KE MANA TUMPAHNYA EMOSI KALAU TAK KE BLOG

memang sangat menyebalkan kalau dapat pemberitahuan secara tiba-tiba, dan bila tiba waktunya, dibatalkan secara tiba-tiba jugak. dapat sms suruh ujian, then bila hari ujiannya tiba...kena cancel sebab ada masalah yang unpredictable. walaaahhh...
tapi sebenarnya, ok jugak. kalau aku ikut exam kemarin, aku dah boleh bayangkan aku hangit kena goreng depan doktor aku..hehhee, persiapan tak sampai 24 jam... dah la malamnya tido awal, pukul 11 dah lelap. bangun lepas subuh, telaah 2-3 bab, dah tepu otak aku. tak mampu lagi nak menngcover topik yang lain. lepas ni aku kena siap lebih teliti lagi. sayang la kalau 4 kredit dapat B. macammana pun kena kerja keras supaya dapat A.
grade minded...emmm..mungkin, tapi bila apply kerja, itu salah satu yang dia orang tengok jugak. bila dah diterima kerja, baru boss tahu pekerja dia ada skill ke tak.tapi insyaALlah,masa kerja kat dept aku dah berusaha untuk belajar theory and practical. tengok cara kerja, evaluasi dan practice cara terbaik dan comfort untuk aku dan patient.
untuk merayakan tak jadi exam (ces...student macam apakah diri ku ini) aku berbaik hati ikut program derma darah yang kebetulan diadakan pada hari yang sama. dengan semangat pejuang kemerdekaan, amik borang,isi dan tandatangan.
"encik, blood group saya A" aku bagitau sebab aku tak nak test blood group lagi. aku nak donor jer.
"ini bukan cuma untuk blood group saja. untuk test Hemoglobin jugak." kata pegawai PMI
bila pegawai PMI tu, tusuk jari nak amik sample darah.. waaaaaaaaaaaaaaa.. sakit..dia picit jari aku, darah yang keluar dia masukkan dalam pipet kecil dan dititiskan dalam bikar isi cairan warna biru ( copper sulfate) untuk mengetahui hemoglobin concentration. pemeriksaan ini biasanya disebut "floating test". kalau titisan darah tu tenggelam maknanya, spesific gravity darah tu normal=kandungan iron mencukupi.
bila pegawai PMI tu titiskan darah aku dalam solution tu, memula jatuh tenggelam, baru sekerat jalan dia timbul...aikkkk...
"maaf cik..kurang zat besi, belum boleh derma, mungkin lain kali.terima kasih kerana berpartisipasi"
aaaaaaa....terkejut aku. kurang zat besi???!! aku??!! rasanya aku dah cukup makan bayam. alamak...sejak bila aku ada anemia. lepas ni aku kena list balik makanan aku dan kalau perlu, buat perubahan menu.
aku nak idup lama lagii.....iskk..iskkk
PMI= Palang Merah Indonesia = Red Cross hemoglobin= pigmen sel darah merah, iron-based, berfungsi untuk mengangkut oksigen ke seluruh sel dalam badan. nilai hemoglobin normal=12-15 grams per deciliter (100 milliliters) untuk perempuan dan 14-16 grams per deciliter untuk lelaki
niza, dr. karbon mintak kita ujian teori sama-sama 15/4, pukul 10 pagi...LISAN... siap ya...di tunggu di ruangan beliau (kak indah)
gubrakkk.... nak terkeluar lutut aku baca sms tu...ish..ish...dah la mendadak macam ni...lisan lak.. dept surgery... mana larak aku nak kampoi 4 kredit satu malam.. buku anatomi jer dah tebal kamus dewan. belum anestesi, emergency treatment, minor surgery. major surgery. post treatment, medication, prescribtion...
erkkk...erkkk...
wish me luck
dalam sebulan ni, aku ada baca beberapa entry yang berhubungan dengan pasport. kebanyakkan mengeluh pasal lamanya masa yang diambil untuk buat pasport. zaman sekarang cuma 3 hari, zaman aku memula buat pasport dulu...lagi la berhari-hari.
pasport pertama aku dikeluarkan tahun 1990. masa zaman sekolah rendah lagi, dan zaman dulu pasport hidup 10 tahun( plus 1 kali renew la) tak macam skang cuma 5 tahun, kena ganti yang baru). masa memula dulu, aku gi buat pasport kat pejabat imigresen damansara (masa tu dok kat KL lagi) kali pertama pergi, aku tak dapat nombor giliran dah habis, padahal opis baru je bukak. terpaksa la datang sekali lagi esok. padahal aku dah memonteng sekolah untuk pergi ke pejabat imigresen.
esoknya, pagi-pagi lepas subuh kita orang dah q untuk amik nombor. gila betul..punya la ramai orang. dan rezeki aku pagi tu dapat nombor giliran ( keberapa aku dah tak ingat la...) masa tu tak macam sekarang, ada kaunter khas untuk underaged dan warga emas. dalam pukul 11 nombor aku dipanggil dan masukkan borang, dia suruh datang lagi lepas borang diproses.
beberapa hari lepas tu, aku dan mama pergi lagi ke imigresen, bayar dan cap ibu jari dipasport aku. pegawai tu bagi surat bertarikh beberapa hari kemudian untuk datang amik pasport. dengan patuhnya, aku datang beberapa hari kemudian untuk amik pasport tu dengan mama aku ( ponteng sekolah lagi...) ehh.. dia tak bagi amik plak..bila aku tanya apa pasal...
