|
PUKUL BERAPA TOK HARIMAU

last modified Nov 14, 2005 at 1:28
Cuti Panjang
Selamat menyambut maulud nabi dan hari buruh serta cuti-cuti lain. Aku sambut juga cuti MC yang doktor bagi tadi. Aku juga cuti blog. Jadinya aku tinggalkan lagu ini. Aku dengar beberapa tahun dulu seorang kanak-kanak nyanyikan ditangga flat. Selebihnya aku tambah sendiri:
PERUT MONYET (ikut irama tanya sama pokok: P.Ramlee dalm filem Anakku Sazali)
Ada seekor | tanya sama Monyet | pokok Duduk atas | apa sebab Pokok | goyang Dia sakit | tentu jawab Perut | pokok Terkentut-kentut | angin yang tiup Ambil minyak | tanya sama Urut | angin Sapu pada | apa sebab Lutut | hujan buat ubat| awan kandung bontot| air salah tempat | sampai tempat letup | sejuk Pot pot pot pot pot | hujan pun turun
Rap: Lat ta li lat tam plong mak minah balik kampung terselit bawah tong namanya sotong
Thu.29.4.2004.|103411 | posted by harimauj at 16:59 |
6 Gigitan
|
Mendung
Esok hari akhir hantar taksiran LHDN. Menangis aku melihat jumlah duit yang bakal aku talakkan. Demam aku bertambah teruk.
Agaknya kerawang lampu Putrajaya itu guna duit aku. Kalian jangan ngada-ngada nak rosakkan harta awam. Itu semua beli dengan duit aku. Aku balik dari bangunan LHDN dengan muka sedih.
Singgah klinik untuk dapat ubat dan MC untuk demam aku. Aku dapat nombor giliran 85. Ibu-ibu mengandung dan budak-budak Khidmat Negara berkonspirasi untuk sakit pada masa yang sama dengan aku. Klinik penuh. Doktor baru panggil nombor 20. Aku tinggalkan klinik tanpa jumpa doktor dan terus masuk kerja. Lewat.
Badan sejuk. Perlu minum air panas. Lihat bilik mesyuarat ada thermos dan teh baki mesyuarat sebelum ini. Aku minum air baki mesyuarat. Biarkan telefon berdering. Aku tidak ada mood untuk jawab.
LAWATAN SAMBIL BELAJAR Menunggang Ikan Lumba-lumba
|103369 | posted by harimauj at 12:25 |
2 Gigitan
|
Blackout
Hujan lebat dan kilat sambar menyambar. Blackout pejabat aku. Network down. Adakah ini isyarat dari Tuhan?
PUISI SEBARIS Merebut lumut berselimut kabut (Klik untuk imej)
LAWATAN SAMBIL BELAJAR Mandat Tuan Presiden
Wed.28.4.2004.|103229 | posted by harimauj at 14:05 |
1 Gigitan
|
Mulanya Regim Kuku Rimau
Hari ini hari pertama Kak Tin menjadi wanita pertama Geng Jurnal.
PUISI SEBARIS Seutas tali menambat ku dari hanyut dalam kebebasan. (Sila Klik Foto: Siri Sampan)
LAWATAN SAMBIL BELAJAR http://wordphoto.org/ http://www.photoblogs.org/ SALT Seminar
Tue.27.4.2004.|102988 | posted by harimauj at 10:07 |
7 Gigitan
|
Dilema Nakhoda dan Bahtera
Etika zaman dahulu memerlukan nakhoda karam bersama-sama bahteranya. Semacam ada kebanggaan dan kasih sayang antara nakhoda dan bahteranya.
Zaman sekarang, peraturan tidaklah sezalim itu. Nakhoda adalah orang terakhir yang meninggalkan bahtera. Setiap bot keselamatan ada senarai nama anak-anak kapal. Untuk nakhoda, satu bot keselamatan laju yang canggih.
Etika baru ini digunapakai untuk menyelamatkan nakhoda dari lemas. Mereka berhujah, "Jika nakhoda lemas, siapa pula nak kita kambing-hitamkan sebagai bertanggung jawab atas karamnya bahtera itu?"
p.s. Catatan ini adalah catatan rebutan antara aku dan Mat Jan. Siapa kemas blog dulu, dia yang dapat.
LAWATAN SAMBIL BELAJAR Bahtera Rimau Batu di Pulau Pangkor? The Webby Awards War in Iraq Pics
|102780 | posted by harimauj at 10:34 |
3 Gigitan
|
Gambar
Jatuh cinta dengan Lumut 1
Tue.20.4.2004.|101685 | posted by harimauj at 0:04 |
1 Gigitan
|
Surat Cinta Moden
Aku sekarang mengajar pahlawan-pahlawan negara berkomunikasi. Murid-murid yang aku ajar ini asyik tidur sahaja. Kalau tidak tidur pun, mereka curi-curi baca majalah. Kalau asyik rampas majalah je, penuhlah beg aku.
