|
SELUAR DALAM DARI LANGIT
Ketika saya dan rakan-rakan bermain bola keranjang sepasang seluar dalam terbang dan jatuh atas gelanggang. Saya cepat-cepat bertanya, "Seluar dalam siapakah ini?" Tiada siapa yang mengaku. Seluar dalam itu dibuang ke tepi gelanggang dan permainan diteruskan walaupun ada misteri nusantara menyelubungi. Jangan percaya pada tahyul seperti pakaian terbang kerana penjelasan saintifik boleh dibuktikan. Jangan biarkan diri anda diselubungi misteri. Pada hari itu, saya menarik nafas lega kerana saya tidak menulis nama saya pada seluar dalam. Jika tidak, pasti rahsia empunya seluar dalam terbongkar. Kejadian ini berlaku kerana saya belum beli bakul dobi dan paku menyangkut pakaian amat kurang di rumah saya. Hanya seluar diberi keutamaan untuk disangkut pada paku belakang pintu. Oleh itu, saya menjimatkan ruang dengan meletakkan seluar dalam dalam poket seluar yang tersangkut. Pada hari kejadian saya pulang kerja dalam keadaan terburu-buru hendak bermain bola keranjang. Saya capai seluar sukan yang tersangkut belakang pintu tanpa menyedari ada seluar dalam dalam poketnya. Pada hari tersebut, saya pergi gelanggang dengan dua seluar dalam. Satu yang dipakai dan satu dalam poket seluar. Ketika meloncat-loncat hendak berebut bola, seluar dalam terbang keluar dari dalam poket. Nasib baik semua orang menumpukan pada bola dan tidak menyedari asal usul seluar terbang ajaib itu sehingga ianya jatuh ke lantai gelanggang. Saya amat malu pada diri saya sendiri kerana begitu cuai. Lain kali saya akan pastikan seluar dalam yang diletakkan dalam poket disepit dengan penyepit. ........... Catatan di atas merupakan pertaruhan aku untuk Lumba Catatan. Mungkin dapat RM20 jika menang. Sudahkah Catatan Anda Berlumba?
last modified Feb 21, 2005 at 21:40
[ Gigit Tok Rimau ]
aduii sakit perut kawe dok gelak,rasa nak pecah perut...kelakar gilerrrr....
137650 | posted by anon:chendana on February 24, 2005 at 14:26
serluar kecik biru vs seluar terbang
Tok, lain cerita plak dengan kawan aku.. aku rasa aku yer lagik misterikh ahakksss.. lain plak peel kwn aku dia suka bukak seluar (tak kira jean or tracsuit yg dipakai) sekali dengan spender.. so wat u xspect sepender tu pon bergulung ler. ada satu hari kitorang pi beli brg dapur and budak nie pakai balik jeans dia dgn tak perasan sepender yg bergulung dah duduk kat ujung kaki seluar (cantekkk punya duduk).. nasib baik 2 jam 1/2 shopping tu "adik kecik" tu tak tercicir. Alhamdulillah dia tercicir waktu dlm kereta..kalo tercicir waktu shopping aku rasa kwn aku tu dah lari duduk dlm gua malu nyer pasal.... itupun tuan punya kata "nie saper punyer sepender dlm keter ko nie.. ko buat projek ek.." cissss.. mula2 kitorang pelik and ngeri dengan penemuan sepender tu selepas adegan terbang menerbang (masing2 tanak ngaku) aku sudah tentu sebb aku tak pakai sepender jantan. tiber2 dia tanya balik "bak sini seluar tu"... tiba2 dia jerit "wehhhh ini seluar dalam aku" (sbb ada tanda rite). kitornag pon apa lagik gelak giler2 gaban.. lesson utk dia and para2 lelaki sekalian.. JGN BUKAK SELUAR ANDA TOGETHER SELUAR DaLaM walaupun cantik bergulung :P
137604 | posted by anon:Ayda on February 23, 2005 at 17:40
tok.. seluar dalam jatuh tue satu hal.. bila kemasanya tok masukkan seluar dalam tue dalam seluar tok? adakah kerana disebabkan malas memakainya semula selepas beristinjak minggu lepas? ekekeke..
137583 | posted by anon:pak bear on February 23, 2005 at 13:48
nak tumpang enterprem sekejap..
err tok kutip balik tak seluar yang terbang tu bila tak de orang nampak atau terus jadi sampah2 terbiar tak berkutip?
137579 | posted by anon:melor on February 23, 2005 at 13:39
Emi, Kalau kutip, tau la orang siapa punya seluar dalam.
Op, nasib baik la Tok tak bersin dan ambil "saputangan" dari dalam pokek utk lap hidung.
Lapan, jenis SD yang terbang adalah SD Bersayap.
Nett, ini cerita zaman bujang . Seluar baru ganti tu dah jadi seluar lama dah sekarang ni.
137577 | posted by anon:Tok Kata on February 23, 2005 at 13:18
mmm...tok x kutip ke seluar tuh? (tengah tahan gelak)
137564 | posted by anon:lady_emi on February 23, 2005 at 10:09
kalau berjumpa dgn tok, tengok2la poket seluar dia. mana tau ada penyepit.
137547 | posted by anon:Op on February 22, 2005 at 23:23
apa yg bole ku katakan... cuma coriuos, what type of seluar dalam kah yg terbang itu... G-string? Bikini? ha? ha? ha?
137531 | posted by anon:LaPan on February 22, 2005 at 14:43
muekekekekeh...dah beli seluar dalam baru? menggantikan yang terbang tu?
137526 | posted by anon:nett on February 22, 2005 at 13:59
|