"adik ni masih underaged, kena ada parents"
so aku pun panggilkan la mama aku yag duduk kat kerusi.. bila mama aku datang plak, dia tanya adik ni masih ada ayah ke tak..aku cakap la ada
"kalau underaged kena ayah yang amik"
aik..tadi kata parents, maknanya ayah atau ibu..mana-mana pun boleh...skang nak ayah plak. terpaksa la aku dan mama balik dengan tangan kosong hari tu. nak datang dengan ayah bukan senang sebab ayah susah nak dapat leave. lepas seminggu baru kita orang, aku ayah dan mama datang sekai lagi untuk amik pasport aku. lega aku...bebas dari urusan imigresen yang panjang lebar.
urusan kali kedua tak der masalah..aku cuma perpanjang pasport aku. kali ini kat pejabat Imigresen Ipoh. datang, bayar, 3 hari datang amik balik. end of stories.
kali ketiga aku berurusan dengan imigresen Penang. masa ni aku urus sendiri. mama aku cuma hantar kat opis jer.aku tak boleh balik ke Jogja sebab pasport aku kurang tempoh waktu. baru aku tahu, syarat valid pasport untuk pergi keluar negara minimum 6 bulan, sedangkan pasport aku kurang 2 hari. dan sialnya lagi, baru tahu masa lepas check in dari Bayan Lepas. sorang officer MAS datang bagitau yang aku tak bleh depart. nak nangis rasanya mengenangkan return ticket yang bakal hangus dan marahnya mama dan ayah aku pasal kecuaian aku. masa tu luggage dah masuk kargo. dia orang tak boleh keluarkan barang tu kerana akan mengganggu waktu depart. akhirnya, barang aku transit di KL, pergi Jakarta, balik KL dan hilang diperjalanan. kata officer incharge masa tu, last dia detect barang aku kat Narita. aku belum pernah sampai sana, tapi luggage aku dah :P . walaupun aku agak bengang, tapi MAS tak salah 100%. bila dia bayar claim barang hilang aku dekat 300usd...hehehhee...melompat la aku..makcik kayo...makcik kayo..kira cover la jugak luggage aku yang hilang.
kali ke empat...(kali terakhir aku harap) aku berurusan dengan Imigresen Seberang Jaya. dekat skit ngan rumah, tak payah pergi pulau, besar lagi opis dia. cepat dan effisien. datang amik...ehhh salah, beli borang, amik gambar dan fotostat KP bawak gi kaunter, amik nombor.tunggu sampai dipanggil, pergi kaunter cap jari, bayar duit. 3 hari datang amik lagi. senang jer.
aku bandingkan zaman aku dulu ngan sekarang, jauh beza. sapa kata perkhidmatan awam lembap???
disclaimer: aku tidak pro perkhidmatan awam walaupun lepas ni aku bakal join the club..
untuk ayah tercinta tak ada ucapan terima kasih yang cukup besar buatmu, mencintai aku dalam kondisi apa pun, menerima aku dalam baik dan burukku, mengiringi setiap langkah kecil dalam hidupku dengan doa dan harapan.
hanya Allah yang mampu membalas setiap kebaikan dan cintamu.. semoga aku diberikan kesempatan yang lebih banyak untuk membalas setiap butiran kasih sayang yang kau berikan selamat ulangtahun ayah
Teringat masa kecilku kau peluk dan kau manja Indahnya saat itu buatku melambung Disisimu terngiang hangat napas segar harum tubuhmu
Kau tuturkan segala mimpi-mimpi serta harapanmu Kau inginku menjadi yang terbaik bagimu Patuhi perintahmu jauhkan godaan Yang mungkin ku lakukan dalam waktu ku beranjak dewasa Jangan sampai membuatku terbelenggu jatuh dan terinjak
Tuhan tolonglah sampaikan sejuta sayangku untuknya Ku terus berjanji tak kan khianati pintanya Ayah dengarlah betapa sesungguhnya ku mencintaimu Kan ku buktikan ku mampu penuhi maumu
Andaikan detik itu kan bergulir kembali Ku rindukan suasana basuh jiwaku Membahagiakan aku yang haus akan kasih dan sayangmu Untuk wujudkan segala sesuatu yang pernah terlewati
aneh rasanya bila rasa kesal pada seseorang dapat hilang secepat kelipan mata. bukan kerana status hubungan aku dan Putratax yang membaik, atau dia sudah memberi kabar setelah sekian lama menghilang..bukan...bukan...bukan.
