HART'S WEBLOG
Lipatan catatan suka duka mengharung waktu. GUESTBOOK | GENG JURNAL
17:30 Cinta Anak Monyet
Melihat pada wajah dan senyum anak muda itu mengingatkan saya pada kenangan lebih 22 tahun yang lalu dan mengingatkan saya pada seorang sahabat yang telah pergi menemui Ilahi 9 tahun lalu. Dia adalah rakan sekelas saya semasa sekolah rendah. Dia juga merupakan orang yang bertanggungjawab mengenalkan saya kepada seronoknya ke sekolah untuk menemui seseorang dan belajar.
Percaya atau tidak seawal usia 11 tahun saya sudah tahu bercinta. Saya namakan ia sebagai cinta anak monyet. Dia adalah anak guru Kesihatan saya dan merupakan murid yang comel dan ‘handsome’ pada masa itu. Saya….. budak perempuan comot yang bertuah kerana dia memilih saya sebagai pasangan bercintanya. Kami berutus surat melalui sahabat baik saya Rahayu. Kasihan Ayu menjadi mangsa permainan cinta kami.
Saya dicemburui oleh rakan sekelas lain yang menaruh hati padanya manakala dia juga dicemburui oleh rakan sekelas lain yang meminati saya. Kami tidak peduli kerana dunia ini kami yang punya.
Pernah sekali sewaktu sekolah agama sebelah petang, 4 orang rakan sekelas kami bergaduh dan bertumbuk di belakang sekolah semata-mata kerana saya. Bila cikgu bertanya saya katakan saya tidak tahu apa-apa. Terasa bagai artis kegilaan ramai. Kalau nak diikutkan bukan tidak ada rakan lain yang lebih comel tetapi entahlah….buta mata agaknya.
Kami berkawan sehingga tingkatan satu. Kebetulan kami ditempatkan di kelas yang sama. Kalau dulu melalui Ayu, kini surat akan diletakkan di bawah meja. Pada pertengahan penggal sekolah tingkatan satu saya menerima surat darinya memutuskan hubungan kami. Alasannya kerana saya terlalu pandai untuknya. Sedih tetapi saya terima kerana di sekolah menegah saya menerima beberapa surat dari pelajar senior yang ingin berkenalan.
Semasa reunion kelas sekolah rendah, kami bertemu semula. Semasa itu saya menuntut di ITM manakala dia di IKM. Dia minta perhubungan kami disambung semula dan saya menolak dengan baik. Pertemuan terakhir kami adalah di majlis perkahwinan sepupunya yang juga rakan sekelas kami. Dia memandang dari jauh kerana waktu itu saya datang bersama tunang. Saya juga diberitahu dia juga telah bertunang.
Berita terakhir yang saya terima 8 tahun lalu dari seorang rakan menyatakan dia meninggal dunia kerana kemalangan jalanraya sebulan sebelum tarikh perkahwinannya. Saya hanya mengetahui berita ini selepas setahun pemergiannya. Al-Fatihah untuknya. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan digolongkan dengan orang-orang beriman.
Anak muda yang kami temui adalah adik kandung rakan saya itu. Kami bertemu semasa membuat tempahan khemah untuk majlis perkahwinan adik saya.
:: Sign & Read My Guestbook ::
8 registered comments
13:51 Pencuri
Hari ini saya bercadang untuk mengambil semua sampel-sampel Jabatan untuk dibawa ke pejabat baru. Terperanjat saya bila lihat semua sampel baju dan sports attire telah dikirai. Seingat saya sudah saya kemas dan seal setiap kotak dan beg.
Dalam pada berkemas saya minta seorang staff untuk lihat di atas siling (banyak siling terbuka). Sebahagian baju dan sports attire yang hilang dijumpai semula. Saya dapat agak siapa punya angkara. Budak-budak ni memang tidak serik walaupun ada sebahagiannya telah menjadi kes polis sedikit masa dulu. 3 tahun lalu mereka masuk ke stor utama dan mencuri banyak jersi dan tracksuit. Tahun lepas 2 rakan mereka dapat ditangkap kerana mencuri wang kutipan dan baju-baju display. Sekarang ini sampel saya pula menjadi mangsanya. Yang mengelikan hati apabila sampel but dan kasut jogging saya juga dikebasnya sedangkan setiap design dan saiz kasut adalah sebelah sahaja (sebelah kiri kaki kesemuanya).
Apa nak jadi dengan mereka ini. Kalau dilihat, pakaian training dan game diberi percuma. Kasut, sandal, bag dan juga stokin lengkap disediakan. Makan disediakan, elaun setiap bulan diberi. Lagi hendak mencuri.
Entahlah apa nak jadi dengan mereka. Semoga dewasa nanti mereka tidak menjadi pencuri betul dan berjaya dalam bidang sukan mereka.
:: Sign & Read My Guestbook ::
2 registered comments
17:14 Indahnya Dunia
Dia kata dia jatuh cinta pada saya.
Bukankah bercinta itu menyeronokkan?
:: Sign & Read My Guestbook ::
0 registered comments
17:32 Bentong Ke Wetland
Buahati saya seringkali memujuk saya supaya berduet bersamanya. Dan seringkali juga saya menolak dengan alasan suara saya tidak sedap seperti katak bentong. Gurauan beliau mengatakan saya adalah katak bentong yang cantik.
Dan kerana usikan tersebut maka benar-benarlah saya menjadi katak bentong di Wetland pada 12hb Jun tempohari. Nasib baik saya bukanlah si pemanggil hujan.
Sepanjang 3 tahun bersama GJ, walau apa aktiviti yang dijalankan, ianya tetap menyeronokkan.
:: Sign & Read My Guestbook ::
3 registered comments
17:47 Sakitnya Menanggung Rindu
Berdiri di depan pintu. Mangga. Salam di laung namun tidak bersambut. Sepi dan suram. Merenung ke dalam batu yang sudah lusuh catnya, mak sedang menghidangkan kami yang datang bertandang air teh manis buah dan keropok yang dibeli dari Mek. Kedatangan kami tentunya dapat menggembira dan meleraikan kesunyian yang mak alami tinggal bersendirian di rumah.
Suara Sarah memecah kenangan. Pilu hati. Salam masih tidak bersahut, pintu tertutup rapat. Pasti penghuninya tiada. Keluar. Dan yang paling pasti mak sudah tidak tinggal di situ malah mak sudah tiada di bumi nyata. Aku yatim piatu.
Lorong ini aku lalui setiap hari pergi dan balik sekolah, keluar dan masuk rumah. Riuh anak-anak berlari keluar lif. Rumah kecil ini aku lalui pahit maung meniti usia remaja. Ramai, walau sesak tapi kami adik beradik tetap membesar. Walau tidak mewah tetapi kami tetap merasai keenakan masakan mak. Walau kurang kemudahan pembelanjaran, tapi aku tetap mampu menghadiahkan kejayaan kepada mereka. Walau pahit namun kenangan itu tetap manis untuk dikenang.
