Pukul Berapa Tok Harimau?

| Gangguan Teksual Zine | Panggung Cakarama | Tok Rimau's E-Book | Jali's Fotopages | Jali's Flikr Photos | WakPamIT |

PUKUL BERAPA TOK HARIMAU

kad Raya Forum GJ Beli jiwa kacau di Ujanailmu.com gath gj + award

last modified Nov 14, 2005 at 1:28

BERSILAT KEPADA SI BUTA

Nampaknya doa aku dalam entry yang lepas makbul. Kalau tahu, ajarkan; kalau tidak tahu, belajarlah. Dunia ini ramai yang berilmu, memberi ilmu tidak akan kurang ilmu itu. Berikut adalah contoh di mana weblog boleh membantu meningkatkan ilmu dan membetulkan pemesongan yang disebarkan dalam media.

Tok Rimau menulis: 'Jika orang pertama yang mencipta mancis api dulu mendaftar hakcipta paten, sudah tentu pening orang sekarang'

Mat Jan (Bakal peguam) membidas: '...paten ada had masa. kalau kau cipta basikal terbang, kau patenkan, dalam tempoh paten (setahun misalnya) cuma kau boleh keluarkan basikal terbang jenama Enmiya.'

Hasilnya pembaca lain yang turut memnghayati debat ini lebih terdidik dan bertambah bestari. Kuasa pembaca untuk berinteraksi dengan penulis secara lutsinar akan membuat weblog lebih bertanggung jawab dalam hujah-hujahnya. Andaikata kita diberi kuasa yg sama untuk berinteraksi dengan TV3, RTM dan Utusan, alangkah bijaknya rakyat Malaysia nanti. Kepada aku mereka hanya bersilat kepada si buta.

P/s:
Salah satu hadiah harijadi yang diberi oleh aku kepada aku adalah buku RM18, Koleksi Terindah Peribahasa Melayu tulisan Ainon Mohd & Abdullah Hassan.
Bersilat Kepada Si Buta = Menunjukkan kepandaian kepada orang yang tidak dapat menghargainya.

Betullah kata sahabat aku bahawa antara lain, motif aku membeli buku itu adalah untuk "menembak" orang. I told him I want to shoot people with style. Kelakar juga melihat orang ditembak dengan bidalan peribahasa. Mula-mula dia senyum memikirkan kata-kata aku yang berbunga tersusun indah, 5 minit kemudian baru dia tersentak dan tersedar bahawa aku dah mengenakan dia. By that time, it was already too late because I already changed the topic of the conversation and reloading my gun for my next attack.

Fri.30.8.2002.|39324 | posted by harimauj at 9:28 | 9 Gigitan |


Hak Kreatif - Creative Right

Sesuatu yang aku hasilkan bukanlah milik aku. Sesungguhnya ianya cuma pinjaman dari Allah jua. Bila aku mepertengahkan Hakcipta Terpelihara, aku cuma mahu diberi pengiktirafan sebagai rujukan atau "perawi" sahaja. Ambillah hasil kerja aku, jika ianya boleh memberi lebih manfaat kepada manusia-manusia yang lebih ramai. Aku sering kata pada sahabat aku, 'Jika orang pertama yang mencipta mancis api dulu mendaftar hakcipta paten, sudah tentu pening orang sekarang'

Lain pula halnya dengan Hak Kreatif. Apabila sesuatu projek itu diberi kepada aku untuk mengetuainya, aku menuntut Hak Kreatif iaitu hak itu menentukan bagaimana projek itu dijalankan dan bagaimana hasil akhir projek itu ditonjolkan. Orang lain boleh cadang, tapi akulah yang membuat keputusan akhir. Contohnya: Jika aku mahu web itu kuning maka ianya perlu kelihatan kuning. Jika ada orang yang lebih berkuasa mahu menggunakan kuasanya untuk web itu kelihatan biru maka lebih baik aku letak jawatan dan dia ambil sahaja projek itu.

Aku jumpa nota dari Jimson (Sahabat ku) atas meja aku:
"Encik, baru saya faham apa itu "creative right". Pergi ke http://*******.my tengok kat sana then u faham2 lah"

Kesian dia kerana terpaksa akur dengan maxim "the client is right". Design yang dia cadangkan diminta ubah oleh client yang "pandai tentang warna" sehingga dia malu mengaku laman itu hasil kerjanya.

Doa aku:
Jauhkan aku dari ilmu yang tidak manfaat
Nafsu yang tidak dipuaskan
Doa yang tidak dimakbulkan

Thu.29.8.2002.|39206 | posted by harimauj at 12:09 | 9 Gigitan |


OLDER and WISER but still PLAYFUL!

