Pukul Berapa Tok Harimau?

| Gangguan Teksual Zine | Panggung Cakarama | Tok Rimau's E-Book | Jali's Fotopages | Jali's Flikr Photos | WakPamIT |

PUKUL BERAPA TOK HARIMAU

kad Raya Forum GJ Beli jiwa kacau di Ujanailmu.com gath gj + award

last modified Nov 14, 2005 at 1:28

Dah lama tak datang sini.

Thu.18.6.2009.|161800 | posted by harimauj at 15:43 | 0 Gigitan |


PELANCARAN BUKU

Wed.15.3.2006.|152465 | posted by harimauj at 10:05 | 1 Gigitan |


HIJRAH

Tok Rimau berhijrah ke:

http://tokrimau.blogspot.com

Selamat Tinggal Danchan. I love you. Tempat jatuh lagi dikenang, inikan tempat berblog.

Fri.20.1.2006.|151250 | posted by harimauj at 15:09 | 0 Gigitan |


DAKI DUNIA

Dalam satu malam sport rim bertukar jadi batu bata. Bukan. Bukan sumpahan ibunya Si Tanggang. Tetapi sumpahan pencuri. Heboh di kejiranan aku barang-barang kecurian kebelakangan ini.

Tingkap rumah Cina belakang rumah aku kena kopak di siang hari. Paling sadis, Wak Sen dikejutkan pada jam 3 pagi dengan parang oleh empat lelaki bertopeng. Dia dan keluarga diikat dan rumahnya digeledah.

Selang dua rumah dari aku, drebar lori kehilangan lori. Andai kata, mereka ini dari sindiket yang sama, kita boleh risau bahawa selepas ini banyak lagi barang yang akan diangkut. Maklumlah, mereka sudah ada lori sekarang.

Terlalu utopia untuk mengharap rumah dengan tingkap kaca cantik. Pastinya, kita kena pasang jeriji hodoh untuk perlindungan. Itu pun tiada jaminan mutlak. Sehingga ada yang menasihatkan, jangan sampai tiada tunai dan barang kemas di rumah. Jika dimasuki pencuri, serahkan segera agar mereka tidak berlama-lama di rumah kita.

Kak Paim berpengalaman dirompak sebanyak 2 kali.

"Ambillah apa yang kamu mahu. Jangan apa-apakan kami. " Dia merayu.
"Ini bukan emas tulen. Ini Zhulian!" Perompak.
"Kawan kamu sudah kebas yang tulen. Kamu terlambat."

Rata-rata aku mendapat komen yang sama. Kerja mereka pecah rumah, tahulah mereka bagaimana membuka jeriji besi dalam masa 5 minit. Sedangkan kontraktor memasangnya ambil masa seharian. Ahhh. Trauma. Dalam rumah sendiri pun tidak selamat. Masing-masing resah mahu tidur semacam menunggu giliran rumah terbuka. Siapa-siapa pun boleh masuk.

LAWATAN SAMBIL BELAJAR
Cute Yang Melampau
The Best Web 2.0 Software of 2005
14 Hari Lagi. Jangan ketinggalan.

Wed.14.12.2005.|151029 | posted by harimauj at 8:59 | 11 Gigitan |


RUMAH TERBUKA

Aku rasa kami berziarah masuk 10 rumah di Taman Setia Tropika. Masuk dari satu rumah ke satu rumah lain. Rumah terbuka tanpa makanan. Semuanya dengan bentuk moden. Tingkap berbingkai konkrit tebal dan bumbung tersorok dari pandangan. Dinding penuh kaca untuk menjemput lebih cahaya. Hiasan dalamannya pula amat menakjubkan. Bersama aku, ramai orang yang tidak aku kenali.

Sabrinamon bertanya, "Tuan rumah tak marah ke kita masuk?"

"Ini rumah contoh sayang. Mereka memang mahu kita masuk."

LAWATAN SAMBIL BELAJAR
Setia Tropika
Cikgu LEGO tutorial web
2005 Weblog Awards

Tue.13.12.2005.|151003 | posted by harimauj at 10:06 | 5 Gigitan |


MISTERI NUSANTARA

Pernahkah kalian memandu di jalanraya sunyi penuh dengan pokok-pokok besar. Cuma sekali-sekala kereta kalian berselisih dengan lori. Selebihnya hanya pekat gelap malam.

Cerita-cerita seram mula bermain di kepala. Tentang pontianak menahan teksi. Tentang bayang-bayang putih melintas jalanraya. Tentang mangsa kemalangan mengutip otak-otaknya. Tentang kereta yang berat secara tiba-tiba. Kalian jeling cermin pandangan belakang. Tiada teman tapi rasa seperti ada. Bulu-bulu roma berdiri tegak.

Kalian putar punat radio kereta yang bermastautin di ERA.FM ke IKIM.FM. Sekarang suara orang mengaji bergema dalam kereta. Pernah tak kalian buat begini?

LAWATAN SAMBIL BELAJAR
Radio Online
6 Jahanam Tak Mati Lagi
PCWorld: The 100 Best Products of 2005 (a.k.a mywishlist)

Fri.9.12.2005.|150888 | posted by harimauj at 9:22 | 17 Gigitan |