KE MANA TUMPAHNYA EMOSI KALAU TAK KE BLOG


Sunday, July 22, 2007

masa berlalu...

masa berlalu
tanpaku menyedari..

sebait lirik, entah siapa penyanyinya tak tercantum dalam memori aku. rasanya baru sekejap aku kembali ke bumi bertuah ini. masih terlintas di mata hari pertama daftar di tempat kerja, saat receptionist bertanya adik nak daftar kerja kerani ke? oopsss... jangan salah faham. tak bermaksud merendahkan pekerjaan mereka. pernah terfikir betapa kelam kabutnya sebuah pejabat tanpa kerani?? aku tak salahkan receptionist. mungkin cara, tingkah laku dan gaya aku sendiri yang membuatkan mereka berfikir macam tu. satu pelajaran telah dipetik. kesan pertama memang penting. bukan macam masa belajar, sekarang ada kod, ada etika, ada aku janji, ada 1001 peraturan.

akhir julai...maknanya sudah 5 bulan aku bekerja.
akhir julai...aku dapat gaji baru
rasanya macam tak padan pulak...tapi itu lah rezeki

cerita pasal naik gaji...ada yang kata signal pilihanraya
banyak pihak menafikan tapi history repeats itself.
dalam suratkhabar, berita ekonomi semuanya naik
saham naik, indeks naik, ringgit stabil
cuma harga beras saja tak jadi naik
lagipun, ada yang dah dapat surat untuk jadi ketua pusat mengundi
signals are everywhere
are u clever enough to read them

demi masa
sesungguhnya manusia itu dalam kerugian
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh,
dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar
Surah Al-’Asr, Ayat 1-3

159740 | tukang tulis gigitakbertatoo pukul: 3:09 | 0 komen anda