|
Tidak Puasa
Puasa di bulan Ramadhan adalah salah satu rukun Islam. Ramai betul orang Melayu tidak puasa. Atas lori. Dalam kereta. Depan rumah. Di hutan lipur. Belakang tandas PLUS. Selamba sahaja mereka makan. Selamba sahaja mereka minum. Selamba sahaja mereka hisap rokok. Tidak malu pun dengan aku. Mungkin mereka tidak diwajibkan puasa. Aku sangka baik je lah. Bukan semua orang Melayu tu Islam. LAWATAN SAMBIL BELAJAR Saluran Video Anda Untuk $59 Setahun. Mahal tu. Siapa nak kongsi dengan aku?
last modified Nov 10, 2004 at 1:46
[ Gigit Tok Rimau ]
Terimakasih ada teguran. Memang saya ada memikirkan tentang isu itu sebelum gambar itu di post. Biarlah saya sahaja yang menyimpan justifikasi keputusan saya. Terimakasih atas teguran.
128571 | posted by anon:Tok Rimau on November 20, 2004 at 10:56
Bila baca komen Mr. Habib Pyan, teringat plak saya pasal Kelantan. Kalu kat Kelantan, sebarang poster wanita di tempat awam yg tak pakai tudung, area rambut tuh sama ada akan ditampal kertas atau dicat dengan corak bertudung... Apa kata Tok amik iktibar Kelantan & photoshopkan gambar org rumah Tok tuh in case kalu Tok nak consider kata-kata Encik Habib.. hhehe... Jangan marre Tok..
128305 | posted by anon:Al-Kalantani on November 17, 2004 at 21:54
Tok.... Saya tengok orang rumah Tok dah pakai tudung sekarang. Tak elok lah kalau gambar dia semasa belum bertudung ditayangkan seantero dunia. Suami kena jaga maruah isteri. Gambar sebelum bertudung tu mencemar maruah dan membuka malu dia. Since isteri dah berubah ke arah kebaikan, maruah beliau wajar dijaga dan dihormati.
Jangan marah Tok. Saya sayang Tok dan keluarga. Sebab tu saya tulis benda ni.
0)
128246 | posted by anon:habib pyan on November 17, 2004 at 0:50
Ooo... gitu rupanya.. no wonder laa my Japanese managing director bagitau yang kawan expat. dia kat KL (jugak org. Jepun) told him that 50% drpd yg dia tgk rupa "melayu" (read: Islam) tak posa, dan makan di khalayak ramai, even kaum lelaki.. Entah laa, mungkin bukan Islam dr satu rumpun? Or memang tepat pemerhatian dia?At least, itu dr observation org Jepun, however tak mahu buruk sangka tetapi aku tersengih meleret bila dia kata pulak, apsal Kota Bharu takde disco & pub walhal kat KL, dia tgk anak2 muda melayu yg ramai pergi... Wallahu a'laam..
128069 | posted by anon:raykinzoku on November 14, 2004 at 8:06
masa dalam flight minggu lepas masa pramugari hidangkan makanan.. alamak syahdunya bau. perut berbunyik-bunyi, dari tidur sampai terjaga. tengok orang sebelah kulit kuning-hitam sebijik macam melayu. beliau makan dengan selambanya. dalam hati mengutuk bukan main.. sempat berbisik dengan isteri disebelah. semasa kami turun di destinasi beliau tidak turun kerana destinasi seterusnya - filipina. aku lupa. kita di nusantara. kulit, wajah, rambut suara hampir sama... tapi agama lain-lain.
127838 | posted by anon:Op on November 10, 2004 at 19:51
memang patut la yang duduk belakang tandas plus tu tak puasa, barangkali mereka mengambil rukhsah puasa, musafir la katakan
127833 | posted by anon:adib on November 10, 2004 at 17:52
|