KE MANA TUMPAHNYA EMOSI KALAU TAK KE BLOG


Saturday, November 27, 2004

kembali....

hari: rabu
tarikh: 24 november 2004
waktu: 13.30 WIB
lokasi: lapangan terbang Adisucipto, Jogjakarta
cuaca: hujan lebat gila

aku kembali ke bumi jogja... dengan harapan ini terakhir kali aku menjejakkan kaki ke sini. tahun depan aku sudah pulang ke Malaysia dengan gelar "Doktor". aminnnn... ya rabbal alamin.

walaupun beza waktu jogja dan penang cuma 1 jam.. jet lag tetap terasa. bangun pagi, rasanya macam masih di rumah..sayu saja..tapi perjuangan belum selesai, di sini lah aku terdampar.

129430 | tukang tulis gigitakbertatoo pukul: 20:38 | 4 komen anda


Tuesday, November 9, 2004

selamat hari raya aidilfitri

sebenarnya hari ni aku tak berniat nak menulis entry.. tapi aku lupa sesuatu.. aku belum ucapkan selamat beraya pada teman-teman yang baru aku kenal di dunia maya ni... setelah aku MC dari dunia cyber hampir setahun.

ini entry terakhir sebelum balik raya...sebab kat rumah tak ada sambungan internet.

untuk sesapa saja yang sengaja atau tak sengaja membaca entry ni, aku ucapkan :

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI...

semoga kita kembali fitrah setelah menjalani Ramadhan dengan sepenuh hati.taqobalallahu minna wa minkum dan mohon maaf zahir batin

127692 | tukang tulis gigitakbertatoo pukul: 5:27 | 0 komen anda


Saturday, November 6, 2004

reshedule..

berapa hari terpaksa menlepaskan diri dari menyentuh komputer.. semua jadual terpaksa diubah semula...reshedule everything yang dah plan since august...eiihh...sakit hati beta... sabo...sabo... at least masih boleh balik...dan beraya kat rumah, compare ngan budak-budak yang memang tak leh balik sebab dapat jadual on call masa musim raya dan ada yang kena outstation.. lebih beruntung aku. merasa gak 2 minggu balik..

tiket dah settle, immigration dah settle, barang dah pack separuh, baju dah laundry, bilik dah kemas...75% kerja dah beres...barang yang orang kirim dah beli, tinggal nak buat surat cuti dan bagi kat lecturer..

cerita pasal raya...rasanya raya tahun ni tak terasa sangat...apa pasal..sebab banyak kerja yang menuntut komitmen yang tak berbelah bagi. tak pe la...perlu ada pengorbanan untuk sebuah kejayaan. cuma aku nak balik beraya, tahun lepas aku tak balik.. tahun ni mesti balik. lagipun, tahun ni jal raya kat sabah...sebab awal januari depan dia dah dapat transfer balik ngajar kat penang. tapi belum tahu kat sekolah mana. ma kata, dia ada bakat jadi pengetua...hehhehee... terlungkup la sekolah dapat pak sheikh macam dia.. hahhahaa.

syun, fan ngan ati dah lama kat rumah. fan balik dari utm hari khanmis lepas. ati dah dekat sebulan balik rumah. jeles aku..uia cuti ke bulan posa ni??? tinggal aku sorang je yang masih terpacak kat sini.hmmm.... tak per counting the days...aku pun dah nak balik dah.. hari rabu nanti flight pukul 13.30...tak sabo...tak sabo... semoga perjalanan aku lancar dan tak ada masalah yang timbul.amin.

127394 | tukang tulis gigitakbertatoo pukul: 22:49 | 1 komen anda


Wednesday, November 3, 2004

hiks...hiksss...sungguh menyedihkan...

tadi baru pretest... jumpa doktor handsome lagi (hehhehe...)

lepas pretest ada briefing.... pang..pung..pang...pung...dia cakap...

eh...pasal kehadiran untuk dept... maximum tak masuk adalah 6 hari sepanjang 48 hari efektif kerja... haaaaa...skit betul. dept lain semuanya maximum 25%...12 hari. dept ni, half of it.
kalau lebih dari tu, kira batal masuk dept dan semua kerja hangus. lepas tu, terus doktor tu jadi tak handsome dimata aku...hikss... hikssss

tak jadi aku nak bercuti panjang...terpaksa mengubah semua jadual cuti..hikss..hikss...plan nak balik jogja 1 disember hancur sudah.paling lambat kena balik pada 24 november.tak puas lagi cuti. waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. apakan daya, belajar di tempat orangdi tempat orang.

waaaaaa.....waa.....waaaaaaaaaaaa....waaaa....waaaa....wa...waaaaa.....waaaa...wa....waaaaaaaaaa......waaaaa....

127030 | tukang tulis gigitakbertatoo pukul: 23:24 | 5 komen anda


Monday, November 1, 2004

hujan dan dunia maya

syukurlah beberapa hari ni hujan mulai turun membasahi bumi jogja. walaupun cuma sekejap, setidaknya mengurangi gersangnya tanah ini.

dan sebab hujan..aku tersangkut kat dalam cybercafe...tak bleh pergi mana-mana dan akhirnya merayau lah aku di dunia maya.

