Hari Yang Dinanti - Sarah
‘Esok awak datang lagi buat check up. Tapi malam ini awak kena puasa sebab esok nak ambil darah.’ Pesan nurse pada aku. Oleh kerana berat badan aku naik 4 kilo dalamasa 2 minggu jadi inilah beban yang aku kena buat. Pergi checkup berkali-kali. 9 bulan dulu berat aku cuma 52kg tapi sekarang dah naik sampai 80kg. Kalau tengok kaki aku, mak oi macam kaki gajah, bengkak. Malam itu selepas jam 7.00 aku tidak makan dan minum. Jam 2.00 pagi perut aku terasa sakit. Aku berulang-ulang ke bilik air tetapi sakitnya tidak juga reda. Kejap ada, kejap senyap, kemudian datang lagi. Mulanya selang 10 minit kemudian semakin kerap. Mungkin sebab tak makan malam agaknya, angin masuk dalam perut. Cik abang di sebelah sedap dibuai lena, aku macam cacing kepanasan. Jam 4.00 pagi aku tak boleh tahan lagi, aku kejut cik abang. ‘Bang, sakit perut ni’ Dia mengelabah, ‘Dah nak ke hospital ke?. Nanti abang kejut mak’. 'Entah la, masuk angin agaknya. Tapi sakit lain macam je ni.' Pintu mak diketuk sambil meneriak. Seminit kemudian mak keluar dan melihatkan keadaan aku, mereka bersiap untuk ke hospital. Semua barang yang perlu di bawa sudah kami standby kan di bonet kereta. Di dalam kereta puting beliung di dalam perut semakin hebat. Aku menahan kesakitan sambil membaca apa-apa doa yang patut. Sesampai di hospital (lebihkurang jam 5.00 pagi) aku terus di bawa ke bilik pemeriksaan. Nurse memberitahu jalan sudah terbuka 6 cm. Melihatkan rekod kad merah dan recommendation letter, aku diarah untuk ke bangunan hadapan. Ditempatkan di bilik menunggu, sakit di perut semakin menjadi. Aku terasa seperti mahu buang air. Lalu nurse ku beritahu. ‘Betul ke awak nak buang air?. Jangan meneran’. Aku nak buang air kecil la, tak kan la nak lepaskan atas katil ni, detik hati aku. Seminit kemudian aku keluar bilik air. Nurse tersebut perhatikan, takut perut aku hilang agaknya. Alat dipasang di perut. Bila perut aku terasa sakit, alat tersebut akan berbunyi dengan kuat seperti denyutan nadi. Jika tidak, ia senyap sahaja. ‘Kalau sakit sedut nafas guna alat ini’ Nurse memberi arahan sambil menunding jari ke penyedut nafas yang terletak di sebelah katil. Tidak lama kemudian seorang doktor lelaki muda menghampiri aku dan terus memeriksa perutku. Melihatkan keadaan dan bising dari katil sebelah menyebelah, dia pun berbunyi. ‘Awak tak sakit ke? Senyap je’. Diselaknya kain aku lalu diseluk dan dipecahkan air mentuban. Kesakitan di perut semakin hebat. Kepala katil ku pegang dan bila sakitnya datang rasa boleh ku cabut besi-besi itu. Walau sakit tapi mulut aku tetap tidak berbunyi, dalam hati membaca doa-doa yang boleh memudahkan urusan ini. Air memenuhi katil, baju yang aku pakai basah kuyup. Keadaan basah tidak dapat mengatasi kesakitan yang aku tanggung sekarang. Sukar untuk aku gambarkan. Hanya mereka yang merasa sahaja tahu bagaimana sakitnya. Kalau sakit perut itu sakit maka sakit yang aku hadapi ini lebih dari itu. Lebihkurang jam 7.40 pagi seorang nurse datang memeriksa bukaan jalan, dan aku disorong ke dalam bilik bersalin. Lebihkurang 6 orang nurse sedia menunggu. 2 orang staff nurse dan 4 orang pelatih. Seorang nurse yang baik hati mengajar aku cara-cara yang betul untuk meneran. ‘Kalau rasa sakit awak teran, kalau tidak awak berhenti. Jangan angkat punggung ya’. Aku patuh dan ikut segala arahannya. 3 kali meneran dan tepat 8.03 pagi, aku bergelar ibu dan dikurniakan seorang bayi perempuan comel seberat 3.03kg. Kami sepakat menamakan anak pertama kami NUR SARAH. Selepas selamat melahirkan, aku diserang darah tinggi. Dada aku berdebar tambahan lagi bila mendengar pesakit di sebelah dimarahi nurse kerana tidak patuh arahan (mengangkat punggung semasa bersalin) dan di bilik sebelah seorang ibu India melolong kesakitan. Aku hanya dibenarkan keluar dari bilik bersalin pada jam 1.00 tengahari dan waktu itu baru aku dapat melihat dan membelek anak. Aku ditahan di hospital selama 5 hari. Menurut doktor aku perlu rehat, tenangkan hati dan takut terjadi benda yang tidak diingini (lupa ingatan kerana darah aku naik hingga 180). Syukur selepas itu, semuanya berjalan dengan baik. Hingga sekarang aku tidak dapat lupa pengalaman melahirkan anak walaupun aku lupa bagaimana sakitnya melahirkan. Melihatkan wajah anak semua sakit yang ditanggung hilang. Untuk NUR SARAH, Selamat Hari Lahir yang ke – 5 hari ini (20hb Mac 1997). Semoga menjadi anak yang solehah, anak yang taat kepada ibubapa dan hamba yang beriman kepada Allah. Mama doakan semoga dikurniakan kebahagian, kesejahteraan, kecemerlangan, kebaikan dan keselamatan di dunia dan akhirat.
