong melompong. walau pun di akhir xm pensyarah agak membesarkan hati.. dia kata.."ilmu ada, tapi cara untuk mengungkapkan dengan ayat dan istilah yang tepat masih perlu dipelajari". aku mengambil kesimpulan yang bahawa masih ada yang salah dengan cara aku berkomunikasi antara collegue

tapi..apa pun.. aku dah lega. tapi untuk sementara waktu saja. dapat bernafas lancar, menghirup udara segar. masih ada 8 department yang menunggu untuk ujian lisan... erkkkkk...

macammana pun..kena belajar cara untuk berkomunikasi secara formal dengan lebih baik

125883 | tukang tulis gigitakbertatoo pukul: 5:05 | 0 komen anda


Thursday, October 21, 2004

xm postponed

punya la tak best....

dah bertungkus lumus belajar...sehari sebelum xm...ada news...xm tunda..next moday..mak aiii... makin panjang la stress..alasan... ada launching product kat Radisson. punya la tak best reason yang lectures aku bleh bagi. heran gak aku..opis hour bleh ilang satu dept..

hmmm... kalau niat belajar untuk ilmu mesti rileks jer..tapi niat belajar untuk xm.. ini la jawapnya... stress memanjang.

ilek..ilekk...

malaysia boleh
aku boleh

125362 | tukang tulis gigitakbertatoo pukul: 0:02 | 4 komen anda


Saturday, October 16, 2004

exam around the corner

ke kampus hari ini...tak jadi discussion dengan fav Papi.

recap cases for exam next Thursday.aiii...pening..berdoa supaya tak dapat killer lects. exam lisan pulak tu..hmm...setumpuk buku nak kena baca.

otak dah menggelegak... blurpp..blurpp..blurpp

xm...xm...xmmm

124683 | tukang tulis gigitakbertatoo pukul: 0:29 | 1 komen anda


Friday, October 15, 2004

Hidup untuk Belajar

Hakikatnya hidup ini merupakan rangkaian proses belajar dan menempa diri agar menjadi selalu lebih baik. Sungguh, begitu banyak hal dapat diambil hikmahnya dari perjalanan detik demi detik kehidupan kita. Hal-hal yang kita rasakan, kita lihat, kita dengar, kita keluarkan melalui lisan, semuanya dapat menjadi sesuatu yang penuh makna dan dapat memperkaya khazanah pengalaman kita untuk selanjutnya dijadikan modal bagi proses perbaikan diri, jika kita mahu tentunya.

Little things mean a lot, ya, banyak hal kecil yang sesungguhnya memiliki makna yang begitu besar, jika saja kita mahu sedikit saja lebih memperhatikan, sedikit saja melihat lebih ke dalam, dan sedikit saja berpikir. Ketika kita hanya memandang sesuatu dengan cara biasa, semuanya akan terlihat biasa-biasa saja, tidak ada yang istimewa, seakan memang demikianlah seharusnya.

Ketika peristiwa-peristiwa yang kita jalani hanya berlalu begitu saja, maka ia hanya akan menjadi masa lalu hampa nilai yang tidak dapat memberikan pengaruh apa-apa. Padahal jika kita mahu sedikit saja menggali lebih dalam, mungkin tidak sedikit bekas-bekas berharga yang tertinggal di sana. Sebagaimana halnya mutiara, sebelum ada yang mengeluarkannya dari kulit sang kerang, tidak ada yang dapat merasakan pancaran keindahannya.

Menjadi pelajar sejati, hal yang cukup sulit dilakukan. Bagi saya, seorang pelajar sejati akan selalu mencoba mencari celah pembelajaran dari setiap kejadian yang dialaminya maupun kejadian yang dialami oleh orang lain. Sungguh aku ingin menjadi orang seperti itu: yang senantiasa dapat memaknai hidup dari sudut pandang positif, yang mampu melihat nilai-nilai yang belum tersingkap, serta mampu memunculkan keberhargaan walaupun begitu tersembunyi adanya. Siapa yang tahu di dalam kulit kerang yang gelap tersimpan mutiara yang begitu indah jika tidak ada yang mencoba menyelam ke dasar lautan dan mendapatkannya. Ya, mutiara itu akan tetap ada, tak peduli ada yang berusaha membuka kulit kerang tempatnya bersemayam atau tidak.

