|
PUKUL BERAPA TOK HARIMAU

last modified Nov 14, 2005 at 1:28
Out of Control- Film Synopsis
If you expect the normal melodaramatic love theme in this film, you'll be dissappointed. OUC (Out of Control) is a dark psychological thriller. It starts with a violent scene. A parang panjang weilding man, Kassim, running amok killing a score of Chinese men. The man seems bulletproof and the cops are helpless until he falls into Klang River and nearly drown. The man is sent to court and later he spends his time in an Asylum for the Criminally Insane run by Dr. Moflis. There, Kassim mixes with other mental patients and receives series of unorthodox state of the art treatment.
Plot twist 1:The plot later reveals that Kassim had earlier discovered that the formula to cross to the world of mind over matter i.e. through treating the mind with a specific pattern of sounds which can be produced by Javanese Kuda Kepang and Barongan percussion instruments. On the day he was caught, he was just defending a Kopitiam Shopkeeper against Kongsi Gelap members. He was doing fine till a police came.
Plot twist 2: The secret of mind over matter is not a secret to Dr. Moflis. In fact, he has been using state of the art sound generating technology to control people's mind. The asylum acts as a center for propaganda and brainwashing funded by powerful politicians. The patients are subjects for experiments done by Dr. Moflis. Kassim and other patients are then brainwashed to assasinate Dr. Rahmah, who's an activist fighting for free medical treatment for the people, at a dinner function. Kassim knows the act is wrong but he and his fellow inmates are helpless against the mind bending sound pattern. His movements are beyond his control.
Ending. Plot twist 2: As the mental patients charge toward Dr. Rahmah, the mind control sound on kassim is overode by Gamelan Performance Sound at the the dinner function. Now, Kassim turns defender and fights the other berserkers.
If you ask me, it's a marriage between unbreakable, zoolander, k-pax and kluang man. What makes this film intelligent is it seriously deals with Shizophrenic accurately. This is one seriously dark film that plays your mind like a puppet.
Wanna watch the film? Wait till somebody bought the story from me
TOLL-GATE GIRL The Kulai toll gate girl told me this morning that starting from Jan 1 (Today), I have to pay her RM2 and not RM1.80 as usual. (Org kat TV kata, ini tidak membebankan rakyat) I wish PAS would win in Kulai and demolish this toll complex! I paid her and throw the receipt out of the window. Let PLUS uses the extra 20 cents to clean the litter I made!
Tue.1.1.2002.|7305 | posted by harimauj at 9:18 |
2 Gigitan
|
GB RESPONSES
Banchee, azam baru saya adalah membuat persediaan untuk PhD. Apasal engkau tidak datang rumah Tok? Rafthah, esok masih ada. Everyday is hari raya. Ultrojo, seperti yg dikatakan "Sementara Stok Masih Ada". Sebelum kau tiba, aku ada roti jala, roti canai, roti nan, roti perancis dan roti kering. Tapi, bila kau sampai ajer, aku sorok roti-roti tu dalam bilik kerana takut habis. Kaezrin, semoga hujung tahun ni engkau dapat bonus. Puji-pujian aje tak mengenyangkan. Lan, aku aminkan doa kau. Fajar, pungguk ini juga merindui bulan dengan latar belakang hijau. RayMizi, baliklah JB. Jengok-jengok la Atok kau ni. Celcom, sori la. Aku pakai 012 sebab boleh kontact Singapore. Aku dengar kau ada masalah hutang korporat. Rudy, aku tengah menulis table of contents buat masa ni. Easy, teruskan perjuangan.
RIMAU SIGHTINGS "Tok Rimau hanya mengenakan celana pendeknye dan isterinya pula hanya berkemban sahaja" Ultrojo berimiginasi.
Mon.31.12.2001.|7254 | posted by harimauj at 17:36 |
1 Gigitan
|
TERIMAKASIH-OPEN HOUSE
Terimakasih kepada isteri tersayang kerana sudi bertungkus lumus menyiapkan juadah untuk mengisi perut tetamu yang hadir dari pukul 2.00 p.m. hingga 11.00 p.m. Walaupun tiada air, isteriku berusaha gigih memasak dan mengemas. You are a Superwoman.
Terimakasih kerana Sarahmon dan Sabrinamon kerana lari ikut nenek. Al maklumlah, air tiada. Camana korang nak mandi?
Terimakasih kepada G kerana sudi menjadi Bibi/Maid aku selama 7 jam untuk merealisasikan wawasan semoga semua rakyat dan musafir dalam rumah aku kekenyangan. BTW, Selamat Pengantin Baru. Pang Kelepang kelepang kelepung kelepung pang kompang.
Terimakasih kepada semua tamu, jiran, keluarga dan sahabat yg sudi datang dari Johor Corp dan UTM dan lain-lain. DAN ISTIMEWA, Ultrojo dan Fajar, walaupun korang datang dipenghujung malam, aku dan isteri tetap berbangga. Korang menjadi pelengkap kepada malam gembira itu.
|7216 | posted by harimauj at 8:48 |
2 Gigitan
|
OPEN HOUSE
Dengan segala hormatnya menjemput semua pembaca dan penulis jurnal untuk hadir ke rumah saya meraikan Aidilfitri. Tempat: No. XX J.XXXXX XX. Tmn. XXX, XXXX (Tel: XXX-XXXXXX) Masa: 8 pm, 29 Disember 2001 Menu: Lontong, Rendang, Kijang Bakar, Roti Berkrim, dll. (Sementara Stok Masih Ada) Pakaian: Tradisional atau Moden (Sebahagian data di atas telah disembunyikan selepas tarikh luput. Dikhuatiri Kapal Pengebom US dapat kesan rumah aku )
Sat.29.12.2001.|7119 | posted by harimauj at 7:42 |
3 Gigitan
|
Peluang Belajar Renang Berirama
 Malam pertama rombongan marhaban buat tour dari rumah ke rumah kurang mendapat sambutan dari qariah Tmn Damai, Senai kerana hujan turun dgn lebat. Baju aku pun basah. Aku pun dingin dan tiada mood nak bagi ucapan raya sebagai wakil rombongan. Tapi bila jurucakap meluru keluar rumah kerana kejar anak dia yg main hujan kat luar, aku terpaksa bagi ucapan juga. Banyak makanan yg berbaki. Kesian makanan tu. Malam ni, kami akan lawat 6 rumah lagi termasuk rumah aku sendiri. Menunya adalah nasi lemak berendang. Tugas aku adalah menyediakan rendang. Jika rasa mahu rasa apa itu marhaban, sila datang rumah aku lepas maghrib. Kalau sesat call, 012-7652115.