Aku melompat-lompat depan kuliah pun tidak dapat perhatian. Bos mereka kena melawat kuliah aku dan ketuk kepala mana-mana budak yang tidur itu. Habis idea aku memikirkan cara untuk menarik perhatian mereka.
Seorang murid terkantol sedang baca surat cinta. Ini memberi aku ilham untuk menghidupkan kuliah. Aku baca surat itu sementara seorang murid lain terjemahkan surat itu ke dalam Bahasa Inggeris agar seorang murid warga Maldive yang bersama kami faham isi surat itu.
Kuliah jadi gamat bila surat itu dibaca kuat-kuat. Yang aku tidak tahan lawak adalah perenggan akhir surat itu, "Saya tidak percaya madah-madah yang saudara kemudikan dengan pena. Sudilah apa kiranya mengirim kepada saya satu salinan IC saudara sebagai bukti keikhlasan saudara dalam berkenalan dengan saya."
PUISI SEBARIS Ke manakah hendak kualamatkan tuju-tuju ku ini?
LAWATAN SAMBIL BELAJAR Design Guru vs. Blogger
Tue.13.4.2004.|100327 | posted by harimauj at 18:07 |
4 Gigitan
|
Amaran Kepada Pencopet
Kunci diperbuat dari logam. Ianya tajam serta bergerigi. Proses pergeseran antara kunci dan kain boleh menyebab kain terhakis. Aku membawa kunci kereta, pintu pejabat, pintu pagar, pintu rumah dan jeriji besi. Tidak hairan saku aku koyak.
Mula-mula kunci aku jatuh atas lantai. Kemudian handset aku pula jatuh atas lantai. Saku seluar aku koyak sejak minggu lepas lagi. Aku dah laporkan pada isteri tersayang tapi dia terlalu sibuk dan terlupa nak jahitkan (Aku pun bukan suami mithali yang sepatutnya jahit sendiri masalah 2-3 inci itu). Aku pun satu, apa pasal pakai seluar saku koyak ni? Aku lupa nak label seluar ini, "out of service."
Terpaksalah menyalahgunakan harta pejabat. Dalam kecemasan ini aku staple dawai kokot pada saku seluar. Diharapkan tahan sampai habis waktu pejabat. Aku bukan apa, aku tidak mahu penyeluk saku terperanjat bila dia cuba mencari rezeki di dalam saku aku.
LAWATAN SAMBIL BELAJAR Ayam yang tidak membantah. Belajar Inggeris dengan Kartun
Masuk Radio Dalam program Sudut IT, Jaring mempromosi enjin weblognya sambil memberi beberapa contoh. Sekitar jam 4 p.m. semalam nama aku masuk radio 1. Juga disebut adalah Sultan Muzafar dan Cikgu Midad. Mat Jan (Namanya lupa disebut) melaporkan kepada aku. Kalau Mat Jan bohong, maka aku pun berbohong pada kalian.
Okay, aku dah masuk radio (Radio 1), majalah (Jelita & I-Remaja), suratkhabar (Selamat Hari Raya dari Luar Negeri) dan video (bikin sendiri). Bilalah aku nak masuk TV pula? Kalian jangan jaki dan mendoakan nama aku masuk program 999 atau Res-Q pula.
Fri.9.4.2004.|99675 | posted by harimauj at 16:23 |
9 Gigitan
|
RM10 pertama sebelum genap RM1 Juta
Tuan Naga, Saya sudah terima duit dan VCD (Melilau Di atas Gunung) yang tuan sedekahkan pada saya. Gambarnya dan bunyinya jelas sekali. Technically superior compared to my VCD. Banyak yang saya belajar dari VCD tuan.
Saya belum sempat mentelaah VCD ini secara teliti tetapi ada lawak-lawak dalam VCD itu yang mengeletek saya. Contohnya, lawak Hasbullah dan Normala berhubungan dengan memegang telinga dan lawak membuat bunga pada tapak sandal.
Saya akan ke KL pada hari sabtu, 10 April 2004, saya kira saya akan sampaikan sahaja VCD saya kepada tuan dengan tangan. Saya akan singgah di tempat kerja tuan untuk tinggalkan VCD itu. Kemudian saya akan lari cepat-cepat.
Sebenarnya saya malu. Menonton VCD tuan membuat saya rasa malu menjual VCD saya padahal tuan pula memberi sedekah kepada saya. Saya terpaksa menonton semula VCD saya untuk menenangkan hati yang telah dirasuk rasa bersalah cap kapitalistik.
