KE MANA TUMPAHNYA EMOSI KALAU TAK KE BLOG


Saturday, July 31, 2004

saper makan cili...dia rasa pedas...

Setelah sekian lama................

Jika kamu memancing ikan...
Setelah ikan itu terlekat di mata kail
Hendaklah kamu mengambil terus ikan itu..
Janganlah sesekali kamu..
lepaskan ia semula ke dalam air begitu saja..
Kerana ia akan sakit!!
Oleh kerana bisanya ketajaman mata kail mu
dan mungkin akan menderita..
..selagi ia masih hidup

Begitulah juga..
Setelah kamu memberi...
banyak pengharapan kepada seseorang
Setelah dia mula menyayangi mu,
hendaklah kamu menjaga hatinya..
Janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu saja..
kerana..
Dia akan terluka oleh kenangan bersama mu
dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya
Selagi dia mengingati mu...

Jika kamu menadah air..
Biarlah berpada-pada...
Jangan terlalu mengharap pada takungannya
dan janganlah menganggap ia begitu teguh..
Cukuplah sekadar keperluan mu..
Kerana...
Apabila sekali ia retak,
tentu sukar untuk kamu menampalnya semula..
Akhirnya, ia akan dibuang..
Sedangkan jika kamu cuba membaikinya,
mungkin ia masih boleh digunakan lagi..

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang..
Terimalah dia seadanya..
Janganlah kamu terlalu mengaguminya,
dan janganlah menganggapnya terlalu istimewa..
Anggaplah dia manusia biasa!
Kerana...
Apabila sekali dia melakukan kesilapan kelak,
bukan mudah untuk kamu menerimanya..
Akhirnya, kamu tinggalkan dia..
Sedangkan jika kamu memaafkannya...
Boleh jadi hubungan kamu akan bertambah baik.

115291 | tukang tulis gigitakbertatoo pukul: 2:04 | 2 komen anda


DS...

hari ni hari Sabtu, dan seperti biasa aku mengalami DS. suatu sindrom yang mempunyai tanda-tanda seperti berikut : malas bangun pagi, malas nak pergi mandi, malas nak pakai baju, malas nak pergi kampus dan malas nak jumpa Dr D. bila dah kat kampus...aku akan cuba untuk tak masuk klinik, dan bila terpaksa jugak...aku akan menderita sindrom D tahap II. tangan sejuk bedi, denyut nadi dari 70x.min jadi 100x/min dan menggigil. setiap hari sabtu kat kat dept kawat gigi.... dan setiap hari sabtu aku akan merasakan hal yang sama dan berjuang macam tu. aku pun heran, naper la aku punya takut nak jumpa lect aku yang satu tu... padahal, dia orang gak bukannya hantu ker, harimau ker.. pelik..pelikkk

sebenarnya, aku maleh nak masuk klinik hari ni... pikiran aku tengah jauh kat penang...aku tak leh konsentret kat sini. sitot sms semalam, mama sakit. jatuh, tergelincir. time macam ni, aku rasa cam aku ni useless jer... apersal aku tak continue blaja kat KL jer, macam dulu..kalau ada apa-apa, zup..zap..zup..zap...aku bleh amik tiket balik penang. kalau kat sini, macam-macam nak kena urus sebelum bleh balikk. memang la ada adik laki aku kat sana, tapi aku tetap risau...hmm... ni yang aku rasa nak pulun stadi bagi abih cepat-cepat. selagi kat sini, bila aku nak jadi anak yang berbakti pada orangtua.

hari ni ada OSPEK..memula aku semangat gak nak pergi, tapi lepas aku dapat sms sitot, aku maleh laa... ilang mood aku nak mendera bebudak tu. biar lahh... selamat la korang. mungkin 2nd batch akhir ogos ni yang kena. aku tak der mood laa...

115283 | tukang tulis gigitakbertatoo pukul: 0:29 | 0 komen anda


Friday, July 30, 2004

setengah bulan julai (part 2)...

27/7
I chat with my new friend for almost 2 weeks, maybe more…lots of new ideas and thought. what should I named him…emm.. ok, Mr. Putratax. He is the most positive thinking person I ever knew… with so many things in his life, he still manages to do. I told him I’ll kidnap some of his spirit, to light up mine. hahhahahaha. Just come into my mind, when I got married someday… I want him to be my bride’s maid… will he?? Hahhahahaa… may be its too early. But I hope so.

