KE MANA TUMPAHNYA EMOSI KALAU TAK KE BLOG


Sunday, June 26, 2005

btw, that guy and his XXXX going to get married soon. all the best to them

144054 | tukang tulis gigitakbertatoo pukul: 22:59 | 3 komen anda


unlucky= kurang beruntung atau tidak beruntung???

seminggu ni memang kelam kabut untuk exam. laporan yang bertumpuk nak disiapkan. laporan kumpulan, laporan individu...jumlahnya ada 6. 3 dah selesai. sebelum ujian, minimum analisa data dan pembahasan dan kena selesai. alhamdulillah lancar.(analia data dan pembahasan jer, teori belum lagi, cuma pakai yang ada dalam otak jer..hehehhe)

sebab dah selesai, aku pun daftar la seminar untuk hari sabtu. boleh la, bayar rm60 dapat ilmu banyak, ada keyspeaker dari jepun untuk perawatan gigi terbaru dan dentist dari malaysia untuk perawatan implant gigi palsu. hari jumaat petang ada sms masuk

"urgent: analisa data group BIAS. hasil tak boleh guna. tolong kumpul lagi pkl 9 hari sabtu di tempat biasa."

alamak, macammana ni. aku balas balik sms kata aku akan lambat sebab ikut seminar. terpaksa la aku hilang satu slot ceramah. tak apa la, nak buat macammana. kerja group priority pertama. kepentingan bersama lebih penting dari kepentingan pribadi.

hari seminar, pukul 10 lepas habis ceramah utama I aku angkat kaki. diskas...diskas...diskas.. pukul 11.30 sampai balik di tempat seminar. kawan-kawan semua tanya tadi pergi mana. aik.....biasanya tak ada yang peduli pun. diaorang bagitau tadi nama aku naik lucky draw lepas ceramah utama II. hadiahnya, product dental dengan voucher makan untuk berdua di hotel tempat seminar. waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. sedih bangetttt. seumur hidup aku belum pernah dapat lucky draw. dah nama naik, aku pulak tak ada. iskk...iskkk.... bukan rezeki, bukan rezeki.

hari ni pulak, sepatutnya exam first paper pukul 8.00am. tunggu punya tunggu, pensyarah tak datang jugak. pukul 9 baru dia muncul dan bagi alasan..."maaf, saya lupa awak semua ada ujian.kita buat besok pukul 8.00.:" hmmm...sesedap dia jer. tapi nak buat macammana, dia pun manusia gak, boleh lupa. sudahlah, bagus jugak sebab aku masih ada masa untuk review lagi.

so...good luck to my self

144053 | tukang tulis gigitakbertatoo pukul: 22:45 | 1 komen anda


Monday, June 20, 2005

apa gunanya sahabat

teman, sahabat, kawan
sulit dengan mereka, sulit juga tanpa mereka

manusia adalah makhluk sosial, jadi tak mungkin hidup sendirian. boleh bersendirian dalam waktu jangka waktu pendek, tapi sangat sulit untuk jangka waktu yang panjang.

lebih 2 dekad aku belajar menjalani persahabatan, tak kira lelaki atau perempuan, umur, suku dan agama. banyak suka banyak duka. kawan di masa senang mudah dicari, sahabat di masa susah, hanya yang beruntung mendapatkannya. aku beruntung mendapat sahabat di masa susah berada di sisi aku. tempat di mana air mata tumpah, di mana tawa dan kegembiraan bertaburan dan masa-masa salah paham dan bergaduh. tapi kami tetap bersahabat.

dan saat ini aku berusaha menjadi sahabat yang baik, walaupun hati sendiri mendidih.

petang itu aku dapat sms:
"niza, ingat tak awek yang aku kenalkan dulu, si XXXXX. dia pregnant ngan aku. apa pendapat kau"

aku terhenyak, statistik bertambah lagi. ingin aku berkata "bukankah sudah aku katakan dulu,jangan, sudahlah, berhenti. umur bukannya muda lagi. tak ada gunanya kepit sana, kepit sini, carilah pendamping, menikah, biar tenang" tapi aku tak tega. saat ini yang diperlukan adalah penyelesaian. bukan kemarahan. apa yang aku boleh nasihatkan. aku sendiri tak tahu. tepatkah bertanya hal ini kepada aku?