I have decided to buy myself 100 mb USB memory stick for my birthday. Thank you for all those well wishes via Yahoo Messenger, email, guestbook and SMS. I am touched with your kindness.

My attempt to win IT Award of my organisation failed. I presented a cheap application and empowers people through simplicity but the winning entry is an expensive sophisticated system. I don't think the judges had tough time to decide whether to choose a langsat or a durian... or a simple bicycle or an expensive superbike.

Well... all in all, it's a nice exercise with nothing to lose.

Wed.28.8.2002.|39082 | posted by harimauj at 17:17 | 3 Gigitan |


HEPI BESDAY TU MI

Tumoro is mai besday. Ogos 28. I yam ol bat waiser. I wan to grow ol graisfully. Normally on mai besday, I bai maiself prezen. Basikly, luxury items. Tings dat I don nesessary need. I bought basketball, watch, t-shirt, bandai robot, camera, and grafik novel.

Wat shud I bai dis year?

Tue.27.8.2002.|38848 | posted by harimauj at 9:25 | 17 Gigitan |


Ralat! Sila hempuk Komputer Anda

Masa aku di US, 12 tahun dulu, pendaftaran matapelajaran dibuat melalui telefon. Kami cuma perlu tekan Student ID dan Kod matapelajaran pada keypad telefon. Semuanya berjalan lancar.

Tahun ini di U aku, Pusat Komputer mahu perkenalkan pendaftaran online. Kelemahan-kelemahan ketara menunjukkan belangnya:
1. Sistem ini memaksa client untuk download Oracle Jinitiator untuk run.
2. Sistem lembab nak mampus. 12 jam pertamanya ianya dilancarkan, tiada seorang pun pelajar berjaya mendaftar.

Sijil status MSC tu buat bungkus nasi lagi berfaedah. Aku call jam 1.40 pm diorang tak angkat telefon. Hoi! Kalau aku punya sistem tak gerak, 24 jam aku tak senang duduk! Pergi lunch apatah lagi! Adakah aku marah? Sikit-sikit je.

Mon.26.8.2002.|38722 | posted by harimauj at 12:09 | 9 Gigitan |


Kampung ku, Sekolah ku

Terjemahan ayat:
Al-Anbiyaa' [69] Kami berfirman: Hai api, jadilah engkau sejuk serta selamat sejahtera kepada Ibrahim!.

Makcik yang mengajar aku membaca Quran pernah berpesan agar aku membaca ayat ini jika aku terkena api. Dia adalah salah seorang guru tidak formal yang mendidik aku. Dia adalah guru tanpa sekolah. Aku yakin, ramai di antara kita yang belajar membaca Quran bergurukan sukarelawan seperti makcik ini. Setiap malam anak-anak kecil berkumpul dirumah guru sukarela untuk mengaji. Ibubapa yang berterimaksih akan memberikan sumbangan seikhlas mungkin kepada guru seperti ini. sistem ini berjalan dengan baik tanpa undang-undang dan campurtangan kerajaan.

Sistem pengajian al-Quran ini cuba ditiru oleh pengurus Felda Tenggaroh untuk Bahasa Inggeris. Dulu, aku ragu-ragu akan keberkesanannya. Tahun lepas dia telah berjaya mengumpul beberapa sukarelawan yang boleh membantu anak-anak belajar Bahasa Inggeris. Walaupun ragu-ragu, aku turut serta bersama rakan sejawat ku yang lain untuk melatih sukarelawan ini menjalankan aktiviti-aktiviti yang boleh mewujudkan suasana yang memberi galakan untuk anak-anak berbahasa Inggeris. Dia namakan program ini Literasi Inggeris. Ini semua di lakukan diluar lingkungan sekolah.

Minggu lepas ketika aku memerhatikan pelajar TESL bertugas untuk Language Camp, pengurus Felda ini duduk di belakang kelas sambil mengambil nota. Beberapa sukarelawan juga hadir untuk menerima latihan dari rakan sejawat ku. Aku kagum kerana program Literasi Inggeris itu masih berjalan. Kini terdapat 24 murid menyertainya. Maklum balas dari guru sekolah menunjukkan pelajar-pelajar yang mengikuti program ini lebih berkeyakinan dan cerdas dalam kelas Bahasa Inggeris. Begitu bersungguhnya sukarelawan ini hingga ada yang memberi kupon jajan percuma untuk dituntut di kedai Felda sebagai hadiah jika anak-anak dapat menjawab soalan Bahasa Inggeris mereka. Ketibaan kami tepat pada masanya kerana sukarelawan-sukarelawan ini telah ketandusan idea, aktiviti apa lagi yang boleh di buat dalam program itu. Aktiviti-aktiviti Language Camp aku mungkin cukup untuk bekal setahun.

