KE MANA TUMPAHNYA EMOSI KALAU TAK KE BLOG

kalau aku fikirkan lagi, aku boleh collapse.dah habis air mata, dah lelah fikiran, siapakah aku untuk mempersoalkan ketentuan Ilahi. semua orang ada hidup jalan hidup masing-masing. kalau diberikan pilihan, semua orang akan memilih mati pada saat semua tanggunjawab sudah terlaksana, anak-anak sudah mandiri, hutang piutang sudah berbayar, meninggal dikelilingi orang-orang yang terkasih. bukan dalam bencana seperti ini.
tak tahu kenapa this disaster seems so close to me..
come on my dear..life goes on (and get shorter everyday)
happy new year 2005
5 hari paska gempa dan tsunami. seluruh dunia gempar dan turut berdukacita. gempa terbesar dalam tempoh 50 tahun terakhir. menurut ahli geofisika pada tahun 2002 yang lalu gempa yang terjadi ini memang sudah diperkirakan, tapi 100-200 tahun lagi. tau-tau, 1-2 tahun.
bantuan yang datang dari warga tempatan dan negara sahabat mencurah-curah, berlimpah ruah. bantuan barang (makanan, pakaian, selimut, minuman, air bersih, khemah, ubat-ubatan, jentera berat,kantung plastik mayat etc) dan relawan mula sampai. namun masih banyak yang menumpuk di Lapangan Terbang Halim Perdana Kusuma, Jakarta dan Lapangan Terbang Polonia Medan.
apa yang terjadi adalah hal yang sangat disayangkan. tak ada komunikasi dan koordinasi yang baik dalam menyalurkan bantuan. bantuan menumpuk di lokasi tertentu. kalau macam ni macammana orang-orang yang selamat akan bertahan. setelah 5 hari tanpa makan dan minum, luka dan cedera yang sudah terinfeksi kuman, keadaan hati dan psikologis yang sangat..akankah mereka bertahan.
belum lagi cerita relawan dari luar negeri yang bermasalah untuk masuk ke Acheh sebab status Acheh adalah "darurat militer", perlu suatu surat permohonan khusus. Come on guys, this is an international disaster, its an EMERGENCY. can you understand that....DARURAT.why can all of you people just let the volunteers get in and help. why are you still asking for a stupid paper "call surat izin khusus". this things happened to Aussie volunteers and few other countries and their embassies have to take over the matters. you stupid, idiot..people are dying there *sobs*sob*sobs*
cerita tsunami lagi...
di kampus, kawan-kawan yang berasal dari Acheh hampir semuanya tak masuk dept. adik-adik yang masih undergrad tak mampu untuk menduduki peperiksaan akhir semester yang akan bermula januari ni. kemarin, aku lalu depan asrama mahasiswa Acheh. suasana di area tu sangat...aku tak tau nak cakap macammana, aura di situ penuh dengan kegelapan, kedukaan,kesedihan, tangisan dan airmata. ada beberapa mahasiswa yang terpaksa dibawak ke hospital sebab depresi teruk lepas tahu keluarganya semua meninggal.
kota yang paling parah terkena gelombang tsunami adalah Banda Aceh dan Moelaboh (baca:Melabuh). di Moelaboh, 80% kota hancur dan dari 50k penduduknya, cuma 20% yang survive, dan sampai sekarang masih isolated. bantuan pun cuma dapat dilempar melalui udara sebab jalan dan landasan kapal terbang hancur. hanya chopper yang dapat mendarat.
masih banyak mayat yang bergelimpangan sebab tak ada orang yang dapat mengurus. mayat yang terendam air mula rosak dan berbau. mana yang sempat diurus, semuanya dikebumikan secara massal. satu padang, di gali lubang, disusun berderet-deret dan ditanam. tanpa nisan dan tanpa nama. Majlis Ulama Indonesia mengelurkan fatwa, korban bencana alam ini mati syahid dan tak perlu dimandi dan dikafankan.
di Banda Acheh, mungkin suatu mukjizat Masjid Raya Banda Acheh masih utuh tak luak dek gelombang tsunami. Padahal sebuah supermarket 4 tingkat tak jauh dari masjid rata dengan tanah. Subhanallah..
sekali lagi, al-fatihah untuk korban yang meninggal dan semoga keluarga yang ditinggalkan diberi kesabaran dan ketabahan untuk menghadapi dugaan yang berat ini.
23 desember 2004
tadi aku pergi beli barang kat supermarket, belanja bulanan...sabun mandi, sabun basuh, syampu, snack, cekelat, mi instant (jangan tiru yang ni) dan segala pernak pernik yang lain. masa nak bayar, panjang jugak kena beratur.boleh tahan ramainya.. orang lain pun belanja jugak, bukan aku sorang jer...atau dia orang tengah sibuk belanja untuk persiapan menyambut Natal.
ada beberapa suka duka waktu pergi shopping ni.bila ingat hal-hal ini, ada yang membangkitkan semangat dan ada yang meranapkan
1.shopping awal bulan atau dekat musim perayaan siot, punya l ramai orang, nak buat bil beratur, nak bayar beratur. sesaknya bukan main. lebih baik aku tak dapat diskaun daripada bersesak macam tu
2.dapat duit baki dengan gula-gula aku tak tau sejak bila gulu-gula menjadi satu elemen dalam sistem matawang tunai selain duit syiling, duit kertas dan duit plastik ( debit card tau...bukan credit card). kalau supermarket boleh buat macam tu, maknanya aku pun boleh la bayar sewa rumah dengan gula-gula jugak, atau beli barang lagi kat supermarket tu ngan gula-gula yang dia bagi kat aku. fair and square.
3.shopping tanpa senarai barang yang nak dibeli ini satu kelemahan, aku kadang suka membeli barang yang tak terlalu penting, beli esok lusa pun tak per...tapi terbeli sekarang jugak
4.pergi shopping dengan debit card kat tangan alamak...ini satu lagi kelemahan. atm card endorsed by most major bank can be used as debit card. aiyyaaak..ini satu lagi cara pengorekan duit yang sangat efektif. ada atm yang boleh cash in dekat cashier, ko gi shopping, bayar ko boleh amik cash lagi, tapi, as long as dalam account ada duit..ini debit card. padahal, mula-mula aku buka account dekat bank tu niatnya nak saving, tapi saving apanya...habuk pun tarak. mungkin aku patut cari alternatif lain untuk menabung. fixed deposit??reksadana mungkin??
aku mungkin tak termasuk dalam kategori perempuan yang terlalu suka shopping ke supermarket atau mall. sekarang ni cuma ada satu jer tempat favourite aku untuk shopping dan aku sangat betah meronda tempat tu selama berjam-jam dan aku sangat tak suka kalau ada yang mengganggu kalau aku ada di sana. dimana...kedai buku.record paling lama adalah 6 jam non stop. mungkin aku akan pecahkan rekod aku sendiri nanti, dari kedai bukak, sampai kedai tutup atau sampai kena halau dek security guard..hehhehehee.. apa yang aku buat kat sana...cari bahan bacaan gratisan.