aku jawab:
"aku tak nak komen banyak. apapun, dah buat kena tanggungjawab. mungkin ini satu turning point untuk kau untuk berubah"

tak lama dia balas:
"memang aku nak tanggungjawab, tapi aku tak siap untuk menikah.aku tak cinta.gaji untuk cukup makan aku ada la.nak support keluarga aku tak mampu. dia pun masih belajar lagi.lagipun, apa kata keluarga aku kalau kawin sebab terpaksa"

aku balas balik:
"bincang la dengan keluarga dua-dua belah. dapatkan jalan keluar yang terbaik. kalau aku lebih baik korang menikah. mungkin dengan kejadian ini, ko akan belajar mencintai dia dengan tulus. masa buat sesuatu memang manusia tak memikir. tapi bila timbul konsekuensi baru nak pikir"

lama dia pikir, baru dia balas:
"hmm...aku pikirkan lagi. nanti aku contact kau lagi.thanks"

aku:
"apapun keputusannya, aku harap itu yang terbaik untuk korang berdua. jangan sampai korang menyesal dengan keputusan tu.kalau perlukan apa-apa pertolongan lagi, dont hesitate to call/sms"

dia:
"ok.."

Ya Allah, ampunilah dosa-dosa kami...sesungguhnya hanya Engkau yang Maha Pengampun dan Maha Penyayang.

[17:32] Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk.

[24:2] Perempuan yang berzina dan laki-laki yang berzina, maka deralah tiap-tiap seorang dari keduanya seratus dali dera, dan janganlah belas kasihan kepada keduanya mencegah kamu untuk (menjalankan) agama Allah, jika kamu beriman kepada Allah, dan hari akhirat, dan hendaklah (pelaksanaan) hukuman mereka disaksikan oleh sekumpulan orang-orang yang beriman.

[24:3] Laki-laki yang berzina tidak mengawini melainkan perempuan yang berzina, atau perempuan yang musyrik; dan perempuan yang berzina tidak dikawini melainkan oleh laki-laki yang berzina atau laki-laki musyrik, dan yang demikian itu diharamkan atas oran-orang yang mu'min

143757 | tukang tulis gigitakbertatoo pukul: 23:25 | 4 komen anda


Sunday, June 19, 2005

untuk sementara ni mungkin aku tak akan mengupdate seperti biasa sampai awal julai. alasannya...biasa la sibuk.apa lagi alasan klasik yang boleh diberikan.

aku masih ada 2 laporan yang nak disiapkan, kalau boleh sebelum ujian.dateline sebenarnya 2 minggu lepas exam terakhir tapi aku dah ada kerja lain by that time.so, i'm rushing. kemudian 27,28,29 ada 3 paper berturut untuk Dept Public Health.

tapi saat-saat macam ni, banyak cubaan datang. well friends, wish me all the best.

143659 | tukang tulis gigitakbertatoo pukul: 6:39 | 2 komen anda


entry basi: cerita makan-makan

whoopssss....dah seminggu lebih tak mengupdate.padahal banyak cerita cuma masa yang tak mengizinkan. makan malam dengan Timbalan Menteri Pelancongan, YB Dato Zahid Hamidi (dah tahu dah skang ni) berjalan lancar, walaupun acara dimulai terlambat satu jam.patutnya pukul 7 jadi pukul 8. makan malam dan sessi tanya jawab dengan tema mahasiswa sebagai duta negara. VIP yang datang antara lain Pengarah JPMI, pengurus MAS Jogja dan wakil dari UGM.

acara dibuka dengan lagu negaraku, doa oleh Exco kerohanian KUY, diikuti ucapan Yang Dipertua PKPMI dan Presiden KUY. Ucapan YB memang tak jauh dari tema, tak ada ucapan-ucapan yang menjurus kepada sokong menyokong parti politik tertentu serta yang sewaktu dengannya. Aku agak, mungkin kerana bukan tahun pilihanraya dan YB pun tak nak dikatakan berkempen, lagipun dia sebagai Timbalan Menteri dan bukan sebagai ADUN. secara keseluruhan, majlis berlansung dengan baik dan meriah. sessi soaljawab tak ada diganti dengan sessi melantak beramai-ramai dan sessi mari berkaraoke. maklum, semuanya pakat jadi jakun, jarang makan kat 5 star dan free. pertama kali aku datang majlis macam ni, makanan melimpah ruah.biasanya tak cukup. mungkin makanan yang disiapkan untuk 350 orang, sedangkan jumlah pelajar hanya 270.

cuma ada hal yang mengganjal di hati aku adalah kata-kata YB yang maksudnya lebih kurang macam ni:
"lepas makan kita ada sessi karaoke.saya tahu disini ada pelajar yang ambil pengajian Islam. tapi tak ada hukum yang kata karaoke tu tak boleh. kalau tak boleh, tunjukkan ayat AlQuran atau Hadis yang kata tak boleh"

kata-kata tu mengingatkan aku pada seseorang yang pernah kata

"zaman nabi orang tak cukur sebab tak ada pisau cukur Gillete"
"pakai purdah sebabkat negara arab tu padang pasir"
dan yang lain-lain.

