KE MANA TUMPAHNYA EMOSI KALAU TAK KE BLOG


Wednesday, May 9, 2007

pengajar vs pegawai pergigian

assalamualaikum wr wb..

ada rezeki lagi, boleh ke cc. dah lebih 2 bulan gtb kerja di kolej. baru tahu beratnya kerja mencari sesuap nasi. kalau dulu asyik perabih beras, sekarang kena cari beras. kenapa dapat kerja di kolej...ada pertanyaan dari kawan-kawan. kalau tentang kenapa posting di kolej gtb tak mampu nak menjawab. panggilan telefon dari SPA cuma bertanya anda ingin ditempatkan di negeri mana, bukan hospital/klinik mana. tapi, sekurang-kurangnya tetap serumah dengan orang tua.

kerja sebagai pengajar sama beratnya dengan pegawai pergigian. infact kena kerja dua-dua sekali. sebagai pengajar, gtb harus mengawasi pelatih melakukan kerja-kerja klinikal, memberikan lecture, tutorial, marking paper etc sama seperti seorang pensyarah. dalam masa yang sama dituntut untuk memenuhi requirement seorang pegawai pergigian iaitu berhadapan dengan pesakit, buat rawatan seperti biasa. (fyi, kolej gtb kerja melatih diploma programme for dental nurse, dental technician and dental assistant certificate ).

kerja sebagai pengajar dan pegawai pergigian memang lebih berat, satu bidang latihan, satu profesional. belum lagi kerja-kerja pentadbiran, tapi itulah hidup. siapa sangka. akhirnya kerja serampang 3 mata. harap-harap jangan sampai ada yang tercicir.

kalau ada yang nak dapatkan dental treatment, jangan risau i am still available, but by appoinment. sampai jumpa di klinik

159235 | tukang tulis gigitakbertatoo pukul: 6:04 | 2 komen anda