kamus gratis: percuma
mendengar berita tentang musibah dan kematian yang berturut-turut dalam senggang waktu yang amat singkat kadang-kadang membuat aku jadi pesimis. bulan sepuluh gempa bumi di nabire, bulan sebelas, lyon air jatuh meruduk masuk tanah perkuburan, bulan dua belas gempa bumi dan tsunami.
musibah dan bencana alam yang datang berturut-turut, menelan korban yang tak sedikit. membuat nyali jadi ciut. kematian memang ada di mana-mana, bila-bila saja.
hari ini ko masih sihat, esok ko dah terbalut kain kapan, hari ini ko masih gelak ketawa, esok sedara mara dah mengisi pemergian ko, hari ni ko masih makan nasik berlauk pauk lengkap, esok lusa ulat yang makan badan ko, hari ni ko masih duduk bermesraan dengan anak dan keluarga, esok ko dah kena pukul ngan malaikat sebab tak dapat jawab soalan dalam kubur, hari ini ko masih sibuk duduk membebel dan memerintah orang kat dalam pejabat, esok ko yang terdiam kelu tanpa suara..
masih bernapaskah aku sesaat lagi apa yang aku lakukan dengan napas yang sesaat itu kebaikan atau keburukan
pesimiskah aku untuk menghadapi satu tahun lagi....
tolonglah..
kamus nyali: keberanian ciut: kecil, kerdil
hari ni baru dapat tengok gambar live kerosakan dan bencana yang terjadi akibat gempa dan tsunami. bila manusia berhadapan dengan alam, kadang manusia hanya mampu pasrah.
kerajaan indonesia dah mengumumkan "bencana nasional". beberapa penganjur pesta akhir tahun pun membatalkan acara untuk menghormati korban dan duit yang telah terkumpul disumbangkan kepada mangsa dan keluarga.
setakat ni, yang diketahui angka kematian sudah mencapai 5000 dan akan terus meningkat. tengok di tv saja, air mata dah mengalir... rumah dan bangunan hancur rata dengan tanah,mayat bergelimpangan sepanjang jalan, ditutup ala kadarnya, dengan daun kelapa, kertas, plastik.. ada dengan zink dari rumah yang tercabut. iskk..isk... berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.
semoga keluarga yang ditimpa bencana tabah dan diberikan kekuatan. al-fatihah.
untuk sesapa yang nak memberi sumbangan :
For Indonesia: PUNDI AMAL SCTV Bank : Bank Central Asia Branch: Wisma Asia Jakarta Acc No : 084.266.2000
pagi tadi lebih kurang pukul 10 pagi ada breaking news di TV. gempa besar melanda bumi Serambi Mekah, Aceh. gempa yang sangat besar. hujung tahun yang cukup duka. baru sebulan lepas gempa di Nabire,Irian Jaya sekarang di Aceh pulak. dari bahagian paling timur Indonesia hingga bahagian paling barat Indonesia.
gempa yang terjadi memang sangat teruk, dengan gelombang Tsunami dengan tinggi belasan meter dan menuju hingga 10km ke darat. waktu aku dengar berita tu, gambaran yang terbayang dalam kepala aku adalah kejadian macam dalam filem omputih..tapi yang terjadi sekarang adalah kenyataan. diperkirakan gempa yang terjadi berkekuatan 6.8 skala Richter. tapi ada yang mengatakan 8.1 skala Richter.
entah berapa banyak korban jiwa.. belum ada data rasmi. tapi diperkirakan ratusan orang. belum lagi kerugian secara meterial yang pasti miliaran rupiah.
waktu berita gempa tu, aku teringat orang-orang kat rumah. kebetulan kami tak duduk sebelah pulau. mungkin efek tak terlalu teruk. aku teringat menara Komtar, teringat Penang Bridge. syukurlah gempa masa hari ahad, hari cuti. kalau masa hari kerja, tengah penuh dengan orang.. tapi hari cuti macam ni, orang ada kat rumah. kat Penang jarang rumah menapak kat tanah, semuanya menjulang ke langit.
walaupun Malaysia tak termasuk dalam area plat bumi yang aktif, dan gunung berapi ( SYUKUR...ALHAMDULILLAH) tapi tetap dikelilingi olehnya. Indonesia, Filipina..emm...aku kena bukak balik pelajaran geografi tingkatan 3 ni.. dah lupa-lupa ingat.
aku sendiri pernah alami gempa di Jogja... tapi tak berapa teruk. 3 kali. sekali waktu malam, tengah tido.sekali waktu tengah lepak ngan kawan-kawan dan sekali lagi waktu tengah naik motor ( boleh imagine??) tapi cuma gempa kecil.. dan aku ingat pesan senior kalau gempa...kalau boleh keluar dari bangunan..keluarlah..kalau tak, berlindung di bawah alang-alang pintu sebab di situ tempat paling kukuh.
hari ini baru dapat surat pekeliling dari univ, cuti hari natal dipercepat sehari...jadinya, kami dapat cuti yang panjang untuk hujung minggu ini, 3 hari. a very good news. cuti-cuti..lepak rumah kat rumah..atau aku kena mencari tempat lepak yang baru. emm...rumah saper la yang akan menjadi korban aku, atau aku akan pergi rental vcd dan nengok vcd sampai mata bengkak :P
cerita tentang natal, dari kecik sampai besar...aku rasa aku suka christmas season. apersal???! biasanya cuma sebab banyak cerita kat tv yang best.katrun, movie dan yang sebangsa dan setanah air dengannya. sebab aku memang la tersangat doyan menengok tv. itu la hobi aku.
tapi sejak kecik, aku selalu bertanya-tanya pasal perayaan natal ni. bagi umat kristiani, natal adalah perayaan untuk menyambut kelahiran isa al-masih atau Jesus Christ. dan dari situ aku belajar banyak tentang agama itu sendiri. aku masih ingat waktu umur 11 tahun, aku dah membaca buku tentang Bible dan perbandingannya dengan AlQuran. banyak yang aku tak paham waktu itu...tapi aku cuma baca, melahap informasi yang ada.
hal yang sampai sekarang aku masih bertanya-tanya adalah, tentang pokok natal ( yang dibuat dari pokok cemara) dan emm... aku tak tau apa benda namanya, tapi hiasan daun cemara yang berbentuk bulat yang selalu dihias depan pintu pada musim natal. persoalannya adalah, kenapa natal selalu disimbolkan dengan pokok cemara. apa hubungannya. analogi aku, kalau deepavali adalah perayaan cahaya...ok, boleh la bubuh gambar lampu atau pelita, AidilFitri gambar masjid atau ketupat...ok, sebulan sebelum tu kita puasa dan ibadah terawih di masjid.kalau ketupat makanan utama hari raya. kalau CNY, itu bukan perayaan agama.itu Tahun Baru Kalender Cina, konsepnya sama jugak dengan Maal Hijrah, permulaan kalender Islam yang mengambil dari hijrah Rasulullah ke Yathrib. tapi pohon cemara dan Natal..aku tak dapat melihat adanya hubungan ( atau logika dan nalar aku yang tengah jam??!)
menurut sejarah, Isa lahir di semenanjung tanah arab. di Jurusalem, Palestina atau dikenal jugak dengan sebutan Batlehem ( camaner nak eja ni?) ok..Tanah Arab,negara padang pasir..mana ada pokok cemara. pokok kurma banyak la. kenapa dia tak gunakan pokok kurma saja untuk menggambarkan suasana natal.
dan satu lagi, tentang Santa Clause...
sampai sekarang aku masih bertanya-tanya tentang ni... sebenarnya banyak lagi tapi itu masalah kepercayaan terhadap Trinity dan yang selevel dengannya. mungkin bukan untuk tatapan media umum macam blog ni. kalau ada yang tahu, boleh tolong bagi jawapan untuk aku.