126728 | tukang tulis gigitakbertatoo pukul: 23:34 | 0 komen anda


department baru...semangat baru

hari ni pindah dept baru...dept periodonsia.pasal gusi dan tisu pendukung. lab yang tak bnyk kuarkan duit.alhamdulillah...lega..sebab dah 100% broke.

tadi dah jumpa head of department...lepas ni kena jumpa koordinator pulak. katanya...ceritanya... orang nya masih muda dan handsome..hahhaaaa. boleh la sekadar buat cuci mata.(setan bertanduk pun mula la keluar.. budak ni, bulan posa pun perangai macam ni... bila nak insaf entah la :P )

sebenarnya masih ada hutang di dept yang sebelumnya, koordinator situ bagi masa seminggu untuk selesaikan kerja-kerja di situ. insyaallah...aku boleh buat.

mungkin dalam minggu ni ada pretest untuk dept baru...kemudian 10hb, aku akan angkat kaki dari bumi jogjakarta balik umah...best...best...best...

cuti sat noo... kepala cek dah penin mengadap benda-benda kat sini

126609 | tukang tulis gigitakbertatoo pukul: 6:25 | 2 komen anda


As'adu- Imroatin fil 'Alam

Tajuk:Tips menjadi wanita paling bahagia di dunia
Penerbit: Pustaka Maghfirah, Jakarta
Halaman:320 mukasurat

aku tak tahu macammana cover original buku ni sebab versi terjemahan bahasa indonesia ni dah di edit semula. aku tak dapat nak membandingkan dengan cover originalnya, tapi menurut aku, cover ni sangat cantik. warna pink, walaupun pink bukan favourite colour aku.

layout yang bagus dan menarik,membuat mata tak jemu membaca.isi buku dengan tulisan dan cerita-cerita yang sangat simple. apa yang disampaikan diharapkan mampu menyentuh akal wanita yang suci, hatinya yang bersih dan dan rohnya yang murni, demi mengatakan kepada kaum wanita "bersabarlah dan berharaplah dengan baik. jangan sekali-kali berputus asa dan bersikap optimislah kerana sesungguhnya Allah selalu bersama kita. Cukuplah hanya Allah bagi kita, kerana Dia menjamin segalanya dan hanya Dialah menjadi penjaga dan pelindung kita"

buku ini terbahagi kepada 13 bab, terdiri dari rangkaian ayat-ayat AlQuran yang jelas dan penuh hikmah, dilengkapi dengan hadis-hadis shahih, kisah-kisah keteladanan dari wanita sepanjang zaman, bait-bait syair yang menyentuh hati, idea dan gagasan baru untuk berfikir dengan jernih dan pengalaman-pengalaman yang dapat dijadikan petunjuk dan pedoman hidup.

kalau dibaca dan ditelek dengan lebih teliti...buku ini sebenarnya hampir sama dengan siri buku motivasi yang terkenal "Chicken soup". bezanya, buku ini lebih banyak mengutip ALQuran dan hadis serta kisah dari para sahabat wanita di zaman Rasulullah SAW, dan kisah-kisah yang diceritakan secara umum tanpa menyebutkan individu tertentu.

hal 246: Tips Zamrud ke 8

Ubahlah kerugian menjadi keuntungan

ruh-ruh kami, wahai Tuhan kami
berada di atas bahu kami
Kami mengharapkan balasan-Mu yang berlimpah
dan kedekatan dengan dengan diri-Mu


Ada sebuah nasihat yang menganjurkan agar jangan pernah berputus asa bila kaki Anda tersandung dan Anda terjatuh ke dalam lubang yang besar. Yang jelas, Anda pasti akan keluar dari lubang itu dengan kondisi yang lebih kuat. Sesungguhnya Allah selalu bersama orang yang sabar.

Jangan pernah bersedih bila anak patah yang mematikan datang menyerang berasal dari orang yang sangat dekat dengan hati Anda. Anda pasti menemukan orang yang mampu mencabut anak panah dan mengubati luka itu,mengembalikan kehidupan dan senyum Anda seperti semula.

Jangan sering bernaung di bawah reruntuhan gedung, terutama bila sekumpulan kelawar telah menghuninya dan kegelapan menghampirinya. carilah kicauan burung yang menembus cakrawala bersama sinar pagi yang cerah.

Jangan melihat lagi pada lembaran-lembaran yang kering dan layu yang dirosak oleh penderitaan dan keterasingan, sebab setelah itu Anda akan menyingkap bahawa garis-garis penderitaan bukanlah garis nasib yang terbaik yang ditakdirkan dalam kehidupan Anda. Lembaran itu bukanlah akhir dari perjalanan hidup Anda. anda harus membezakan antara orang yang telah meletakkan garis-garis kehidupan di antara kedua matanya dengan orang-orang yang membirkannya diterbangkan oleh angin. Garis-garis kehidupan bukanlah sekadar pernyataan yang indah, namun perasaan yang mendalam di hati dan dijalani secara bertahap. tidak ada sesuatu pun di dunia ini yang berhak mendapatkan walaupun setitis air mata Anda.

126607 | tukang tulis gigitakbertatoo pukul: 5:53 | 0 komen anda