Rakan aku mengkategorikan program seperti itu sebagai "Sustainable Learning Community" iaitu gerakan pendidikan berteraskan masyarakat. Dalam masyarakat Melayu, gerakan yang serupa dapat dilihat dalam sistem pembelajaran kompang dan silat. Dalam masyarakat Cina pula, tarian naga dan tai chi tersebar melalui sistem ini. Sudah masanya untuk kita memberi ruang lega kepada Kementerian Pendidikan. Masyarakat perlu mula membantu mengukuhkan sistem pendidikan negara. Aku amat kurang senang apabila tadika dan sekolah pondok pun hendak dikerajaankan. Ini adalah gerakan kebelakang untuk menjana masyarakat K-ekonomi!

Aku berpendapat banyak lagi ilmu yang boleh dimasyarakatkan. Moto sekolah ku rumah ku kita tukar menjadi kampung ku, sekolah ku. Sudikah kalian menjadi sukarelawan untuk jurulatih bolasepak, guru memasak, guru lukisan, guru matematik, guru komputer, dan pelbagai ilmu lagi? Dan ingatlah, ilmu yang memberi manfaat itu boleh dibawa ke kubur.

....................
I dedicate this entry to Tahrizi and friends, the sukarelawan behind Kepompom.com.

Thu.22.8.2002.|38163 | posted by harimauj at 9:17 | 7 Gigitan |


Semuanya berjalan baik kecuali...

Ia hampir menjadi sebuah Language Camp yang sempurna. Language Camp akan datang, setiap keluarga angkat akan menerima 2 anak angkat dan bukan seorang sahaja. Laporan akan diserahkan kepada pengurusan kampung untuk tindakan selanjutnya. Nak buat laporan polis, bukti tidak cukup pulak. Ulat bulu ini spoilt kegembiraan aku. Aku cuba semaikan semangat berbakti kepada masyarkat kampung dalam bakal guru-guru melalui Language Camp. Aku risau peristiwa ini akan membuat mereka serik dan hilang semangat.

Apa itu Language Camp versi aku? Sekumpulan bakal guru bertandang ke sekolah rendah luar bandar pada hujung minggu (20 jam) dan mengajar Bahasa Inggeris kepada 100 pelajar darjah 5 dan 6 melalui aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan. Sebelum hari tersebut sampai, aku melatih pelajar bakal-bakal guru ini bagaimana untuk menjalankan aktiviti-aktiviti itu. Mereka juga bertungkus lumus menyiapkan bahan pengajaran dan mengumpul dana agar projek ini tidak diisytiharkan muflis macam pemain badminton dan biduanita negara. Untuk semester ini, kami ke Tenggaroh dan kami juga dibantu oleh 3 pendidik lain.

Pada zaman-zaman dulu, bakal guru ini tidur di sekolah dimakan nyamuk dan tidak mandi pagi kerana air tandas terhad. Kini, pendekatan diubah. Masyarakat kampung menyambut kami dengan penuh meriah. Pendek kata, mereka menjamu kami hingga kami tidak sempat lapar. Bakal2 guru jadi anak angkat pada peneroka untuk tempat berteduh di waktu malam dan mengalami sendiri kehidupan kampung berekonomikan sawit. Mereka bagi kami makan dan bumbung, kami cuba sedaya mendidik anak mereka. Setiap kali Language Camp berjalan, kami akan gunakan educational games baru untuk dimainkan. Bukan kerana games lama tidak mampan, tapi aku mahu budak TESL kreatif dan belajar dari kesilapan. Kadang2 aku tahu sesuatu aktiviti itu akan tidak menjadi, tetapi aku biarkan ianya berlangsung agar pelajar aku mendapat pengelaman belajar dari kesilapan. Kata Thomas Edison, "There is no such thing as mistake, just lessons to be learnt."

Semuanya berjalan lancar kecuali ada seorang bapa angkat sudah angkat "anak"nya ke tepi pantai. Ulat bulu sudah naik daun. Sepatutnya bila tiba 11 malam, bapa angkat itu ambil anak angkatnya bawa balik dan bermesra dengan ahli keluarga lain. Ada ka patut dia bawa anak dara tu berbual-bual dalam kereta. Bakal guru itu sudah risau dan sedia genggam pisau kecil dalam beg jika ulat bulu angkat itu buat tidak senonoh. Bayangkan gadis 20 tahun terperangkap dalam kereta bersama lelaki yang baru dikenali tidak sampai 24 jam yang sepatutnya menjadi ayah berlagak casanova. Alhamdullillah gangguan seksual itu tidak sampai kepada sentuhan kulit. Cuma ayat-ayat ulat bulu cuba menggoda sahaja. Bila lewat malam, ulat bulu itu bawa balik rumah juga. Seekor ulat membawa bulu, habis semua gatal-gatal. Geram betul aku dengan ulat bulu itu.