aku tak nak komen banyak pasal ni, kalau nak buat, buat saja tapi jangan la mengaitkan atau mencabar macam ni. ini aku rasa saja, tak tau la kalau orang lain rasa yang sama atau tak.

tapi masa sessi karaoke...Datin rocks!!! *claps*claps*claps*

tapi diluar Ballroom Amarta,Hotel Melia Purosani, Jogjakarta tepat pukul 8.30 malam ada gempa bumi berukuran 2 pada Skala Richter. memang dalam ballroom tak terasa tapi esoknya baru tahu. ishhh...kalau la skala besar, bergegar bangunan, runtuh, tak ker ....iskk...iskkk...iskkk..

KUY: Kelab Um** Yogyakarta
PKPMI: Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Indonesia
JPMI: Jabatan Penuntut Malaysia di Indonesia

143658 | tukang tulis gigitakbertatoo pukul: 6:26 | 1 komen anda


Thursday, June 9, 2005

biar sakit hati...

Hari ini hari Jumaat. Hari kerja pendek...best betul. Pagi-pagi dah ada kegiatan senaman bersama kat Pusat Kesihatan. Aerobik. Sejam beraerobik riang ria,aku kehabisan oksigen. Itu la, sapa suruh malas senaman. Sekali aerobik, rasa macam nak pengsan. Nampaknya, resolusi ke tiga 2005 belum terpenuhi.

Seorang staff kat Pusat Kesihatan tegur aku, kenapa 1-2 hari ni nampak tak bersemangat dan murung. Aku tak jawab apa-apa pun, cuma sengih dan tanya balik, " Ye ker??" . Dia serkap jarang, "Gaduh ngan bf yer?". Aku jawap balik "Biasa la". Padahal, muka dah merah. Dia nasihat "Tak per, biar sakit hati jangan sakit gigi". Dengar jawapan tu, aku terus senyum.

Biar sakit hati, jangan sakit gigi. Sebenarnya aku tak tahu sapa yang ciptakan slogan tu, tapi sangat popular dikalangan praktisi pergigian di sini. Tapi, kalau dipikir-pikir memang betul. Sakit hati yang aku rasa sekarang ni tak seberapa dengan sakit gigi. Sebenarnya, aku tak pernah sakit gigi kerana gigi berlubang atau busuk dan sebagainya. Aku sakit gigi sebab aku pakai kawat gigi alias gigi besi. Aku pakai kawat selama 2 tahun setengah, dan itu satu penyiksaan yang sangat panjang (tapi aku tetap tak boleh kurus jugak..wonder why). Tapi hasilnya, senyum aku macam senyuman Britney Spears...perasan skit.

Aku termotivasi untuk pakai kawat pun bukan sebab gigi aku tak rata atau tak lawa, susunan gigi aku ok cuma agak renggang di rahang bawah. Aku pikir untuk masa depan, kalau patient sendiri tengok gigi dentist dia tunggang langgang, macam mana dia nak percayakan perawatan gigi dia pada dentist tu. Itu lah salah satu alasan kenapa aku pakai kawat gigi jugak. Sekarang bila aku ingat sakitnya aku pakai kawat gigi, rasanya sakit hati itu tak ada apa-apa. Kecik jerrrrr......

Kesimpulannya, biar sakit hati, jangan sakit gigi
I'm done with my third phase...

143353 | tukang tulis gigitakbertatoo pukul: 22:20 | 1 komen anda


Hari ini

Tak ada banyak idea yang nak ditulis.Masih terbawa emosi, lagipun fasa ke tiga belum berlalu. Hari ini dimulai dengan keadaan yang tak begitu baik, bangun terlambat dan sembahyang subuh dengan matahari sudah menunjukkan cahayanya. Itulah, dah tau subuh pukul 4.30, bantai pergi tidur malam pukul 1. Mana tak subuh dinasour. Astagfirullah.

Siap-siap ke Pusat Kesihatan, ada sms masuk:

"Kak, gi kampus tak hari ni.Ada surat nak bagi"

Aku balas:

"Tak ler, skang kerja kat Pusat Kesihatan.Surat apa?"

