Pukul Berapa Tok Harimau?

| Gangguan Teksual Zine | Panggung Cakarama | Tok Rimau's E-Book | Jali's Fotopages | Jali's Flikr Photos | WakPamIT |

PUKUL BERAPA TOK HARIMAU

kad Raya Forum GJ Beli jiwa kacau di Ujanailmu.com gath gj + award

last modified Nov 14, 2005 at 1:28

Saiz Manifesto

Makin kecil sebuah henpon makin ia membanggakan. Bertentangan dengan kamera. Iaya masih dengan manifesto alat kelamin jantan. Makin besar sebuah kamera makin ia membanggakan. Aku terus simpan kamera aku dalam poket seluar sedangkan mereka memikul kamera dalam beg galas belakang di perhimpunan Fotopages.

Wakil majalah Clicks (majalah fotografi Malaysia) menyatakan bahawa cara terbaik untuk mengambil gambar sebenarnya bergantung pada objektif gambar diambil. Jika gambar itu adalah untuk majalah atau periuk nasi, perlulah subjek ini dilaburkan masa dan wang terhadapnya. Alatan pun mestilah yang terbaik agar kualiti gambar memuaskan pelanggan. Jika sekadar mahu merekod anak tidur, lawatan sambil belajar dan kucing pada terjahan 45 darjah maka kamera comel point and shoot sudah memadai.

Muhasabah diri, objektif aku main kamera adalah untuk bercerita dan belajar akan seni itu. Kamera yang ada sekarang memadai agaknya. Kalau bagi kamera canggih pun mungkin lagi memalukan aku kerana kamera besar gambar tak cantik sebab aku tak habis belajar lagi. Hidup mesti belajar sepanjang hayat.

Acara yang paling aku suka adalah acara peserta bergilir-gilir berkongsi petua mengambil gambar. Kumpulan ini boleh jadi Learning Community jika acara ini dapat diperkembangkan. Ini yang aku pelajari hari perhimpunan Fotopages Malaysia:-

Seorang jurukamera menjadi lebih peka kepada kejadian Tuhan. Jurukamera peka dengan simbahan cahaya pada objek dan juga pembentukan awan di petang hari. Jurukamera menunggu riak air tenang bagi melihat bayangan dan menanti riak muka menjadi asli untuk kesan gambar yang punya jiwa. Terus klik dan klik. Latihan adalah perlu. Gambar boleh menceritakan dalam kehodohan juga ada kecantikan. Bunga lalang disapa mentari dan garis-garis kedut pada muka nenek adalah exquisite

Jurugambar menyedut cahaya untuk diukir melalui lensa terus ke mata belok ke otak. Otaklah yang memastikan samada gambar yang dihasilkan baik atau tidak. Itulah organ utama bagi penentuan kualiti. Seperti proses persetubuhan, otaklah organ utama bagi penentuan mutu malam. Alat kelamin bersaiz 10 megapixel tidak bermakna jika otak berkecamuk.

p.s.
Entry hari ini tidak berbaur lucah jika kalian berfikiran positif. Anggaplah ia pendidikan seks atau cebisan dari munakahat. Aku nak galakkan yang belum kahwin agar kahwin cepat. Selamat pengantin baru pada Rafi dan Fajar. Selamat bertunang kepada Abdul Majid Darsono. Semuanya berlaku di Melaka.

Lawatan Sambil Belajar

Perjalanan Aku Ke Kuala Lumpur
Orang-orang Lawa di gathering Fotopages
Lagi Orang-orang Lawa di gathering Fotopages
Lagi-Lagi Orang-orang Lawa di gathering Fotopages
Daun Sireh Zine

Wed.1.9.2004.|119171 | posted by harimauj at 13:21 | 1 Gigitan |


Rekacipta

Pemindahan Wang Via SMS
Aku ada barang nak jual kepada Amyz di Kuala Lumpur. Untuk pembayaran, Amyz kena pergi pejabat Pos untuk wang pos atau pergi bank untuk deposit atau guna sistem e-banking. Bukankah lebih mudah jika Amyz boleh pindahkan sahaja kredit prepaid dia ke prepaid aku. Tidak semua orang ada akses Internet, tapi hampir semua orang dewasa ada henpon.

Mesin Korelasi Berat dan Stem
Setiap kali aku nak pos surat, aku kena minta pakcik Pos timbang surat aku. Sampul aku agak berat kerana ada zine GT di dalamnya. Mengapa tidak ada kombinasi mesin vending untuk stem dan timbang. Letak sahaja sampul atas dacing, keluar harga stem. Masukkan syiling lalu keluar stem. Pakcik pos tidak perlu tengok muka aku lagi.