Sat.17.8.2002.|37577 | posted by harimauj at 9:40 | 11 Gigitan |


Sebutkan Nama Pakcik

Forum Peningkatan Bahasa Inggeris Untuk Ibu Bapa Felda Gugusan Tenggaroh diadakan pada hari Sabtu, 10 Ogos 2002. Forum ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada ibu bapa bagaimana mereka dapat menolong anak-anak mereka untuk boleh berbahasa Inggeris di rumah. Ahli panel terdiri daripada pensyarah UTM dan pengerusikan oleh Tok Rimau. Jangan risau, aku tidak akan guna power aku untuk menghasut orang kampung menentang kerajaan.

Berikut adalah petikan ucapan Tok Rimau dari atas pentas setelah 3 jam penonton menerima syarahan:
"Biasanya jurukamera ambil gambar atas pentas, tetapi hari ini saya sebagai orang atas pentas ambil gambar penonton. (Aku keluarkan digicam dan snap gambar penonton). Saya akan tunjukkan pada ketua saya gambar ini, dan saya akan kata- ini bukan gambar orang tidur, ini gambar orang pejam mata kerana sakit mata"

Gambar dari atas pentas. Khalayak terperanjat dengan tindakan gila pengerusi.

Kawan2 aku pun satu. Bersyarah dengan orang kampung tapi pakai laras bahasa kuliah. Pening pakcik dan makcik itu. Ada kaum bapak yang meninggalkan kerusi untuk hisap rokok kerana tekanan dari perkataan laras akademik. Bagaimanapun, aku cuba hidupkan suasana dengan turun dari pentas untuk sesi soal jawab macam gaya Hiburan Minggu Ini. "Ya Pakcik, sebutkan nama Pakcik dan tujukan soalan" sambil aku menonjolkan mikrofon mulut Pakcik itu.

Thu.15.8.2002.|37361 | posted by harimauj at 14:21 | 9 Gigitan |


Bantu Saya lagi (Last time) Rayuan Ku

Website organisasi saya yang dibangunkan mengikut
konsep weblog akan dinilai pada hari Selasa (Final Evaluation), 15/8/2002.Supaya para juri nampak website itu meriah, bantulah saya mengisi newsforum atau komen dengan perkataan indah-indah sebelum 10.45pg tarikh di atas.

Sila ke: http://www.fppsm.utm.my atau http://www.fppsm.utm.my/default.onli?doc=30-30

Saya berjanji tidak akan riak jika saya menang Anugerah Kualiti IT Organisasi saya

|37332 | posted by harimauj at 9:05 | 1 Gigitan |


Aku bersalam dengan menteri.

Aku merungut minggu lepas tetapi bos aku sekali lagi beri arahan. Lalu aku siapkan juga pameran tu ala kadar. Siapkan satu muka brosur dan aku bawa semua digital image language camp aku. Aku biarkan laptop aku buat slide show. Bila menteri lalu aku salam dan tolak member aku supaya beri penerangan. Bila aku reflek kembali pengelaman ini, kenapa aku bersalam dengan menteri itu:
1. Aku dah sign aku janji.
2. Sebab dia hulur tangan kat aku. Aku orang beradab.
3. Aku nak lobi jual Language Camp aku untuk dipakai diseluruh negara. I might as well get something out of this forced job!

Mon.12.8.2002.|37055 | posted by harimauj at 17:55 | 5 Gigitan |


Sekali hujan, hujan selebat-lebatnya

Menteri datang melawat hari Isnin dan kami dikerah buat pameran untuknya dalam masa yang singkat. Aku ulang buat sekelian kalinya pada boss aku bahawa "tidak sempat!" Malam ini, aku akan berangkat ke Felda Tenggaroh untuk Language Camp di sana. Sayonara pameran! Aku akan kembali pada hari Isnin, just in time to shake the hand of the menteri. Jangan fikir menteri sahaja sibuk, cikgu cabok macam aku pun sibuk juga. Lain kali nak datang, sila buat temujanji awal-awal, bolehlah aku cucukkan bunga manggar pada betik muda dan atur bebudak pemegang bendera dan kompang. Pandai-pandai la kau ke dapur cari makanan bawah tudung saji tu kerana datang tak bagitahu. Aku tahu kau tidak bodoh, idea bernas kau bakal mengubah kelas hisab menjadi kelas mathematic. Aku tahu kau cerdik. Lagi pun, bukankah kau yang terlibat menanak konspirasi dulu? Ye la. Betul la. Aku masih ingat. Aku bukan Melayu yang mudah lupa.