Belajar, belajar, dan belajar, menunjukkan bahwa manusia benar-benar makhluk yang memiliki banyak kelemahan dalam dirinya. Dan proses ini belum akan berhenti sampai ajal menjelang, dan maut datang menjemput. Saat itulah aku sebagai manusia baru dapat menunjukkan dan mengatakan "Inilah aku, aku seutuhnya, dan aku yang sesungguhnya".

124542 | tukang tulis gigitakbertatoo pukul: 0:20 | 1 komen anda


Thursday, October 14, 2004

menghitung hari

betul-betul tak terasa...
dah masuk ramadhan
15 oktober..
10 november dah balik..
1 disember kembali..
31 disember last day..
1 jan 05 tahun baru..

cepatnya waktu berlalu

124536 | tukang tulis gigitakbertatoo pukul: 22:44 | 0 komen anda


Wednesday, October 13, 2004

Selamat Datang Ramadhan Al Mubarak

Selamat datang Ramadhan Al Mubarak. Terima kasih Ya Allah untuk anugerah yang Kau berikan hingga aku dan keluarga masih dapat bertemu dengan Ramadhan kali ini.Semoga apa yang terjadi tahun lalu menjadi hikmah yang tak terhingga untuk kami.

Semoga Ramadhan menjadi bulan renungan dan muhasabah untuk apa yang terjadi sepanjang tahun. Semoga hidayah dan inayahMu tetap bersinar sepanjang hayat dikandung badan.

Pergunakanlah Ramadhan kali ini dengan sebaik-baiknya kerana kita tak akan tahu apakah kita masih sempat untuk menyambut Ramadhan yang akan datang

124302 | tukang tulis gigitakbertatoo pukul: 7:33 | 1 komen anda


Tuesday, October 12, 2004

lesen punya cerita...

2 hari dept tak hidup...lects semuanya menghilang...kalau datang pun...lambat...10 minit then hilang lagi.lesap seperti angin lalu. isnin ngan selasa adalah hari perlantikan Dekan Fakulti baru.. isnin perlatikan di Hotel Inna Garuda, hari ni serah terima jawatan di Atrium Fakulti. kesimpulannya...memang lengang...ngangg..ngang... dan kerja -kerja student banyak yang terbengkalai.
kalau dipikir memang susah.. tapi sebab tak ada lects macam ni, aku sempat mengurus satu benda yang dah lama tertangguh. LESEN MOTOR.

selama ni aku kelayapan sana sini tak ada lesen..dah mati sebenarnya. dan aku terpaksa menghafal route dan jalan-jalan serta timing waktu polis buat road block untuk cek lesen dengan roadtax...hahhaaa.... dalam kepala aku dah ada jadual dah. heran kan?? kalau aku keluar bawak AB, ada jalan-jalan tertentu yang aku hindari.bukan apa..sebab dah tau ada roadblock..bayarnya bukan mahal sangat sebenarnya...cuma sapoloh inggit.tapi aku tak nak gak..hehheheee

sekarang aku dah dapat lesen...

cerita pasal lesen...aku tak urus sendiri...ada biro yang uruskan.so aku pergi ngan pakcik tu la..tapi pakcik tu bawak motor racing, nasib baik aku dan AB mampu kejar...hehehe...hmm...dah sebulan nak kena hantar dia gi bengkel...servis.

lesen aku tu lesen terbang sebenarnya..tadi aku tengok file aku...tah bila la aku ikut tes bertulis dan amali...tau-tau ada score..LULUS... wakakakaa...( jgn ditiru...turut menyumbang ke arah semakin bermaharajalelanya korupsi).