Dia balas"

"Surat jemputan. Makan malam dengan Timbalan Menteri Pelancongan hari sabtu pukul 6.15 di Melia Purosani. Dress code:baju kebangsaan"

Aku jawab:
"Insyaallah,akak boleh pergi.Skang tengah xm kan?Good luck ok"

Dia balas:
"Ha ah kak..dah la hari ni Farmakologi, 3 credit. Takut gak. TQ kak"

Timbalan Menteri Pelancongan saper haaaaa?? Aku tak tau la. Kali terakhir politician datang sini bulan 10 tahun lepas, Imam Masjid Negara, pas tu orang kampung ADUN Penang, area rumah aku gak tapi aku lupa sapa dia. Tapi yang tak bestnya kalau pergi majlis macam ini, budak-budak mesti buruk lantak. Makan free, kat 5 star. Ambik makanan tak ingat orang belakang. Ces....Setelah aku pertimbangkan, pi-tak-pi-tak-pi-tak-pi-tak, sampai sekarang aku belum dapat keputusan. Tengok keadaan dulu lah macammana.

Pagi hari kerja kat Pusat Kesihatan, pikiran kacau, jiwa pun kacau. I mess up everything. Kerja tak lancar, semuanya tersendat. Nasib baik dental nurse kat Pusat Kesihatan sangat berpengalaman. (malu aku sebab dia saja lebih terror buat kerja dari aku). Tengahari ada mesyuarat bulanan Pusat Kesihatan. Aku ikut dengan suku hati. Terasa sangat mengantuk dan nak tidur tahap maksimum. Habis mesyuarat, makan tengahari, dah pukul 2.30. Perut aku dah mengeluarkan segala bentuk irama dan lagu. Dah la cuma sarapan roti dengan jem 2 keping. Lepas makan, balik rumah, semayang dan tidur. Aku kontra-produktif hari ini. Banyak kerja terbengkalai.

Dalam perjalanan balik, aku teringat Putratax. Adoi..amenda la dia best sangat sampai aku dok ingat kat dia lagi.Syuhh...syuhh..pi main jauh-jauh. Untuk alihkan perhatian, aku kira kereta sepanjang jalan. Bukan semua kereta la, tapi kereta yang baru-baru saja. Rupa-rupanya, banyak jugak. 20 minit perjalanan, aku jumpa 12 Honda Jazz, 1 Toyota Wish, 2 KIA Carens, 1 KIA Karnival, 2 KIA Picanto, 1 Nissan Xtrail, 2 Chevrolet Aveo, 1 Puegeot 307, 2 Puegeot 206-1 yang sporty, 1 Baby Benz dan 1 New Beetle. Dan semua plate no AB, plat no daerah Jogja. Nasib baik aku tak kira Toyata Avanza dan kembarnya Daihatsu Xenia dan Toyota Soluna yang digunakan sebagai teksi. kalau tak makin panjang list aku. Hmm...aku pikir balik, betul ke Indonesia ini masih krisis ekonomi.

Catatan:
1.kata tak ada idea, tapi panjang berjela gak aku tulis....
2.Honda Jazz kereta fav belakangan ini, tapi bila aku pergi tanya harga dia, rupanya lebih mahal rm25k dari Toyota Kijang (versi Malaysia:UNSER) yang MPV, Jazz cuma mini MPV,kecik,comei dengan harga selangit...uhukk..uhukk...terus aku batuk dengar

143322 | tukang tulis gigitakbertatoo pukul: 7:17 | 2 komen anda


i was born in right year

You Were Actually Born Under:



You've got a ton of energy - and need plenty of room to roam.
You tend to follow your whims, and it's hard for you to stick to one thing.
Specific jobs, loves, and friends are always changing and never a part of your life for long.
Very intuitive, you tend to know what people are thinking before they say a word.

You are most compatible with a Dog or Tiger.

You Should Have Been Born Under:




You've got a ton of energy - and need plenty of room to roam.
You tend to follow your whims, and it's hard for you to stick to one thing.
Specific jobs, loves, and friends are always changing and never a part of your life for long.
Very intuitive, you tend to know what people are thinking before they say a word.

You are most compatible with a Dog or Tiger.


What Year Were You Born Under?