Di sini ku temui kasih sejati dan di sini juga terlerainya kasih untuk selama-lamanya.
Al-Fatihah untuk mak. Kenangan menjalani kehidupan bersamamu tetap segar di ingatan. Aku rindu. Ampunkan dosa anakmu yang tidak terkira banyaknya.
(Ke Bukit Cagar pada 5hb Jun 2004. Tiba-tiba rindu menerpa, kenangan menjelma. Ingatan pada mak dan saat dia masa ada terus menguasai fikiranku sehinggalah malam itu aku menghadiahkan mak dengan bacaan al-Fatihah dan surah Yassin. Semoga mak tenang di sana).
:: Sign & Read My Guestbook ::
0 registered comments
14:29 Panjang Umurnya Serta Mulia
Tiada apa yang saya dan Sabrina inginkan kecuali kebahagian, kebaikan, kesejahteraan, kecemerlangan dan keselamatan dunia akhirat. Semoga hidup kami sekeluarga diberkati Allah sepanjang masa.
:: Sign & Read My Guestbook ::
4 registered comments
17:37 Umpama Anjing & Kucing
Anak saya yang berdua ini sering saja bercakaran bila bersama. Terkadang hanya dengan menjelir lidah saja boleh membuat ruang udara rumah saya dipenuhi dengan suara tangisan. Saya sedang mencari cara terbaik untuk membuat mereka lebih menghargai dan menyayangi satu sama lain.
:: Sign & Read My Guestbook ::
5 registered comments
15:33 Hari Terbuka
Semalam, seperti kebiasaan hari Isnin yang lepas-lepas, sekembali dari tempat kerja saya akan terus memasak bagi membolehkan saya mengambil Sarah di sekolah jam 6.30 petang. Walau bagaimanapun, saya sampai agak lewat semalam. Kira-kira jam 5.45 petang baru saya mula memasak. Sambil memasak sambil menjeling jam dinding. Siap 2 lauk jam menunjukkan angka 6.25 petang. Lauk terakhir saya akan sambung selepas mengambil Sarah nanti.
Singgah sebentar di rumah pengasuh untuk mengambil barang tinggalan Sarah. Tepat jam 6.32 saya sampai ke sekolah. Lewat. Perhimpunan sudahpun habis. Bila kaki mahu melangkah keluar kereta, saya lihat murid sekolah sudahpun keluar pagar dan saya nampak kelibat Sarah.
‘Kenapa mama tak turun’ rungut Sarah.
‘Mama baru je sampai, kakak dah keluar pagar. Lagipun mama nak dengar lagu Januari’ balas saya.
Setiba di rumah saya menyambung tugasan memasak yang tergendala tadi.
‘Hari Jumaat ni mama pergi mana?’
‘Pergi kerja la, apa lagi’.
‘Mama tak pergi sekolah kakak ke?’.
‘Nak buat apa?’
‘Cikgu suruh mama dengan papa pergi sekolah hari Jumaat ni. Cikgu nak jumpa. Itu lah mama tak dengar perhimpunan tadi'
‘Kan mama dah kata, mama terlambat. Cikgu ada bagi surat tak?’
‘Tu la mama, bila-bila kan mama boleh dengar lagu Januari. Lain kali mama kena dengar perhimpunan kat sekolah kakak tau’.
‘Cikgu buat perhimpunan untuk murid ke untuk ibu bapa?’
‘Untuk murid dan ibu bapa’. Saya sengih dan kemudian ketawa kecil. Sarah saya lihat tersengih-sengih.
‘Habis tu kalau murid naik bas pakcik Yasin, tak kan la ibu bapa dia nak datang sekolah dengar perhimpunan?’.
‘Kalau naik bas, pak cik Yasin la yang kena dengar’.
Ketawa saya semakin kuat. Sarah….Sarah….
Malam, saya periksa beg sekolah dan jumpa surat bertajuk ‘Hari Terbuka Ibu Bapa dan Guru’. Dan Sarah telahpun memberi amaran kepada kami untuk pergi berjumpa dengan gurunya hari Jumaat ini.
Saya terlepas menghadiri Hari Terbuka Taska Jati (Taska Sabrina) disebabkan surat jemputan tersebut di simpan oleh buahati saya sehingga dia terlupa. Nasib baik Sabrina masih mentah untuk memberi amaran kepada saya sebagaimana kakaknya.
:: Sign & Read My Guestbook ::
0 registered comments
13:19 Hari Ibu
2 hari lepas dalam perjalanan pulang dari sekolah Sarah bertanya saya:
'Mama bila hari ibu?'
'Dah lepas, kenapa?'
Sarah tersenyum.
'Nak bagi mama hadiah ke? Sarah bukannya ingat, adik sorang yang bagi mama kad.'
'Manalah Sarah tahu'.
Saya tidak salahkan Sarah malah tidak mengharapkan apa-apa darinya. Mengingati hari tersebut walaupun sudah terlewat bagi saya sudah memadai. Saya tahu anak-anak sayangkan saya.
:: Sign & Read My Guestbook ::
0 registered comments
14:34 Insaf
Malam tadi saya mimpi didatangi arwah mak lagi. Dalam mimpi saya lihat mak diluar rumah merenung jauh ke hadapan sementara saya di dalam rumah memerhati dan menjangka bila mak akan masuk. Akhirnya saya resah gelisah hingga ke pagi.
Sepanjang pemergian mak hampir setiap minggu mak mengunjungi saya. Mungkin mak mahu saya mengingatinya setiap waktu. Mak datang dan pergi tanpa sepatah kata. Dan bila jaga saya ingatkan diri saya bila-bila masa saja saya mungkin menyertai mak.
Mak! ampunkanlah dosa-dosa saya yang banyak itu…….
:: Sign & Read My Guestbook ::
0 registered comments
17:58 Lembaran Baru
Saya menulis jurnal untuk sekian kalinya. Macam tidak percaya tetapi terpanggil dengan seruan Nett.
Saya diberitahu bahawa saya 1st Lady GJ semalam. Saya tersenyum. Dalam hati terdetik juga 'hai! macamana mereka boleh undi suami saya'. Sebenarnya tidak berani saya hendak komen banyak berhubung hal ini kerana ianya terlalu awal walaupun tahu kewibawaan malah peribadinya luar dan dalam. Saya harap pilihan semua adalah tepat dan sesiapa yang mengundi tidak menyesal meletakkan diri di bawah kuku rimau yang satu ini.
Rasanya saya kena lebih bersedia untuk lepaskan dia ber'meeting' selalu. Bila ayam berkokok, saya tidak boleh turut sama berkokok. Mungkin ayam saya kena berdehem sahaja.
:: Sign & Read My Guestbook ::
0 registered comments
16:13 Menggulung Lidah
Pagi hampir berdebat dengan salah seorang staff tentang isu perletakan jawatan PM. Nasib baik rasional aku mengatasi emosi. Setelah berfikir pendek, maka aku mengambil langkah pendek untuk memendekkan perbualan. Aku suka ayat yang keluar dari mulut beliau ' akan datang, padan muka orang Melayu'. Dalam kepala berfikir, padan muka orang Melayu macam dia atau padan muka orang Melayu macam aku.