Hujan berterusan hingga ke pagi. Kg. Baru Senai banjir. Begitu juga kampung setinggan sepanjang rail keretapi. Pekan Senai dipenuhi kereta yg mengelak banjir. Air paras kepala lutut jer tapi jam sampai 3 km. Kat kulai, ikan terlepas dari pusat memancing. Di kg Paya Kenangan Kangkar Tebrau air naik sampai paras kepala tengkorak. Kesian diorang terpaksa berpindah. Aku datang keje lambat sebab jalan jam tapi aku tak mengeluh sebab ada org lagi teruk nasibnya. Sementara meredah jam, aku bernyanyi dgn Sarahmon (5 thn). Tentu kereta sebelah hairan tengok aku berjoget dgn Sarahmon dalam kereta bila dengar lagu Dendang Mari Berdendang Siti Nurhaliza.
Rimau Sightings: "psstt .psstt Tok Rimau kena jam kat senai. dia sms. ucapan utk tok timau.... Padan muka aku!" Ultojo melapor dari pusat kawalan banjir.
"OMBak Jahat..Ombak Jahat..Ambiklah Atok aku…", doa Banchee kat tepi laut.
"Aku tau kawasan tu dah dekat ngan rumah Tok Ghimau. Tapi hari dah malam." , jiGOM membuat mengakuan bersumpah.
Komen GB: 1. Max, kalau anda masuk hutan dan menyebut "harimau," tentulah anda dikatakan celupar kerana dikhuatiri harimau tu kan datang. Sama dalam hala ini, tok Rimau datang apabila namanya disebut dalam mana-mana jernel. Kata org Melayu, baru sebut dah datang tu, panjang umur. Kata omputeh, "Speak of the devil.." 2. Fajar, nasib baik tmn u tak banjir. Sebenarnya tmn i pun tak banjir, cuma kawasan sekitar ajer yg banjir.
Fri.28.12.2001.|7069 | posted by harimauj at 14:41 |
1 Gigitan
|
Azam Baru
Azam baru aku adalah menjawab komen GB dlm jernel dan bukan dalam GB. Ada perbezaan? Ada! Sebab komen dlm GB selalunya tersorok dalam lipatan arkib. Okay, ini cubaan pertama: 1. Easy, 010010011100011110011 [Aku cuba hafal alamat ko dlm kod binary] 2. Nadhra, terimakasih daun keladi. 3. Kaez, I managed to attend my class but i failed to attend my big meeting. Gambaq baju hijau sedang dicuci. Baju hijau pun sedang dicuci. 4. Dona, kau akan terus mendengar nama ini dan terngiang-ngiang dlm lena mu. 5. Raymizi, bagi no henpon. Aku pastikan nama ko dijemput untuk sesi mengisi perut yg akan datang. 6. Iza, sempena musim banjir ni, bolehlah anda belatih ilmu renang berirama.
|7064 | posted by harimauj at 12:44 |
0 Gigitan
|
ULROJO Vs RAKSASA RIMAU & jiGONDRONG
3 hari sebelum Syawal aku makan dgn Ultojo dan Jigo kat pasar Kg. Melayu. Seperti biasa ,Jigo tidak banyak cakap melainkan memerhatikan aku sambil buat psikoanalisis dalam otaknya. Aku heret dia dari satu kedai ke satu mencari baju Melayu hijau yg aku impikan. Maghrib tiba dulu, Ultro lambat tiba, tapi dia order Nasi Goreng Paprik via SMS jer. Canggih betul drebar beca ni. Aku dan Jigo berjaya memukau Ultrojo untuk mendedahkan segala-segili tentang dirinya. Sampai berkelip-kelip lampu kat dada Ultrojo menandakan keadaan sudah kritikal. Oleh kerna aku ni tertakluk dibawah akta rahsia rasmi maka tidak dapatlah aku cerita pasal Ultrojo dan kegiatan subversif nya (6 kotak dokumen rahsia semuanya). W/camna pun beliau berjaya menafikan pahala bersedekah aku dgn membayar segala makanan yg aku dan jigo makan. Aku tak dapat bayar dan cuma dapat pahala niat bersedekah je. Jadiklah. Aku makan Mee Bandung, ABC, Lai Ci Kong, dan Yong Tau Foo. Burppppp!
Banchee gave me some sweets in conjuction to eid celebration. I checked the wrappers for traces of anthrax and kemiyan. You can't never be too careful these days. Ika and Banchee are plotting something against me. Can't trust the elves.
Rimau Sightings: 1. Maxalon habaq mai, "Hmm, nasib baik aku tak masuk bertanding Weblog Paling Popular untuk Piala Tok Rimau tu, kalau tidak mesti kalah awai-awai lagi." 2. "Banyak juga aku pecah rahsia diri aku pada mereka berdua tapi pesanan maut utk Tok Rimau dan jiGOMORisson agar dapat merahsiakannye OK!" ugutan maut Ultrojo. 3. "Tok Rimau , aku tahu ko nak cakap ape. tapi aku taknak cakap kat sini. ekekekek ," Ultojo buat ramalan cam nujum.
Blogger is back. If you missed it before, Blogger was offline most of today due to a security breach (i.e., hackers/crackers, whatever you like to call them). We believe all data was recovered, and you can now log in with your normal username and password. THANK GOD. Do you know I maintain 2 active blogger powered weblogs? You don't care do you?! Just FYI.