sampai sana, kena amik cap jari dulu...ini ntah kali ke berapa aku amik cap jari.bukan cuma ibu jari...sapoloh-sapolah laaa.ibu jari sampai kelingking..kanan kiri. nasib baik cap jari kaki dia tak mintak. (seingat aku...kat malaysia pun aku tak pernah cap semua jari.. tak leh jadi teroris la lepas ni).tunggu cap jari lama..beratur panjang. kebetulan ada rekrutmen Public Servant...dia orang kena ada surat keterangan berkelakuan baik dari pejabat polis..so apa lagi...dekat 30 orang depan aku.tapi pakcik yang handle tu pro giler... tup..tap..tup..tap...agaknya sambil pejam mata pun dia boleh buat.

lepas cap jari...aku pergi photo..photo..photo..

tak yah beratur panjang....dalam 10 minit jer..tapi tak leh pakai glasses. apalagi...terserlah la kesepetan mata aku....

lepas photo, tunggu lagi 15 minit...then nama aku pun dipanggil... lengkap ngan nama ayah... maklum, lesen foreigners..kalau orang local tak der pakai binti binti ni.

nama aku last sekali.aku gi ke kaunter...jeng..jeng...akhirnya aku mendapatkan lesen yang aku tunggu-tunggu selama ni.ma dah tak leh marah aku lagi sebab bawak motor tak de lesen...tak yah hafal lagi jalan mana yang ada roadblock..boleh kelayapan pergi mana-mana..

yahoooooooooooo.... (jangan ditiru)

124071 | tukang tulis gigitakbertatoo pukul: 5:34 | 0 komen anda


Sunday, October 10, 2004

i love sunday

hari ni hari ahad...no campus..no patient...senangnya hati.tapi kerja kat rumah pulak yang bertimbun..basuh baju, bersih bilik, mop, gosok baju..kerja-kerja rutin hari ahad. jadi amah untuk diri sendiri.

petang aku tak ada kerja..aku bercadang nak pergi pameran.. ada 3 pameran

i- pameran komputer sempena 10 tahun majalah Komputek di GSP
ii-pameran buku tahunan Jogja di Balai Shinta, Mandala Bakti Wanitatama
iii-pameran handycraft di JEC

masalahnya...semuanya hari ni last day..aku tak tau nak decide pergi yang mana. pikir punya pikir..pilihan aku jatuh pada pameran buku. kalau pameran komputer, aku tak ada benda nak beli.. handycraft..lagi laaa. kalau buku...saper tahu ada yang berkenan.

siang hari yang panas terik, aku naik bas (AB kena tinggal...kesian kat dia....hehehhe.) lebih kurang 20 minit..maklum jalan kosong,tak jam.sampai kat sana, boleh tahan ramai orang.aku berkeliaran (macam orang hilang lak??!!) dari satu stand ke satu stand. banyak buku yang menarik, tapi budget cuma 50rm. ini pun aku dah korbankan duit ke cybercafe..entry aku lepas ni semuanya taip di laptop dulu..menjimatkan masa dan biaya tentunya.

aku memborong 2 buku dan satu vcd..

++"44 Kesalahan Orang Sholat: dari takbir hingga salam" tulisan Syaikh Muhammad Bayumi terbitan Pustaka Kautsar

++"Tips menjadi wanita paling bahagia di dunia" (As'adu Imroatin fil 'Alam) tulisan Dr Aidh bin Abdullah Al Qarni MA terbitan Pustaka Magfirah. Dr Aidh rupanya penulis buku "dont be sad" terjemahan dari bahasa arab, tajuknya "La-tahzan" ( aku baru tau maknanya jangan sedih...dulu Mr Putratax pernah sms aku..tapi aku lupa nak tanya dia apa maksudnya...hmm..lemot betul aku ni)

++VCD Strategi Pemurtadan Ummat oleh Hajah Irene Handono seorang bekas birawati..sebenarnya aku nak beli VCD Ahmad Deedat tapi memandangkan rencana kewangan aku tak mengizinkan..itu jer la yang termampu.

aku akan cuba isi waktu luang dengan baca buku itu dibanding aku pergi sewa VCD cerita yang tak berfaedah..hehhee..lagi pun puasa dah dekat. carilah pahala sebanyak-banyaknya anak manis

dua entry sebelumnya suppose to be friday's entry tapi entah kenapa server danchan error lagi kot (atau aku sorang jer yang mengalami ni).akhirnya aku balik dan tulis kat laptop je.