:: Sign & Read My Guestbook ::
1 registered comments
9:11 Weak Weekend
Hujung minggu demam. Cik abang tidak ada, ke UIA untuk sukan antara staf universiti. Sarah di serang sakit perut. Sabrina macam tahu mama dan kakak tidak sihat, tidak banyak kerenah.
Wish you were here.
:: Sign & Read My Guestbook ::
0 registered comments
14:59 The Thought That Count
MD aku baru balik dari Korea. Menurut beliau suasana World Cup di Korea tidak semeriah dan sesesak 4 tahun lepas di France. Suasana berjualbeli juga tidak semeriah sewaktu di France dulu. Bayangkan round neck shirt warna putih dijual dengan harga RM60.00 dan jersi RM400.00. Menurut boss aku tu, menangis dia kalau beli juga sebab diapun berniaga benda yang sama. Maka, tiadalah souvenir untuk kami dari Korea.
Bercerita tentang souviner aku teringat birthday aku semalam. Biasanya apa yang orang harapkan untuk hadiah harijadi? Kalau mencari hadiah untuk cik abang, kepala aku pening kerana pilihan terhad sebab budget aku biasanya tidak besar. Dan aku perlu cari something yang berbeza dan benda yang paling sesuai atau kalau tidakpun sesuatu yang diinginkan tetapi di dalam kemampuan aku. Dan aku rasa cik abang aku juga begitu. Walau mungkin budget dia besar tetapi mencari sesuatu yang sesuai atau mungkin keperluan aku agak sukar. Baju? Memandangkan ke tempat kerja memakai uniform maka baju raya setiap tahun jarang aku pakai. Kasut? Cukup. Tudung? Aku pakai yang aku suka. Barang kemas? Aku cemburu bila orang pakai nampak cantik tapi secara peribadi aku kurang selesa memakainya. Lain-lain? Aku perlu jam secara peribadi tetapi secara praktikalnya tidak sebab h/p aku ada masa, jam kereta ada, jam dinding kat rumah ada, di pejabat jam di komputer ada, jam punch card ada dan ramai staff yang pakai jam.
Memandangkan aku boleh dikategorikan dalam golongan yang praktikal maka semuanya cukup. Tiada yang kurang malah berlebih. Dan sebenarnya, hadiah paling istimewa dalam hidup aku adalah kasih sayang suami dan anak-anak yang tiada berkesudahan, kesabaran mereka menghadapi kerenah aku, kebahagian yang berpanjangan dan pengorbanan mereka kepada aku dalam apa jua keadaan. Semoga dapat aku rasakan semuanya sehingga akhir hayat aku.
Untuk semua yang mengucapkan selamat hari lahir pada aku, aku ucapkan terima kasih banyak. Ingatan semua cukup menggembirakan aku malah menyerikan hari semalam aku.
Muda Setahun Nampak
Cikgu : Kalau bintang lain tak patut ke? P-Nut : Kita memang wanita hebat. Selamat Harijadi hari ini. Rosram : Akak memang anak jati Johor. Anda dari sini juga ke? Di mana tu ek? Berapa umur akak? Muda lagi, kedut di muka masih boleh di padam. Salam. Address mana? Putri : Amin… Salam perkenalan. Net/Zaza : Amin, ya rabbal alamin. TQ. Nimmie : Seperti biasa, anak sweet sikit, mak sweet banyak. Salam jurnal juga untuk anda. Easy : Semoga tangan anda ringan selalu menyain gb sahabat lain. Ika : TQ, TQ, TQ, TQ……… Mie & ehem : Thanks for the present. Sarah berebut dengan Sabrina dalam bilik. Tok Rimau : TQ, I love U. K.Shila & Spyz : Tokpun kata akak macam Superwoman. Ye ke macam superwoman? Rudy : Tak sampai hati nak pow, Rudy. Kalau kopak pun siapa? Tok Rimau juga…laki akak juga. Siapa tak sayang suami dik oi. Pip : Hadiah apa ek aku dapat? Nak kena bagi tahu semua orang ke? Rahsia boleh tak?
:: Sign & Read My Guestbook ::
0 registered comments
12:41 Selamat Hari Lahir - Sabrina & Mama
Pagi itu seperti pagi-pagi lain. Aku bangun dengan memasang niat nak buat karipap untuk santapan pagi. Ringan tangan aku mengupas kentang. Tiba-tiba perut sakit. Masuk angin agaknya. Aku capai coklat dalam peti sejuk, makan untuk alas perut.
Inti siap, aku uli tepung pula. Sakit perut datang semula. Aku biarkan. Sibuk klim tepi karipap, perut sakit lagi. Eh! sakit perut pula pagi-pagi Ahad ni.
Masa hidang karipap sakit datang lagi. Kalau pagi tadi setengah jam sekali, sekarang dah kurang minit dia, 20 minit sekali. Lepas sarapan aku kemas rumah. Sakit perut semakin kerap dan aku asyik masuk bilik air untuk membazir air.
Jam 11.00 pagi sepatutnya kami sekeluarga keluar jalan-jalan dan cik abang janji nak calebrate birthday aku dengan makan pizza. Sakit perut menghalang dan cik abang sarankan aku ke hospital sahaja. Due date lagi 3 minggu, mana mungkin aku nak bersalin.
Aku mula catatkan sakit perut aku dalamasa 15 minit. Cik abang dah mula risau. Dalam kepala aku mungkin juga dah tiba masa.
Lepas Zuhur aku cuba baca Yasin. Baru ayat kedua perut aku dah tak boleh tahan lagi. Aku mengalah dan ajak cik abang ke hospital. ‘Kalau tak jadi bersalin, kita balik lah. Hospitalpun bukan la jauh sangat’. Jam 2 petang kami bertolak ke hospital.
Sampai di hospital aku letakkan dalam bilik pemeriksaan, sah dah buka 6 cm. Aku kemudian terus di sorong ke bilik bersalin. Cik abang sudah bersetuju untuk bersama aku mengharungi detik melahirkan anak kedua kami.
Nurse yang akan melayani aku bernama Fatimah. Orangnya cantik manis, sesuai dengan karier dia sebagai nurse. Dia memeriksa aku, membantu aku membuka mana yang patut dan memecahkan air mentuban aku. Selepas menyiapkan keperluan untuk aku, dia ke hadapan. Sebelum itu sempat dia berpesan ‘ kalau sakit tarik nafas guna alat tu’ sambil menunding jari pada alat bantuan pernafasan sebelah aku. ‘Kalau sakit rasa macam nak buang air, panggil saya’. Sakit perut menjadi-jadi. Aku menahan dengan mengepit kaki sambil membaca ayat mana yang patut. Sakit mendatang hingga tak mampu aku guna alat pernafasan di sebelah.
