Pukul Berapa Tok Harimau?

| Gangguan Teksual Zine | Panggung Cakarama | Tok Rimau's E-Book | Jali's Fotopages | Jali's Flikr Photos | WakPamIT |

Pukul Berapa Datuk Harimau?

Jam Melayu lambat 30 minit. Aku sering menjadi mangsa kerana menepati waktu. Aku kena tunggu. Jam menteri pula lambat 60 minit. Orang kampung sempat tumbuh uban menunggu menteri merasmikan balairaya.  
 
Orang yang menepati waktu cuma tentera. Jam tentera kata pukul 13.00 hrs maka itulah waktunya. Lambat, kena denda. 
 
Aku pakai jam baru. Pukul siap.  
 
Pukul berapa kita bertolak?  
Pukul siap. 
 
Pukul berapa kita makan? 
Pukul siap. 
 
Pukul berapa nak mula? 
Pukul siap. 
 
Apabila kita sudah bersiap, kita akan bertindak untuk proses seterusnya. Tidak perlu waktu untuk menentukan nasib hidup kita. Biar waktu yang ikut kita. 
 
Aku belajar ilmu ini dari Che Pipah. Dia malas update blog. Dia akan update pada pukul siap  
 
LAWATAN SAMBIL BALAJAR 
Mungkinkah New York Times senasib dengan Utusan Melayu?

last modified Nov 25, 2004 at 18:42


[ Gigit Tok Rimau ]

Kalau ke pejabat, aku pakai jam tangan berjenama 25 HOURS buatan USA. Adik ipar yang hadiahkan.

Kalau pergi memanjat gunung, aku pakai jam tangan berjenama SWISS ARMY buatan SWISS.

Aa? Aa tak pakai jam.

129293 | posted by anon:NAGA on November 26, 2004 at 21:46