123709 | tukang tulis gigitakbertatoo pukul: 7:12 | 2 komen anda


nafsu vs rasional

semalam aku keluar ngan kakak Di. saja, lama tak pergi jalan ngan dia. asyik sibuk memanjang (sibuk terperap dalam bilik sebenarnya).rencana sebenarnya pergi makan pizza hut, tapi dia ajak pergi Galeria dulu.tapi aku kena jemput dia...ini yang tak best ni, rumah dia dihujung dunia,aku kena ulang alik nak hantar dia. tak pe la...kawan punya pasal.

Pergi Galeria,dia ajak temankan pergi beli long pants. jalan punya jalan...tengok ada kasut cantik..dan fit di kaki. apa lagi, mula la kepala tak mampu berfikir secara rasional.duit kat tangan tak ada, tapi Visatron hidup..apa lagi.. gosok jer la debit card. rasional dan nafsu membeli mula bergaduh. beli...jangan beli...beli...jangan beli...aiiieeee...penin kepala aku. tapi akhirnya, aku berjaya mengalahkan nafsu membeli. macamana..aku ambik kertas,tulis budget aku letak kat sebelah kasut tu..dan pikir lagi, apakah aku nak neraca kewangan aku menjadi negtif semata-mata sepasang kasut yang aku juga belum tau bila nak pakai...

syukur aku tak beli kasut tu.

123706 | tukang tulis gigitakbertatoo pukul: 6:45 | 0 komen anda


terima kasih pizza hut

balik dari Galeria, pergi ke PizzaHut. sejak renovation, ini first time makan kat sini...kalau dulu style restoren...sekarang dah ala-ala bistro. mungkin sebab banyaknya persaingan dengan franchise fast food lain.

sampai sana, order satu minum,personal pan pizza, bruschetta udang ngan salad. sebenarnya perut takla lapar sangat tapi teringin nak makan salad.itu yang cari kat pizza hut jugak. memula dia serve minum, salad self-service, then hantar bruschetta.apalagi..nyum..nyum la sambil sembang..tak terasa dah dekat sejam.eh, mana pizza ni?

aku pun tanya kat staff dia...pizza mana?dah sejam..nasib baik perut dah kenyang.tak der la marah ke apa ke..dia pun pergi check....laaaaa...dia belum buat order kita orang ...ces..ces...cesss... sesia je tunggu. akhirnya, kita orang cancel saja order pizza tu dan mintak receipt..

5 minit staff dia datang dengan membawa sebungkus pizza.. blur jugak. sebab kita orang dah cancel order tu. staff dia datang sambil sengih-sengih.."Maaf atas kecuaian kami. Ini complimentary pizza dari kami". wahhh... mimpi apa aku semalam, dapat pizza free.

aku kata ke kakak Di: patutnya kita order stuff crust pizza atau yang paling mahal jer tadik..hehhehhee.

walaupun sebenarnya kita orang pun lembap gak...dah pizza tak datang awat tak tanya awal-awal.. tapi terima kasih untuk pizzahut jalan sudirman. first time aku rasa..pizza tu bebetul sedap...sebab free...hehehhehhee

123705 | tukang tulis gigitakbertatoo pukul: 6:44 | 1 komen anda


Thursday, October 7, 2004

masa..masa..dan masa

sehari ada 24 jam,1440 minit, 86400 saat.

kalau di tengok dari angka-angka tersebut...rasanya jumlah yang sangat besar..tapi kalau kita menjalaninya...rasanya tak cukup untuk melakukan semua pekerjaan yang bertimbun-timbun dan tak ada habisnya.