Menonton semula VCD saya, saya dapati kekuatan saya adalah pada penceritaan. Nilai RM10 (Harga bonus pembeli pertama) itu memang harga patut. Ianya penuh dengan falsafah dan merupakan permulaan pada satu budaya penceritaan. Seperti Bercakap Dengan Jin kepada siri buku-buku tahyul, diharap Cakarama akan melahirkan banyak siri-siri video lain seumpamanya. dari rakyat kepada rakyat. ( promosi sikit)
Mmm, alangkah baiknya kalau saya ada gadget seperti tuan. Tentunya VCD saya lebih baik. Mungkin kalau kita ada masa, kita boleh buat filem kerjasama. Cakarama 2 nanti akan memuatkan video tuan juga. Saya minta izin terlebih dahulu.
Ciao.
LAWATAN SAMBIL BELAJAR http://www.faiz04.cjb.net/ Photoshop Skill
Wed.7.4.2004.|99233 | posted by harimauj at 15:47 |
2 Gigitan
|
Temuduga Jamuliga
I answered interview questions from Sireh & Cengkeh Terpilih. Read other insights at Sireh's Blog. And back to work.
|99192 | posted by harimauj at 10:41 |
0 Gigitan
|
Gua Bukan Orang Suci
Suatu malam di asrama bilik A3, Sekolah Menengah Teknik gua telah dikepung gerombolan budak jurusan Pertanian yang diketuai oleh Nazri sebagai jurucakap. Macam bagus je diorang gertak-gertak dan mengancam-ngancam gua.
Kesalahan gua, menurut diorang, adalah kerana gua masuk asrama ketika tingkatan 5. Oleh itu gua mengelak dari didera oleh senior. Bagi budak pertanian itu adalah tidak adil gua ini tidak melalui episod deraan. Gua juga dituduh tidak menghormati diorang sebab gua tidak menegur diorang. Entah apa-apa entah.
Gua tidak kenal, buat apa gua nak tegur. Personaliti pendiam gua disalahertikan sebagai sombong. Ketika gua dikepung pun gua hanya berdiam seribu bahasa. (Tokrimau pendiam? Susah nak percayakan.) Gua tak tangkap pot pun. Diorang meninggalkan gua bila gua tidak menunjukkan reaksi dalam provokasi itu.
Apabila SPM sudah hampir, Nazri cuba menunjukkan kesamsengannya lagi dengan menghantar budak junior memanggil gua. Apa ke jadahnya nak tunjuk kerek. Gua bagi mesej pada budak posto tu, "Kalau dia nak jumpa gua, dia datang jumpa gua. Bukan gua datang jumpa dia." Sejak hari itu Nazri tidak kacau gua lagi. Gua harap dia jatuh parit pada pada umur 37 tahun nanti!
Sebenarnya kalau gua diapa-apakan, Soperi Segamat dan Bogha Kulai akan membalas untuk gua. Pecah kepala budak-budak pertanian itu. Tetapi gua ini aman orangnya dan dianugerahkan dengan kesabaran yang tinggi. Itu lu kena tabik sama gua. Buat apa nak kecoh.
Dua tahun kemudian, ketika di ITM, Suhaimi Banjar menceritakan pada gua punca sebenar gua ini tidak disukai oleh Nazri dan kuncu-kuncunya. Teguran diorang itu semua tiada asas sama sekali. Suhami kata, "Dulu lu ada kirim salam pada satu minah kelas pertanian melalui Sabran dan minah tu jawab waalaikum salam."
Ek eley... kalau gua mati malam itu dikeroyok diorang, gua mati kerana mengirim salam pada seorang minah. Samalah statusnya mati kerana cerek. Gua tak tangkap cintan pun dengan minah tu. Gua main-main je. Entah apa-apa la budak Melayu. Itupun boleh jadi gaduh.
Buli membuli ni macam kitaran ganas. Senior buli junior. Senior kena buli dengan super senior dan junior pulak buli junior dia. Gua juga mahu ambil kesempatan ini mohon maaf pada junior-junior yang gua suruh basuh kasut. Gua tau lu orang ludah kasut gua. Gua tak nampak kira gua tak kisah la. Kalau gua jadi lu, gua pun buat gitu juga.
Lebih-lebih lagi pada adik angkat gua Iqbal dan Ali. Gua minta maaf sebab dera lu. Kalau lu kira kerja itu ikhlas, kira lu dapat pahala la. Lu orang memang pandai urut. Gua belah dulu.
LAWATAN SAMBIL BELAJAR Jaring Weblog Cikgu Midad Blog
Tue.6.4.2004.|99116 | posted by harimauj at 15:23 |
3 Gigitan
|
Membaca Fikiran
Kawan-kawan aku adalah orang bahasa, kami pandai baca fikiran dengan menarik keluar semantik (makna perkataan) dari sintak (nahu) sesuatu pertuturan. Menjawab soalan dengan soalan lain adalah permainan kami dalam menunjukkan kebolehan membaca fikiran.