Selamat bercuti.

anak lelaki adalah anak yang paling diharapkan dalam sebuah keluarga. kadang-kadang, walaupun dah ada anak perempuan 5-6 orang, suami tetap suruh isteri mengandung lagi sebab kerana nakkan anak lelaki. segala macam cara diusahakan supaya isteri dapat melahirkan anak lelaki. kalau zaman jahiliyah arab pulak, anak perempuan yang baru lahir di tanam hidup-hidup, untuk mencegah aib pada masa akan datang yang akan menimpanya. kalau dalam keluarga kerajaan, seorang puteri dilarang naik tahta untuk menggantikan ayahdanya sebagai raja atau sultan. banyak hal yang boleh dibuat sesuka hati oleh anak lelaki tapi tak boleh dibuat oleh anak perempuan.
masa kecil, kalau budak lelaki jatuh atau terluka mesti mak atau ayah dia akan marah kalau dia nangis. budak laki kena kuat, jangan cengeng, jatuh skit dah nangis. tapi kalau budak perempuan, dipujuk-pujuk, disayang-sayang, dibelai-belai. waktu main, budak lelaki kalau main yang kasar dan kotor, mesti mak ayah dia kata, tak pe, budak laki, biasa la lasak. tapi, kalau budak perempuan mesti kena marah, budak perempuan kena bersih, kena sopan, tak leh kasar-kasar.
masa dah besar, anak dara tak boleh buat macam tu, tak leh buat macam ni, tak sopan.banyak la pantang larang yang kadang-kadang tak masuk dek akal, tapi tetap kena buat jugak. tapi kalau budak lelaki, bebas sebebasnya.budak perempuan penuh dengan pantang larang, tapi budak lelaki...suka hati kau lah nak.. betapa susahnya nak menjaga dan mendidik anak perempuan, sampaikan ada peribahas melayu "jaga anak perempuan seorang lebih susah dari jaga kerbau sekandang" (aku bertanya-tanya, adakah penulis peribahasa ni pernah jaga kerbau sekandang sampai dia boleh menulis kata-kata yang sangat "indah" macam ni??!!!)
kalau nak disenaraikan satu persatu, rasanya terlalu banyak "diskriminasi" antara anak lelaki dan anak perempuan. aku selalu bertanya, kenapa orang tua mendidik anak seperti itu. padahal, dalam dunia sekarang ni, kerja orang perempuan sama beratnya dengan kerja orang lelaki. ada orang perempuan yang terpaksa kerja lebih banyak dari lelaki, menyara keluarga dan dalam masa yang sama harus menjaga keluarga.
aku selalu bertanya kenapa macam tu. apakah sebab ribuan tahun, kita hidup dalam dunia patriakhi, yang hanya menjaga kepentingan orang lelaki. mungkin jugak. atau orang perempuan memang berhati lembut (atau lemah??) untuk berdiri dan mempertahankan haknya? mungkin jugak. atau memang dunia harus berjalan seperti itu? mungkin jugak.tapi begitulah,memang dunia ini tak selalu adil. kalau adil, bukan dunia namanya. itu syurga
aku menulis bukan untuk mendiskreditkan sesiapa, bukan untuk mengata, apatah lagi untuk menyakitkan hati orang.aku menulis apa yang aku rasa. dari sudut pandang aku yang mungkin menurut orang masih sangat dangkal, belum banyak makan asam garam hidup di dunia. aku menulis apa yang aku rasa.
walau apapun, aku tetap bangga menjadi seorang perempuan.
dan semoga aku selalu menjadi anak perempuan yang selalu berbakti kepada orang tua, menjadi kakak yang membimbing adik-adiknya, seorang isteri yang taat dan sholehah, seorang ibu yang mampu mendidik putra putrinya ke jalan yang diredhai Allah. AMIN.
yang aku kutip sepanjang 2004... setelah apa yang terjadi setahun sebelumnya
Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta...
++++++aku masih terus mencari+++++
Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.
+++++aku terus mencuba+++++
Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.
+++++masih ada sisa harapan, masih ada sisa keberanian, masih ada sisa cinta, masih ada sisa kepercayaan di hati aku+++++
Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu.
+++++sungguh, kini baru aku memahami kenapa semuanya harus terjadi+++++
Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya. Kisah silam tidak perlu diungkit lagi kiranya kamu benar menyintainya setulus hati.
+++++terima kasih kerana mencintai aku apa adanya+++++
Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat.
+++++dan kini aku mampu tersenyum kembali+++++
baru 3 hari aku kerja teruk..rasanya dah tak terdaya. hari ni, pagi-pagi aku nak menonggak Redbull.hmm...macamana esok kalau dah masuk hospital kerajaan. aku teringat kak ija ngan kak zeti cerita. bestnya,dentist masa masuk dah tak payah housemanship boleh terus jadi Dental Officer, tak macam doctor kena housemanship dulu 2 tahun.
pengalaman kak zeti,hari pertama dia masuk kerja kat hospital besar melaka, balik terus demam. apersal..terkejut kerja teruk..patient ramai sangat. aku kat sini yang kerja dari pukul 8 sampai 2 pun dah mengeluh penat.kenapa jadi poyo dan lembek macam ni...mesti aku kurang cergas sebab dah jarang senaman. banyak masa aku habiskan atas katil, kalau tak depan komputer atau depan tv. menambah lemak ada la...macammana nak cergas, macammana nak ada enegi..
memang semangat selalu tinggi, tapi time nak melaksanakannya, ada saja alasan yang akhirnya membuatkan aku semua cita-cita mulia tersebut gagal. tapi sekarang aku kena lebih kuat semangat. senaman kena masuk dalam agenda aku. selain untuk kecergasan dan energi, yang paling penting adalah kesihatan.aku tak nak masuk umur 40 dah kena diagnose diabetes, atau kena stroke. dua penyakit orang modern yang makin malas senaman.
seminggu ni dari 13 sampai 18 dec ni akan jadi minggu yang sangat melelahkan.. dept sunyi sepi sebab kebanyak trainee ikut kegiatan bakti sosial di Sumedang Jawa Barat. sampai kat dept pukul 8am..iskk..iskk.. tinggal 2 orang jer yang kerja.. tengok list patient... erkkk...nak pengsan aku..ada dekat 10 orang. belum lagi patient yang datang on the spot. dalam hati aku membebel, sapa la yang pergi schedule punya banyak patient minggu ni. dah tau ada kerja bakti sepanjang minggu ni. ?!@#$%^&* macammana ni... kena budget time..satu patient 1 jam 30 minit termasuk ngan steril alat. alahai...kena kerja overtime lagi laaa
kerja kat dept periodonsia ni agak rileks dari segi kewangan sebab patient datang sendiri dan bayar sendiri..beza ngan kat dept pediatric.. kena berhantar berjemput, bagi makan, bayar treatment.. memang pokai abis bila masuk dept ni. sebelum start treatment aku gi jumpa patient yang ada hari ni, bagitau procedure, ada dua yang mengundurkan diri dan mintak reschedule sebab tak nak menunggu lama.. salah korang la...bukannya sekejap nak bersihkan karang, datang on the spot.. dah tu minta hari ni jugak.. mana la sempat. cuba datang awal-awal, buat temujanji..kan senang orang nak mengaturnya.
