Pukul Berapa Tok Harimau?

| Gangguan Teksual Zine | Panggung Cakarama | Tok Rimau's E-Book | Jali's Fotopages | Jali's Flikr Photos | WakPamIT |

yeop@perak.com

Memberi alamat e-mel untuk setiap rakyat adalah satu pembaziran paling besar yang pernah dirancang. Alamat e-mel boleh didapati secara percuma bersama khidmat bermutu tinggi dari syarikat seperti Hotmail dan Yahoo.  
 
Tidak keterlaluan jika aku katakan perbelanjaan berjuta ringgit hanya untuk memberi sesuatu yang percuma adalah sama seperti usaha memberi angin dalam botol sedangkan angin itu boleh didapati dengan percuma. Buang masa sahaja menyediakan botol. 
 
Pun begitu, menurut akhbar, kerajaan negeri Perak akan beri setiap bayi yang lahir satu alamat e-mel. 
 
 
IPOH: Setiap bayi yang lahir dan didaftarkan di Perak akan diberikan alamat e-mel sepanjang hayat, yang membolehkan mereka menggunakan kemudahan itu untuk pelbagai urusan termasuk akses kepada peluang pekerjaan apabila dewasa. 
 
Pemberian e-mel sepanjang hayat, yang dipercayai pertama di negara ini, akan dilakukan melalui projek ‘Email4All' iaitu satu daripada 25 projek yang digariskan melalui Pelan Tindakan Strategik Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) Perak (K-Perak 2010), sejajar hasrat negeri itu memasuki era negeri berasaskan pengetahuan (K-State) pada 2010.
(Rujuk The Star dan Berita Harian 1 Jun 2005) 
 
Aku rasa sangsi akan Pelan ICT Perak ini. Adakah ia menghala ke tempat yang betul? Adakah mereka ini punya nujum Pak Belalang sebagai peramal teknologi? 
 
Aku dapat bayangkan seorang Yeop suatu masa nanti menulis alamat e-melnya pada borang permohonan rumah murah di pejabat kerajaan sedangkan Yeop ini tidak mampu mengakses pada Internet.  
 
Aku juga dapat bayangkan seorang Yeop lain ketawa terbahak-bahak membawa cek ke bank kerana kerajaan memberi dia tender "membotolkan angin dalam botol plastik 1 liter."

last modified Jun 1, 2005 at 2:23


[ Gigit Tok Rimau ]

Nak bagi duit kat member pon jgnlah bagi nampak bodoh... baik punya projection income. Bangang tul idea.. (sori tuk.. itulah kali pertama saya guna perkataan tu kerana terpengaruh dengan org yg kutuk Mawi).

143442 | posted by anon:engku on June 13, 2005 at 14:03

email anak perak..

huhuhu... sy baru dpt baby yg dilahirkan di perak.. tp xdpt pon email. nie bile kuatkuasa nie? agak kelakar pon sebenarnyer... kite sama2 tunggu la eh..

143310 | posted by anon:mya on June 9, 2005 at 15:13

lebih baik perabih duit sedia kemudahan & buat kelas ajar bebudak gune internet dari perabih duit bagi email kat baby.

ade email tapi tak gune nak buat ape?

142975 | posted by anon:samurai on June 2, 2005 at 14:09

Idea yg sgt2 BODOH, dan kasihan kpd rakyat Perak yg bersusah payah mengundi the powers that be, only to get this stupid suggestion. Camne kalau rumah baby takde letrik, apatah lagi PC? Nak check mail kat mana? Dapur kayu? Celah perigi? *geleng kepala 10x*
Banyak lagi keperluan asas yg perlu, my dears...

142971 | posted by anon:mamaikmal on June 2, 2005 at 13:19

baby dapat email. emak baby dapat domain. bapak baby dapat hosting free 800GB hahahahhaha...

bayangkan kalau jantan poligami, nak ingat nama anak bini lagi, nak ingat id lagi.

barulah k-keluarga, k-state.

k stand for kecoh huhuhu..

142968 | posted by anon:basri on June 2, 2005 at 11:53

by the time baby tu pandai bukak email.. sure juta2 Mb spam mail dalam inbox yeop@menarasengettelokintan.net

142964 | posted by anon:daun on June 2, 2005 at 10:57

Cadangan negeri Perak ini hanya boleh disambut dengan satu seruan yang kukuh dan bersatu-hati dari semua rakyat Perak - seruannya - 'BODOH!'

Ada yang akan kata, bumiputera mana pulak nak dikayakan oleh projek ini.....

142956 | posted by anon:Ayah on June 2, 2005 at 8:28

tunggu bila orang besar lama bertukar orang besar baru nanti. seringnya orang besar baru tidak menyambung usaha orang besar lama.

142955 | posted by anon:Op on June 2, 2005 at 8:11

dorang nak bagi pasword mcm mana erk?bayi lagi..ke pasword di fowardkan kpd emak yg melahirkannya?

Kesian kat emak..kena gi cc nak check pasword anaknya..manala tahu,email anak dia dsalahguna..

142939 | posted by anon:yaabbna on June 2, 2005 at 0:30

ada ker bagi email kat baby...macam la dia dah tahu baca.
bagi la masa budak tu buat kad pengenalan ker ..
atau masa ganti kad pengenalan kali ke2 umur 18 tahun..
logic skit...

eh..sekarang kad pengenalan buat 2x lagi ker haaa??

142928 | posted by anon:gtb@Niza on June 1, 2005 at 20:50

ada ker bagi email kat baby...macam la dia dah tahu baca.
bagi la masa budak tu buat kad pengenalan ker ..
atau masa ganti kad pengenalan kali ke2 umur 18 tahun..
logic skit...

eh..sekarang kad pengenalan buat 2x lagi ker haaa??

142927 | posted by anon:gtb@Niza on June 1, 2005 at 20:48

Tadi. Ketika menghubungi emak Miyuki. Yang punya magis pelbagai. Aku tanyakan pendapat. Dia:

"Ano... ini pendapat mama ya. Bahaya! Boleh mencetuskan epidemik. Kepada negeri-negeri jiran. Bayangkan, nanti, email kau jadi:
muhammadsinaganaga@melakabandarayabersejarah.com.my"

Ha ha.

142924 | posted by anon:sinaganaga on June 1, 2005 at 20:21

mcm klaka je bg email kt baby

142916 | posted by anon:Faizah on June 1, 2005 at 18:20