Tripod Stereng
Sejak tidak perlu membeli filem, pemilik-pemilik kamera digital ambil gambar sesuka hati banyaknya. Antara kegemaran mereka dan aku juga adalah ambil gambar dari dalam kereta. Dengan Slow Shutter, kita boleh rakam gambar kelajuan kabur. Masalahnya agak bahaya untuk ambil gambar pada kelajuan 110Kmj. Klik kamera sambil memandu lebih bahaya dari menggunakan henpon. Drive by shooting ini boleh dimudahkan jika ada tripod yang lekat pada stereng kereta.

Tutup Botol Elastik
Tutup botol gam aku pecah. Aku cuba ganti dengan tutup botol mineral water tapi longgar. Tutup botol syampu pulak tak muat. Sejenis penutup botol dari getah elastik mungkin boleh selesaikan masalah ini. Saiznya mungkin lebih kecil dari belon atau kondom. (Kondom untuk kucing?)

Kalau kalian adalah saintis atau jurutera, silalah buat barang-barang yang aku cadangkan ini. Kalau kalian bukan saintis atau jurutera sila nyatakan apa barang yang kalian mahu diciptakan.

LAWATAN SAMBIL BELAJAR
Things Google Knows About You

Fri.27.8.2004.|118554 | posted by harimauj at 11:52 | 7 Gigitan |


Menulis dan Membaca

Persetan dengan Kempen Membaca. Asyik-asyik kempen membaca. Kalau aku jadi Perdana Menteri, aku akan buat kempen menulis. (Sebab macam-macam idea mengarutlah aku bukan PM sekarang ini agaknya) Satu rakyat satu buku tidak mengira darjat. Maksud aku buku tulisan sendiri, bukan buku 555.

Barulah ilmu berkembang. Barulah bahasa Melayu itu gah dengan ilmu. Baik ilmu menoreh, ilmu menjoran, ilmu berdukun, ilmu buat bunga telur, mahu pun ilmu berzanji dan macam-macam ilmu lagi. Kalau tidak dicatatkan ilmu-ilmu orang kebanyakkan ini, harus lupus ditelan zaman suatu hari kelak. Ingat! Zaman tidak gendut kerana menelan ilmu tapi zaman akan sakit perut.

Jali* kata, "Kalau semua orang sibuk menulis, siapa pulak nak membaca? Baru buat GT dah nak kerek."

Aku tarik balik perkataan 'PERSETAN.' Okaylah, kira bagus jugalah ada kempen membaca tu tapi seiringkanlah dengan kempen menulis. Barulah seimbang. Contoh: Bapak aku pandai buat tempe tapi dia tidak tulis ilmunya maka suatu hari nanti tiada orang tahu buat tempe.

*Nota: Jali adalah orang halus yang tinggal kat loteng kepala aku.

...........

LAWATAN SAMBIL BELAJAR
Grafik Yang Memukau
Portfolio Tabas
Photo Hari Ini
Writing Tips from Stephen King

Thu.26.8.2004.|118445 | posted by harimauj at 17:37 | 0 Gigitan |


Fotopages Gathering

Aku bercadang untuk ke perhimpunan Fotopages Malaysia di Putrajaya 29 Ogos ini tetapi aku terasa sangat kerdil. Kawan-kawan Fotopages punya kamera SLR serta kemahiran fotografi tahap dewa. Kamera aku cuma kamera murah sahaja. Aku akan kelihatan seperti kancil dalam himpunan kereta-kereta Mercedez.

Opss, kau tidak ada kereta?! Motor pun tiada?! Aku tidak bermaksud menghina engkau. Maaf.

LAWATAN SAMBIL BELAJAR
Photo Menarik dalam Flickr
How-To Make 3-D photos

Wed.25.8.2004.|118199 | posted by harimauj at 11:15 | 5 Gigitan |


Gangguan Teksual masuk pasar


GT 1.0 harga RM5
Harga: RM5.00 + pos
Penyusun: Ghazali Bunari emel:harimauj(at)yahoo.com
Penulis: Geng Jurnal http://www.jurnal.biz
Foto Esei: The Making of Gangguan Teksual V 1.0 Beta
Web: Gangguan Teksual

......
Mogok Tamat: Belilah Gangguan Teksual

Apa aku buat masa mogok untuk hilangkan gian menulis?
1. Isi bukutamu orang lain dengan panjang lebar.
2. Tulis dalam forum geng jurnal dengan panjang lebar.
3. Siapkan GT.
4. Update fotopages aku.
5. SMS orang lain dengan panjang lebar.
6. Jadi pembaca setia blog orang lain.
7. Kira berapa orang yang ikut mogok dgn sebab tersendiri.
8. Jalan-jalan cari gambar

LAWATAN SAMBIL BELAJAR
Mari Ke Rumah Putih

Tue.24.8.2004.|118094 | posted by harimauj at 12:38 | 5 Gigitan |