Aku memanggil nurse kerana aku rasa seperti mahu buang air. Nurse Fatimah datang sambil berkata ‘ awak tengok hartini, ada ke patut dia bagi saya baju ni, besar kan?’ ‘Eh! eh! aku sakit perut, nurse ni buat lawak pulak. ‘Awak jangan teran dulu’. Aku tak peduli, dah rasa nak keluar sangat, tak kan lah aku nak tahan. Nurse Fatimah nampak kelam kabut sikit sebab aku tak dengar arahan. Nada dia agak tinggi bila dia suruh aku turunkan punggung.
Bayi yang comel diletakkan di atas dada. Bahagianya rasa, hilang sakit. Sepanjang nurse menyudahkan tugasnya, aku khayal melihat dan membelek si kecil. Sehinggalah tamat semuanya dan sebelum meninggalkan bilik bersalin sempat nurse Fatimah meminta maaf pada aku dan melahirkan rasa terkilan yang cik abang tidak dapat bersama kerana Sarah tidak mahu berseorangan di luar. Mungkin bukan kali ini dan mungkin untuk kelahiran anak yang akan datang.
Petang di wad bersalin katil aku meriah dengan kedatangan Sarah yang gembira dengan adik baru, cik abang yang bersyukur dikurniakan seorang lagi cahayamata walaupun pada awalnya mengharap anak lelaki, mak dan abah yang baru tiba dari kenduri kahwin dari KL serta adik beradik yang lain.
Malam aku dikunjungi dengan jiran sebelah kanan yang baru sahaja masuk. ‘Apa rasanya bersalin ni ye kakak’. ‘Sedap’ jawab aku spontan, niat hati tidak mahu takutkan dia, maklumlah anak sulung.
Hari ini genap setahun peristiwa itu berlaku dan Sabrina dahpun pandai jalan, pandai memanjat dan pandai mengemas. Sabrina merupakan hadiah harijadi yang tidak ternilai bagi aku, tidak boleh dibandingkan dengan hadiah kereta dan table top dapur rumah yang pernah aku dapat.
Untuk Nur Sabrina, selamat ulangtahun kelahiran yang pertama. Semoga menjadi anak yang solehah. Selamat panjang umur dan murah rezeki. Doa mama, ayah dan kakak sentiasa mengiringi setiap langkah yang dihayun.
Untuk aku selamat hari tua. Walaupun umur meningkat tetapi bila lihat cermin pagi ini, muka berseri, nampak macam muda setahun.
Apa-apapun semoga semuanya selamat-selamat belaka dan semoga hidup kami sekeluarga dalam lindungan Tuhan.
:: Sign & Read My Guestbook ::
5 registered comments
14:21 Juita Meragam
Kereta aku buat pertama kalinya meragam pagi tadi. Aku nak cepat tetapi tanpa izin Allah maka perjalanan aku tetap lambat. Selepas diperiksa rupanya air bateri kering.
Aku akui kelemahan aku iaitu hanya pandai guna kereta tetapi soal penyelenggaraan aku serahkan bulat-bulat pada mekanik peribadi aku. Apa yang aku tahu hanya isi minyak, tengok air, pam tayar dan basuh kereta. Lain-lain aku fail.
Insyaallah aku akan belajar sedikit demi sedikit soal penyelenggaraan kereta. Kalau terjadi apa-apa di mana-mana sekurang-kurangnya aku tidak gelabah dan tahu tindakan yang patut dibuat. Padan muka aku hari ini.
Melayan Tetamu
Effa : Insyaallah kebahgiaan tetap milik anda suatu hari nanti. Cenderai : Makan free tentulah sedap. Selamat berkenalan. Demyna : Walaikumsalam, semoga anda menjadi pekerja yang baik. Salam perkenalan. Enmiya : Pernah tak anda rasa macam VIP bila orang memerlukan anda? Anyway, draf pertama paperwork tu dahpun siap. Ika : Meneka dalam kesamaran. Malu nak cakap takut salah je. Kerja apa yek? Spyz : Aku jeles ngan orang rumah hang, cuti sakan nampak.
:: Sign & Read My Guestbook ::
1 registered comments
16:58 Dalam Kenangan - Kampung Gagak Hitam
Perjalanan ke kampung mak aku yang memakan masa lebihkurang 1 setengah jam dari simpang Pontian kami mulakan jam 11.30 pagi. Kereta yang aku pandu terus membuntuti van abang aku. Aku hanya ditemani anak-anak kerana cik abang ke pejabat membuat kerja.
Kalau dulu hanya tanah merah sekarang sudah bertar. Aku menyusur jalan yang hanya muat untuk satu setengah kereta. Nasib baik hanya berselisih dengan satu van. Van tersebut mengalah dengan memberhentikan kenderaan dengan badan yang senget. Kiri kanan penuh semak. Rasanya aku tidak pernah lalu jalan ini.
Sampai di simpang 3, tertera papan tanda ‘Kampung Sg. Kluang Darat’. Sah kami dah sampai. Di sebelah kiri merupakan rumah arwah Nyai yang hanya tinggal tapak manakala di sebelah kiri rumah Nyai merupakan rumah yang akan kami kunjungi. Rumah kakak mak yang juga rumah pengantin.
Sesampai di sana, kami disambut oleh sedara mara yang memang aku kenal walau tidak rapat. Tiada orang datang merewang. Ini menghairankan aku. Daging masih merah berdarah, periuk kosong dan lainnya masih mentah. Aku tidak membuka mulut tetapi sepupu aku ringan bersuara. Rupanya budaya kampung ini pagi rewang orang perempuan, tengahari siap. Petang dan malam giliran orang lelaki. Memandangkan kami sampai jam 1.00 tengahari, maka hanya saudara mara sahaja yang tinggal. Teruknya aku hingga tidak tahu budaya kampung aku sendiri.
Satu lagi baiknya budaya kampung mak aku ini adalah sikap gotong royong hinggakan kenduri arwah bagai kenduri kahwin. Masing-masing turun padang, sama-sama merewang. Sekali kenduri sampai 18 – 20 hidang. Kalau di bandar 8 hidangpun dah kira banyak.
Kami dihidangkan dengan masakan yang cukup enak. 3 hidang untuk 1 kereta dan 1 van licin di sapu. Bayangkan asam pedas ikan pari, urap daun ubi, sayur nangka masak lemak dan ikan masin. Sepupu aku berseloroh, senang nak basuh pinggan. Kami hanya tersengih.
Kami balik petang itu juga kerana esok merupakan majlis pertunangan anak saudara aku. Aku agak terkilan kerana tidak dapat tinggal lama kerana ini merupakan peluang aku beramah mesra dan mengenali saudara mara aku yang lain. Aku tinggalkan mak di sana kerana memberi peluang dia berkumpul semula dengan adik beradiknya setelah ketiadaan kedua ibubapa. Akan aku kunjungi lagi kampung ini suati hari nanti. Itu janji aku.