Jumpa junior kat Blue N Green CC… dia invite pergi OSPEK Malaysia student pada 30/7. tak sedar masa sangat cepat berjalan melewati hari-hari. Sekarng dah nak masuk new academic year, 2004/2005. rasanya baru kemarin aku melalui OSPEK. Kenaper tah, tetiba aku rasa bersemangat untuk membuli juniors yang baru datang tu, bukan aper…best tengok bebudak tu terkial-kial kena marah. Tradisi yang sebenarnya tak elok… tapi tetap diturunkan setiap tahun… dah tradisi, susah la nak ilang kan… 2 tahun lepas, ada cara buli baru.. bagi makan mi cacing…aku tak tahu batch mana punya idea, tapi yang jadi committee masa tu batch 2002…dia orang kata, masa OSPEK kena cam tu… diaorang pun turunkan la… hehehhe… buruknya tradisi.

Untuk sesaper yang tak belajar kat Indon, mesti tak tahu apa tu OSPEK… Orientasi Siswa dan Pengenalan Kampus. Biasa, orientation week… macam kat Malaysia gak… tapi kat sini lain… kat sini macam kat Malaysia tahun 70-an dulu. Ada main physical skit.. sampai pengsan pun ada. Aku sendiri pernah mengalami tu… bukan hanya ujian untuk fisik tapi mental jugak. Aku masih ingat macammana senior jerkah aku… muka dia sejengkal jer dari muka aku… bersembur air liur…anak telinga rasa nak pecah.. nak wat cam ner..budak baru cuma 4 org masa aku…senior ada 30-40 orang. Abih hangus laaa… aku ingat lagi… 3 hari penuh penyiksaan… tiap malam sebelum tido, mesti ada bincang “jom kita bakar PPM (pusat pelajar malaysia) ni nak ?” sebab terlalu geram, marah dan sakit hati… tapi sekarang, bila aku ingat… aku tak larat nak senyum… aku rasa, bagi setiap pelajar Malaysia yang belajar di Indonesia, memori OSPEK adalah salah satu yang tak dapat dilupakan… selain wisuda (graduation day) dan hari perlantikan sebagai doktor.

“kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan QS 94:5-6”

kegiatan persatuan ni..aku dah laaaamaaaaaa pencen… bukan apa..skang member makin banyak, tiap tahun dekat 30-40 orang budak baru. Makin banyak orang Malaysia yang nak jadi doktor zaman aku dulu cuma 4-5 orang. So,susah nak kontrol. Lagipun, aku dah tua, bagi bebudak baru yang pegang jawatan. Bagi ada pengalaman beorganisasi. Anyway… to all my juniors batch 2004, welcome to jogjakarta… have a pleasant stay here for 6-7 years.. and good luck. You’ll need it later.

OSPEK julai 2002 in memoriam <mp3: Richard Claydermann; without u> everywhere I go, I still have your shadow behind me… tell me what should I do to let you go…

28/7
sampai skang ni, aku masih menulis blog dalam words.masalahnya aku belum tahu macammana nak register ker server, …dan aku belum tahu macammana nak handle… aku dah pernah bukak danchan, tapi aku tetap tak reti, lemah betul la aku ni padahal, aku bercita-cita nak buat blog ni dah 2 tahun… tapi ini la hasilnya, hasil suka menangguhkan pekerjaan, WELLDONE to myself. Aku kena cari cara belajar… apa yg aku nak buat esok…. 8.00: gi bank, printout buku 8.30: klinik 1:00 balik umah 3:30 cari tempat kursus website à kalau aku tangguh lagi..kerat jari

29/7
"Sebelum anda mengambil keputusan besar itu" Kumpulan Artikel Tentang Pernikahan by Haji Mohd Anis Hatta

Jangan pernah bermimpi mencari pasangan yang ideal, tapi carilah pasangan yang tepat. Kita tidak sedang berpikir untuk mencari isteri atau suami unggul. Carilah pasangan yang tepat dengan bingkai kita, dengan kepribadian kita. Sebab ternyata tidak semua orang cerdas memerlukan orang cerdas lain, tak semua orang gagah memerlukan wanita cantik.

Persiapan menuju pernikahan
1.pemikiran
2.psikologis
3.fizikal
4.financial
Siapkah aku???

115203 | tukang tulis gigitakbertatoo pukul: 6:03 | 0 komen anda


setengah bulan julai (part 1)....

12/7
kepada mu aku memohon maaf, kepadamu aku berterima kasih untuk segala kebaikan mu, menghantar dan menjemput aku setiap hari tanpa mengerti kata jemu…tanpa lelah… disinari terik mentari, dibasahi hujan. Supaya aku selamat diperjalanan. Tapi kadang aku tak memperhatikanmu, mengabaikanmu, padahal, tak terniat dihatiku untuk berbuat seperti itu. Aku mohon maaf kepadamu wahai MOTORKU. Aku tak sempat nak hantar ko pergi bengkel untuk servis dan mandikan kau…padahal ko dah berjerelun sangattt… mahapppppppppp…mahapppp..mahapppp… ko jangan mogok ngan aku yerr…kalau ko takder susah la hidup aku.

