Pukul Berapa Tok Harimau?

| Gangguan Teksual Zine | Panggung Cakarama | Tok Rimau's E-Book | Jali's Fotopages | Jali's Flikr Photos | WakPamIT |

Ucapan

 
 
30 minit dihabiskan memberi motivasi tentang kepentingan pelajaran dalam acara Anugerah Cemerlang Sekolah Kebangsaan. Berapi-api VIP bagi ucapan. Aku rasa VIP ini ketinggalan zaman dalam hujahnya. 
 
Ketika dia berucap, aku membidas hujah-hujahnya dalam kepala aku. Kenapa dia memberi contoh tauke kaya sebagai potret kejayaan? Entah-entah tauke itu tak habis sekolah pun. Kejayaan itu sepatut lebih dari duit dan material. Kenapa dia perlu bakar semangat Melayu dan menghina kedaifan Melayu? Tidak sesuai berkata tentang perjuangan Melayu dalam persekitaran khalayak yang majmuk. Ini zaman meritokrasi. Ini bukan mesyuarat UMNO.  
 
Sepatutnya tesis ucapan utama ini ditumpukan kepada mengucapkan syabas kepada ibubapa. Khalayak dalam majlis ini adalah ibubapa yang memberi sokongan kepada anak-anak mereka yang akan ke pentas untuk mengutip hadiah kecemerlangan akademik di akhir tahun. Tidak perlu motivasi. Ada hadiah posisi terbaik dalam kelas. Hadiah Top Ten keseluruhan. Hadiah terbaik untuk setiap subjek. Hadiah pencapaian drastik. Hadiah-hadiah diberi kepada murid-murid prasekolah hinggalah darjah enam. 
 
Tahniah kepada sang ibubapa yang mengorban TV demi mendorong pencapaian cemerlang untuk anak mereka. Bila keputusan keluar, ibu Sarahmon lebih risau berbanding Sarahmon sendiri. Apa tidaknya, aku tengok dia tekun membuat nota tapi Sarahmon terkulai tidur atas buku (Sarah demam ketika minggu exam). Syabas. 
 
 
 
LAWATAN SAMBIL BELAJAR 
 
Saat itu resah terjadi  
Aku tiba-tiba seakan ingin memanggil namamu  
Tatkala itu aku merasa himbauan  
Sesuatu yang dalam  
Senda apakah yang ingin kau beri  
Duka apakah yang paling abadi  
Dari sepi yang berabad ku ini  
----------------------Pyan Habib  

last modified Nov 4, 2004 at 19:28


[ Gigit Tok Rimau ]

ada dua tiga orang menyamar `pyanhabib'. ada buat blog berkenalan guna nama `pyanhabib'. ada blog dari seremban (?) konon pyanhabib jatuh dalam jerumun babi.

158873 | posted by anon:mang tikuh on April 1, 2007 at 3:43

ini bukan pyanhabib!

158872 | posted by anon:mang tikuh on April 1, 2007 at 3:36

saya ingin bertumpang tanya..adakah ini pyanhabib atau....?

158818 | posted by anon:jorji on March 28, 2007 at 14:53

tahniah buat sarahmon

127639 | posted by anon:amyz on November 9, 2004 at 14:15

Hahahha..betul tu kadang2 memang ibunda lebih stress daripada anak2nya saat si anak exam

127544 | posted by anon:Bunda Shafiya on November 8, 2004 at 20:38