dari pukul 8.30 sampai pukul 1.30. aku kerja non stop. sebelum ni aku dapat patient yang tak terlalu teruk, tapi minggu ni aku rasa penderitaan dept perio pun bermula, penderitaan mata dan hidung. penderitaan mata adalah melihat dan penderitaan hidung adalah bau.
aku tak tau macammana orang tak pernah ambik tahu pasal kebersihan mulut dia. ada yang umur dah 30-40 tahun tapi baru pertama kali bersihkan karang gigi. tak terbayang punya banyak karang gigi dalam mulut dia. dari segala warna dan segala konsistensi, putih, kuning, cokelat, hijau, oren...lembut macam nasik penyek sampai keras macam batu. mula-mula aku kerja kat sini, aku pun nak termuntah sebab terlalu jijik...macammana orang boleh simpan "harta karun" punya banyak dalam mulut dia. tapi dah sebulan lebih...dah lali ngan benda-benda tu. macammana pun, ada untungnya, dengan melihat dan mencium (????) benda-benda tu telah berjaya menghilangkan selera makan dan hopefully akan membuatkan berat badan aku semakin menurun. hahhahaha...
tapi satu hal yang tak bestnya kerja bersihkan karang gigi ni adalah...jari aku rasanya nak patah..mencongkel karang yang keras macam batu memerlukan tenaga yang tak sikit pada jari-jari aku. dan tangan yang berbungkus sarung tangan selama 5 jam membuatkan kulit tangan aku berkerut-kerut macam dok berendam dalam air selama berjam-jam. iskkk...kesian jari-jari ku. tapi satu benda yang ajaib..walaupun aku dah berkeluh kesah jari nak patah, time menaip kat blog..tetap saja lancar, no problem, no compromized..ajaib sungguh...
semuanya gara-gara aku terburu-buru nak kemas barang masa nak balik..jarum kat jam tangan aku dah menunjukkan pukul 2pm, sejam lagi dah nak asar.aku belum solat zohor.terkelangkabutlah aku membasuh semua alat dan perkakas masa skaling patient tadi. basuh bersih-bersih, scrub tangan, masukkan alat dalam pensteril, simpan barang dalam locker dan lipat coat masuk dalam beg untuk dibawak balik dan dibasuh.
habis aku simpan semuanya dalam beg, baru aku nampak status card patient aku masih bergelimpangan atas meja..aisehhh..menyusahkan laa..apersal aku lupa. aku dah terlambat, ada jer yang aku lupa. terpaksa aku buka lagi beg dan cari kunci locker. tengah aku dengan terpaksa memunggah beg, henpon aku dengan bergayanya meluncur macam atas ais keluar dari poket coat dan free diving ke lantai..ayarkkkkk... secepat kilat aku mencuba untuk refleks menyelamatkan henpon, tapi ternyata aku terlambat.. usaha gigih aku gagal..dan henpon aku pun mencium lantai...iskk..iskkk..iskk.. semua isi perut terburai..back cover retak, bateri pun macam ada yang tergumpil..rasa nak nangis jer.
sedaya upaya aku memeriksa henpon aku, memberikan pertolongan kecemasan, picit sana, picit sini, pusing sana, pusing sini,ok..retak skit, pecah skit..masukkan bateri balik dan on...
treettt... muncul cahaya oren dan tulisan SIEMENS be inspired. leganya hati...masih bernyawa rupanya henpon aku. alhamdulillah... nasib baik. kalau tak terpaksa mengulang episod c62 yang tak tau apa nasib dia di tangan penculik-penculik kurang ajar masa aku naik bas.
pelajaran hari ini: semayang lah di awal waktu supaya tak kelam kabut
sebuah petikan dari ringkasan tafsir ibnu katsir
AlFatihah dinamai fatihatul-Kitab kerana ia sebagai pembuka tulisan AlKitab. Juga dinamai Ummul Kitab atau Ummul Quran kerana makna AlQuran merujuk makna yang dikandung alFatihah. Ia juga dinamai asy_syifa' kerana ada keterangan yang diriwayatkan oleh ad-darimi dari Abu Said "Fatihatul Kitab merupakan ubat dari segala racun".dan masih terdapat beberapa nama lagi.
ingatlah apabila membaca surah alfatihah
dari abu hurairah r.a :
bacalah alfatihah dalam hatimu kerana sesungguhnya aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
"Allah SWT berfirman: Solat dibahagi dua antara Aku dan hambaKu. Bagi hambaKu adalah apa yang ia pinta.
Apabila seorang hamba mengatakan: segala puji bagi Allah Rabb semesta alam
maka Allah berfirman: 'hambaKu memujiKU'
Bila hamba mengatakan : Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
maka Allah berfirman :'hambaKu menyanjungKu'
Bila hamba mengatakan : Yang menguasai hari pembalasan
maka Allah berfirman :'hambaKu memuliakanKu/ hambaKu berserah diri kepadaKu'
bila hamba mengatakan : hanya kepada engkaulah kami beribadah dan hanya kepada engkaulah kami memohon pertolongan
maka Allah berfirman :'bacaan itu menyangkut Aku dan hambaKu. bagi hambaKu adalah apa yang ia pinta'
bila hamba mengatakan: tunjukkanlah kepada kami jalan yang lurus yaitu jalan yang telah Engkau telah anugerahkan nikmat kepada mereka, bukan (jalan)mereka yang dimurkai dan bukan pula (jalan) mereka yang sesat
maka Allah berfirman : 'pahala ayat ini untuk hambaKu dan bagi hambaKu pula apa yang ia minta'
diriwayatkan juga oleh an-Nisa'i
sepanjang hidup ini, kita menunaikan solat...(syukur kalau tak ada yang tertinggal..kalau yang berlubang-lubang..tentu makin teruk), pernahkan terfikirkan untuk mencari makna dan pengertian dari surah yang menjadi rukun solat.
mama pernah mengajarkan aku tentang ini beberapa waktu yang lalu..cuma aku saja yang kadang ingat kadang tak ingat. ilmu yang ada kena amalkan. dosa orang yang berilmu tapi tidak mengamalkannya lebih besar orang yang tak tahu.
semoga aku dapat mengamalkannya.
email yang seseorang pernah hantar kat aku...waktu aku berada dalam keadaan yang sangat drop. aku berterima kasih sebab dia dah mencuba untuk menguatkan semangat dan mencintai aku lebih dari seorang sahabat...tapi maaf..aku hanya mampu menawarkan sebuah persahabatan. tidak lebih..