MORAL: hargai dan sayangilah barang milik anda, kalau dah rosak…ko jugak yang susah. ( luahan hati aku disuatu pagi apabila motor aku jam,tak nak idup masa aku urgent nak pergi campus)

13/7
‘tok..tok..tokk, permisi’ ada suara ketukan pintu bilik aku… aku tak familiar dengan suara tu…tapi sebabkan aku baik hati, aku pun bukak la…dan akibatnya aku tertipu… duit aku rp70rb pun melayang…

hehehhe…apa yang terjadi… rilek...rilekkk...bukan aku kena ragut atau pukau...sebenarnya, yang terjadi adalah... ada salesgirl jual perfume datang…door to door. padahal perfume pleasure ngan dior aku ada setengah botol lagi. Aku punya la saving untuk beli favorite aku…tapi, tah macammana aku kesian kat orang yang jual tu… akhirnya melayang la duit aku yang baru saja aku amik dari ATM tengahari tadi. Emmmm… terpaksa la aku berjimat ria sebab duit makan aku baru jer aku habiskan untuk beli barang yang sebenarnya aku tak perlu sangat
aku teringat kata-kata yang aku pernah baca dulu…..

"orang perempuan boleh beli barang harga RM1 yang dia tak perlukan dengan harga RM2, tapi orang laki boleh beli barang harga RM2 yang dia perlukan dengan harga RM1… "
apa maksudnyerrr??

14/7
penin…penin… aku kurang stock patient… dah tu yang requirement case lak tu…macammana yerr… tulun lah daku….aku tak nak extend dept ni… waaaaaa….
Rasa nak nangis jerr…… tak per..aku akan usaha lagi…pulun semuanya… kalau at the end aku yang kena bayar semua biaya patient tu… nasiib aku la… nak wat cam ner…dari aku extend lagi la besar biaya aku kena kuarkan..

15/7
Indonesian Idol Spectacular Show… hehhehehe…aku suka sangat.. apersal?? Pasal contestant yang aku tak suka dah out… Karen… ok, suara dia bagus, tapi masa pre selection… dia dah eksyen skit. Mentang-mentang la anak sedare artis, siap cakap ngan juri… my auntie send regards to all of u….tak aci la cam tu. Macam dia sogok juri untuk stay pilih dia Skang ni, padan muka dia…pueh hati aku. Hehheheh
Jahat kah aku bersuka cita atas kesedihan orang lain??? Tak per, Cuma dalam perkara ni jer……

19/7
sahabat sejati… seorang yang kita boleh berkongsi apa pun dengan dia.. tak kira senang susah, baik buruk.. apa pun… yang mendengarkan dan memberi nasihat, yang menangis dan ketawa bersama, yang tak pernah menghakimi tapi mengajarkan, yang tak pernah lelah memberi semangat,motivasi dan inspirasi. Akukah sahabat itu????

20/7
mama sms, kata nak datang…tapi belum confirm tiket. PENUHH. aku heran gakk, apasal banyak sangat orang fly route klia-jog. Padahal dah 3x seminggu. Sian kat my mama, nak tengok anak dia yang nakal ni.. terpaksa datang sini. Aku dah janji, tak nak nakal lagi… dan tamatkan pengajian aku tahun depan… aku nak kejer kat spital mana yerr??? Aku nak kejer spital kat umah aku laaaa… tak nak kijer jauh-jauh, dah la skolah dok hostel…masuk u pun dok jauh… balik setaun sekali… takkan nak kije pun dok jauh lagii.. bila masa aku nak balas jasa mak ayah aku….jadilah anak yg berguna.

Alamak…aku teringat pulakkk…kalau skang ni je dah penuh…apa lagi masa bulan posa nanti…aiseh..aku kena menyiapkan diri untuk membooking tiket balik raya.padahal, masih 3 bulan… aku tak nak tak dapat tiket.. kang nangis air mata darah sesorang ler aku kat sini.