Thu.27.12.2001.|7016 | posted by harimauj at 16:33 |
0 Gigitan
|
TANAH TUMPAH DARAH KU - Sinopsis filem
Sinopsis: Action tragedy ini berlatar belakang sebuah pulau tropika polinesia pada abad ke 18. Dua puak, Esak dan Pagak, yang mempunyai pegangan dan prinsip yang berbeza saling berbalas serangan. Filem ini menunjukkan strategi perang ala Sun Tzu's Arts of War, keganasan perang dari sudut pertumpahan darah dan pencabulan hak serta kesengsaraan perang. Satu demi satu manusia tumbang dan panji panglima perang bertukar tangan mengikut prosedur warisan untuk menerusan kitaran kejam. Ketika tentera mereka berbunuhan antara satu sama lain, raja tua mereka bertemu dalam sidang damai rahsia dipuncak gunung. Raja dari kedua-dua buah puak sudah penat dengan peperangan yang memakan masa hampir 200 tahun. Filem ini mencaturkan pertikaman lidah antara kedua-dua pemimpin karismatik yang menyingkap semula sejarah dan kesengsaraan peperangan dari awal hingga kini. Ramai yang mati, anak menjadi yatim dan isteri menjadi janda. Mereka bukan sahaja berbunuhan antara tentera tetapi juga menjatuhkan maruah masing-masing melalui pembunuhan kanak-kanak, merogol wanita yg lemah, penindasan warga tua, dan kerosakan harta benda. PLOT TWIST yang menjadi kejutan dalam filem ini adalah, anak haram yang terhasil dari perkosaan puteri raja Esak oleh putera bongsu raja Pagak akhirnya mewarisi tahta kedua-dua kaum kerana dia sahajalah waris darah yang sah untuk mengantikan pemimpin-pemimpin itu. 40% aksi perang ala Seven Samurai dan Bravehearts, 30% kesengsaraan rakyat seperti Vietnam and Shindler's List, dan 30% arguments and negotiations of peace treaty like the Negotiator and Silence of the Lambs. Filem ini pasti mengemparkan!
Di mana boleh dapat filem ini? Tunggu ada producer beli cerita ini dari aku dan bikin filem ini. 
Cadangan pelayaran: Lab Report/Lawak Monyet
Blogger Got Problem. Kesian Wednesday, December 26 2001, 7:45 AM: NOTICE: Blogger has had a security breach. We are working on restoring the system now. As a precaution, we advise you change your FTP password on your server if you had it stored on Blogger. We should be back up and running later today. Sorry for the inconvenience. Crackers have not respect for vacation time, it seems.
|6997 | posted by harimauj at 9:17 |
2 Gigitan
|
SUDUT KREATIVITI
Bearing Ishwara aku spoil lagi hingga bunyi tayar mengalahkan bunyi radio kereta. Aku tukar lagi bearing tu dgn harga RM50. Semenjak aku pakai ishwra ni ni dah lima kali aku tukar bearing. Ishwara ni buat tokey bearing jadik kaya. Aku dah kumpul banyak bearing, nak buat apa dgn bearing ni. Aku ikat semua bearings dgn nylon string dan gantung pd bontot botol plastik yg telah dipotong. Aku gantung pula masterpiece aku pd siling anjung. Hasilnya satu windchime yg berbunyi bila ditiup angin. Kalau kau tengok ciptaan aku, tentu kau khayal. Sila datang rumah rumah untuk memberi markah kepada hasil artwork aku. Kalau kau nak beli, aku jual dgn harga RM100.
Cadangkan pelayaran: Lihat ciptaan Mohammed Bah Abba yang menakjubkan.
Bearing=Pasangan cincin logam yg mengandungi bebola besi yang terdapat pada roda kereta.
ball bearing: n. Abbr. bb A friction-reducing bearing consisting essentially of a ring-shaped track containing freely revolving hard metal balls against which a rotating shaft or other part turns. A hard ball used in such a bearing.
wind chimes (wnd): pl.n. An arrangement of small suspended pieces, as of glass, metal, or ceramic, hung loosely together so that they tinkle pleasingly when blown by the wind. Also called wind-bells.
Wed.26.12.2001.|6962 | posted by harimauj at 17:22 |
4 Gigitan
|
SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN
Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin Jumpa lagi selepas raya.
Aku baru siap buat kad raya flash bidan terjun. Aku tak tahu korang boleh tengok atau tidak sebab aku letak dlm server briefcase Yahoo. Anyway, kalau tak boleh... memang tak ada rezeki la. Kita tengok sapa yang kena... tekan E-KAD RAYA
Fri.14.12.2001.|6317 | posted by harimauj at 16:09 |
4 Gigitan
|
SMALL GATHERING
Aku called Jigo dan ajak buka puasa. Respond positive. Then, aku called Ultrojo ajak buka sama. Respond 50:50 sebab dia mengayuh. Kalau tak ada apa aral adalah majlis berbuka kat mana-mana kawasan JB. Warung pun tak pa, yg penting dapat jumpa kawan.
THE ONLY ONE ALIVE It seems very quiet. Non of YM buddies is online. Semuanya tengah rebus ketupat agaknya. This is my last day of work. Petang ni nak gi bandar cari baju raya. My dear wife insist that I wear new baju Melayu for this Syawal after 3 Syawals wearing the same yellow baju Melayu. Our theme color for this Syawal is green.
|6291 | posted by harimauj at 9:01 |
4 Gigitan
|
DRIVE WITHOUT IT
I've been driving for 3 months with expired lisencesn!(dammit! How do you spell lisence in English!). Went to the Post Office. Standing inline for half an hour. Spent my time reading posters on the wall. Saw my ex student in line. It's either i'm invisible or he pretended not to see him. Ungrateful kid! Didn't even acknowledege me. A simple HI would be suffice.
HOW I WASTE MY TIME Recommended Sites: Origami anyone? Recycle those used paper into paper animals. So you wanna others to understand you. Show them your mood.
Reading: Kenny Chua Comic: Hikayat Jinggo (Best Serial Comic 2001). Harga RM9. Futuristic Action Comedy at its best. The artwork is marvellous. The same series can also be found in GEMPAK comic.
TIME FIXED I fixed the time. You are now back to the future. Now I'll go to Hart's to fix the time machine. Thanks to those who are annoyed with my broken clock and pointed the discrepancy.
>:( Emoticons added.
Thu.13.12.2001.|6219 | posted by harimauj at 8:58 |
3 Gigitan
|
PARDON ME FOR BEING SERIOUS FOR A WHILE
All staff were there. The boss was briefing them on E-Learning initiative and World Class Organisation initiatives driven from the top-most management. On e-learning, I was the one who entertained questions. As usual I preferred to avoid conflict by giving the facts straight. I told the staff, the argument on policy should be addressed to the main commitee not me, the technical committee. Somebody also argued that e-learning is not suitable for ground campus scenario, it's only suitable for distant learning environment. I rebutted by telling the advantages of e-learning in whatever situation. He counterargued with if all notes were online, students then didn't have to come to class. He seemed a little bit emotional. I decided not to argue anymore since this discussion would just grow to become a debate where winning is everything and not solving problem.
Only on my way home, I just realized that the main issue there was not the pros and cons of e-learning. It's a matter of methodology of instruction. This e-leaning initiative is providing teachers and students more options on how to teach and learn. Glad, I got the the answer but too sad it was late. Wish I could share with all staff.