""There would come a time when we have to stop loving someone not because that person started hating us but because we found out that they'd be happier if we let them go... You don't need to stop loving someone just because they don't love u in return. Just believe in the love, because that's the meaning of true love... You don't need to be loved back to love someone..."
versi kawan-kawan dentistry
---adjie-- wah kebeneran juga.. berati deketan nih waktu nikahannya... kalo gue mah Mei lah.. mei be next year..mei be ..
-Adit/Encoess- wakh merried..ghwa mah tunggu sampe dapet Surat Keputusan Pengadilan Tinggi (mahkamah agung) dulu alias SKPT, biar lempeng lah nyari makannya....hehehe, tp itu kan plan A, plan B nya mah akhir tahun depan, tp sama siapa yaa??? >_<
*Me* Huhuhu... ngk jelas kapan, target akhir sie 2008 tanggal 8 bulan 8 (lucu kan 8 semua? coz i love number 8 very much! hehehe...) tapi kalo 2006 ada yang meminang why not? 2006 di jumlahin jadi 8 kan? TETEP!! Yang pasti siapin diri dulu kali yaa and laki2nya ;p... Insya Allah!
sidiQ: Pengennya tamat kuliah master langsung kawin!!!!!
fuad: 'i'm getting married next week...everyone's invited.. but please don't any gift...just bring someone to MARRY ME....!!!!hehehhehehee... insya allah taon depan klo dikasih.....(dikasih ama sapa coba...!!!)
=NandaLibrya= As soon as possible... cieee, kaya yg dah punya calon gitu. Padahal mah jombloooo...
qurnianto my god.....pls help me to answer this question 
cHacHa: Insya Allah Taon depan, Ya Allah kabulkan permohonanku ini, Amin.
RIZKY : Aku udah 4 th yg lalu, he...he...he pertimbangannya...cant live without her....
dmust : secepatnya....
-aniez- as soon as possible...... yah kalo blm bisa...27 maret 2006 hehehehe hope with the best man 4me of course..amieeeen
-dimas- nikah? blom tau yah..... skrang yg ska ma gwee aja ga ada tuh....... gwe ud cape hal itu karna slama 24 thn gwe dimentalin truzzz ma cewe....
^E.n.N.o^ TAuN DEpAn KAlEeeeee......_>PEngUmUMAn NEh!nTAr bUAt SElEbARAn DAh....hUEhUEhuE....._>EMng BEnerAn?....hihihihihihihi (T'SenyUm PEnuh ArtI Yg ngEbuAT PEmbAca B'TAnyA2) >_<
BeNnY: segera mungkin.. thinking....(emang ada yg mau sama gue?)
AndiNa: kalo dah selesai kuliah....kalo dah punya penghasilan sendiri....kalo udah direstuin....dan yg terpenting kalo gw dah ketemu sama prince charming gw....^_^
peDz: kalo dah bisa nguruz diri....kalo dah dapat kerja yang enak.....penghasilan mencukupi...dan calon yg solikhah and sabar.......langsung tarik........^^
>>aCe<< Pengesih Sekarang tapi kawin ama sapa ..? sama KEbo.??
wulan. pengennya sih ntar malem.
ALLOY: Seorang pria jawa ningrat, bijaksana, terawat, masa depan cerah, wajah Primus-Indramayu MENDAMBAKAN seorang wanita keturunan apa saja (kecuali herder), tdk perlu seiman (asal mau pindah agama), rajin bekerja, sanggup menjadi ibu rumah tangga, keibuan,100% mulus skl, AC, Velg Racing, power window, tanpa perantara (LHO!! MALAH IKLAN MOBIL!!!)
Santos: Pasti taon depan, semakin sering ujan jadwal pernikahan gw semakin maju....!!!! Sorry Loy gw ndulu'in elo, abis nunggu'in elo lama bgt, jangankan ditanya'in kapan Alloy kawin, ditanya'in kapan dia pacaran aja masih BLUR jawabannya...!!!! Sorry ya Loy gw kawin duluan...!!!
RaRa: Kalau sudah jadi dokter gigi, sudah praktek, sudah mapan sudah ini sudah itu dan sudah- sudah lainnya hahahahaha :D
****k-coed**** hush!! kawin lagi...nikah, kali! nikah ya...mmm, mmm...mmm...mmm, mmm...mmm...mmm, mmm...mmm, mmm... au ah!
2 hari terakhir, jogja panas terik. suatu hal yang agak ganjil memandangkan sekarang musim hujan. selidik punya selidik, rupanya ada acara besar yang diadakan oleh Keraton Ngayogyakarto Hadinigrat di Lapangan Alun-alun Utara.. "Jogja Sihat". acara besar yang kalau hujan, akan dengan sangat terpaksa dibatalkan acara tu. cerita dari mulut ke mulut ( tak boleh pakai jugak sebenarnya)., AJK majlis dah memesan pawang hujan.
aku tertanya-tanya sebenarnya apa yang dimaksud dengan pawang hujan. kenapa orang menolak hujan, sedangkan kita semua tahu hujan itu rahmat yang diberikan oleh Allah SWT. emm... ok la betul, kadang Allah menurunkan hujan sebagai suatu bentuk azab kepada hambanya kerana dosanya
“ Dan kami turunkan hujan (Hujan azab) kepada mereka, maka perhatikanlah bagaimana akibatnya orang-orang yang berdosa”. (QS.Al Araf :84)
tapi bolehkan ???
Sholat dhuha cuma dua rakaat, qiyamullail (tahajjud) juga hanya dua rakaat, itu pun sambil terkantuk-kantuk. Sholat lima waktu? Sudahlah jarang di masjid, milih ayatnya yang pendek-pendek saja agar lekas selesai. Tanpa doa, dan segala macam puji untuk Allah, terlipatlah sajadah yang belum lama tergelar itu. Lupa pula dengan sholat rawatib sebelum maupun sesudah shalat wajib. Satu lagi, semua di atas itu belum termasuk catatan: "Kalau tidak terlambat" atau "Asal nggak bangun kesiangan". Dengan sholat model begini, apa pantas mengaku ahli ibadah?
Padahal Rasulullah dan para sahabat senantiasa mengisi malam-malamnya dengan derai tangis memohon ampunan kepada Allah. Tak jarang kaki-kaki mereka bengkak oleh karena terlalu lama berdiri dalam khusyuknya. Kalimat-kalimat pujian dan pinta tersusun indah seraya berharap Allah Yang Maha Mendengar mau mendengarkan keluh mereka. Ketika adzan berkumandang, segera para sahabat meninggalkan semua aktivitas menuju sumber panggilan, kemudian waktu demi waktu mereka habiskan untuk bersimpuh di atas sajadah-sajadah penuh tetesan air mata.
Baca Qur'an sesempatnya, itu pun tanpa memahami arti dan maknanya, apalagi meresapi hikmah yang terkandung di dalamnya. Ayat-ayat yang mengalir dari lidah ini tak sedikit pun membuat dada ini bergetar, padahal tanda-tanda orang beriman itu adalah ketika dibacakan ayat-ayat Allah maka tergetarlah hatinya. Hanya satu dua lembar ayat yang sempat dibaca sehari, itu pun tidak rutin. Kadang lupa, kadang sibuk, kadang malas. Yang begini ngaku beriman?
