KE MANA TUMPAHNYA EMOSI KALAU TAK KE BLOG


Sunday, September 25, 2005

iman dan hidayah

"itu la kak sebabnya...saya segan nak cerita ngan orang. orang bukannya boleh paham. dia orang mesti kata mak ayah saya jahat, padahal mak ayah sayalah orang yang paling baik saya pernah jumpa dalam dunia. orang tak nak paham, kita tak boleh paksa semua orang ikut macam kita. semua orang datang dari background yang berbeza. saya baru 2 tahun pakai tudung, tapi keluarga saya tak suka. kalau saya kat kolej saya baik skit, ngaji etc. tapi kalau kat rumah susah skit. saya kesian kat mak. takut mak saya terasa.sebab mak tak pakai tudung.dulu saya pakai bukak pakai bukak, tapi sekarang alhamdulillah dah boleh tetap."

iman dan hidayah
bersyukurlah kalau kau mendapatkannya
dan peliharalah keduanya
walaupun nyawa taruhanmu


sulitnya meminta pengertian orang lain. jangan menghakimi seseorang hanya dari penampilan luarnya. syukurlah kalau kau sudah menerima hidayah untuk menutup auratmu dengan sempurna tapi jangan meremehkan orang lain. kau tak pernah tahu. mungkin dalam setiap doanya, mereka meminta Rabb membuka hati dan memberi kekuatan untuk melaksanakan syariatNya.

jangan pernah mengatakan aku yang baik dan engkau yang buruk kerana itu bukan hakmu. jalan dakwah yang kau tempuh untuk mendidik dan menasihati, bukan untuk menyuruh dan memerintah. saat mereka belum bersedia, bimbinglah...bukan memaksa. paksaan hanya melahirkan penolakkan.

147842 | tukang tulis gigitakbertatoo pukul: 5:34 | 4 komen anda


Wednesday, September 21, 2005

air mata itu...

isnin ini dimulai dengan nisfu syaaban.alhamdulillah,amanah itu terlaksana juga. dan insyaallah, akan diteruskan setiap tahun. sebentar lagi, kembali ramadhan menjelma.

pertama kali entah sejak sekian lama, aku merasakan indahnya iftar bersama-sama. kali ini kami bertigabelas. dan Ramadhan ini akan terasa lebih meriah, walaupun masih di rantau. selesai solat jemaah, alunan zikir, doa dan selawat bergema. berehat dari pekerjaan yang melelahkan sepanjang hari sambil kembali cerita-cerita bergulir dari mulut ke mulut.

"aku waktu belajar di xxxxx, sebelum ke sini...memang kurang ajar, buat perangai teruk. aku tak nak datang Indon.aku tak nak jadi doktor. waktu itu sampai menangis mak aku. rasanya, waktu tu aku dah boleh di cap anak derhaka"

ungkapan hati Belle.

mengingatkan aku pada airmata mama yang pernah tumpah kerana aku. bergembiralah mereka yang menumpahkan airmata ibu kerana kegembiraan dan kebahagiaan. celakalah orang yang menumpahkan airmata ibu kerana kesusahan dan kederhakaan. CELAKALAH AKU.

setiap aku mengingat air mata kesedihan mama yang tumpah, setiap kali juga aku menangis. walaupun dengan sepenuh hati, dengan setulus kasih dan cintanya Mama sudah memaafkan aku, tapi aku yang belum dapat memaafkan diri sendiri.

ya Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang
ampunilah dosa orang tua ku
kasihilah mereka dengan seluruh limpahan kasih sayangMu
sebagaimana mereka menjaga aku sejak kecil
tanpa lelah, tanpa jemu, tanpa pamrih
berikanlah mereka kesihatan, kebahagiaan dan kegembiraan
jauhkanlah mereka dari segala keburukan dan kejahatan
di dunia dan di akhirat

147677 | tukang tulis gigitakbertatoo pukul: 7:38 | 2 komen anda


Friday, September 16, 2005

cubaan..

Setiap saat seorang hamba pasti akan mendapat cubaan dari Tuhannya.Cubaan bukan saja dalam bentuk kesususahan tapi dalam bentuk kemudahan dan kesenangan. Dengan kesusahan seorang hamba diuji tingkat kesabaran, dengan kemudahan dan kesenangan seorang hamba diuji tingkat kesyukuran.

Setiap hari, cubaan yang dihadapi silih berganti. sesaat aku mengucap kata syukur, harus berhadapan dengan kenyataan pahit lain yang membentang. Tabah, dan harus tabah. Yakin dengan Dia Yang Maha Penyayang dan Maha Pengasih. sesungguhnya, Dia tidak pernah memberi cubaan lebih dari yang mampu ditanggung hambaNya.

147457 | tukang tulis gigitakbertatoo pukul: 23:37 | 0 komen anda