----------- Aku dapat kad raya dari budak praktikal yg aku dera. Dia juga bagi aku satu ketupat diperbuat dari ribbon sebesarkotak disket.
E-Kad dari lindaeezlin a.k.a Banchee
|6213 | posted by harimauj at 8:09 |
1 Gigitan
|
E-Learning
Boss cerita pasal E-Learning, dia pun tak clear. Aku cerita pasal e-learning, tapi aku pun tak clear. Bab teknikal upload dan download nota tu at my finger tips. Yang menjadi isu sekarang adalah masalah policy dan copyrights. Pada aku masalah ni boleh selesai dgn mudah, upah ajer lawyer macam matjan untuk bagi briefing. Aku risaukan org buat masalah policy dan copyrights ni sebagai alasan untuk helah bela diri mereka tidak mahu naik bandwagon ICT. Al maklumlah, org tua-tua ni, kengkadang tengok keyboard pun takut. TAPI isu yg dibangkitkan memang legitimate. Jawatankuasa induk E-learning yg perlu address benda tu, bukan aku dalam j/k teknikal. Ada e-learning atau tidak, aku punya kelas memang student kena gi online. Siap buat blog lagi. Tapi aku tak dedahkan kat sini, supaya korang tak racuni kepala mereka 
Anyway, aku sempat gak selitkan pantun sindiran aku dalam presentation yg aku sediakan untuk boss. APA GUNA MENGADAP RAJA KALAU HANYA MEMINTA BAWANG APA GUNA KOMPUTER DI MEJA KALAU HANYA MENGUMPUL SAWANG
Hi hi hi hi... pedas..pedas... padan muka diorang.
Rudy bagi E-Kad canggih dengan lagu lagi.
Things to do: 1. Train people how to use our E-Learning facilities. 2. Assist the boss to click the mouse as he presents his briefing on World Class University and E-Learning.
Mental note: There goes my quality time with my blog.
Wed.12.12.2001.|6152 | posted by harimauj at 8:21 |
3 Gigitan
|
TOK RIMAU DI SANA SINI
"Hah aku dah highlightkan dan the most important line yg korang kena baca..kekekekekek OK utk Tok Rimau...amacam? even i got hampehs type of result..i still published it on my jernel... !" - Cik Easy dgn bangga mempromosi dirinya dalam weblognya sendiri. Syabas diucapkan!
|6150 | posted by harimauj at 8:02 |
2 Gigitan
|
MENGIRA KAD RAYA
Dapat kad raya dari Ika. Dapat E-kad dari Cik Easy.
Tue.11.12.2001.|6093 | posted by harimauj at 13:15 |
0 Gigitan
|
ARE YOU AS INTERESTING AS YOUR WEBLOG?
 See that OKAY image on the top. Click it and there will be a quiz. I did that quiz and the results are as follows:
"You are just as interesting as your weblog!"
You have an interesting weblog and an equally interesting life. You don't need to exaggerate to make your stories sound exciting. They already are. You have a small circle of friends, both online and offline, and they all love having you around. You're an all around nice person and the best friend anyone could ever imagine having.
Soalan cepumas: Would I put the results here if my life is boring? Try the QUIZ yourself.
|6082 | posted by harimauj at 11:09 |
2 Gigitan
|
Rimau Sightings
"Btw, Tok Rimau adalah pengentry ke 111 dgn tajuk entry konsep hampeh..aku pon baru tahu lepas check database." kata Easy dalam menhargai jasa baik aku.
"Shopping really helps in turning my blow out mood. Reason being, a hole in a pocket again yesterday after practising the spending power in Sunway Pyramid yesterday. {Tok, u're absolutely right here} "- Kezrin just found out what I knew long ago. I am always right.
|6075 | posted by harimauj at 9:27 |
0 Gigitan
|
BUKIT CHAGAR : JAY BEE GHETTO pt. 1
In the US, the govt. built low cost flats for the inner city people. This so called project locates poor people in areas which social disease breeds. The same mistake is replicated in big cities in Malaysia.
Antara 1983 hingga 1997, aku tinggal di Flat Bukit Chagar, Johor Bahru. Aku menghabiskan zaman remaja dan awal dewasa ku di flat sewa murah satu bilik sepelaung dari pusat bandar. Aku cuma bercuti dari sekitaran pincang itu apabila aku melanjutkan pelajaran sahaja. 1982, "pembangunan" telah dijalankan dikawasan Stulang laut yg memaksa setinggan di sana dipindahkan. Setinggan disana telah dipindahkan ke flat sewa kerajaan negeri. Tapi, aku ditakdirkan tinggal sana kerana ayah aku pencen tentera dan kami perlu keluar dari berek.
Syukur kerana ada tempat berteduh walau dinding kami dinding orang, lantai kami siling orang dan bumbung kami lantai orang. Tapi aku rasa ada orang berdosa dalam projek Flat Bukit Chagar ni kerana menyediakan sarang untuk penyakit sosial membiak. Dalam kawasan 1 km persegi ditempatkan 4 blok rumah pangsa. Setiap satu mempunyai 16 tingkat dan setiap tingkat mempunyai 24 rumah. Ini bermakna dalam 1 km persegi terdapat 1536 keluarga bersesak macam sadin. Di mana kau nak belajar, tidur dan berehat jika rumah kau cuma satu bilik? Jika ko keluarga baru kahwin mungkin tak masalah, tapi kalau ko dari extended famili dgn nenek, mak, ayah, dan anak-anak kan payah. Aku tidor atas sofa setiap malam. Jika ada sedra melawat dari jauh, aku akan tidor dalam van ayah aku kat parking. Aku buat latihan lukisan teknik aku kat dapur yang luasnya dua lubang kubur Islam. Aku kena tunggu semua tidur baru aku boleh buat kerja rumah.
Budak remaja mana boleh dengar mak bapak nyanyi lama-lama. Biasanya aku tak duduk kat rumah. Aku akan melepak kat bawah. Falat ini tidak menyediakan kolong atau tempat sosial yang sempurna. Aku lepak kat tembok-tembok sebelah parking kereta. Kengkadang kat tangga aje. Kat situlah aku belajar merokok dan mengorat anak dara orang. Bila dah campur kengkawan yg banyak yang nasib serupa, pengaruh rakan sebaya amat kuat. Role model dari golongan yg insaf jarang ditemui. Kami pernah diserbu polis. Ketika itu kat tembok tu ada lebih kurang 25 remaja. Sorang kawan aku yg berkerja sebagai tokan/pusher mencampakkan grass/cannabis masuk longkang. Nasib baik tak dicampakkan pd aku. Kalau tidak, aku yg kena cekup.
