the unbearable lightness of blog
AussieAri's weblog
PUKUL BERAPA TOK HARIMAU
The Story of Daypop: a weblog
:: kumprinx
bizz - a collection of great links!
..............SOFEANNY...........
No Name
--[[diari seorang lelaki]]--
~The Bloody Morning After~
2001 December
2002 January
2002 February
2002 March
2002 April
2002 May
2002 June
2002 July
2002 August
2002 September
2002 October
2002 November
2002 December
2003 January
2003 February
2003 March
2003 April
2003 May
2003 June
2003 July
2003 August
2003 September
2003 October
2003 November
2003 December
2004 January
2004 February
2004 March
2004 April
2004 May
2004 June

nickname
password
remember
Image Hosted by ImageShack.us

HART'S WEBLOG

Lipatan catatan suka duka mengharung waktu. 
GUESTBOOK | GENG JURNAL

Wed 2002.05.29

14:21 Juita Meragam

Kereta aku buat pertama kalinya meragam pagi tadi. Aku nak cepat tetapi tanpa izin Allah maka perjalanan aku tetap lambat. Selepas diperiksa rupanya air bateri kering.

Aku akui kelemahan aku iaitu hanya pandai guna kereta tetapi soal penyelenggaraan aku serahkan bulat-bulat pada mekanik peribadi aku. Apa yang aku tahu hanya isi minyak, tengok air, pam tayar dan basuh kereta. Lain-lain aku fail.

Insyaallah aku akan belajar sedikit demi sedikit soal penyelenggaraan kereta. Kalau terjadi apa-apa di mana-mana sekurang-kurangnya aku tidak gelabah dan tahu tindakan yang patut dibuat. Padan muka aku hari ini.

Melayan Tetamu

Effa : Insyaallah kebahgiaan tetap milik anda suatu hari nanti.
Cenderai : Makan free tentulah sedap. Selamat berkenalan.
Demyna : Walaikumsalam, semoga anda menjadi pekerja yang baik. Salam perkenalan.
Enmiya : Pernah tak anda rasa macam VIP bila orang memerlukan anda? Anyway, draf pertama paperwork tu dahpun siap.
Ika : Meneka dalam kesamaran. Malu nak cakap takut salah je. Kerja apa yek?
Spyz : Aku jeles ngan orang rumah hang, cuti sakan nampak.

:: Sign & Read My Guestbook :: 1 registered comments

Tue 2002.05.28

16:58 Dalam Kenangan - Kampung Gagak Hitam

Perjalanan ke kampung mak aku yang memakan masa lebihkurang 1 setengah jam dari simpang Pontian kami mulakan jam 11.30 pagi. Kereta yang aku pandu terus membuntuti van abang aku. Aku hanya ditemani anak-anak kerana cik abang ke pejabat membuat kerja.

Kalau dulu hanya tanah merah sekarang sudah bertar. Aku menyusur jalan yang hanya muat untuk satu setengah kereta. Nasib baik hanya berselisih dengan satu van. Van tersebut mengalah dengan memberhentikan kenderaan dengan badan yang senget. Kiri kanan penuh semak. Rasanya aku tidak pernah lalu jalan ini.

Sampai di simpang 3, tertera papan tanda ‘Kampung Sg. Kluang Darat’. Sah kami dah sampai. Di sebelah kiri merupakan rumah arwah Nyai yang hanya tinggal tapak manakala di sebelah kiri rumah Nyai merupakan rumah yang akan kami kunjungi. Rumah kakak mak yang juga rumah pengantin.

Sesampai di sana, kami disambut oleh sedara mara yang memang aku kenal walau tidak rapat. Tiada orang datang merewang. Ini menghairankan aku. Daging masih merah berdarah, periuk kosong dan lainnya masih mentah. Aku tidak membuka mulut tetapi sepupu aku ringan bersuara. Rupanya budaya kampung ini pagi rewang orang perempuan, tengahari siap. Petang dan malam giliran orang lelaki. Memandangkan kami sampai jam 1.00 tengahari, maka hanya saudara mara sahaja yang tinggal. Teruknya aku hingga tidak tahu budaya kampung aku sendiri.

Satu lagi baiknya budaya kampung mak aku ini adalah sikap gotong royong hinggakan kenduri arwah bagai kenduri kahwin. Masing-masing turun padang, sama-sama merewang. Sekali kenduri sampai 18 – 20 hidang. Kalau di bandar 8 hidangpun dah kira banyak.