hari ini aku menghabiskan masa hampir 4 jam di cc ( ok, aku tahu ini akan tersangat-sangat memberatkan kesihatan poket aku hujung bulan ini ), mentelaah satu halaman ke halaman yang lain di blog Mak Andeh and Brood dan belum khatam. sehari sebelumnya di The Datin Diaries. yang ini aku sudah khatam.
melihat perjalanan hidup orang lain yang tetap kuat dan tegar meghadapi jatuh bangun, cubaan dalam hidup. rasanya, yang aku alami masih kerdil. aku harus tetap kuat, lebih kuat dan makin kuat.
bila hal yang berkaitan dengan perasaan dan cinta, rasanya aku selalu menjadi orang yang paling bodoh. belajar menerima dan melupakan masa lalu yang kelam. cinta tak semestinya bersatu.rasanya aku paling memahami hakikat dari kata-kata itu.
menerima kehadiran orang lain dalam hidup, membuka lembaran baru. baru beberapa langkah ditapaki bersama, tanpa penjelasan, tanpa pernyataan, dia menjauh. meninggalkan aku kebingungan menghadapi tingkahnya. sibuk bukan satu alasan yang aku dapat terima lagi. apa erti sebuah hubungan jika yang ada hanya perasaan. perasaan yang menyiksa batin. selalu memikirkan orang yang belum tentu memikirkan aku.
Mencoba bertahan sekuat hati Layaknya karang yang dihempas sang ombak Jalani hidup dalam buai belaka Serahkan cinta tulus di dalam takdir
Tapi sampai bilakah kuharus Menanggungnya kutukan cinta ini Bersemayam dalam kalbu
Tak ayal tingkah lakumu Buatku putus asa Kadang akal sihat ini Belum cukup membendungnya
Hanya kepedihan Yang selalu datang menertawakanku Engkau belahan jiwa Tega menari indah di atas tangisanku
aku tak ingin ini berakhir dengan kehilanganmu. tapi aku tak kuat menjalani hubungan tanpa komunikasi. sudah ada jarak yang cukup jauh memisahkan kita. lagipula, itu bukan hubungan yang aku inginkan. tak tahu bagaimana berita dan khabarmu di sana. tak ada cerita. perih hati ini bila mengenangnya.
aku sendiri bertanya-tanya sampai bila aku kuat untuk bertahan. aku tak ingin air mata mengalir lagi.
Semua kisah pasti ada akhir Yang harus dilalui Begitu juga akhir kisah ini Yakinku indah
duduk tergolek tak berdaya akibat sakit yang tak berkesudahan membuat aku ada waktu berpikir tentang banyak perkara. walaupun jasad tak mampu berwira wiri ke sana kemari, tapi pikiran tetap menerawang ke seluruh penjuru dunia. berpikir,berpikir dan tak pernah berhenti berpikir. sampai pikiran lelah, baru berhenti dan tertidur. doc pulak nak prescribe ubat tido supaya aku lebih banyak berehat. tapi aku tak nak. dengan keadaan sakit, demam dan selsema parah, aku tetap tido 5 jam sehari. mana penyakit aku nak sembuh. semua orang tahu ubat paling mujarab untuk selsema adalah rest. itu satu signal dari dalam badan untuk mengatakan ada sesuatu yang tak beres, tapi aku tetap dengan kedegilan yang tiada tara. jam tido tak bertambah, waktu di atas motor dan kena angin tetap banyak, tak nak makan ubat selsema...yang aku ikut cuma makan vitamin dan tak minum ais. ahh..memang aku budak degil.
malam 28 hb mac lalu, pukul 11 malam saat gempa 8.7 SR terjadi, aku masih terpontang panting membuat kerja-kerja aku yang sepertinya tak ada kesudahan, tv yang jadi teman setia kala berkerja tiba-tiba menghentikan cerita yang ditayangkan dan menyiarkan breaking news tentang gempa di Pulau Nias. ahh...terdetak dalam hati, baru 2 hari lalu mereka mengisytiharkan tamatnya masa darurat di aceh dan sumatra utara akibat tsunami desember lalu, sekali lagi bumi berguncang, di daerah yang sama, dengan pusat gempa yang berdekatan dan kekuatan yang sebegitu besarnya juga. petanda apakah ini. aku tak tahu. aku cuma berdoa agar dijauhkan bencana dan bahaya, dan tetap di bawah lindungan dan cinta-Nya

|