Tokrimau: Kau dah makan? Halimi: Kau nak aku temankan kau makan?
Semua orang tidak suka dibaca fikirannya. Rasa seperti otak kalian dicabul. Motif kalian seperti ditelanjangi untuk dipertonton.
Karto: Dia tu Cik ke Puan? Tokrimau: Kau minat pada dia?
Kadang-kadang permainan ini boleh diterbalikkan dengan menanam makna (semantik) yang salah pada nahu (sintak) yang betul dalam pertuturan. Ini akan membuat lawan cakap kalian berhenti berfikir sejenak.
Salmah: Encik ada air sembahyang ke? Tokrimau: Awak nak pegang tangan saya ke?
Setelah kalian baca dah faham bagaimana permainan membaca fikiran ini dimainkan, bolehlah kalian amalkan. Sebelum itu jawab soalan aku:
Tokrimau: Kalian tidak ada kerja ke hari ini (selain dari membaca blog)? Kalian: (jawab di sini)
LAWATAN SAMBIL BELAJAR Terkinja-kinja dengan weblog
Mon.5.4.2004.|98947 | posted by harimauj at 11:12 |
16 Gigitan
|
Kempen Lempeng
Harus diingat bahawa calon-calon presiden Geng Jurnal bukanlah Superman. Berikut adalah kelemahan-kelemahan mereka:
Manmoncang: Sejak kebelakangan ini Jurnalnya tidak stabil. Sekejap ada, sekejap terhad dengan password dan sekejap tidak ada langsung. Mahukah anda presiden yang tidak stabil?
Wkdin: Merupakan pendatang baru dalam dunia Jurnal berbanding dua calon lain. Dia akan menghadapi masalah mempengaruhi otai-otai Geng Jurnal. Mahukah anda presiden yang lemah?
Tokrimau: Selesa tinggal di Selatan tanahair jauh dari pusat aktiviti di Kuala Lumpur. Komuniti akan dikawal dari jauh (remote control) macam kerajaan boneka. Mahukah anda presiden yang halimunan?
|98937 | posted by harimauj at 10:20 |
1 Gigitan
|
Toto Manifesto
Berikut adalah analisa kempen Pilihanraya Geng Jurnal setakat ini. Terdapat pertandingan 3 penjuru: Manmoncang, Wakdin dan Tokrimau.
Slogan Manmoncang:Kempen Sedaya Upaya Wkdin:Pasti ada kelainannya!!" Tokrimau:Jangan bekerja bersama saya, kerjalah untuk saya.
Ideologi Manmoncang:Kepimpinan yang Serius Wkdin:Ikiemasane!!! Ikiemasane!!! IkieMasane!!! Haittt! Tokrimau:Anarki Terpimpin
Manifesto: Manmoncang:Kepimpinan Bertanggung Jawab & Penambahbaikan Semua Wkdin: Pengiktirafan Masyarakat & Sumbangan GJ kepada Masyarakat Tokrimau: Melampaui GJ2005 & Kuku Besi dalam Sarung Tangan Baldu
Sejarah Inovasi Manmoncang: E-majalah, audblog dan Blog Jawi Revival. Wkdin: Forum, Video, Face to Face Gathering Tokrimau: E-book, Cakarama Video, Lawak Tanpa Permit
Strategi Kempen Manmoncang: Jurus Rindu, Sayangkan Pengundi Tinggal-tinggalkan Wkdin: Jurus Perhimpunan Ramai dan mesra rakyat Tokrimau: Jurus Menakut-nakutkan pengundi
Kepimpinan Manmoncang: Tesla + Newton? Wkdin: Ghandi + Mandela? Tokrimau: Caesar + Che Guevara?
Tiada duit, tanah, saham atau kerusi yang mereka rebutkan. Cuma, tiada beban batu digalas. Siapa pun yang menang, yang lain akan turut bersama dalam membentuk pentadbiran komuniti. Kalau aku tidak menang aku akan jadi pembangkang yang baik untuk check and balance .
Fri.2.4.2004.|98579 | posted by harimauj at 15:36 |
3 Gigitan
|
Lawatn Sambil Belajar
Jerry Seinfeld and Superman movie.
|98557 | posted by harimauj at 13:56 |
0 Gigitan
|
Anjung Warisan
Kalau kalian datang Johor bahru, jangan lupa belanja aku makan di Anjung Warisan. Makan atas pokok. Untuk yang tidak gayat sahaja. ..........
Do you know that some people can write faster than you can count?
Thu.1.4.2004.|98354 | posted by harimauj at 17:21 |
4 Gigitan
|
Sang Harimau
Semua orang nak jadi rimau. Tak boleh cari makan aku.
|98353 | posted by harimauj at 17:12 |
4 Gigitan
|
|