Kami dihidangkan dengan masakan yang cukup enak. 3 hidang untuk 1 kereta dan 1 van licin di sapu. Bayangkan asam pedas ikan pari, urap daun ubi, sayur nangka masak lemak dan ikan masin. Sepupu aku berseloroh, senang nak basuh pinggan. Kami hanya tersengih.

Kami balik petang itu juga kerana esok merupakan majlis pertunangan anak saudara aku. Aku agak terkilan kerana tidak dapat tinggal lama kerana ini merupakan peluang aku beramah mesra dan mengenali saudara mara aku yang lain. Aku tinggalkan mak di sana kerana memberi peluang dia berkumpul semula dengan adik beradiknya setelah ketiadaan kedua ibubapa. Akan aku kunjungi lagi kampung ini suati hari nanti. Itu janji aku.

:: Sign & Read My Guestbook :: 2 registered comments

Fri 2002.05.24

14:01 Cauti

Mulai Sabtu hingga Isnin semua orang sedia maklum cuti. Dalam cuti-cuti ini MD ambil kesempatan minta aku duduk rumah diam-diam siapkan paperwork. Selasa depan siap, complete paper bersama P&L sekali. GM yang ada sebelah aku masa mengadap senyum je. Hampeh betul orang tua ni. Dan aku lagi hampeh, kenapalah aku tak cakap ‘tak boleh’. Nak tak nak kenalah aku perah otak masa cuti ni. Aku harap orang sebelah tak marah.

Sepanjang minggu aku settlekan outstanding order. Bila cuti panjang, aku risau sebab supplier stop production tapi customer jarang nak ambil kira working day dan cuti. Sekarang ni aku bukan saja tengah pening, silap hari bulan pitam, darah tinggi dan migraine.

Selamat bercuti 3 hari kepada semua kecuali aku.

:: Sign & Read My Guestbook :: 0 registered comments

Thu 2002.05.16

14:18 Panas

Panas malam tadi menjadi topik hit pagi ini di pejabat. Memang tidak dinafikan malam tadi kami sekeluarga macam cacing. Aku tanggalkan baju Sabrina, Sarah aku suruh tanggalkan baju. Cik Abang tidak payah aku suruh memang sedia dengan baju kulit dan aku? Masih sopan dan pemalu lagi walaupun aku rasa macam nak tidur saja dalam bilik air.

Selain menggunakan alat penghawa dingin atau kipas atau apa-apa alat yang boleh menghilangkan rasa panas, aku menggunakan daya imiginasi iaitu dengan membayangkan aku sedang bersantai di air terjun, mandi manda – aduh nyamannya. Cuma malam tadi aku tidak sempat praktikkannya sebab kuasa mata aku lebih kuat dari daya imiginasi aku.

Bukankah ada tempat yang lebih panas dari panas yang aku alami malam tadi. Semoga aku bukan di kalangan orang yang akan menuju ke sana.

:: Sign & Read My Guestbook :: 0 registered comments

Tue 2002.05.14

14:21 Makan Ubat Sayang

Doktor nasihatkan aku supaya jaga Sabrina betul-betul malam tadi sebab panas badan dia boleh tahan. Takut dia kena sawan kalau suhu naik lagi. Lepas balik klinik aku terus buka pakaian dan lap badan dia dengan air. Doktor beritahu jangan lap terus dengan airbatu takut dia menggigil sejuk. Aku tampal kool fever di dahi. Tidur dia tidak nyenyak kejap terjaga dan merenggek. Kasihan aku lihat anak kecil aku ini.

Mak letak air sejuk dan sedikit beras depan abah, minta abah bacakan ayat Quran. Sarah mengambil tempat di depan atuknya dengan pantas. Mulut dia turut terkumat-kamit. Abah ambil beras, diapun ikut sama. Suka hatilah kakak.

Jam 11.00 malam panas mula turun. Air doa yang abah buat masih belum aku gunakan untuk lapkan Sabrina. Menurut abah kalau panas naik lagi beri dia minum air tu.

‘Mama badan adik dah sejuk. Tadi kakak doakan adik’.

Tangan kecilnya ligat mengurut adik. Aku dan mak tersenyum. Alhamdulillah.

Cik abang aku call berkali-kali tetapi tetap suara perempuan yang jawab. Aku hantar SMS, at least dia tahu perkembangan Sabrina. Jam 11.15 malam aku terima SMS dari dia. Bunyinya seperti dia risau dan akhirnya aku call dia beritahu perkembangan semasa.