rasanya lelah mengejar waktu untuk melakukan semua kerja yang sepatutnya...tapi pekerjaaan tak kunjung selesai

apakah aku yang masih belum pandai mengatur masa dan memanfaatkan kesempatan yang ada. atau aku memang suka buang masa.

hargailah masa kerana masa yang sudah berlalu tak akan kembali

al 'asr (QS 103:1-3)
In the name of Allah, the Compassionate, the Merciful
By (the Token of) Time (through the ages),
Verily Man is in loss,
Except such as have Faith, and do righteous deeds, and (join together) in the mutual teaching of Truth, and of Patience and Constancy.

translation by:Yusuf Ali

123568 | tukang tulis gigitakbertatoo pukul: 23:53 | 0 komen anda


pelajaran dari seorang non muslim

kerja hari ini agak berlimpah ruah...dan lama. kehulu kehilir aku merayau mencari lecturer untuk approved kerja aku. selesai kerja dah pukul 1.00 pm..nasib baik tadi heavy breakfast...perut masih bertoleransi..cuma haus tak terkata. ke cafe...dengan Yen.

Yen: kak, jom pergi makan...saya lapar
Aku: jom, akak pun haus...panas betul cuaca.yen, belanja akak minum ekkk?
Yen: akak ni...ader ker...saya tengah pokai...
Aku: hehehe...acah jer... jom..kita gi kantin

sampai kat kantin, biasa la...mengambil frestea dalam peti ais, bukak tutup botol,amik straw dan slurpp...ahhhhhh...sejuk dan segarr. sambil perhatikan Yen nak makan apa. rupanya dia makan nasik goreng yang ready pack..sambil sembang-sembang, dia bukak packing nasik goreng tu.

Yen: kak..kejap yer
Aku: aaaaaa??!

dengan menghadap makanan, sambil merapatkan kedua belah tangan bertafakur, menundukkan wajah dan memejam mata...dia berdoa..15 saat.

aku terpana memandang situasi seperti itu.

wajah yang sangat tenang, sangat tulus dan sangat bersyukur.

aku dengan agak-agak "bego" bertanya pada dia

Aku: Yeyen, doa apa?
Yen: Doa makan,Yen terima kasih dengan Yesus Kristus yang sudah memberikan rezeki makanan hari ini.

aku cuma senyum. menghormati ajaran yang dia anut.

tapi sepanjang perjalanan balik ke rumah, aku terfikir setiap hari aku makan 2-3 kali. itu tak termasuk snack, tea time, atau waktu mulut aku rajin nak mengunyah. tapi pernahkah aku benar-benar berdoa dan bersyukur untuk rezeki aku hari itu. setakat Basmallah...terus ngapp..bila dah kenyang...Hamdalah.

pernahkah aku duduk barang sekejap dihadapan rezeki yang diberikan Allah, berterima kasih dan bersyukur kepadaNya atas rezeki hari ini, aku dapat menikmati makanan ini sedangkan di luar sana...ada beribu manusia yang kelaparan...yang berjuang dengan segenap tenaga, mengalirkan keringat bahkan ada yang sampai menjual harga diri untuk mendapatkan sebutir nasi.

"allahumma barik lana fima razaqtana waqina 'azabannar"

Ya Allah, berkatilah rezeki yang Engkau kurniakan kepada kami serta jauhkanlah diri kami dari siksaan api neraka

123417 | tukang tulis gigitakbertatoo pukul: 1:39 | 4 komen anda


Tuesday, October 5, 2004

short message service

from someone

She is my sunshine but her heart belongs to another man. She looks right through me. She only ever thought of us as friends. But I'll keep holding back my heart.i will not let her see. I gonna bide my time. Until the day she comes to me

I reply

Hmm..what a lucky girl, but quite stupid haaa??! Time will heal, but some people dont have much.. If she's meant for you..she'll be yours..may she have the courage to put her past aside...and step foward with someone who love her for what she is

123129 | tukang tulis gigitakbertatoo pukul: 5:20 | 1 komen anda


Hidup terus bergulir...