Tidak sedikit dari sahabat Rasulullah yang menahan nafas mereka untuk meredam getar yang menderu saat membaca ayat-ayat Allah. Sesekali mereka terhenti, tak melanjutkan bacaannya ketika mencoba menggali makna terdalam dari sebaris kalimat Allah yang baru saja dibacanya. Tak jarang mereka hiasi mushaf di tangan mereka dengan tetes air mata. Setiap tetes yang akan menjadi saksi di hadapan Allah bahwa mereka jatuh karena lidah-lidah indah yang melafazkan ayat-ayat Allah dengan pemahaman dan pengamalan tertinggi.
Bersedekah jarang, begitu juga infak. Kalau pun ada, dipilih mata uang terkecil yang ada di dompet. Syukur-syukur kalau ada receh. Berbuat baik terhadap sesama juga jarang, paling-paling kalau sedang ada kegiatan bakti sosial, yah hitung-hitung ikut meramaikan. Sudah lah jarang beramal, amal yang paling mudah pun masih pelit, senyum. Apa sih susahnya senyum? Kalau sudah seperti ini, apa pantas berharap Kebaikan dan Kasih Allah?
Rasulullah adalah manusia yang paling dirindui, senyum indahnya, tutur lembutnya, belai kasih dan perhatiannya, juga pembelaannya bukan semata milik Khadijah, Aisyah, dan istri-istri beliau yang lain. Juga bukan semata teruntuk Fatimah dan anak-anak Rasulullah lainnya. Ia senantiasa penuh kasih dan tulus terhadap semua yang dijumpainya, bahkan kepada musuhnya sekali pun. Ia juga mengajarkan para sahabat untuk berlomba beramal shaleh, berbuat kebaikan sebanyak-banyaknya dan sebaik-baiknya.
Setiap hari ribut dengan tetangga. Kalau bukan sebelah kanan, ya tetangga sebelah kiri. Seringkali masalahnya cuma soal sepele dan remeh temeh, tapi permusuhan bisa berlangsung berhari-hari, kalau perlu ditambah sumpah tujuh turunan. Waktu demi waktu dihabiskan untuk menggunjingkan aib dan kejelekan saudara sendiri. Detik demi detik dada ini terus jengkel setiap kali melihat keberhasilan orang dan berharap orang lain celaka atau mendapatkan bencana. Sudah sedemikian pekatkah hati yang tertanam dalam dada ini? Adakah pantas hati yang seperti ini bertemu dengan Allah dan Rasulullah kelak?
Wajah indah Allah dijanjikan akan diperlihatkan hanya kepada orang-orang beriman yang masuk ke dalam surga Allah kelak. Tentu saja mereka yang berkesempatan hanyalah para pemilik wajah indah pula. Tak inginkah kita menjadi bagian kelompok yang dicintai Allah itu? Lalu kenapa masih terus bermuka masam terhadap saudara sendiri?
Dengan adik tidak akur, kepada kakak tidak hormat. Terhadap orang tua kurang ajar, sering membantah, sering membuat kesal hati mereka, apalah lagi mendoakan mereka, mungkin tidak pernah. Padahal mereka tak butuh apa pun selain sikap ramah penuh kasih dari anak-anak yang telah mereka besarkan dengan segenap cinta. Cinta yang berhias peluh, air mata, juga darah. Orang-orang seperti kita ini, apa pantas berharap surga Allah?
Dari ridha orang tua lah, ridha Allah diraih. Kaki mulia ibu lah yang disebut-sebut tempat kita merengkuh surga. Bukankah Rasulullah yang sejak kecil tak beribu memerintahkan untuk berbakti kepada ibu, bahkan tiga kali beliau menyebut nama ibu sebelum kemudian nama Ayah? Bukankah seharusnya kita lebih bersyukur saat masih bisa mendapati tangan lembut untuk dikecup, kaki mulia tempat bersimpuh, dan wajah teduh yang teramat hangat dan menyejukkan? Karena begitu banyak orang-orang yang tak lagi mendapatkan kesempatan itu. Ataukah harus menunggu Allah memanggil orang-orang terkasih itu hingga kita baru merasa benar-benar membutuhkan kehadiran mereka? Jangan tunggu penyesalan.
sudah lebih seminggu aku kembali ke Jogja.hujan yang terus menerus mengguyur bumi Allah ini, mematikan langkah aku untuk tujuan yang tak perlu. selain kampus dan kedai makan, aku hampir tak pernah menjejakkan kaki ke tempat lain,cybercafe pun cuma sekali.
hujan yang turun terus menerus beberapa hari ini baru menyedarkan aku betapa parahnya genting bilik aku bocor. sebenarnya sudah berkali-kali aku menyampaikan keluhan pada yang punya rumah, tapi tak ada tindakan yang nyata. beza waktu harus bayar duit sewa bilik. terlambat sehari pun ada yang kena dengar omelan seharian. kalau ikutkan hati aku, sudah lama aku nak pindah dari bilik sewa ni, tapi mama tak izinkan. kata mama, tempat ni elok, dekat dengan main road, photostat, cybercafe, kedai makan, bakery, mini mart, semuanya dekat. tak payah susah-susah nak naik motor pergi jauh-jauh. aku akur saja la dengan keputusan mama.
sepanjang musim hujan, aku berencana untuk menggunakan kenderaan umum untuk ke kampus. rasanya tak larat kalau setiap hari harus berbasah ria dengan air hujan, apalagi kalau titisan air hujan lebat mengenai wajah.sakitnya minta ampun. belum lagi wap air yang menutupi kaca cermin mata, menghalang penglihatan. membahayakan aku dan secara tak lansung pengguna jalan raya lain. lebih baik aku naik bas.insyaallah selamat.
satu hal yang sering terjadi saat musim hujan tiba, keluhan tentang hujan...bila hujan nak berhenti, baju tak kering, sejuk, banjir kilat. tapi bila musim panas dan kering, semuanya berteriak bila musim hujan akan datang. memang manusia selalu bersikap ingin senang sendiri, semuanya untuk kepentingan dan kenyamanan hidup sendiri.
Ya Allah, jadikan aku hamba yang tabah dan bersyukur dalam kesusahan dan kesulitan, dan jadikan aku hamba yang rendah hati dan bersyukur untuk kebahagiaan dan kesenangan yang kau berikan.