:: Sign & Read My Guestbook ::
2 registered comments
14:01 Cauti
Mulai Sabtu hingga Isnin semua orang sedia maklum cuti. Dalam cuti-cuti ini MD ambil kesempatan minta aku duduk rumah diam-diam siapkan paperwork. Selasa depan siap, complete paper bersama P&L sekali. GM yang ada sebelah aku masa mengadap senyum je. Hampeh betul orang tua ni. Dan aku lagi hampeh, kenapalah aku tak cakap ‘tak boleh’. Nak tak nak kenalah aku perah otak masa cuti ni. Aku harap orang sebelah tak marah.
Sepanjang minggu aku settlekan outstanding order. Bila cuti panjang, aku risau sebab supplier stop production tapi customer jarang nak ambil kira working day dan cuti. Sekarang ni aku bukan saja tengah pening, silap hari bulan pitam, darah tinggi dan migraine.
Selamat bercuti 3 hari kepada semua kecuali aku.
:: Sign & Read My Guestbook ::
0 registered comments
14:18 Panas
Panas malam tadi menjadi topik hit pagi ini di pejabat. Memang tidak dinafikan malam tadi kami sekeluarga macam cacing. Aku tanggalkan baju Sabrina, Sarah aku suruh tanggalkan baju. Cik Abang tidak payah aku suruh memang sedia dengan baju kulit dan aku? Masih sopan dan pemalu lagi walaupun aku rasa macam nak tidur saja dalam bilik air.
Selain menggunakan alat penghawa dingin atau kipas atau apa-apa alat yang boleh menghilangkan rasa panas, aku menggunakan daya imiginasi iaitu dengan membayangkan aku sedang bersantai di air terjun, mandi manda – aduh nyamannya. Cuma malam tadi aku tidak sempat praktikkannya sebab kuasa mata aku lebih kuat dari daya imiginasi aku.
Bukankah ada tempat yang lebih panas dari panas yang aku alami malam tadi. Semoga aku bukan di kalangan orang yang akan menuju ke sana.
:: Sign & Read My Guestbook ::
0 registered comments
14:21 Makan Ubat Sayang
Doktor nasihatkan aku supaya jaga Sabrina betul-betul malam tadi sebab panas badan dia boleh tahan. Takut dia kena sawan kalau suhu naik lagi. Lepas balik klinik aku terus buka pakaian dan lap badan dia dengan air. Doktor beritahu jangan lap terus dengan airbatu takut dia menggigil sejuk. Aku tampal kool fever di dahi. Tidur dia tidak nyenyak kejap terjaga dan merenggek. Kasihan aku lihat anak kecil aku ini.
Mak letak air sejuk dan sedikit beras depan abah, minta abah bacakan ayat Quran. Sarah mengambil tempat di depan atuknya dengan pantas. Mulut dia turut terkumat-kamit. Abah ambil beras, diapun ikut sama. Suka hatilah kakak.
Jam 11.00 malam panas mula turun. Air doa yang abah buat masih belum aku gunakan untuk lapkan Sabrina. Menurut abah kalau panas naik lagi beri dia minum air tu.
‘Mama badan adik dah sejuk. Tadi kakak doakan adik’.
Tangan kecilnya ligat mengurut adik. Aku dan mak tersenyum. Alhamdulillah.
Cik abang aku call berkali-kali tetapi tetap suara perempuan yang jawab. Aku hantar SMS, at least dia tahu perkembangan Sabrina. Jam 11.15 malam aku terima SMS dari dia. Bunyinya seperti dia risau dan akhirnya aku call dia beritahu perkembangan semasa.
Hingga pagi tadi panas bertukar dedar sedikit. Dan tengahari tadi mak beritahu badan sudah ok. Dan aku harap dia baik betul. Risau aku bila anak-anak kena demam panas. Sarah yang kecil lagipun tahu risau nampaknya. Hari ini dia tidak mahu ke sekolah sebab nak jaga adik. Aku terharu dan aku benarkan dia melaksanakan tanggungjawab dia pada adiknya.
Semoga Sabrina cepat sembuh. Kalau boleh biar mereka semua sihat, aku sakit tidak mengapa.
:: Sign & Read My Guestbook ::
2 registered comments
13:32 Wish You Were Here
Aku dan anak-anak rindukan cik abang yang sekali lagi bertugas luar. Walau cuma di Desaru tetapi kami tidak akan bersua muka hingga hari Rabu. Sabrina demam, Sarah tidak mahu ke sekolah dan aku tidak cukup rehat.
Cepat lah Hari Rabu.
:: Sign & Read My Guestbook ::
1 registered comments
8:35 Sayang Semuanya
‘Sarah tolong picit kepala mama'
Pinta aku pada Sarah sebaik sahaja punggung aku berlabuh di kerusi selepas penat seharian bekerja.
Sarah datang menghampiri aku dan memicit-micit kepala aku dengan tangannya.
‘Uh….bestnya’
‘Kenapa mama cakap best’
‘Yalah sebab Sarah picit kepala mama, sakitpun hilang la’
‘Ooooo”
Entah kenapa kepala aku seharian berdenyut-denyut. Pagi tadi aku rasa badan melayang-layang. Mungkin sebab aku perjalanan jauh yang memakan setengah hari ditambah pula dengan sakit hati dan cuaca panas terik membuatkan semuanya ke kepala. Minggu ini sahaja 3 kali aku ulangalik ke Batu Pahat dan Yong Peng. Penat kerja luar tidak habis ditambah pula dengan kerja pejabat yang perlukan aku perah otak.
Aku diberi 2 surat yang tentunya kerja untuk aku selesaikan. Pertama write-up untuk Buku Laporan Tahunan dan keduanya Revise Budget untuk 2 syarikat. Due date dalamasa 3 hari. Kerja gila. MD mengharapkan aku sebab dulu semua benda tu aku yang buat.
Nak tak nak pagi-pagi buta jam 4.00 otak aku dah bekerja. Nasib baik sakit kepala malam tadi dah ok hasil picitan keramat Sarah. Walaupun cuma 20% hilang tetapi hati aku sejuk bila Sarah mahu melegakan kepala aku.
Melihatkan Sarah dan Sabrina ditambah pula dengan cik abang, penat kerja aku seharian dapat aku lupakan. Sejuk hati bila aku balik lihat Sarah buat kerja sekolah. Melihatkan Sabrina tersenyum dan ketawa hati aku girang dan melihat wajah tenang cik abang dengan kain pelikat selepas solat hati aku berbunga. Mereka merupakan sebahagian besar hidup aku dan mereka juga kegembiraan dan kesedihan aku. Tanpa mereka siapa la aku ini.
Melayan Tetamu
Ika : Tok memang mengalu-alukan akak berhenti kerja. Akak je yang degil tak tentu pasal. Belum masanya kot… Daun : Bila nak kahwin yek? Jangan tunggu lama-lama. P-Nut : Gomen tak nak akak nampaknya. Rasanya masa buat Bus. Development tak le setension Purchasing. Paling-palingpun marah ngan kertas. Enmiya : Tak senang ke jadi mak datin? Mungkin jugak…asyik cuak je suami pergi mana, ye tak? Appointment jam 11.00, jam tunjuk angka 11.30 maka tidak boleh berhentikan kereta. Nak tahu kerja gomen best tak tanya Tok. Orang Kampung : Doakan saya moga dikurniakan kesabaran yang berpanjangan.