143321 | tukang tulis gigitakbertatoo pukul: 7:00 | 0 komen anda


Tuesday, June 7, 2005

PELABUHAN HATI

LAYAR PERAHU KUBENTANGKAN
KE SAMUDRA CINTA
GELOMBANG BADAI MENERPAKU
AKAN KUDUS CINTAKU

PELABUHAN HATI
DAKU RINDU
INGIN KU PAUTKAN HATIKU
DI PINTU HATIMU

Credit to :Ferdi NF

143259 | tukang tulis gigitakbertatoo pukul: 23:58 | 1 komen anda


aku tetap hidup

bagaimana pedih pun hati ini, hidup akan terus berjalan.

fasa pertama
mencuba menerima apa yang terjadi, sabar dan pasrah

fasa kedua
tenggelam dalam duka yang tak terhingga walaupun sudah berusaha tegar

fasa ketiga
marah, marah dan marah. marah kerana sikap tak pedulinya. kalau permulaan ada kata pendahuluan, kenapa penutup tak ada kata pengakhiran. marah kerana merasa diri ini tak sepatutnya menerima perlakuan seperti itu.

fasa ke empat
pikir, muhasabah, introspeksi dan segala sesuatu yang sebangsa dan sekaum dengannya

fasa ke lima
senyum

fasa ke enam
ketawa

fasa ke tujuh
hmm...kalau dalam zodiak, ada "rumah" yang menandakan kehidupan (bahagia, hidup, mati, rezeki etc) kalau rumah ke tujuh adalah cinta...mari mulai lagi perjalanan mencari penguin (pinjam istilah Hana jap)

sekarang dalam fasa 2 menuju 3.

143257 | tukang tulis gigitakbertatoo pukul: 23:37 | 2 komen anda


Save my soul

Now I'm sitting in the corner of my room
Staring through the window, watching the sun goes down
And the shadow starts to creep across the floor
In this loneliness, I'm crying in my bed

And the rain begin to fall down on me
As the sadness growing deep down inside me
I feel a little insecure right now
I am crawling, looking for a place to hide

So where has all my lights gone?
For I need to find the way out of here
In my every breath, I am chanting your name
Give me strength so I can save my soul

My mind keeps telling me to hold on
And says I have to be a real man
I'm still wondering if I'll ever find my way
That leads me to your light and to your grace

So where has all my lights gone?
For I need to find the way out of here
In my every breath, I am chanting your name
With my every breath, I'm hoping
I can find the way to save my soul

Sumber: SobatPadi

143207 | tukang tulis gigitakbertatoo pukul: 0:07 | 2 komen anda


air mata terakhir

Putratax: retak menanti belah menunggu hancur

sunyi sepi
diam membisu
tanpa kabar
tanpa berita

pergi meninggalkan aku
tanpa ada kata perpisahan
cuma menghindar
dan terus menghidar
dan kau berharap
aku melupakanmu

begitukah???

semoga air mata ini adalah air mata terakhir untukmu, kerana ada yang lebih layak untuk aku tangisi. Sang Khalik telah bermurah hati meminjamkan kau kepadaku, dan sepertinya sudah sampai waktu aku mengembalikan pinjamanNya. aku kira kehilanganmu tak akan sepedih kehilangan yang lalu, tapi ternyata sama saja.

aku teringat di tanggal yang sama tahu lalu, aku duduk bersimpuh di hadapan RumahMu Yang Mulia dengan linangan air mata memohon kepadaMu agar diberi ampunan atas dosa-dosaku, ditutupi aib dan kehinaan serta dimudahkan kehidupan dunia dan akhirat. terakhir,doaku adalah diberikan pengganti kehilangan dia.

dua bulan berikutnya, kau hadir. aku kira kaulah jawapannya. ternyata aku salah.

sepertinya, perjalanan kita berakhir di sini.

143206 | tukang tulis gigitakbertatoo pukul: 0:05 | 0 komen anda


Monday, June 6, 2005

friendship vs love

hujung minggu kali ini sangat emosional. hanya kerana seorang manusia dan seorang manusia lagi. yang satu memporak perandakan serpihan hati yang tersisa. yang satu mencuba berbagi kebahagiaan.

can friendship turn into love??

can love turn into friendship???

i do need advice...pls

143151 | tukang tulis gigitakbertatoo pukul: 0:08 | 3 komen anda


Wednesday, June 1, 2005

apa nak jadi

balik survey

bukak bungkus makanan, bukak bungkus air, tekan punat remote tv...

........terettttt

tv nyala...makan nasi

laporan berita tengahari
5 kanak-kanak umur antara 5 hingga 12 tahun memperkosa teman sepermainan mereka yang berusia 5 tahun kerana terpengaruh VCD porno. mereka melakukan perbuatan bejat tersebut secara bergiliran, 4 yang lain memegang kaki dan tangan anak perempuan tersebut....
bla...bla...blaaaa

tereeettt....

matikan punat remote sebelum selera makan aku hilang

nasi pun habis cuma separuh

apa nak jadi dengan dunia hari ini.

iskk...iskkkk

142925 | tukang tulis gigitakbertatoo pukul: 5:23 | 3 komen anda