Pukul Berapa Tok Harimau?

| Gangguan Teksual Zine | Panggung Cakarama | Tok Rimau's E-Book | Jali's Fotopages | Jali's Flikr Photos | WakPamIT |

DI MANA DIA IBU KAMBING SAYA?

 
 
Sekarang aku dah dapat mesin masa, boleh aku mengembara lagi. 
 
.................... 
 
Aku sampai tepat pada masanya. Pengkalan Chepa, Kelantan. Aku menyapa diri aku yang berusia 10 tahun. Seluar pendek. Comot. Berhingus. 
 
"Pakcik nak nasihatkan engkau agar tidak mengganggu kambing biri-biri orang." 
 
"Kambing ini masuk kawasan rumah saya. Suka hati sayalah." 
 
Dalam buku ilmu alam, biri-biri merino Australia gebu bulunya. Biri-biri Kelantan ini kotor dan bulunya dreadlock. Mereka anak beranak cari makan sambil bernyanyi, "I shot the sheriff but I didn't shoot no deputy." Berderet-deret kambing biri lalu depan rumah aku.  
 
Mereka bertali tapi tidak diikat di mana-mana. Diseretnya tali ke mana-mana mereka pergi. Mungkin tuan mereka guna tali sebagai penanda sahaja.  
 
"Yang tali hijau ini, kambing biri-biri aku." 
 
Entah apa motif aku tidaklah aku tahu. Mungkin aku mahu jadi jagoan penunggang biri-biri. Mungkin kerana bulunya hodoh. 
 
Aku capai tali seekor ibu biri-biri lantas aku belitkan tali itu ke lengan. Biri-biri yang beratnya setanding dengan aku mula meronta-ronta rimas. Tidak semudah itu engkau mahu lari dari aku. Aku belitkan pula tali dipangkal peha dan aku pasak kaki ku ke bumi bertuah. 
 
Pasak aku kuat. Ibu biri-biri pun kuat juga. Yang tidak kuat adalah kulit aku. Dengan segala kederat yang ada ia meronta dan meloloskan diri jauh dari aku. Zassss! Melelas kulit aku bergesel dengan tali nylon hijau. Satu jengkal pedih luka ku. Nampak isi keputih-putihan sebelum titik-titik darah timbul. 
 
Biri-biri menang. Aku kalah. Gerombolan biri-biri pergi sambil bernyanyi,  
 
"...but I swear it was in self defense." 
 
Aku ditinggalkan menangisi luka permintaan badan. 
 
Aku dan mesin masa masa tidak boleh mengubah takdir. 
 
....................... 
 
Pertama kali melihatnya, awek cun yang mengorat aku bertanya, "Parut apa ni kat peha abang?" 
 
"Masa muda-muda dulu abang gaduh dengan samseng. Parut inilah buktinya. Macho tak?" Aku. 
 
Kalian pun berfantasi yang macam-macam.

last modified Nov 29, 2005 at 23:31


[ Gigit Tok Rimau ]

Tok, bersaksilah, bahawa bebiri itu masih banyak berpeleseran di bumi Pengkalan Chepa. Si pengembala memang ada, cuma ilmu ghaibnya cukup hebat, tiada ternampak susuk tubuhnya oleh mortal seperti kita.

150741 | posted by anon:Ayoh Ray on December 3, 2005 at 10:54

nak bayangkan tok bertarung dengan si biri-biri pakai topi koboi.

150658 | posted by anon:pakbear on December 1, 2005 at 11:01

tu ah.tu ah.

aku bayangkan kambing tu bulu dreadlock.

150653 | posted by anon:ayobkelubi on December 1, 2005 at 10:13

Patutlah hari tu mandi laut dia pakai seluar slack! hehe.

150651 | posted by anon:Op on December 1, 2005 at 9:48

Aaaaaa... Boleh aku tengok parut di peha tu nanti? Ermmmm...

150650 | posted by anon:naga on December 1, 2005 at 9:08

150638 | posted by anon:aj on December 1, 2005 at 4:46