21/7
aku dengar berita pagi ni... dari tv AKA jam loceng aku yang otomatik idup pagi-pagi untuk membangunkan aku semayang subuh…kes pencemaran sumber air dengan merkuri oleh sebuah company.. PT Newmont yang menggali emas di Teluk Buyut, Minahasa Sulawesi Utara. Untuk mendapatkan emas pure, dia org basuh emas tu dengan liquid metal alias merkuri. Mercury waste tu sepatutnya Co tu kena do something supaya tak membahayakan… rupanya, they become irresponsible. Yang kena akibatnya, sapa lagi…penduduk tempatan. Minamata, the mercury disease. Nama ni didapat dari sebuah daerah di Jepun dimana penyakit ni pertama kali dikenalpasti. Efek dia, macam-macam… dari gatal-gatal pada kulit, bengkak, gangguan pada saraf sampai kematian. Memang mengerikan…. Aku jadi teringat…dalam dental field pun., ada menggunakan mercury sebagai bahan filling.. selama yang aku baca memang masih banyak pro and cons… tapi as a future practitioner, I still have doubt. Memang sampai sekarang, belum ada bahan filling yang sebaik dan sekuat merkuri… walaupun warna dia buruk… hehhhehee

22/7
what would u do? I feel so many things I my mind.. jumbled up everywhere. I miss Abang so much lately. Now I knew how a broken heart feels. Mending a broken heart is not easy as reversing your palm.
I’m so tired of being here. Its not the the problem of the studies. Mungkin aku dah sampai ke satu tingkat kejenuhan yang amat sangat dan tak dapat dipertahankan lagi. Solution… I need a solution…solutions to this. Aku perlu melakukan sesuatu, tapi apa. Apa yang aku sukai...what make me feels good?? Speeding on my motorbike.. I love the feeling. I have totally control of myself, of what I am doing. Not depending to others. Is that what I am? A totally superego inside me..??

Revenge…what is that suppose to mean… I still have anger inside me… people did very bad things to me. Tapi, apakah dengan balas dendam akan menyelesaikan semua masalah? Harusnya aku mengambil hikmah atas semua yang terjadi, bukannya membalas dengan suatu kejahatan lain. Akankah aku sedewasa dan sematang itu dalam mengambil keputusan untuk menjalani hidup ini?

MP3 Richard Clayderman aku ni dah nak rosak. Saper suruh aku play setiap hari... dah la beli yg cetak rompak. Nak yang bagus.. pergi buat sendiri la…

23/7
emm…beli cd lagi..mp3 the best of KD..rosak pulak, nasib baik kedai aku beli dekat jer… kalau tak, jgn harap la aku nak pergi menukar… tau la aku ni pemalehnya takat mana. Kat kedai tu, tak der stok lagi… aisehhh, last-last terpaksa la aku tukar ngan the best of CT. padahal aku dah ada kaset dia melambak…buduh gak aku ni… tapi tak per la,aku copy masuk computer aku sekali… hmmm, esok kalau aku bawak balik laptop ni, lulus ke tak… kang tak pasal kena tahan sebab terlalu banyak software cetak rompak… hehehhheee…. Habih la akuuu

penin…penin… kerja sekolah aku tak abih lagi…laporan patient ortho aku tak siap lagi, macammana ni…kepala aku dah nak pecah… chaiyooo… buat kerja…semangat..semangat..

24/7
Grand Final Akademi Fantasi Indosiar (AFI) Junior. Emmm…saper yer…sampai skang ni aku masih suka tengok yang junior..suara diaorg ni lebih meyakinkan dibanding AFI… yang kebanyakannya jual muka….. jual kisah sedih… suara tak sedap mana. Ada 2 orang favorite aku. Damai dan Samuel. Budak-budak ni kecik lagi, tapi suara dia bagus… kalau teknik nyanyi…aku no comment sebab bab ni memang aku tak reti..

26/7
so many things to be done… but so little time .. may we be together again? Or shall I start a new journey leaving all the memories behind <mp3: Richard Clayderman; because I love u>

115200 | tukang tulis gigitakbertatoo pukul: 5:55 | 0 komen anda


BLOG: GIGI TAK BERTATOO

History of MYBLOG : years ago, in 2000 if I am not mistaken… I read a journal of someone named Honeybiru. Well, that is my first introduction to weblog, since that I read lots of weblog, but one that really captured my heart is weblog of Tok Rimau. I didn’t remember how I get there on his weblog, but since that day www.danchan.com/weblog/harimauj is recorded in my memory. Day by day, months by months, years by years. Even I never meet the owner himself, reading the journal makes him close to my heart. Once I wish I’ll get married to someone like him and have beautiful mons like Sarahmon and Sabrinamon. Until now I still read Tok Rimau’s weblog and waiting for new things to happen.

Kenapa blog aku tajuk dia pelik sangat….sebenarnya, aku tak der idea…memula aku nak bagi nama Edelweiss, tapi sweet sangat… tak sebanding ngan aku yang gedegaq. Akhirnya, aku pilih la nama yang berkaitan dengan future career aku…agak-agak korang bleh teka tak apa dia??

115173 | tukang tulis gigitakbertatoo pukul: 0:44 | 2 komen anda