Hingga pagi tadi panas bertukar dedar sedikit. Dan tengahari tadi mak beritahu badan sudah ok. Dan aku harap dia baik betul. Risau aku bila anak-anak kena demam panas. Sarah yang kecil lagipun tahu risau nampaknya. Hari ini dia tidak mahu ke sekolah sebab nak jaga adik. Aku terharu dan aku benarkan dia melaksanakan tanggungjawab dia pada adiknya.

Semoga Sabrina cepat sembuh. Kalau boleh biar mereka semua sihat, aku sakit tidak mengapa.

:: Sign & Read My Guestbook :: 2 registered comments

Mon 2002.05.13

13:32 Wish You Were Here

Aku dan anak-anak rindukan cik abang yang sekali lagi bertugas luar. Walau cuma di Desaru tetapi kami tidak akan bersua muka hingga hari Rabu. Sabrina demam, Sarah tidak mahu ke sekolah dan aku tidak cukup rehat.

Cepat lah Hari Rabu.

:: Sign & Read My Guestbook :: 1 registered comments

Sat 2002.05.11

8:35 Sayang Semuanya

‘Sarah tolong picit kepala mama'

Pinta aku pada Sarah sebaik sahaja punggung aku berlabuh di kerusi selepas penat seharian bekerja.

Sarah datang menghampiri aku dan memicit-micit kepala aku dengan tangannya.

‘Uh….bestnya’

‘Kenapa mama cakap best’

‘Yalah sebab Sarah picit kepala mama, sakitpun hilang la’

‘Ooooo”

Entah kenapa kepala aku seharian berdenyut-denyut. Pagi tadi aku rasa badan melayang-layang. Mungkin sebab aku perjalanan jauh yang memakan setengah hari ditambah pula dengan sakit hati dan cuaca panas terik membuatkan semuanya ke kepala. Minggu ini sahaja 3 kali aku ulangalik ke Batu Pahat dan Yong Peng. Penat kerja luar tidak habis ditambah pula dengan kerja pejabat yang perlukan aku perah otak.

Aku diberi 2 surat yang tentunya kerja untuk aku selesaikan. Pertama write-up untuk Buku Laporan Tahunan dan keduanya Revise Budget untuk 2 syarikat. Due date dalamasa 3 hari. Kerja gila. MD mengharapkan aku sebab dulu semua benda tu aku yang buat.

Nak tak nak pagi-pagi buta jam 4.00 otak aku dah bekerja. Nasib baik sakit kepala malam tadi dah ok hasil picitan keramat Sarah. Walaupun cuma 20% hilang tetapi hati aku sejuk bila Sarah mahu melegakan kepala aku.

Melihatkan Sarah dan Sabrina ditambah pula dengan cik abang, penat kerja aku seharian dapat aku lupakan. Sejuk hati bila aku balik lihat Sarah buat kerja sekolah. Melihatkan Sabrina tersenyum dan ketawa hati aku girang dan melihat wajah tenang cik abang dengan kain pelikat selepas solat hati aku berbunga. Mereka merupakan sebahagian besar hidup aku dan mereka juga kegembiraan dan kesedihan aku. Tanpa mereka siapa la aku ini.

Melayan Tetamu

Ika : Tok memang mengalu-alukan akak berhenti kerja. Akak je yang degil tak tentu pasal. Belum masanya kot…
Daun : Bila nak kahwin yek? Jangan tunggu lama-lama.
P-Nut : Gomen tak nak akak nampaknya. Rasanya masa buat Bus. Development tak le setension Purchasing. Paling-palingpun marah ngan kertas.
Enmiya : Tak senang ke jadi mak datin? Mungkin jugak…asyik cuak je suami pergi mana, ye tak? Appointment jam 11.00, jam tunjuk angka 11.30 maka tidak boleh berhentikan kereta. Nak tahu kerja gomen best tak tanya Tok.
Orang Kampung : Doakan saya moga dikurniakan kesabaran yang berpanjangan.

:: Sign & Read My Guestbook :: 0 registered comments

Thu 2002.05.09

16:13 Airmata Yang Berderai.......

Sekali lagi untuk setelah sekian lama, airmata aku berderai. Tidak mampu aku menahannya maka dalam perjalanan menemui supplier aku menangis sepuas-puasnya dalam kereta sambil melepaskan geram dengan memandu laju. Nasib baik aku mampu mengawal stereng kereta. Kalau tidak mahu kereta aku macam tin kemek sebagaimana mimpi aku malam tadi.

Apa yang berbuku dari semalam hingga ke hari ini aku lepaskan. Aku nampak gagah di luar tetapi kecil di dalam. Aku akui apa yang arwah bapa aku dan bidan Kampung Parit Haji Adnan katakan ‘Kesian budak ni, hati dia kecik’.