:: Sign & Read My Guestbook ::
0 registered comments
16:13 Airmata Yang Berderai.......
Sekali lagi untuk setelah sekian lama, airmata aku berderai. Tidak mampu aku menahannya maka dalam perjalanan menemui supplier aku menangis sepuas-puasnya dalam kereta sambil melepaskan geram dengan memandu laju. Nasib baik aku mampu mengawal stereng kereta. Kalau tidak mahu kereta aku macam tin kemek sebagaimana mimpi aku malam tadi.
Apa yang berbuku dari semalam hingga ke hari ini aku lepaskan. Aku nampak gagah di luar tetapi kecil di dalam. Aku akui apa yang arwah bapa aku dan bidan Kampung Parit Haji Adnan katakan ‘Kesian budak ni, hati dia kecik’.
Jadual perjalanan aku ke Batu Pahat sudah aku setkan, jam 10.00 pagi. Aku mesti balik sebelum jam 6.00 petang kerana Sarah mesti diambil dari sekolah waktu itu. Designer telah aku ingatkan, begitu juga budak Marketing dan Kewangan. Aku tunggu filem untuk tracksuit yang ‘urgent’ dan design polo shirt tetapi hingga jam 12.00 tengahari tidak ada. Akauntan bila aku remind cek supplier dan duit tol, buat tak dengar je.
Lepas 3 kali aku beritahu tak jalan juga last sekali aku ulang dengan nada yang keras ‘ saya nak ke Batu Pahat, mana ceknya?’ Baru nak bergerak. Ringan je tangan aku kalau dia ni kucing. Nasib baik isteri orang.
Designer letak filem dan visual atas meja aku jam 12.50 tengahari. Kalau dia bola, dah lama aku golkan dia. Aku sibuk nak cepat dia ada pulak makan pagi satu jam, baca paper setengah jam. Lepas hantar benda yang aku nak, terus blah pergi makan walhal belum jam 1.00 tengahari pun. Petang ni sure punya jam 4.30 dia hidupkan enjin kereta dan terus balik. Ada juga orang macam ni kat dunia ye.
Jam 1.00 aku ambil Sarah dari sekolah (takut tak sempat ambil petang). Lepas hantar kereta di rumah, jam 2.30 petang aku bertolak dari Senai ke Batu Pahat. Sarah aku angkut sekali (tak sempat hantar rumah mak). Dari pagi aku tak menjamah makanan dan aku lupa nak minum air. Aku bawa biskut yang aku beli malam tadi untuk bekal Sarah. Aku makan sikit untuk alas perut. Kasihan perut aku.
Jam 8.00 malam baru aku sampai rumah dan jam 9.00 malam baru aku jumpa Sabrina. Kasihan, dengan tak berbaju (panas), tangan menggaru kepala (mengantuk). Dia langsung tak senyum, marah agaknya. Mana taknya, pagi jam 7.00 aku keluar, malam baru balik, tak sampai 2 jam kepala dah kat bantal. Mama minta maaf banyak-banyak ye nak.
Aku tidak tahu tindakan pantas aku pada setiap tempahan yang diterima ini adakah betul, berbaloi atau kurang bijak. Kesungguhan aku memenuhi tempahan di samping cuba ber ‘negotiate’ sebaik mungkin ini orang lain tahu atau tidak aku tidak pasti. Yang pastinya aku cuba yang terbaik dan mana termampu. Kalau aku boleh cepat kenapa orang lain tidak? Kalau aku boleh mendahulukan mana yang lebih utama kenapa orang lain tidak? Susah berurusan dengan orang yang tidak peka tetapi pekak ni.
Kalau macam ni la, memang tak salah aku boleh sakit jantung sedikit masa lagi. Semoga Allah mengurniakan kesabaran yang lebih pada aku setiap hari.
Melayan Tetamu
Jigo : Akan akak ceritakan pada semua bilamasa GJ datang beronggeng lagi, Insyallah. Akak lebih prefer Tok tulis kerana dia lebih suka tulisannya jadi kari. Spyz: Akak nak tanya sayang suami nak diapakan? Dicarikan isteri baru ke? Nak cadang kat K.Shila supaya beli baju warna florescence, biar berpinar mata Tok Kadi. P-Nut : Memang bertuah para suami dapat isteri macam kita. Akak tak sempat nak mengada bila sakit. Anak-anak tak nak ayah, nak mama dia juga. Sabrina dapat adik? ‘Mana mungkin terjadi……sekarang’. Ika : Cadangan di terima. Spyz bangkang nampak……. Pok Neng: Bagi pihak Tok ‘betul PN’. Beringat sebelum terjadi la PN, takut dalam diam berisi. Amy : 2 hari memendam rasa. Maka hasilnya entry hari ini yang hanya mampu 50% sahaja ditulis dalam perkataan. Kaezrin : Sekarang buat apa? Hati Emas : Maaf kerana belum berkesempatan bertandang. Pasal buku don’t worry akan akak publishkan dalam jernel ni. Semua orang dapat ilmu free. Enmiya : Rasa macam nak berhenti kerja duduk rumah sahaja. Rasanya akak lebih sesuai jadi mak datin, kurang pressure cuma kena jaga anak dan tapak kaki suami sahaja. Boleh gitu….
:: Sign & Read My Guestbook ::
1 registered comments
13:08 Butang Baju Abang Mana Da.......
‘Baju mana yang nak bawa bang?. Baju kerja berapa helai?
Soal aku semasa mahu menyiapkan kelengkapan cik abang selama dia bekerja luar sepanjang minggu.
‘Baju kerja 3 pasang. Bawakan sekali baju batik sebab ada dinner dan baju Melayu lengkap dengan samping sekali’.
Dari lirikan mata aku nampak senyuman terukir di bibir sambil mata memandang tepat pada kaca TV. Aku buat-buat tidak mendengar ayat terakhir dan buat-buat tak nampak senyumannya.
Aku hadiahkan cubit (opps… cubit sayang tu, jangan marah ehhhh) sebaik sahaja senyumannya semakin melebar dan disambut pula dengan ketawa kecil. Aku sambung ketawa tersebut.
‘’Saja le tu nak kenakan orang’.
Dalam hati aku terdetik, lain kali aku akan proposed baju Melayu warna terang (merah ke, oren ke atau kuning keramat). Just in case nak buat macam filem P.Ramlee senang aku nak cam. Boleh gitu?……..
Selama 4 hari (sehingga hari Khamis) aku diamanahkan untuk menjaga kedua-dua orang anak kami sepenuhnya kerana cik abang menghadiri seminar di Seremban. Rumah kami terasa kehilangan. Bagi mengelakkan rasa sedih dan rindu dendam teramat sangat, aku mengambil langkah tidur di rumah mak. Sekurang-kurangnya ramai orang dan kurang kelam kabut aku menghantar seorang ke sekolah dan seorang lagi ke Kulai.