Flat tu adalah sebahagian dari bandar. Kawasan bandar dan jalan keretapi adalah kawasan permainan kami. Aku ulang alik sekolah lalu jalan keretapi. Bukan naik keretapi. Aku panjat pagar pembahagi lebuhraya dan tunggu bas kat Komtar. Sepanjang jalan aku melihat orang gila dan penagih dadah. Aku juga pernah lihat org mati jatuh flat dan bunuh diri. Adalah dalam 3 tahun sekali. Flat ni juga pernah masuk paper kerana cerita kekotoran sampah, lif yang hancing, dan kes tangki pecah. Abang ipar aku yg menyiasat kes tu kata, kontraktor yg maintain tangki tu guna barang substandard. Agaknya dia perlu guna skru, bolts and nuts tapi dia guna tali rapia jer. Tangki tu pecah menyebabkan 2 orang mati dan ramai cedera dan kolam lubang sedalam 2 meter di parking. Lebih 10 buak kereta terbuak. Flat terpaksa dikosongkan selama seminggu untuk test CF sekali lagi....... to be continued.
p/s: Bila aku ada duit aku pindah ke Senai. Syukur, walau raya tahun ni tak tukar perabot dan langsir tapi hidup aku, isteri dan anak-anak aman.
|6074 | posted by harimauj at 9:05 |
0 Gigitan
|
Rimau Sightings
"First and foremost, kita nak minta maaf sebab tak ada fancy kad raya untuk dihantar. Inilah kad seadanya, "it's all the thought that counts" kata tok rimau." - Kata Day-Z dalam e-kad raya untuk semua.
"tok rimau...yang itu memang kelakar!!!" kata rosdi dalam gezbuk kaezrin.
Mon.10.12.2001.|6032 | posted by harimauj at 17:54 |
3 Gigitan
|
SIBUK GILA
Sampai pagi terus ada meeting. Berlarutan hingga jam 1.30 pm. Sapa kata org gomen tak rajin? Anyway... petang pulak siapkan report tahunan dan buletin bulanan yang dah terlepas due date. 4.30 pm nak gi kuliah pulak. Pening kepala aku dibuatnya.
|6024 | posted by harimauj at 16:30 |
2 Gigitan
|
UPDATE KAD RAYA
Tambahan 3 kad raya. 1. Boss aku bagi aku. 2. Ex boss aku bagi aku. 3. Bukan kad raya tapi reben dlm bentuk ketupat dgn ucapan distaple dari Mahani dan famili. Kreatif gak.
|6014 | posted by harimauj at 14:16 |
1 Gigitan
|
APA KATA SURVEY
SMS yang begitu ringkas boleh digubah jadi animasi burung, bunga api, org berterawikh dsbg. Aku tabik orang yg mengubah mesej-mesej SMS tu. Aku pasti dia mempunyai banyak masa terluang. Ada seorang bekas murid aku yang begitu rajin hantar SMS ganjil kepada aku. Antara lain, satu hasil kreatif yang memaksa pembaca skroll ke bawah: 1 2 3 4 5 6 7 8 9 "Pandai awak mengira, esok kita belajar ABC pulak.
Ruang dalam inbox Nokia aku dah penuh. Sebelum aku delete, aku forward mesej ini kepada hampir semua nombor dalam simpanan aku pada jam 8.00 malam. Tugasan ini memakan RM5.00 dari pre-paid aku. Eh... ada pulak yang menjawab. Sebagai mengikuti tradisi APA KATA SURVEY milik Daun, saya bentangkan jawapan yg diterima: "! 2 3 DO RE ME APA NAK JADI ALIP BA TA A B C APA LAGI NAK BLAJAR ARI INI SEBAB SAYA DAH ADVANCE NI (NYANYI CAM M. NASIR) - Tin (Jawab setelah 13 jam kemudian) "Kekeke, kelakar je. best. tq tok. u make me laugh after all bad day come." - Fajar "alah dah dpt ah jokes ni" - Kaezrin "TAK SABAR NAK BELAJAR ABC" - Mahani "Thanx. Selama ni i ingat 9 was d last no. Rupa2nye ada ada lagi... I can't wait 4 my ABC." - Haliza (Pernah hantar SMS menyamar sebagai Mona Fendi) "Awak yang hantar mesej tadi, siapa ni?"- Mamat terus call aku. (Rupanya no baru aku tak ada dalam henpon dia.) "A b c dah pandai! Org nak nyanyi lagu rasa sayang tak pon baca alif ba ta." - P-Nut "Ini malam 10 terakhir Ramadhan, gi terawikh " - Hasikin (Bisa...bisa...pedas! Padan muka aku. Sebenar aku ada alasan tapi tak yah la cerita, ngaku ajelah. Hendak seribu daya, tak mau seribu dalih. Malam ni aku berazam untuk gi surau) "ermmm baik cikgu kiter ..blajar ABC plak esok yer cikgu.. pas tue blajar alib ba ta ...ermm cikgu nama apa?? saya nak tau jugak?" Anon (Aku terima dari ICQ. Sapa ntah ni.)
|5993 | posted by harimauj at 9:48 |
1 Gigitan
|
Rimau Sightings
"Tapi citer pasal 18xx Tok Rimau memang suka tu." --- fitnah Ultrojo terhadap aku.
"petang tadi tok ghimau bagitau aku guestbook rosak. aku punya la belek coding aku. kat setangah jam baru tahu apa error. thanks to tok, sebab sound kat aku. "------luahan ati Shafiq.
Sat.8.12.2001.|5873 | posted by harimauj at 12:56 |
1 Gigitan
|
ALWAYS ON MY MIND
Watched "All Change" series on channel 5 TCS, I rarely watched this, but last nite there was nothing on the other 10 channels. I was stuck with the program, one hopeless Singaporean hubby was thought basic skills in singing a song. Hours later, he was to perform in front of a live audience including his sweet wife. He sang ALWAYS ON MY MIND out of key but the crowd was supportive. Get this, his wife cried, tears running down her cheek. She said "All the quarel we had are forgiven." Ahhh... how romantic. So today I'll do the same. This man who got no rhythm whatsover will sing a song. This song is dedicated to YOU. YOU baby, you know who you are.