Jadual perjalanan aku ke Batu Pahat sudah aku setkan, jam 10.00 pagi. Aku mesti balik sebelum jam 6.00 petang kerana Sarah mesti diambil dari sekolah waktu itu. Designer telah aku ingatkan, begitu juga budak Marketing dan Kewangan. Aku tunggu filem untuk tracksuit yang ‘urgent’ dan design polo shirt tetapi hingga jam 12.00 tengahari tidak ada. Akauntan bila aku remind cek supplier dan duit tol, buat tak dengar je.

Lepas 3 kali aku beritahu tak jalan juga last sekali aku ulang dengan nada yang keras ‘ saya nak ke Batu Pahat, mana ceknya?’ Baru nak bergerak. Ringan je tangan aku kalau dia ni kucing. Nasib baik isteri orang.

Designer letak filem dan visual atas meja aku jam 12.50 tengahari. Kalau dia bola, dah lama aku golkan dia. Aku sibuk nak cepat dia ada pulak makan pagi satu jam, baca paper setengah jam. Lepas hantar benda yang aku nak, terus blah pergi makan walhal belum jam 1.00 tengahari pun. Petang ni sure punya jam 4.30 dia hidupkan enjin kereta dan terus balik. Ada juga orang macam ni kat dunia ye.

Jam 1.00 aku ambil Sarah dari sekolah (takut tak sempat ambil petang). Lepas hantar kereta di rumah, jam 2.30 petang aku bertolak dari Senai ke Batu Pahat. Sarah aku angkut sekali (tak sempat hantar rumah mak). Dari pagi aku tak menjamah makanan dan aku lupa nak minum air. Aku bawa biskut yang aku beli malam tadi untuk bekal Sarah. Aku makan sikit untuk alas perut. Kasihan perut aku.

Jam 8.00 malam baru aku sampai rumah dan jam 9.00 malam baru aku jumpa Sabrina. Kasihan, dengan tak berbaju (panas), tangan menggaru kepala (mengantuk). Dia langsung tak senyum, marah agaknya. Mana taknya, pagi jam 7.00 aku keluar, malam baru balik, tak sampai 2 jam kepala dah kat bantal. Mama minta maaf banyak-banyak ye nak.

Aku tidak tahu tindakan pantas aku pada setiap tempahan yang diterima ini adakah betul, berbaloi atau kurang bijak. Kesungguhan aku memenuhi tempahan di samping cuba ber ‘negotiate’ sebaik mungkin ini orang lain tahu atau tidak aku tidak pasti. Yang pastinya aku cuba yang terbaik dan mana termampu. Kalau aku boleh cepat kenapa orang lain tidak? Kalau aku boleh mendahulukan mana yang lebih utama kenapa orang lain tidak? Susah berurusan dengan orang yang tidak peka tetapi pekak ni.

Kalau macam ni la, memang tak salah aku boleh sakit jantung sedikit masa lagi. Semoga Allah mengurniakan kesabaran yang lebih pada aku setiap hari.

Melayan Tetamu

Jigo : Akan akak ceritakan pada semua bilamasa GJ datang beronggeng lagi, Insyallah. Akak lebih prefer Tok tulis kerana dia lebih suka tulisannya jadi kari.
Spyz: Akak nak tanya sayang suami nak diapakan? Dicarikan isteri baru ke? Nak cadang kat K.Shila supaya beli baju warna florescence, biar berpinar mata Tok Kadi.
P-Nut : Memang bertuah para suami dapat isteri macam kita. Akak tak sempat nak mengada bila sakit. Anak-anak tak nak ayah, nak mama dia juga. Sabrina dapat adik? ‘Mana mungkin terjadi……sekarang’.
Ika : Cadangan di terima. Spyz bangkang nampak…….
Pok Neng: Bagi pihak Tok ‘betul PN’. Beringat sebelum terjadi la PN, takut dalam diam berisi.
Amy : 2 hari memendam rasa. Maka hasilnya entry hari ini yang hanya mampu 50% sahaja ditulis dalam perkataan.
Kaezrin : Sekarang buat apa?
Hati Emas : Maaf kerana belum berkesempatan bertandang. Pasal buku don’t worry akan akak publishkan dalam jernel ni. Semua orang dapat ilmu free.
Enmiya : Rasa macam nak berhenti kerja duduk rumah sahaja. Rasanya akak lebih sesuai jadi mak datin, kurang pressure cuma kena jaga anak dan tapak kaki suami sahaja. Boleh gitu….

:: Sign & Read My Guestbook :: 1 registered comments

Wed 2002.05.08

13:08 Butang Baju Abang Mana Da.......