30 November 2004
jatuhnya pesawat Lion Air JT 538 (pesawat jenis MD82 keluaran tahun 1980), penerbangan dari Bandara Soekarna-Hatta, Jakarta ke Bandara Adisumarno, Solo saat cuba mendarat dalam cuaca buruk mengejutkan banyak pihak. kemalangan yang meranggut 26 jiwa termasuk kapten pesawat menimbulkan dukacita yang mendalam.
pesawat tergelincir 200m dari landasan ketika cuba mendarat pada pukul 6.15 petang dan melanggar pagar pembatas bandara menuju ke sebuah perkuburan islam di daerah itu. kebetulan dalam pnerbangan ada 2 kru tv swasta yang ikut penerbangan untuk melakukan liputan di Muktamar Nahdatul Ulama di Boyolali,Jawa Timur. jurukamera terus menyalakan lampu kamera yang kebetulan menjadi satu-satunya sumber cahaya untuk menerangi tempat kejadian sesaat setelah pesawat berhenti. memang mengerikan... semuanya berebut keluar melalui pintu dan tingkap kecemasan, menjauhi badan pesawat menghindari kemungkinan terjadinya letupan.
dari rakaman yang disiarkan secara eksklusif oleh ANTV, memang sangat mengerikan. ada anggota badan yang terpotong-potong, terpisah dari jasadnya, darah mengalir di sana sini, jelas terdengar hiruk pikuk suara penumpang yang berteriak ketakutan dan meminta tolong. hanya doa yang mampu dilafazkan saat melihat kejadian itu secara lansung, semoga para penumpang dapat diselamatkan sebanyak mungkin.
satu hal yang aku perhatikan dari kejadian ini adalah sikap siaga pramugari Lion Air sendiri. walaupun mereka sendiri mungkin sangat tergoncang dengan apa yang terjadi, tapi sedaya upaya membantu para penumpang. para pramugari yang rata-rata berpostur tubuh mungil mengenakan seragam kebaya merah, sangat gesit ke sana ke mari membantu mengeluarkan penumpang dan mengangkat yang cedera. memang sulit bergetak dalam uniform kebaya hingga terpaksa mengangkat kain dan mengikatnya ke pinggang.
aku terpikir mungkin sepatutnya syarikat penerbangan menggunakan uniform yang lebih nyaman untuk para pramugarinya. uniform yang sesuai semua cuaca semua keadaan, bukan cuma cantik dan bergaya. dalam keadaan kecemasan seperti itu,kebaya bukan pakaian yang memudahkan pekerjaan. emm...pramugari MAS pun pakai kebaya jugak.. adakah aku perlu menyampaikan cadangan ini kepada mereka?
Turut berdukacita atas meninggalnya 24 penumpang serta 2 kru pesawat Lion Air JT 538 penerbangan dari Jakarta ke Solo. Semoga arwahnya diterima di sisiNya dan kepada keluarga dan kerabat yang ditinggalkan, diucapkan belasungkawa yang sedalam-dalamnya dan semoga diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi cubaan ini.
Kamus belasungkawa: takziah
Ada apa antara kita? 21November2004
malam ini,hampir satu jam aku berbicara dengan Mr Putratax. banyak yang ingin diutarakan, 1001 cerita yang ingin disampaikan. itu belum lagi sms yang mengalir laju seperti air paip bomba. cuma, belum ada kesempatan untuk aku dan dia bersua muka, tapi kalau ada rezeki, masa akan datang aku dan dia akan bertemu.
aku sendiri tak pasti, tapi ada kebahagiaan tersendiri menjalani hari bersama dia. aku sendiri tak pasti kebahagiaan yang seperti apa. saat aku mulai merasa nyaman dan tenang dengan kesendirianku, ada seseorang yang hadir, melempar batu ke danau hati, ada riak, ada gelombang kecil yang mengusik kedamaian, seperti ada sinar mentari yang mencairkan kebekuan, ada bara yang menghangatkan suasana.
ada ketika, aku masih bimbang dihantui kegelapan masa lalu, dan sinar indah yang ingin aku gapai di masa hadapan... yang pasti aku harus terus melangkah, mencuba yang terbaik. saat ini, aku hanya menjalani apa adanya. masa depan belum pasti. boleh jadi aku dan dia sehaluan, boleh jadi kami berlabuh di dermaga yang berbeza. untuk saat ini, aku bahagia dia ada dekat di hati aku. Thanks friendster for bringing us together.
Konflik...kerana mulut badan binasa 19november2004
konflik akan muncul bila ada pertentangan kepentingan antara dua pihak, tak peduli dua pihak itu adalah orang tua dan anak atau antara adik beradik sendiri.
kerana mulut badan binasa...kerana lawak yang tak lawak, aku kena marah dengan si bongsu sampai 3 hari...hahhaaahaa. walaupun aku agak tersinggung sebenarnya, tapi bila aku pikirkan dia yang baru berusia 20an dan terbiasa menang selalu, lebih baik aku mengalah. daripada melawan, seperti menyiram minyak ke api yang menyala...alamat dengan aku sekali hangus terbakar.
tapi bila direnungkan lagi, begitulah aku 6 tahun lalu.saling tak tumpah. pemarah, degil dan keras hati... kalau macam tu, aku tak ada hak untuk mengeluh perangai dan tingkah laku dia yang macam tu, sebab aku pun serupa saja. cuma, kesian mama... menghadapi kerenah 2 anak perempuannya. emmm...kesedaran memang selalu datang terlambat.
Bila keluarga berkumpul 15November2004
raya ke-dua mama dan ayah adakan makan-makan sikit kat kedai, saja jamu orang-orang yang selalu membeli kat kedai sekaligus untuk makan tengahari saudara mara yang datang berkumpul kat rumah mak tok.. kebetulan hampir semua adik beradik mama berkumpul. rasanya hampir pecah rumah mak tok bila semua anak cucu berkumpul..hingar bingar tak payah cerita lagi.. cucu mak tok semuanya dah lebih 65 orang, dan aku cucu yang ke empat. berderet la yang masih kecik, tapi sekarang dah tak ada bayi lagi. yang paling muda pun Ammar, 1 tahun 7 bulan. paling tua..28 tahun 3bulan.
rasanya aku dapat melihat sinar bahagia di mata tua mak tok.jarang anak cucu berkumpulsemuanya, selain musim raya macam ni, yang dari kelantan, kuala lumpur, kedah..semuanya balik. di usia yang mencecah 73 tahun, apa lagi yang diharapkan maktok selain kegembiraan bersama anak cucu dan mengisi waktu yang ada untuk beribadah.
menu makan tahun ini laksa penang, satay ayam dan kuih muih. mula makan tengahari hampir pukul 2 jugak sebab tunggu solat zohorberjemaah dan baca yaasin dantahlil dulu. aku baru tau rupanya catering untuk buat laksa hari ini sama dengan catering yang uruskan open house rumah Pak Lah di Kepala Batas."Depa makan laksa jugak ghupanya." Tapi yang agak spoilt sebenarnya, kuah laksa tak la sesedap yang digembar gemburkan oleh orang yang uruskan catering tu. sepupu-sepupu aku pulak buat lawak yang tak lawak "nak sedap macammana, dah bawak ke Kepala Batas...saki baki je kat kita." hahhhaa..entah la. aku no comment jer, cuma bagi aku kalau nak berniaga makanan, kena lah btul-betul.kalau tak mampu nak uruskan masa musim perayaan macam ni, jangan ambil pesanan yang berlebihan. kalau pelanggan dah komplen, susah la.. mouth to mouth ( CPR???) marketing ni kadang-kadang lebih efektif, apa lagi kalau hal yang buruk. banyak la yang menambah-nambahkan.
walaupun agak kecewa dengan kuah laksa yang tak berapa sedap tu,laksa untuk untuk makan 200 orang tu hampir habis. mungkin pakat bungkus makan kat rumah pulak. hari ni perut aku kenyang makan 3 mangkuk laksa...emmm, bukan makan namanya tu,mentekedarah namanya.... hahahhhaa...aku qadha makan.