Untuk cik abang, Sarah dan Sabrina rindukan ayah dan mama rindukan abang. Ingat kami selalu.
:: Sign & Read My Guestbook ::
3 registered comments
15:04 Buku Ilmu
Aku diminta untuk membukukan ilmu pakaian supaya memudahkan malah memanfaatkan bukan sahaja aku, tetapi orang lain juga. Sebenarnya aku dan DD memang terfikir untuk membuatnya sebagaimana aku bercadang membukukan perjalanan hidup aku untuk pengetahuan anak dan cucu cicit aku kelak. Masa tidak mengizinkan otak aku berfungsi sepenuhnya kerana sesak dengan macam-macam benda.
Aku telah dikategorikan oleh rakan sepejabat sebagai pengidap sindrom. Fungsi otak yang berlebihan dan terlalu baik menyebabkan aku lebih advance dari orang lain. Rutin harian mengajar aku melupakan perkara yang remeh temeh. Walaupun mereka kata aku diserang sindrom lupa atau kadang-kadang nyanyuk (kerana faktor usia yang semakin hari semakin meningkat), namun hanya 30% sahaja aku mengakuinya kerana terlalu banyak arahan menjadikan aku begitu sebenarnya. Gurauan mereka aku terima kerana aku juga ada pengikut.
Berbalik pada soal buku pakaian, aku sedang menyusun table of content sekarang. Mana nak didahulukan dan mana yang patut dikemudiankan. Sebahagiannya aku ada, cuma kena polish dan susun semula. Dan aku harap bila siap nanti ia akan memberi ilmu yang berguna kepada semua yang membaca kerana kebanyakan ilmu pakaian jenis ini hanya dikuasai oleh kaum Cina sahaja. Aku bertuah kerana berpeluang mempelajarinya malah aku diberi peluang untuk mendalaminya. Insyaallah akan aku ambil sepenuhnya peluang keemasan ini.
Melayan Tetamu
Hati Emas : Salam Mukeh : Copy..paste ke tu? Rizal : Dah tukar cerita hari ini. Ika : 4 hari kerja luar, penat. Kalau nak tarik, akak izinkan tarik baju, yang lain tunggu akak marah dulu. Macam cerita 3 Abdul tu. Napang : Tak sempat nak update, bz. Amy : Kurang tapak tangan..... Sudikanlah bertandang dan bermalam lagi. Maaf atas kekurangan semasa beronggeng ke Senai tempohari. Dr Max : Mungkin saya biased bagi pihak kawan saya. Apa yang berlaku sudah ketentuan Allah. Toksik : Semoga ayah anda cepat sembuh sepenuhnya. Enmiya : Tok o/station next week, akak tunggu rindu dendam dia. Bart : Amin, Alfatihah untuk ayah anda juga. Salam. Cikgu : Agak-agak ada tokoh ke akak ni? Takut naya anak orang akak kerjakan.
:: Sign & Read My Guestbook ::
2 registered comments
15:06 Pergi Tak Kembali II
Menerima berita kematian anak bukan saja merentap naluri keibuan aku malah cik abang juga begitu. Jalan sebenar cerita aku khabarkan padanya. Dengan penuh keinsafan dia memeluk Sabrina lalu dicium pipi kiri dan kanan. Tidak sanggup rasanya kehilangan anak. Apa yang berlaku pada sahabat akan kami jadikan pengajaran dan iktibar untuk kami menghadapi kemungkinan pada masa hadapan.
Aku pernah kehilangan orang tersayang yang juga merupakan ketua keluarga kami. Arwah bapa pergi selepas 4 bulan aku mendirikan rumahtangga. Dia pergi tanpa pesan dan tanpa seorang anggota keluarga di sisi.
Seminggu sebelum meninggal, aku membawanya ke hospital kerana dia mengadu sakit dada dan sukar bernafas. Setiba di wad kecemasan, doktor yang memeriksa mengatakan tiada apa-apa. Aku kebinggungan. Keesokan harinya juga begitu. Selang dua hari kami ke hospital semula, tetapi benda yang sama diucapkan oleh doktor. Aku mula mengesyaki sesuatu. Arwah pernah mengatakan pada aku bahawa rakannya yang telah kembali ke rahmatullah sedang melambai-lambai padanya. Pujuk aku jangan fikir yang bukan-bukan.
Malam itu aku bersama suami membawa arwah ke klinik. Menurut doktor penyakit arwah kronik. Sudah aku duga sejak kehadiran kami di wad kecemasan ditolak mentah-mentah. Tiada harapan untuk sembuh.
Pagi itu aku singgah ke rumah mak dan memberi pesanan supaya makan ubat. Sebelum pulang aku berjanji petang atau malam aku akan singgah lagi. Menurut arwah, rakan-rakannya sedang melambai-lambai. Aku menenangkannya dan memintanya sekali lagi, jangan fikir yang bukan-bukan.
Petang itu juga aku menerima panggilan mengatakan bapa aku sudah tiada. Pergi meninggalkan mak dan kami sekeluarga. Tiada kata yang boleh aku ucapkan. Kepala aku bagai di awang-awangan. Aku tidak mampu untuk berfikir. Aku kebinggungan dan tidak tahu apa yang perlu aku lakukan.
Sepanjang malam aku berjaga di sisi arwah sambil membaca surah Yassin. Setiap kali orang datang dan menyelak kain penutup maka setiap kali itulah airmata aku berderai.
Aku dimarah kerana tidak memaklumkan kepada semua adik beradik bahawa arwah sakit. Memang salah aku kerana terlalu menurut pesanan arwah yang tidak mahu menyusahkan anak-anak. Salah aku kerana tidak menjaganya dengan baik. Salah aku kerana tidak berada di sisinya semasa dia sedang bergelut dengan sakratulmaut.
Kini sudah lebih lapan tahun arwah pergi meninggalkan kami. Namun begitu wajahnya masih jelas di ruang mata. Senyumnya, marahnya, tenangnya, jalannya dan segalanya masih boleh aku bayangkan. Semoga Tuhan mencucuri rahmat ke atas rohnya dan semoga arwah diletakkan bersama orang-orang yang beriman. Al-Fatehah.
Bersama Tetamu
Ika : Perlu difikirkan untuk menambah bilangan staff di hospital dan memberi service terbaik. Seorang sahabat memberitahu kadar keguguran tertinggi adalah di kalangan nurse kerana stress. Toksik : Design lain ada. Insyaallah saya kirimkan katalog. Enmiya : Kena tanya Tok tentang rindu-dendam meninggalkan isteri. Napang : Akak juga ‘speechless’. P-Nut : Dapat akak bayangkan bagaimana kehilangan anak sekaligus. Kalau akak mungkin juga begitu. Kaezrin : Naluri kewanitaan dan keibuan akak juga tersentuh. Airmata kami juga bergenang semasa beliau menceritakan perkara sebenar. Easy : Seperti anda, jika berlaku pada kami, tidak teragak-agak akan kami saman. Nak lompat sikit, yahoo! Cik Easy glamer sign gb aku (ceh! aku menambah keegoannya). Banchee : Waalaikumsalam. Lama tak dengar berita? Semalam check tak update lagi. Tak kan merajuk kot? Blueshade : Bukan ke anda pernah singgah sini dulu.