Title : Always On My Mind Artist : Elvis Presley
Maybe I didn't treat you Quite as good as I should have Maybe I didn't love you Quite as often as I could have Little things I should have said and done I just never took the time
You were always on my mind You were always on my mind
Tell me, tell me that your sweet love hasn't died Give me, give me one more chance To keep you satisfied, satisfied
Maybe I didn't hold you All those lonely, lonely times And I guess I never told you I'm so happy that you're mine If I make you feel second best Girl, I'm sorry I was blind
You were always on my mind You were always on my mind
Tell me, tell me that your sweet love hasn't died Give me, give me one more chance To keep you satisfied, satisfied
Little things I should have said and done I just never took the time You were always on my mind You are always on my mind You are always on my mind
*Dammit, I shed tears writing this entry. Glad nobody's looking.
|5857 | posted by harimauj at 9:11 |
1 Gigitan
|
SPECIAL BELATED BIRTHDAY GIFT TO Ms K
-01.gif)
Fri.7.12.2001.|5821 | posted by harimauj at 16:55 |
0 Gigitan
|
Quote Lagi / TOK Rimau Sightings
"Parental Guidance needed when reading this entry as advised by Tok Rimau.. kewl huh" said Kaezrin
"tok ghimau dah gelak2 beso kat aku... kutuk aku kaki nombor ler apo ler.. " Kata Napang
"*teringat kata-kata Tok Rimau, camna kalau your supervisor baca journal you? I hope not!" pesan Fajar
|5809 | posted by harimauj at 12:59 |
1 Gigitan
|
Update Blog Lagi
Aku boleh buat rekod dunia update blog sampai 4 kali sehari. Jigo dan JIm (pekerja aku) terteka-teka, background apokobondo aku pakai tu. Sebenarnya...terpulanglah kepada mata anda. Jika kata benda tu mancis, mancis la dia. Jika kata itu tangkai lada, tangkai ladallah dia.
Untuk mereka2 yg berada dlm Div 1 piala Bookmark aku, korang tak yah masukkan aku dlm notify list. Memang ari2 aku datang..kengkadang 2 tiga kali sehari.
|5808 | posted by harimauj at 12:14 |
1 Gigitan
|
Thanks Zaza
Zaza bagi virtual kad kat aku.
|5799 | posted by harimauj at 9:29 |
0 Gigitan
|
QUOTE OF THE DAY
"kalau nak cari journalist femes gi la sites rudy, akak p-nut, mat jan, tok ghimau, fajar, spyz atau nett..." kata JiGOM.
|5797 | posted by harimauj at 9:03 |
0 Gigitan
|
KENAPA AKU PINDAH
Well, livejournal menguji kesabaran aku. Setiap 200km, nak servis, buat maintenance. Kalau sebulan sekali tak pa la juga. Aku memang suka keringkasan dan simplicity design LJ. Lagi satu hal.. aku suka komen berbentuk forum. Bukan aku ajer yg menjawab komen, pembaca dgn pembaca pun boleh jawab komen. Mungkin aku simpan akaun LJ tu dulu, mana la tau LJ ada duit banyak dan improve facility. Mungkin lebih baik.
Anyway sekarang aku kat server yg kurang popular. Server danchan. Danchan ni, pernah datang M'sia, sila gi Danchan.com untuk lihat pengembaraan dia di Borneo. Anyway, aku harap sebab kurangnya org disini membuatkan danchan lebih efisyen. Dachan punya template agak simple tapi teramat la simple. Aku usik-usik HTML dia dan sekarang pd i.e. weblog aku ni kira kool gak tapi bila masuk Netscape...Hampehhhhhhhhhhh! Aku akan cuba buat apa yg patut. Takut jadik tikus baiki labu ajer.
Kalau susah-susah sangat nanti, aku pakai PHP dan stinggan ajer weblog dalam server org. aku. Senang ajer idup. Kita bagi Danchan peluang dulu. Please Danchan, don't dissappoint me!
KEPADA kawan2 YG MASIH BERADA DI LJ, janganlah berjauh hati. W/pun kita tak sekeluarga, kita masih kawan lagi. bagilah komen kat sini pulak, 90% dari komen anda aku jawab.
Contoh: KAEZRIN: is it the 4th entry..nahh its okay..tok..this afternoon i went to endah parade..then there's this chinese kid throw away sort of a mercun staright to my feet..aghhh..now im hurt!!!! TOK JAWAB: [Damn kid! Can't do anything right. I told him to aim higher]
Recommended site: Get flash movies at FLASH KIT.
|5793 | posted by harimauj at 7:52 |
0 Gigitan
|
WEBLOG DIVISION SATU
AKU lawati semua weblog division 1 dalam piala bookmark aku(Lawatan lebih sekali dalam sehari) tapi tak berapa ada mood nak masuk gezbuk. Aku hanya baca dan tinggalkan. Mungkin esok la aku bagi komen. Mereka-mereka adalah, in no particular order:
Jigo : Have heard of easy listening, now comes easy reading. Spyz: Romantic Comedy. Mr. Lova Lova Lova Daun: Catatan indeks saudagar anggur Bameidh: Poem Marathon Kaezrin: Parental Guidance needed when reading hers. Mat jan: Sedang bercuti pun aku masuk rumah dia. Mie: Mendengar laporan Tuan Presiden Nett: Masih sakit tak baik-baik Ultrojo: Drama kepincangan masyarakat. Dia nak belanja nasik lemak! Yahoooo...yebedabeduuuuu....! Fajar: Pertama kali dia cerita straight forward. Sebelum ni kata-kata dia macam kod programming yg alien bagi aku.
Lepas tu aku gi lain-lain blog. Aku tak lupa org lain. Aku baca semua jurnal cuma kengkadang aku malas nak masuk gezbuk je.
Thu.6.12.2001.|5745 | posted by harimauj at 17:23 |
5 Gigitan
|
BLOWN AWAY

Why do we like to blow things to pieces especially during Hari Raya? We experimented with fire crackers in so many different ways. Some involved iron pipe, bicycle spoke, spark plug, bammboo, rubbish bin, public phone etc. Once my friend caught a frog and shove a fire cracker in its mouth. Horrible isn't it.