Semalam aku baca komik..komik jepun, tapi translated la. tajuk dia Sugar-Snow fairy.cerita dia tentang kisah seorang fairy salji yang masih kecil yang datang ke dunia manusia, dia harus mencari 'kirameki' sebagai makanan untuk pokok fairy nya. bila pokok fairy sudah berbunga, dia akan berubah jadi fairy yang dewasa yang boleh membuat salji.

Tapi masalahnya, dia tak tahu apa sebenarnya 'kirameki'. yang dia tahu, 'kirameki' adalah sesuatu yang hangat, bercahaya dan kuat.

Perjalanan Sugar di dunia manusia dijalani bersama Sakura, gadis kecil yang ada kemampuan untuk melihat fairy (biasa la....fairy kan invinsible).

Banyak hal yang dialami oleh Sugar dan Sakura, sedih, bahagia, gembira, terluka,takut etc. tapi tanpa disedari oleh mereka. Seiring dengan waktu,pokok fairy makin membesar dan berbunga.

Rupa-rupanya, 'kirameki', makanan pokok fairy itu adalah perasaan yang dirasakan oleh Sugar pada waktu dia hidup di dunia manusia bersama dengan Sakura.

Akhirnya..pokok fairy tumbuh besar dan berbunga.Sugar akhirnya dapat berubah menjadi fairy dewasa dan Sugar pun tahu bahawa semua perasaan yang dialami dia..sedih,bahagia,terluka, gembira etc itulah yang membuatkan hidup Sugar lebih indah. Walaupun saat terluka itu sakit, walaupun saat menangis itu sedih... itulah yang menjadikan hidup itu indah dan berwarna.

Ada benarnya kenapa aku harus melalui rasa sakit dan pedih supaya aku lebih menghargai kebahagian...

Ada benarnya aku harus melalui kelukaan dan kesedihan supaya aku lebih menghargai cinta yang diberikan...

Ada benarnya...apapun yang kita alami hari ini, apapun yang kita lakukan, apapun yang kita rasakan, hidup akan terus bergulir...

Semuanya bergantung pada diri kita sendiri...

123126 | tukang tulis gigitakbertatoo pukul: 5:17 | 0 komen anda


Sunday, October 3, 2004

harapan selalu ada

beberapa hari ni blog aku kosong...sekosong hati dan perasaan, sekosong fikiran, sekosong keinginan... kosong..kosong..kosong..

aku sendiri tak tau kenapa... belakangan ni banyak kisah-kisah masa lalu yang muncul lagi. mungkin kerana Ramadhan hampir tiba dan kisah pahit itu terjadi di Ramadhan yang penuh berkah ini. makin kuat aku mencuba untuk melupakan, makin sering ia datang menghantui. makin laju aku berlari, makin cepat ia menghampiri. sebenarnya, aku lelah berhadapan dengan semua ini. rasanya aku ingin menghilang saja... mungkinkah???

membuat diri sendiri bersemangat bukan suatu hal yang mudah.. memotivasi diri setelah apa yang terjadi suatu cabaran yang sulit..

tapi aku harus tetap berusaha.. usaha selagi hayat dikandung badan

untuk apa ma dan ayah berjuang dengan segenap kemampuan yang ada kalau aku sendiri menyerah..
mereka sudah memberi cahaya untuk aku untuk keluar dari jalan yang terpesong...kembali kepada Nur Ilahi
dan aku bersyukur kepadaNya kerana memberikan kepadaku orangtua dan keluarga yang tak kenal erti lelah.. membantu dan mendukung aku keluar dari kesesatan ini..
dan rasa syukur yang tak terhingga harus aku panjatkan kepadaNya untuk nikmat iman dan islam yang sampai hari ini masih aku rasakan..

aku tak kan menyerah..

secercah harapan selalu ada..

bagi orang..

yang tak pernah berhenti berharap..

122937 | tukang tulis gigitakbertatoo pukul: 21:22 | 3 komen anda