Fri.9.8.2002.|36817 | posted by harimauj at 15:57 | 2 Gigitan |


Hujung Minggu di Pasir Raja

KLIK Gambar Team Language Camp

Alef adalah pelajar darjah 5 yang tingginya macam pelajar tingkatan 5. Dia atlit sekolah yang berjaya sampai ke peringkat negeri. Guru besar menghadiahkan dia wind breaker yang dipakai walaupun tengah hari buta. Dia antara 'decision maker' dalam rakan sebayanya. Mereka menghormatinya dan aku gembira berkenalan dengannya.

Aku menyelaras 15 pelajar TESL yang mengadakan program Language Camp di Felda Pasir Raja. Guru besarnya begitu gigih memastikan program berjalan lancar dan perut ku sentiasa terisi. Dia begitu gembira kerana kami memilih sekolahnya untuk program Language Camp. Dia melaporkan bahawa bilangan penagih dadah dan pengidap HIV di Felda gugusannya adalah antara yang tertinggi di Johor. Anak-anak peneroka yang berjaya telah lama meninggalkan Pasir Raja, yang tinggal adalah generasi tua dan mereka yang 'kurang berjaya' untuk mengerjakan kebun mak ayah. Orang Indonesia berkahwin dengan perempuan tempatan sudah punya kereta dan lori manakala anak tempatan masih lagi mengodak secawan teh di kedai kopi. Aku pun faham kenapa guru besar kasihan pada anak-anak kepada penagih dan pemalas. Ibu mereka mengadu, baju sekolah anak mereka kuning kerana nak beli sabun basuh pun mereka tidak mampu. Penempatan Pasir Raja sudah 30 tahun tetapi masih ada rumah yang masih tidak berubah seperti mana 30 tahun dulu. Rumah papan usang tidak bercat. Walaupun nisbah kepincangan ini kecil berbanding mereka yang makmur, sesuatu perlu dilakukan. Warga Pasir Raja berdoa agar anak peneroka yang berjaya boleh pulang sekali-sekala dan mencurah bakti pada anak tempatan dalam bentuk program kemasyarakatan.

Ketika program kerohanian berjalan, Ustaz menyuruh Alef ke saf hadapan bagi memotivasikan kawan-kawannya supaya turut memenuhi saf hadapan. Alef sedikit malu berbisik dengan Ustaz, "Saya belum sunat Ustaz."

Mon.5.8.2002.|36280 | posted by harimauj at 11:21 | 5 Gigitan |


Melayu, Cina, India dan Inggeris

Bangsa Cina memang maju sistem hisabnya. Perkataan bagi nombor-nombornya amat pendek bagi memudahkan ingatan dan pengiraan. Mereka juga mempunyai alat kira sempua yang begitu menakjubkan sistem matematiknya.

Datang satu Melayu yang dihasut oleh India dari The Star, maka dicadangkan olehnya supaya Bahasa Pengantar sekolah di Inggeriskan. Adapun negara India itu mengambil bahasa penjajah kerana terlalu banyak bahasa di bumi itu sehingga mereka bertelagah untuk bersetuju memilih bahasa kebangsaan. Akhirnya mereka sebulat suara memilih Bahasa Penjajah. Sementara itu, di Malaysia Melayu lain melenting, lalu di tawarkan usul itu kepada Matematik dan Sains sahaja. Alang-alang buat lawak, mengapa subjek Bahasa Melayu tidak diInggeriskan? Rupa-rupanya, hangat-hangat tahi ayam sahaja perjuangan Bahasa Menunjukkan Bangsa. Mereka dah tak kuasa melayan kerenah penghulu mereka. Bila Melayu mula diam, Cina pulak buat bising. Cong ceng, cing ceng kata mereka.

Ada betulnya mereka meradang. Matematik Cina dan bahasa mereka begitu berkait sekali. Menalak Bahasa Cina dari matematiknya dan dikahwin pula dengan Bahasa Inggeris adalah usaha ke belakang dalam memajukan bangsa itu.

Fri.2.8.2002.|35877 | posted by harimauj at 17:30 | 7 Gigitan |