Mercun paracut tu tak mau nyala. Mungkin sumbunya basah. Aku dan abang aku membuat keputusan untuk jadik McGyver. Kami operate mercun parachute tu untuk mengeluarkan parachut dan belerangnya. Kami cuma perlu kopek lapisan kertas yg membalut mercun silender buatan Cina itu. Tidak perlu ada dilema untuk potong wayar merah atau hitam seperti yg korang tengok dalam TV selalu. Selepas itu belerang itu ditaburkan di simen.
Aku sudah biasa main dgn belerang peluru kapur kerana aku tinggal dalam kem tentera. Kengkadang aku merayau sampai ke tempat latihan menembak dan mengutip peluru kapur plastik. Aku pernah potong plastiknya dan tabur belerang diatas jambatan plywood utk melintas longkang. Apabila aku bakar, belerang akan menyala dan melemahkan struktur papan plywood. Apabila orang terpijak kawasan yg lemah itu, kakinya akan terbolos masuk dalam longkang. It was funny then. Jika ada pegawai tentera membaca sekarang, aku harap mereka pagar kawasan latihan tentera dan kutip peluru yg tak digunakan selepas latihan.
Kembali kepada kisah belerang mercun parachut tadi. Aku telah bersedia untuk menyalakan belerang. Baru aku mahu mencucuh mancis, abang aku telah mendahului aku dgn melontor mancis pada belerang. Tidak sangka pisang menjadi nangka. Kekuatan belerang mercun parachut lebih kuat dali belerang peluru kapur. Aku hanya ingat warna kuning api menerangi dunia aku dan bau hangus jambul aku terbakar. Aku terus meluru pegi bilik air dan membasahkan muka aku.

Aku dibawa ke klinik untuk ddirawat kesan terbakar pd kulit muka aku. Beberapa hari menjelang raya muka aku mula mengelupas. Sepupu aku takut melihat aku. Mereka menangis kerana takutkan aku. Begitu hodohnya muka aku tika itu. Syukurlah, selepas sebulan muka aku kembali hensem seperti biasa. Sehingga sekarang, aku tawar hati untuk main mercun lagi.
Itulah kisah 15 tahun dulu, waktu sebahagian dari korang masih belum lihat dunia. Aku tidak membeli mercun lagi, tapi tidak abang aku. Dia masih membeli mercun dan bermain mercun bersama anak-anaknya. Anak aku merengek mintak bunga api, tapi aku buat tak tau ajer. Aku kata, kalau nak main bahan api, nanti ayah belajar kat Kandahar, Afghanistan.
Wed.5.12.2001.|5701 | posted by harimauj at 13:27 |
0 Gigitan
|
SYURGA
From: "Mohd Arrifin Salleh" <arrifin@bpimb.com.my> Date: Tue, 4 Dec 2001 08:25:58 +0800 Reply-to: kuantan90@yahoogroups.com Subject: [kuantan90] Sayangilah Ibu anda sepenuh jiwa.
Sayangilah Ibu anda sepenuh jiwa. > > Mat ialah saudara rapat dengan saya. Orangnya baik dan rajin menunaikan > ibadat. Dia memang kerap menghadiri ceramah-ceramah agama. Walaupun sibuk > tapi jika ada kelapangan Mat pasti akan meluangkan masanya ke > majlis-majlis ceramah itu. > > Dengan hidayah Allah, salah satu ceramah agama yang dihadiri Mat telah > menimbulkan kesedaran baru dalam dirinya. Menurut ustaz berkenaan, > alangkah baiknya seorang anak jika menggunakan rezeki yang diperoleh untuk > menghantar ibu bapanya menunaikan haji ataupun umrah. > > Kata kata ustaz itu menyedarkan Mat yang selama ini dia cuma mencari > rezeki untuk keluarganya. Memang dia pernah terfikir untuk menghantar > ibunya ke Makkah, tapi hal itu tidak difikirkan dengan serius. Dia tidak > benar-benar berusaha dan berkorban untuk ibunya. > > Balik dari ceramah itu, Mat bertekad untuk menghantar ibunya yang telah > berusia itu ke Makkah. Bapanya sudah meninggal dunia beberapa tahun > sebelum itu. Bagaimanapun, timbul masalah pokok iaitu dari mana dia hendak > mengumpul wang bagi membiayai penerbangan dan makan minum ibunya di tanah > suci nanti? > > samb.. > > > > Ketika itu tahun 1970 am dan tambang menunaikan haji lebih kurang RM4,000. > Dengan pendapatannya sebagai pemandu teksi, tentulah wang sebanyak itu > cukup sukar untuk dikumpulkan. > > Sedangkan untuk mendapat pendapatan yang mewah pun susah, inikan pula > hendak mencari wang sebanyak RM4,000 dalam waku yang suntuk. Mat termenung > panjang memikirkannya. > > 'Walau macam mana sekali pun, aku mesti berusaha dan berkorban untuk > emak,' tekadnya. > > Walaupun kami bersaudara, dan saya rapat dengannya, Mat tidak memberitahu > saya hasratnya itu. Dia cuma menyimpannya sendirian. Oleh kerana > cita-citanya itu sudah tidak mempu tertahan lagi, Mat mengorek wangnya > yang ada di sana sini. > > Bagi menampung jumlah wang yang kurang, dia berusaha dengan lebih tekun > lagi. Selain memandu teksi, Mat juga memelihara lembu untuk menambahkan > pendapatannya. > > Seekor jantan dan seekor betina yang telah dipelihara hampir tujuh tahun. > Bagaimanapun, sejak dipelihara belum pernah sekalipun ibu lembu itu > bunting.Sedangkan lembu-lembu betina lain yang sebaya dengannya telah ada > beberapa anak. Suatu hari dia memaklumkan hasratnya itu kepada adik > beradiknya. > > 'Sekarang aku dah kumpul lebih kurang RM3,000, bolehlah untuk tambang emak > pergi ke Makkah. > > Jadi bagaimana kalau abang, adik dan kakak tampung sedikit lagi. Tak > kiralah Rm 10 ke, RM 20 ke . ..asalkan tambah supaya kita semua dapat > rahmatnya,' kata Mat. > > Cadangan Mat itu disambut oleh adik beradiknya dengan senang hati. Sejak > hari itu juga, mereka berusaha lebih tekun dan sebahagian rezeki itu > dihimpun untuk ibu mereka. Berkat ketekunan mereka bersusah payah, > akhirnya wang yang dikumpulkan mencukupi. Lalu ibunya dapat menunaikan > haji. > > Sesungguhnya jika rezeki itu dibelanjakan ke jalan yang baik, Allah