|
Nasi Lemak Tajol RM2
Saluran Melayu TV Suria Singapura menayangkan dokumentari pembuat filem merdeka (Inependence) Melayu yang bergiat di pulau itu. Recana ini membuat aku teringin membuat video lagi. Secara kasarnya ini ilham yang turun masa aku memandu ke pejabat. .............. Close up. Tanda "Nasi Lemak Tajol RM2". Zoom out. Tajol jual nasi lemak tepi jalan atas meja lipat. Bungkusan2 nasi lemak atas meja. Orang lalu lalang tidak pedulikan dia. Sebuah Mercedez enter frame. Brake depan warung Tajol. Keluar Mamat dengan kot dan cermin mata hitam. Close up. Bird eye view. Nasi lemak dengan bungkusan surat khabar Cina. Medium shot. Camera dari bawah 45 darjah. Almost dog eye view. Mamat berdiri depan nasi lemak. Mamat: Pelanggan abang banyak Cina ke? Tajol: Errr... (clear throat) Cina, India, Melayu. Kebanyakan Melayu. Mamat: Kalau abang bungkus dengan surat khabar Melayu, mungkin abang lebih ramai pelanggan. Tajol: saya tidak baca suratkhabar dan tidak beli suratkhabar. Inipun jiran saya yang bagi. Mamat senyum dan memandang muka Tajol. Dia terperanjat. Dia kenal Tajol. Tajol muka keliru. Dia tidak kenal Mamat. Mamat: Eh... awak ni... Tajol. Tajol dari Sekolah Tanjung Rambai. Kita satu kelas dulu. Tajol: Sekolah Tanjung Rambai. Ya. Close up. Muka Tajol. Flashback effect. Fade to black and white. Adengan Sekolah Tanjung Rambai. Tajol Muda berselisih dengan Mamat Muda. Langgar bahu. Mamat Muda: Kelas nak mula ni. Tajol: Ahhhhh... kau nak belajar kau pegi la belajar. Tak rock la belajar-belajar ni. Gua nak belah. Tajol campak beg keluar pagar sekolah nak mula memanjat pagar. Diluar pagar, dia ambil rokok dari dalam beg. Satu motor rempit datang. Budak samseng. Tajol duduk belakang. Rempit rem motor dah meninggalkan asap. Medium shot. Mamat muda tepi pagar. Asap. Close up muka. Habis effect. Back to present. Close up. Muka Mamat. Zoom out. Mamat ambil satu nasi lemak. Bayar duit dan bagi kad. Mamat: Saya nak cuba nasi lemak ni. Ini kad saya. Dah hampir 20 tahun. Zaman dah berubah. Lepas sekolah, saya masuk UTM. Universiti Teknologi Malaysia. Saya belajar pengurusan di FPPSM. Fakulti Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia. Lepas grad, saya terus buka bisnes. Mereka besalam. Mamat meninggalkan warung. Masuk kereta dan berlalu. Tajol melihat kad nama Mamat. Dia membaca dengan kuat. Close up: Kad nama Mamat. Tajol: Mamat bin Ghazali. Kelulusan: Sarjana Muda Pengurusan, UTM. Pengarah. Nasi Lemak Power Corporation. Zoom out. Tajol jual nasi lemak tepi jalan atas meja lipat. Bungkusan2 nasi lemak atas meja. Orang lalu lalang tidak pedulikan dia. Fade to black. ....... Teks: Belajarlah bersungguh supaya anda dapat masuk FPPSM. .......... LAWATAN SAMBIL BELAJAR short video. nigerian black money. spam. short. simple and funny.
last modified Sep 30, 2004 at 19:06
[ Gigit Tok Rimau ]
Farking: kau dah pakai merc ke? Op: Dalam pembikinan. Tunggu produser je. Gondurowa: kalau usop aslam, aku tak pakai merc, aku pakai Harley.
122921 | posted by anon:TokR on October 4, 2004 at 10:20
eh saya x-fppsm utm skudai gak..kui2 
122915 | posted by anon:farking on October 4, 2004 at 8:12
mesej nyata: tok nak buat filem pendek baru
mesej tersembunyi: berilah pelajaran & peluang pada anak dengan secukupnya. jangan lupa pantau pelajaran mereka.
mesej kena pikir sendiri: nama anak lelaki tok - mamat hihihihi 
122770 | posted by anon:Op on October 2, 2004 at 13:37
you're kidding right? this tooooo Usop Aslam. :D
122729 | posted by anon:gundoruwo on October 1, 2004 at 15:48
|