‘Baju mana yang nak bawa bang?. Baju kerja berapa helai?

Soal aku semasa mahu menyiapkan kelengkapan cik abang selama dia bekerja luar sepanjang minggu.

‘Baju kerja 3 pasang. Bawakan sekali baju batik sebab ada dinner dan baju Melayu lengkap dengan samping sekali’.

Dari lirikan mata aku nampak senyuman terukir di bibir sambil mata memandang tepat pada kaca TV. Aku buat-buat tidak mendengar ayat terakhir dan buat-buat tak nampak senyumannya.

Aku hadiahkan cubit (opps… cubit sayang tu, jangan marah ehhhh) sebaik sahaja senyumannya semakin melebar dan disambut pula dengan ketawa kecil. Aku sambung ketawa tersebut.

‘’Saja le tu nak kenakan orang’.

Dalam hati aku terdetik, lain kali aku akan proposed baju Melayu warna terang (merah ke, oren ke atau kuning keramat). Just in case nak buat macam filem P.Ramlee senang aku nak cam. Boleh gitu?……..

Selama 4 hari (sehingga hari Khamis) aku diamanahkan untuk menjaga kedua-dua orang anak kami sepenuhnya kerana cik abang menghadiri seminar di Seremban. Rumah kami terasa kehilangan. Bagi mengelakkan rasa sedih dan rindu dendam teramat sangat, aku mengambil langkah tidur di rumah mak. Sekurang-kurangnya ramai orang dan kurang kelam kabut aku menghantar seorang ke sekolah dan seorang lagi ke Kulai.

Untuk cik abang, Sarah dan Sabrina rindukan ayah dan mama rindukan abang. Ingat kami selalu.

:: Sign & Read My Guestbook :: 3 registered comments

Fri 2002.05.03

15:04 Buku Ilmu

Aku diminta untuk membukukan ilmu pakaian supaya memudahkan malah memanfaatkan bukan sahaja aku, tetapi orang lain juga. Sebenarnya aku dan DD memang terfikir untuk membuatnya sebagaimana aku bercadang membukukan perjalanan hidup aku untuk pengetahuan anak dan cucu cicit aku kelak. Masa tidak mengizinkan otak aku berfungsi sepenuhnya kerana sesak dengan macam-macam benda.

Aku telah dikategorikan oleh rakan sepejabat sebagai pengidap sindrom. Fungsi otak yang berlebihan dan terlalu baik menyebabkan aku lebih advance dari orang lain. Rutin harian mengajar aku melupakan perkara yang remeh temeh. Walaupun mereka kata aku diserang sindrom lupa atau kadang-kadang nyanyuk (kerana faktor usia yang semakin hari semakin meningkat), namun hanya 30% sahaja aku mengakuinya kerana terlalu banyak arahan menjadikan aku begitu sebenarnya. Gurauan mereka aku terima kerana aku juga ada pengikut.

Berbalik pada soal buku pakaian, aku sedang menyusun table of content sekarang. Mana nak didahulukan dan mana yang patut dikemudiankan. Sebahagiannya aku ada, cuma kena polish dan susun semula. Dan aku harap bila siap nanti ia akan memberi ilmu yang berguna kepada semua yang membaca kerana kebanyakan ilmu pakaian jenis ini hanya dikuasai oleh kaum Cina sahaja. Aku bertuah kerana berpeluang mempelajarinya malah aku diberi peluang untuk mendalaminya. Insyaallah akan aku ambil sepenuhnya peluang keemasan ini.

Melayan Tetamu

Hati Emas : Salam
Mukeh : Copy..paste ke tu?
Rizal : Dah tukar cerita hari ini.
Ika : 4 hari kerja luar, penat. Kalau nak tarik, akak izinkan tarik baju, yang lain tunggu akak marah dulu. Macam cerita 3 Abdul tu.
Napang : Tak sempat nak update, bz.
Amy : Kurang tapak tangan..... Sudikanlah bertandang dan bermalam lagi. Maaf atas kekurangan semasa beronggeng ke Senai tempohari.
Dr Max : Mungkin saya biased bagi pihak kawan saya. Apa yang berlaku sudah ketentuan Allah.
Toksik : Semoga ayah anda cepat sembuh sepenuhnya.
Enmiya : Tok o/station next week, akak tunggu rindu dendam dia.
Bart : Amin, Alfatihah untuk ayah anda juga. Salam.
Cikgu : Agak-agak ada tokoh ke akak ni? Takut naya anak orang akak kerjakan.

:: Sign & Read My Guestbook :: 2 registered comments