akan > melimpahkan lebih banyak rezeki kepada hambanya. Begitulah yang berlaku > kepada Mat. Malah rezeki yang diperolehnya itu lebih banyak daripada wang > yang dikeluarkan untuk menghantar ibunya ke Makkah. > > Tanpa diduga, selepas ibunya mendaftar di Tabung Haji lembunya bunting > buat kali pertama. Suatu petang tidak lama selepas ibunya balik dari > Makkah, lembu betinanya itu melahirkan seekor anak. Mat menyambutnya > dengan gembira kerana itulah anak lembu pertama yang diperolehnya. > Hajatnya adalah untuk menjadikan anak lembu itu sebagai penambah baka. > Dengan itu, akan bertambahlah lembunya dan dapatlah dia menambahkan > pendapatan. Selepas menunaikan solat Maghrib, Mat pergi sekali lagi > melihat lembunya. Alangkah terperanjatnya Mat apabila lembu betinanya > telah melahirkan seekor lagi anak dan tidak lama kemudian, lahir seekor > lagi. Kelahiran tiga ekor anak lembu itu disambutnya dengan rasa penuh > kesyukuran. > > Sepanjang hayatnya belum pernah dia mendengar lembu melahirkan tiga ekor > anak sekali gus. Keesokan harinya media tempatan melaporkan tentang > kejadian aneh itu. Sejak itu jumlah lembu peliharaannya semakin bertambah > dan tiga ekor anak lembut tersebut membesar dengan luar biasa. Badannya > tegap, besar dan sihat. Beberapa tahun kemudian Mat menjual ketiga tiga > ekor lembut itu. > > Harganya ialah RM3,000. Sama jumlahnya dengan wang yang dikeluarkan untuk > menghantar ibunya ke Makkah. > Jumlah lembunya terus bertambah dari semasa ke semasa dan dia kemudiannya > menjadi salah seorang meraih lembu yang paling hebat. > > Tidak lama kemudian, Mat mendapat pula peluang untuk menjadi peniaga > perabot. Pada mulanya dia bergiat secara sambilan tetapi apabila > perniagaan itu bertambah maju. Mat melibatkan dirinya sepenuh masa.Teksi > yang dibawanya sejak 15 tahu dijual. Hasil jualan itu dibuatnya pula modal > membeli sebuah lori. Dengan lori itulah dia menghantar perabot kepada > pelanggan. > > Pada setiap tahun dia menjual antara 100 hingga 150 ekor lembu bagi tujuan > perkahwinan, korban dan sebagainya. Keuntungan seekor lembu puratanya > ialah RM500. Sekarang ini Mat menjadi seorang peniaga besar. Bagaimanapun > dia tidak pernah lupa bahawa rezekinya itu semuanya bermula dengan RM3,000 > melalui pengorbanan kepada ibunya. > > 'Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua dua ibu bapanya; > ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan > (dari awal mengandung hingga akhir menyusukannya) dan tempoh menceraikan > susunya ialah dua tahun; (dengan demikian) bersyukurlah kepada Ku dan > kepada kedua dua ibu bapamu; dan (ingatlah) kepada Aku jualah tempat > kembali (untuk pembalasan)'. Surah Luqman 31:14. >
> Diceritakan oleh Ustaz Mohamad Din Yusuf (Utas Travel and Tours)
Tue.4.12.2001.|5644 | posted by harimauj at 10:35 |
0 Gigitan
|
RACUN & PENAWAR
From: "tehzahariah nasaruddin" <tehzahariah@hotmail.com> Subject: DARI HATI KE HATI Date: Wed, 28 Nov 2001 21:21:53 +0700
Dari hati ke hati, sekadar ingatan & pedoman.
Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak Lima Kali;
1. Aku rumah yang terpencil, maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.
2. Aku rumah yang gelap, maka teranglah aku dengan selalu solat malam.
3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu, bawalah amal soleh yang
menjadi hamparan.
4. Aku rumah ular berbisa, maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.
5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir, maka banyaklah bacaan "Laa
ilaha illallah, Muhammadur Rasulullah", supaya kamu dapat jawapan
kepadanya.
Lima Jenis Racun dan Lima Penawarnya;
1. Dunia itu racun, zuhud itu ubatnya.
2. Harta itu racun, zakat itu ubatnya.
3. Perkataan yang sia-sia itu racun, zikir itu ubatnya.
4. Seluruh umur itu racun, taat itu ubatnya.
5. Seluruh tahun itu racun, Ramadhan itu ubatnya.
Mon.3.12.2001.|5629 | posted by harimauj at 15:56 |
0 Gigitan
|
Ular Jadian
From: "member dspb" <dspb01@yahoo.com> | Block Address | Add to Address Book Date: Sat, 1 Dec 2001 09:00:50 -0800 (PST) Reply-to: online_jernel@yahoogroups.com Subject: [online_jernel] KISAH MISTERI DI BULAN PUASA <--mesti baca!!!
*memetik sebahagian kandungan jurnal a.s.o (sbl ini dikenal sbg dspb)..........
Disini ada satu kisah misteri yang bakal mengejutkan para umat yang berpuasa. Ceritanya bertajuk Puasa Ular Sawa Jadian. Ini adalah kisah benar. Bukan dipetik daripada majalah Mastika atau tabloid tempatan...
Kisahnya bermula pada waktu sahur...
Seperti biasa, bila Kasim Selamat (bukan nama sebenar) pulang ke rumah, sahur beliau memang tak penah miss pasal emak beliau akan memastikan beliau bangun. Pagi tu emaknya masak sedap. Ada ayam, udang dsb. Pehhh...beliau yang sememangnya jarang bersahur tidak melepaskan peluang tersebut untuk melantak secukup rasa. Tiga pinggan beliau makan pada pagi itu. Kemudian beliau pun masuk sambung tidur semula, tambahan pulak beliau cuma tido sejam sebelum mak beliau kejut sahur.
Kira-kira pukul tiga petang beliau tersedar daripada tido. Itupun sebab mak beliau kejut. Pukul tiga cakap kau!!! Maknanya tinggal berapa jam lagi aje nak berbuka.
Begitulah cerita misteri yang bertajuk Puasa Ular Sawa Jadian. Pengajaran kisah misteri tu, fikirlah sendiri. Terus-terang cakap la...sebenarnya kisah tersebut terjadi kepada diri aku...kahkahkah....kuikuikui...
|5628 | posted by harimauj at 15:55 |
3 Gigitan
|
|