saya juga telah merasa sakit dan peritnya bersalin anak pertama, rasanya sekarang ni saya tak mahu lagi mengandung.fobia bersalin masih menghantui diri saya.mana taknya,terlalu banyak cabaran dari mengandung hinggalah bersalin.saya berkhawin pada tahun 1998, ketika itu umur saya 20thn.selepas 4thn berkhawin barulah saya disahkan mengandung.kami terlalu gembira lebih- lebih lagi suami saya.diawal kehamilan memang saya tidak menghadapi sebarang masaalah.syukurlah saya tidak menerima sebarang alahan jika nak dibandingkan dengan teman saya yang ketika itu juga hamil anak kedua.tetapi apabila kandungan mencecah 7bulan saya mengidapi tekanan darah tinggi.saya telah dimasukan ke wad hospital Ipoh.selepas berehat dua hari saya di benarkan pulang .tapi tak sampai seminggu saya dimasukan ke wad semula kerana perkara yang sama. tetapi ketika itu keadaan saya lagi teruk, badan-badan saya dengan ketaranya membengkak sehingga jari saya tidak boleh gemgam.ini adalah terjadi kerana air kencing saya dijangkiti kuman [kencing kotor] memang tika itu saya sukar untuk kencing.tapi selepas terima rawatan diwad selama 5hari,saya dibenarkan pulang dengan syarat selang sehari saya kena kehospital untuk terima rawatan.genap seminggu berulang alik kehopital,doktor arahkan saya masuk balik ke wad.dengan ringkas doktor menerangkan bahawa saya akan dipaksa beranak tanpa menunggu kandungan cukup bulan.di hati saya ucap syukur kerana pada pemikiran saya yang saya"dah larat nak ulang alik kehospital lagi dah".tapi tak semudah itu yang saya sangka kan.di wad saya diberitahu oleh doktor, lagi tiga hari baru saya akan beranak secara yang disyorkan oleh doktor.dalam tempoh tiga hari itu,setiap pagi dan petang saya akan"diseluk"oleh doktor untuk besarkan laluan.tika proses seluk menyeluk itu dilakukan,memang amat menyakitkan,tapi untuk anak yang bakal dilahirkan saya tabahkan juga hati. hari yang dinantikan pun tiba,pada tanggal 21 september 2002, pukul 4 pagi saya dikejutkan dari tidur oleh nurse,dan saya pun dibawa ke dewan bersalin.apabila sampai kedewan bersalin kedengarann bunyi bayi menanggis apa lagi suara ibu-ibu yang mahu bersalin naik kecut perut saya tika itu.disitu saya dimasukan sejenis ubat{melalui kemaluan}bagi merangsang pembukaan laluan.selepas 1jam iaitu pukul 5.30pagi laluan telah terbuka 4cm. tertuban saya dipecahkan dan air mula dimasukan melalui tangan kiri saya dan ditangan kanan pula terikat dengan mesin pam tekanan darah, setiap 5 minit darah akan dipam secara automatik.sakit mula terasa dari sikit jadi kuat,dari sejam ke dua jam kemudian ketiga jam air sudah bertukar botol kedua,sakit jangan dicakap tapi anak belum lagi ada tanda tanda nak keluar.pagi sudah tukar ke tengah hari,tengah hari sudah masuk ke alam petang.aduh...sakitnya jangan dicakap tenaga pun dah tak ada last saya makam malam semalam tapi sakit punya pasai hilang selera nak makan. 