:: Sign & Read My Guestbook ::
1 registered comments
15:57 Pergi Tak Kembali
Kematian anak yang dinanti oleh seorang sahabat sungguh memilukan aku. Tidak menyangka tetapi itulah suratan dan ketentuan Ilahi.
Kami sepejabat mengutip derma kilat dan menghabiskan masa rehat tengahari untuk berziarah. Rumah beliau yang sepatutnya meriah dengan tangisan bayi tampak agak suram ditambah lagi dengan cuaca yang juga suram.
Cerita sebenar aku dengar. Naluri keibuan aku melonjak marah tetapi aku redakan sebagaimana dia sekeluarga redha dengan apa yang berlaku.
Tarikh sebenar bersalin telah 5 hari berlalu. Sebagaimana temujanji yang telah ditetapkan beliau membuat rawatan susulan. Doktor memberi tempoh lagi 5 hari. Kelewatan yang normal. Kepala sering pening lalu beliau ke klinik swasta untuk pemeriksaan. Darah tinggi menyerang dan beliau diminta ke hospital. Malam yang mencengkam ditambah dengan sakit yang berkurangan beliau membatalkan niat ke hospital segera.
Pagi tiba dengan denyutan di kepala. Anak di dalam perut kurang bergerak. Keputusan ke hospital yang terbatal semalam ditunaikan. Sesampai di hospital, khabar diberi dan pemeriksaan jantung bayi dibuat. Walau tidak cantik gerakannya tetapi tindakan segera tidak dilakukan.
Ke bilik saringan bersalin, pemeriksaan lanjut tidak dilakukan. Jururawat diberitahu ‘bayi saya kurang bergerak’. Tindakan tidak juga diambil. Selepas pemeriksaan petang, beliau dimarah kerana tidak mengkhabarkan keadaan pergerakan anak di perut. Keliru, bukankah telah diberitahu tadi?
Scan dibuat, anak beliau telah menemui Ilahi. Tiada apa yang boleh diucapkan. Beliau dikhabarkan lagi ‘mungkin anak awak telah lama meninggal kerana kulitnya berkedut’.
Atas desakan naluri keibuan, beliau meminta jasabaik untuk keluar dari hospital awal untuk melihat upacara pengkebumian anak. Kulit bayi segar tanpa kedutan dan wajahnya seperti orang tidur. Airmata mak, abah dan kakak terhambur keluar. ‘Kenapa orang tanam adik Wani’ si kakak bersuara.
Salah siapakah ini? Yang pastinya itulah ketentuan Ilahi. Dari Dia kita datang, kepada Dia juga kita kembali. Al-Fatihah untuk anak Pn. Zalena Husin.
Melayan Tetamu
Dezie : Tok Rimau bukan setakat mengaum, malah mengasah kukunya. Toksik : Sabarku tahap maksima. Perlukah aku mengajar dia memahami bahasa orang lain. Amy : Dia bukan menikam tetapi membalas dendam kerana cinta tak kesampaian. Macam budak-budak. Sarah jawab kirim salam saja ke, coklat tak ada? Cindy : Darjah PHD Melayu terlalu tinggi. Cikgu : Waalaikumsalam. Hal hari itu jadi, dapat greenlight. Cikgu sibuk Ke? Dunter : Selangor vs Trengganu, rasanya game yang bagus. Bola itu bulat, kalah menang adat permainan. Enmiya : Tiada maaf bagi dia. Dah ingat mana letak buku? Kaezrin : Office ni hangat dengan suara orang marah dan membebel. Toksik : Maaf tak kirim Cik Easy. Katalog kat office, stok baju yang dikata memang dah tak ada.
:: Sign & Read My Guestbook ::
0 registered comments
12:38 Dendam Kesumat
'I kat hospital, isteri I kena tahan’.
Begitulah bunyi SMS yang aku terima jam 22:40 pm dan aku hanya membacanya pada jam 2.00 am. Dalam hati peduli apa isteri kau nak masuk hospital ke, nak kena tahan ke, nak apa-apa ke. Tiada kena mengena dengan aku.
H/p aku berbunyi bilamana aku sedang bersiap hendak ke tempat kerja pagi tadi. Melihatkan nombor aku teragak-agak nak jawab. Tetapi entah macamana aku jawab juga.
‘You, sorry ye pasal malam tadi’
Dia bercakap pasal SMS yang dia hantar malam tadi.
‘Tak apa’
Dalam hati ‘kau call salah orang la beb’. Dia beritahu apa yang berlaku pada isteri dia. Aku hanya meng’emm’kan dia. Jahat suara hati aku hari ini, ‘padan muka kau dan isteri kau’.
Hingga sekarang aku masih tidak faham pada orang yang kebal/bebal ini. Berapa kali aku beritahu jangan ganggu hidup aku.
Tiada belas kasihan pada dia sebab dia merupakan antara penyebab aku rasa tidak tenang kerja di sini. Cerita mulut dia dan isteri yang macam tempayan besar serta surat layang dari isterinya yang menuduh aku macam-macam membuatkan aku berdendam dengan dia sekeluarga seumur hidup. Aku tidak akan maafkan atas apa yang dia telah lakukan pada aku.
Kalau aku masih simpan catatan dari dia yang macam budak tingkatan satu baru nak bercinta tu lagi, mahu aku sebarkan satu pejabat biar orang tahu siapa sebenarnya dia. Tetapi nampaknya aku bukan dari jenis yang suka memalukan atau menjatuhkan airmuka orang, maka aku diamkan sahaja. Aku buang catatan tersebut. Nak termuntah aku membacanya. Semoga Tuhan sahaja yang membalas segalanya.
Sejenak Bersama Tetamu
Dezie :Mood hari ini berbunga-bunga. Boss cuti, kami di pejabat main mercun. P-Nut : Orait, kita sambut sama-sama. Sabrinapun nak join sama ni. Toksik : Jaket yang ada bulan bintang tu merupakan stok lama, yang tinggal sampel je. Beli yang lain la. Nanti saya tunjuk katalog. Soal bayaran bisa diatur, yang penting bayar. Daun : Akak jual sports apparel. Jangan takut Toksik beli 2 ni. Ok ke jadi agen insuran ni, cam tak yakin gitu. Ika : Setahu akak dia rabun jauh, cuak ni.... Enmiya : Cepat letak, tak sabar ni nak berjiwang. Lala : Ok, sponsor le sekali hadiah.
:: Sign & Read My Guestbook ::
2 registered comments
|