|
3 Lagenda Blog Malaysia (bahagian 3 dari 3)
Confirmation percentage: 90%. Tok Rimau akan berbuka puasa di Bangi Sabtu ini. Nak join silakan tapi bayar sendiri. Tok pun ada kawan belanja. Detail Majlis Buka Puasa. 1. Sesiapa nak bagi tempat bermalam untuk Tok sila sms Tok. 2. Sesiapa nak belanja Tok untuk bersahur pun boleh juga. .................................... Rudy (2001), Fajar (2002) dan Mat Jan (2003) adalah nama yang tidak asing lagi dalam arena weblog tanahair. Mereka merupakan pemenang Anugerah Weblog Terbaik (AWET) Geng Jurnal. Berikut adalah temubual Presiden GJ 2004, Tok Rimau dengan penulis-penulis maya yang hebat ini. 7. Cadangan satu aktiviti yang belum pernah Geng Jurnal jalankan untuk dipertimbangkan dalam 2005. RD: Masih ingat tulisan saya tentang MENCARI SESUAP NASI? Saya teringin GJ buat khidmat masyarakat bersama anak-anak yatim atau di rumah orang-orang tua. Kalau jenis aktiviti mahu disematkan dalam The Book of Record Malaysia, baik tak payah. [BACA: Aktiviti untuk dapat title DATUK] (ketawa) FJ: Diskusi ilmiah tentang penulisan blog, tujuan, kesedaran tentang hak cipta penulisan di internet dan sebagainya. Cadangan saja bukan? Saya cadangkan untuk Geng Jurnal anjurkan lawatan ke luar negara, mungkin ke tempat penulis-penulis Jurnal yang berada di negara orang, seperti Muring di Vienna atau yang paling dekat sedikit Rafthah di Singapura. Boleh juga berseronok sambil melancong. Macam mustahil saja bukan? Hahaha. MJ: Satu saja? Saya boleh cadangkan empat. Mendaki Gunung Everest, berlayar solo keliling dunia, berenang Selat Inggeris dan membuat keropok lekor terpanjang. 8. Apakah harapan saudara akan majlis AWET dan Perhimpunan Geng Jurnal 2004? RD: Untuk AWET kalau boleh kategori anugerah biarlah tetap setiap tahun dan tidak terlalu banyak. Nanti bila dah banyak jadilah macam kes penganugerahan Datuk. Tak mahulah jadi satu humor yang pernah saya baca. Kalau dibaling batu di khalayak ramai, paling tidak dua tiga orang Datuk boleh kena juga.Wah! Silap-silap juri boleh kena beli! Lelong-lelong anugerah AWET untuk dijual! (Ahahahaha!) Untuk Perhimpunan GJ 2004, harapnya berjalan dengan lancar dan penuh ukhwah. Saya percaya Wak Din selaku Kepala bagi projek terbesar ini akan berjaya melaksanakannya. Bekerja secara jemaah lebih baik dari bekerja sendiri-sendiri. Renung-renung pengalaman lalu. FJ: Sudah tentu mengharapkan agar ianya akan lebih baik dan bagus dari yang sebelumnya. Saya menjangkakan ramai penulis dan pembaca akan turut serta. Maka, saya cadangkan kalau di tempat berkenaan disediakan satu ruangan pameran untuk setiap mereka meletakkan frontpage weblog mereka dan beberapa screen capture weblog untuk tatapan. Nampak sedikit kemeriahan. Sekurang-kurangnya ianya memberi gambaran awal bagi mereka yang baru atau tidak pernah berkunjung ke weblog mereka. Ataupun, minta setiap penulis blog memberi helaian brosur tentang weblog mereka. MJ: Pertama, AWET. Banyakkan kategori anugerah yang dipertandingkan. Saya cadangkan: 1) Kategori "Weblog Cap Ibu & Anak Terbaik" untuk blog keibubapaan seperti Kak Pnut, Mak Andeh, dan Kak Zar. (Ubat batuk Cap Ibu & Anak tentu berminat menaja kategori ini.) 2) Kategori "Weblog Seni/Hiburan Terbaik" untuk blog yang review filem/album/teater/reality-tv seperti Sultanmuzaffar, Spiral (Skrin), Fadz (Tonton Filem). 3) Kategori "Weblog Sosio-politik Terbaik" untuk blogger seperti Pakdi dan lain-lain. 4) Kategori "Best-kept-secret Weblog" (tiru Bloggies) untuk blog yang content-nya bagus tapi kurang popular (dari segi jumlah hits, jumlah comments dan jumlah blog yang link-kannya) untuk blogger seperti Encik Khairul, D'arkampo dan Nazmi (bukunota). Kedua, Perhimpunan (Gathering). Berdasarkan rekod, gathering semakin tahun semakin grand. Saya percaya gathering tahun ini akan lebih grand daripada tahun sudah. Itu harapan semua orang saya rasa. 9. Dimanakah letaknya kepuasan menulis weblog? RD: Macam Kak Max pernah kata, kita bebas menulis. Censorship semuanya di tangan kita pemilik dan penulis blog. Tapi sekarang macam sukar pula. Lihat sahaja apa yang terjadi dengan kes melibatkan seorang penyanyi terkenal. Komen sikit kena Report Polis. Kemudian kena saman. Lama-lama nanti, media tanpa sempadan ini akan terpasung jua dengan undang-undang. Kalau setakat dijentik dengan kritikan takkan tak boleh? Lainlah kalau ia fitnah. Mat Jan mungkin boleh beri ulasan sedikit perihal Undang-undang Siber Malaysia. Silap-silap jawapan saya inipun boleh kena! Ha!ha! FJ:Apabila ada orang yang menghargai penulisan kita. Dan yang lebih menyeronokkan pembaca memberi maklumbalas menerusi buku tamu atau terus melalui e-mel. Tapi, yang menariknya ialah melalui weblog ini kita bertemu dengan kawan yang lama terputus hubungan. MJ: Tak ada deadline: Kita boleh tulis bila-bila masa kita suka. Self-censorship: Kita berhak tentukan apa yang kita nak tulis dan apa yang kita tak nak. Tak ada editor nak sunting itu ini atau arah itu ini. Komen pembaca: Kalau menulis weblog itu sexual intercourse, maka inilah orgasm-nya. Kepuasan maksimum melihat komen pembaca, baik positif mahupun negatif. Kita dapat berkongsi idea dan bertukar fikiran dengan orang lain. 10. Calonkan 3 url weblog untuk dipertimbangkan dalam Anugerah Weblog Terbaik 2004. Jawapan untuk soalan ini tidak diterbitkan oleh Tok Rimau atas sebab-sebab tertentu.
last modified Nov 2, 2004 at 0:35
[ Gigit Tok Rimau ]
Kita tunggu mie buat borang pencalonan,. Semua orang boleh calonkan pemenang dan juri akan buat keputusan setelah pertimbangan dibuat.
126880 | posted by anon:Tok Rimau on November 3, 2004 at 16:19
amal
kalau aktiviti amal kat old folk home n anak yatim tu irja nak join la.. irja ada pengalaman jd volunteer kat rumah anak2 istimewa 2 tahun..
126865 | posted by anon:irja on November 3, 2004 at 14:51
sape plak yang lebih berhak utk mencalonkan peserta?
126835 | posted by anon:zz on November 3, 2004 at 12:35
yang disensor tu lebih menarik nampaknya..
apapon.. cadangan cadangan mereka untuk gath.. mungkin kita boleh masukka..
126740 | posted by anon:hangbuah on November 2, 2004 at 17:50
|