Selamat Hari Raya Aidilfitri 1425H, Selamat Ulangtahun ke 56 Mama 14November2004
"allahuakbar allahuakbar allahuakbar....allahuakbar, laa ilahaillallah hu wallahuakbar, allahuakbar walillahilhamd"
takbir bergema mulai usai solat maghrib. tak terasa aidilfitri menjelma lagi tahun ini. syukur ku panjatkan kepada Rabb-ku untuk kesempatan Ramadhan kali ini. InsyaAllah lebih baik dari yang sebelumnya.
sarapan pagi terasa suatu hal yang aneh setelah 30 hari berpuasa. ketupat, lemang dan dengdeng adalah sarapan yang cukup berat untuk perut. selesai sarapan, baru bersiap ke masjid untuk solat Eid. Aku sendirian sebab kaki Mama masih sakit akibat jatuh dulu, tak dapat berdiri lama dan Ati masih uzur syarie'.
setengah jam sebelum solat Eid, aku sudah duduk bersimpuh di dalam masjid. suara takbir yang mendayu betul-betul menusuk kalbu. entah untuk kali keberapa, air mataku menitis lagi memanjatkan syukur padaNya untuk kesempatan memperbaiki diri sepanjang Ramadhan dan peluang berhari raya dengan seluruh anggota keluarga tahun ini. sejak tahun 1996,jarang sekali kami dapat berkumpul bertujuh. kadang aku yang tak berpeluang kembali ke Tanah air, kadang Jal. berkumpul kali ini membawa kebahagiaan tersendiri.
selesai solat Eid, sempat ke pasar sekejap. beli sayur untuk masak mi goreng makan tengahari. sampai di rumah, semuanya masih agak ngantuk dan keletihan sebab penat menjaga kedai di malam raya sampai pukul 1 pagi. biasanya, pada malam takbiran orang sibuk membuat persiapan terakhir berhari raya, tapi kami sekeluarga sibuk di kedai jual barang. emmm... sedikit pengorbanan untuk kebahagiaan dan kegembiraan orang lain. mama kata, kalau tak bukak kedai, kesian orang kampung nak beli barang masa last minute..kedai lain mana bukak dah.
makan tengahari mama masak mi goreng. aku cuma jadi co pilot saja...tukang potong, tukang kupas, tukang blender, tukang kacau..sedap betul mi yang mama masak, jarang dapat masakan mama...maklum sejak tingkatan satu, aku dah mula makan nasik kawah. walau sesimple apapun masakan mama, semuanya sedap. padahal, mama paling pantang bubuh yang namanya ajinomoto. kata orang, masakan ibu memang tak ada tandingannya 
lepas makan tengahari, solat zohor berjemaah. tak ada rasa bahagia melebihi rasa bahagia saat ini.home is where your heart belongs. selesai doa, baru beraya dengan ayah dan mama. dapat duit raya RM50...hehhehehee. asyik bercerita dan bersembang, mama nyanyi "happy birthday to me".. alamakkk, tak ada seorang pun dari 5 orang anak mama yang dah besar panjang ni ingat hari ini hari ulangtahun mama. cepat-cepat wish kat mama. kenapa tah, semuanya terlupa, mungkin sebab bersamaan dengan hari raya.
untuk mama " Selamat Ulangtahun ke 56, semoga tetap di bawah lindungan serta limpahan rahmat dan kasih sayang Allah SWT, semoga mama sihat dan gembira selalu. semoga Niza jadi anak yang berbakti dan selalu membahagiakan Mama"
Perjalanan Pulang 10November2004
perjalanan masih panjang.hari ini aku masih menuju kampus. penerbangan aku pukul 13.30 GA816. sebenarnya di kampus saja aku sudah tak mampu berkonsentrasi bekerja. hati sudah dalam perjalanan pulang. jam menunjukkan pukul 11.30, aku terus angkat kaki dari Dept.
sampai di rumah, solat Zohor dan sunat safar, aku terus telefon teksi untuk ke airport. sampai di airport, satu jam sebelum penerbangan. mungkin sebab airport ni masih kecil, check-in dibuka sampai setengah jam sebelum depart walaupun untuk penerbangan antarbangsa. ternyata, banyak juga kawan-kawan yang balik. ada la teman di perjalanan.
sepanjang perjalanan,lepas depart aku tidur. letih sangat.malam sebelumnya tak boleh pejamkan mata. terlalu bersemangat untuk balik. dah paham sangat kondisi diri sendiri.setengah jam sebelum mendarat, baru aku terjaga. emm..baru aku teringat, kat KLIA chubby tunggu aku. aku minta tolong dia belikan tiket domestic KLIA-PEN-KLIA.
sampai di Imigresen, tak ada masalah. cepat sebab pasport aku dah pasport MRZ.tinggal masukkan ke slot dan scan ibu jari.beres.. no form, no papers. naik train, dan ambil luggage. senangnya rasa sampai ke Tanah Air, walaupun Bayan Lepas masih jauh.
keluar dari arrival hall, chubby dah terpacak kt situ. kesian kat dia, aku menyusahkan dia plak. sebenarnya boleh kalau aku ambil tiket kat kaunter saja, tapi dia tetap nak datang jugak, katanya nak bukak posa ngan aku. tak apa la..aku hargai niat dia.
solat asar, kemudian check in lagi ke penang..mak aiii, punya la panjang beratur. maklum musim perayaan.semua orang nak balik ke pangkuan keluarga tersayang. masa beratur tu, aku tengok ada sepasang anak adam,yang entah kenapa sedang asyik bertengkar. aku tak pasti butir perbicaraan apa, tapi si teruna marah ke gadis pilihannya..yang terdengar cuma 'awak lebih pentingkan mak ayah awak dari saya'.hmmm...aku no comment saja bila dengar kata-kata macam tu. tak tau pasangan tu dah menikah ke belum.kalau belum menikah, anak perempuan adalah tanggungjawab dan bertanggungjawab pada orangtuanya. kalau sudah, bererti pada suaminya. dasar telinga, menguping percakapan orang lain plak..astaghfirullahal azim... check-in, pesawat delay yang patutnya pukul 10.10 malam jadi pukul 11.10. aku suruh chubby balik awal, sebab dia nak balik ke Kota baru malam tu.
solat magrib,bukak puasa..dalam pukul 9 chubby balik. aku masuk departure hall.tunggu punya tunggu...mata aku dah tinggal 5watt saja, ngantuk. letih, pukul 11 baru boarding, 11.30 baru terbang..hwarrghhhhhh...ngantukkk. sampai di bayan lepas dah pukul 12.15, tunggu luggage keluar punya la lama, dekat setengah jam. keluar dari arrival hall, dah ada jal, fan ngan mat dah tunggu. sampai di kampung dah pukul 1.30pagi.siap-siap balik rumah, pukul 2.30pagi baru sampai rumah. walaupun perjalanan kali ini sangat melelahkan, alhamdulillah akhirnya selamat sampai di rumah.

|