4cm...4cm... 4cm lagi-lagi 4cm,jam dah pukul 3 petang tapi masih lagi 4cm.akibat terlalu sakit sampai saya merayu dekat doktor minta operation.tapi doktor masihat kan saya supaya bersabar tunggu sehingga pukul 10.00malam, kalau tak buka juga baru mereka operation. bayangkanlah dari pukul 3.00ptg nak tunggu hingga ke 10.00mlm. jam dah bertukar pukul 5ptg,air sudah nak masuk botol keempat tapi masih 4cm.aduh.....bila ni.....di mulut hanya mengucap saja,dihati hanya ingat mati di kepala terbayang wajah suami serta keluarga silih berganti.alah hai mak beginikah dikau rasa masa nak melahirkan aku....jam kini sudah pukul 6.00ptg doktor kata sudah buka 5setenggah cm. aduh..... cepatla....pada pukul 6.30ptg doktor seluk lagi masih 5setenggah cm tapi dia kata rahim sudah nipis mungkin lagi sejam atau dua saya boleh beranak.pukul 6.50ptg tiba-tiba sakit hilang yang ada rasa macam nak buang air besar ,saya pun panggil nurse.dengan senyum nurse kata saya dah boleh beranak diapun bagi tahu cara-cara nak teran. alhamdulillah akhirnya saya selamat bersalin anak perempuan comel mirip wajah babah nya.kami berdua sepakat namakan puteri kami dengan nama Izzahtul Balqis Binti Alias.kepada Balqis kaulah penyeri hidup mama dan babah,kau pengubat segala kesakitan yang mama lalui dulu.akhir kata dari mama semoga balqis berjaya dunia dan akhirat.
59853 |
anon:wan zuraini bt wan ibrahim |
2003.04.03 at
17:40
Saya rasa kalau orang lelaki tahu macamana sakit bersalin rasanya kat dunia ni semua orang ada anak sorang jer. Pengalaman pertama saya bersalin sedikit sebanyak buat diri saya fobia. Apa taknya, contraction sampai 9 jam. Sakitnya, tuhan saja yg tahu. Rasa macam nyawa ditarik-tarik, pinggang bagai dikelar, jantung macam nak tercabut. Saya beritahu siapa yg belum pernah ada pengalaman, sakit senggugut tu cuma 1:10 sahaja, yang 9:10 lagi tu sakit bersalin. Lepas bergelar ibu baru saya terfikir, memanglah patut syurga itu dibawah tapak kaki ibu dan anak yg derhaka akan masuk neraka. Kalau dulu saya sering membantah cakap emak tapi sekarang saya lebih suka mendiamkan diri kalau ada bercanggah pendapat. Kesian kat mak....
38346 |
anon:ina |
2002.08.23 at
9:40
ur lecturers quote mmg betul, if u fail to plan, u plan to fail. if u plan, means u have goals in life and u work towards it. so hidup lagi bermakna, if u just work work work only for the sake of filling ur pockets, i dont think u get any satisfaction out of it. thats why i always think, i work for the sake of something better not just financially. so bila set goals, i find work are much more interesting rather than nothing hehehe but bila dah stress gilerrrr mmg membosankannnnnnnnnnnnnn
ingat nak jadi lecturer gak, cara bancheee describe dorang cam best gituh hahaha
17467 |
anon:Rafthah |
2002.03.21 at
11:53
aminnnnnnn..
selamat hari lahir sarah.. mintak mak abah hadiah besor2 ye..
17265 |
anon:spyz |
2002.03.20 at
18:05
slamat hari jadi pada sarah, semoga membesar sihat dan kuat dan antibodi yang kuat cam ayah dia, tabah cam mak dia 
haha dulu ika slalu fk, thats it kalau sesiapa pregnant, takley buang air yada yada cause baby sure terkuar punya bila dorang teran hahahaah ini adalah kerana influence suratkhabar kat sinieh dok cerita fasal parents yg meneran time buang air, dan baby terkeluar pastuh mati lemas dlm bilik air, kesiankan? banyak sangat report camtuh for that particular yr, sampai skang ika masih seram bila ingat bout the news report hehe.
17170 |
anon:Rafthah |
2002.03.20 at
9:45
|