HART'S WEBLOG
Lipatan catatan suka duka mengharung waktu. GUESTBOOK | GENG JURNAL
17:30 Cinta Anak Monyet
Melihat pada wajah dan senyum anak muda itu mengingatkan saya pada kenangan lebih 22 tahun yang lalu dan mengingatkan saya pada seorang sahabat yang telah pergi menemui Ilahi 9 tahun lalu. Dia adalah rakan sekelas saya semasa sekolah rendah. Dia juga merupakan orang yang bertanggungjawab mengenalkan saya kepada seronoknya ke sekolah untuk menemui seseorang dan belajar.
Percaya atau tidak seawal usia 11 tahun saya sudah tahu bercinta. Saya namakan ia sebagai cinta anak monyet. Dia adalah anak guru Kesihatan saya dan merupakan murid yang comel dan ‘handsome’ pada masa itu. Saya….. budak perempuan comot yang bertuah kerana dia memilih saya sebagai pasangan bercintanya. Kami berutus surat melalui sahabat baik saya Rahayu. Kasihan Ayu menjadi mangsa permainan cinta kami.
Saya dicemburui oleh rakan sekelas lain yang menaruh hati padanya manakala dia juga dicemburui oleh rakan sekelas lain yang meminati saya. Kami tidak peduli kerana dunia ini kami yang punya.
Pernah sekali sewaktu sekolah agama sebelah petang, 4 orang rakan sekelas kami bergaduh dan bertumbuk di belakang sekolah semata-mata kerana saya. Bila cikgu bertanya saya katakan saya tidak tahu apa-apa. Terasa bagai artis kegilaan ramai. Kalau nak diikutkan bukan tidak ada rakan lain yang lebih comel tetapi entahlah….buta mata agaknya.
Kami berkawan sehingga tingkatan satu. Kebetulan kami ditempatkan di kelas yang sama. Kalau dulu melalui Ayu, kini surat akan diletakkan di bawah meja. Pada pertengahan penggal sekolah tingkatan satu saya menerima surat darinya memutuskan hubungan kami. Alasannya kerana saya terlalu pandai untuknya. Sedih tetapi saya terima kerana di sekolah menegah saya menerima beberapa surat dari pelajar senior yang ingin berkenalan.
Semasa reunion kelas sekolah rendah, kami bertemu semula. Semasa itu saya menuntut di ITM manakala dia di IKM. Dia minta perhubungan kami disambung semula dan saya menolak dengan baik. Pertemuan terakhir kami adalah di majlis perkahwinan sepupunya yang juga rakan sekelas kami. Dia memandang dari jauh kerana waktu itu saya datang bersama tunang. Saya juga diberitahu dia juga telah bertunang.
Berita terakhir yang saya terima 8 tahun lalu dari seorang rakan menyatakan dia meninggal dunia kerana kemalangan jalanraya sebulan sebelum tarikh perkahwinannya. Saya hanya mengetahui berita ini selepas setahun pemergiannya. Al-Fatihah untuknya. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan digolongkan dengan orang-orang beriman.
Anak muda yang kami temui adalah adik kandung rakan saya itu. Kami bertemu semasa membuat tempahan khemah untuk majlis perkahwinan adik saya.
:: Sign & Read My Guestbook ::
8 registered comments
13:51 Pencuri
Hari ini saya bercadang untuk mengambil semua sampel-sampel Jabatan untuk dibawa ke pejabat baru. Terperanjat saya bila lihat semua sampel baju dan sports attire telah dikirai. Seingat saya sudah saya kemas dan seal setiap kotak dan beg.
Dalam pada berkemas saya minta seorang staff untuk lihat di atas siling (banyak siling terbuka). Sebahagian baju dan sports attire yang hilang dijumpai semula. Saya dapat agak siapa punya angkara. Budak-budak ni memang tidak serik walaupun ada sebahagiannya telah menjadi kes polis sedikit masa dulu. 3 tahun lalu mereka masuk ke stor utama dan mencuri banyak jersi dan tracksuit. Tahun lepas 2 rakan mereka dapat ditangkap kerana mencuri wang kutipan dan baju-baju display. Sekarang ini sampel saya pula menjadi mangsanya. Yang mengelikan hati apabila sampel but dan kasut jogging saya juga dikebasnya sedangkan setiap design dan saiz kasut adalah sebelah sahaja (sebelah kiri kaki kesemuanya).
Apa nak jadi dengan mereka ini. Kalau dilihat, pakaian training dan game diberi percuma. Kasut, sandal, bag dan juga stokin lengkap disediakan. Makan disediakan, elaun setiap bulan diberi. Lagi hendak mencuri.
Entahlah apa nak jadi dengan mereka. Semoga dewasa nanti mereka tidak menjadi pencuri betul dan berjaya dalam bidang sukan mereka.
:: Sign & Read My Guestbook ::
2 registered comments
17:14 Indahnya Dunia
Dia kata dia jatuh cinta pada saya.
Bukankah bercinta itu menyeronokkan?
:: Sign & Read My Guestbook ::
0 registered comments
17:32 Bentong Ke Wetland
Buahati saya seringkali memujuk saya supaya berduet bersamanya. Dan seringkali juga saya menolak dengan alasan suara saya tidak sedap seperti katak bentong. Gurauan beliau mengatakan saya adalah katak bentong yang cantik.
Dan kerana usikan tersebut maka benar-benarlah saya menjadi katak bentong di Wetland pada 12hb Jun tempohari. Nasib baik saya bukanlah si pemanggil hujan.
Sepanjang 3 tahun bersama GJ, walau apa aktiviti yang dijalankan, ianya tetap menyeronokkan.
:: Sign & Read My Guestbook ::
3 registered comments
17:47 Sakitnya Menanggung Rindu
Berdiri di depan pintu. Mangga. Salam di laung namun tidak bersambut. Sepi dan suram. Merenung ke dalam batu yang sudah lusuh catnya, mak sedang menghidangkan kami yang datang bertandang air teh manis buah dan keropok yang dibeli dari Mek. Kedatangan kami tentunya dapat menggembira dan meleraikan kesunyian yang mak alami tinggal bersendirian di rumah.
Suara Sarah memecah kenangan. Pilu hati. Salam masih tidak bersahut, pintu tertutup rapat. Pasti penghuninya tiada. Keluar. Dan yang paling pasti mak sudah tidak tinggal di situ malah mak sudah tiada di bumi nyata. Aku yatim piatu.
Lorong ini aku lalui setiap hari pergi dan balik sekolah, keluar dan masuk rumah. Riuh anak-anak berlari keluar lif. Rumah kecil ini aku lalui pahit maung meniti usia remaja. Ramai, walau sesak tapi kami adik beradik tetap membesar. Walau tidak mewah tetapi kami tetap merasai keenakan masakan mak. Walau kurang kemudahan pembelanjaran, tapi aku tetap mampu menghadiahkan kejayaan kepada mereka. Walau pahit namun kenangan itu tetap manis untuk dikenang.
Di sini ku temui kasih sejati dan di sini juga terlerainya kasih untuk selama-lamanya.
Al-Fatihah untuk mak. Kenangan menjalani kehidupan bersamamu tetap segar di ingatan. Aku rindu. Ampunkan dosa anakmu yang tidak terkira banyaknya.
(Ke Bukit Cagar pada 5hb Jun 2004. Tiba-tiba rindu menerpa, kenangan menjelma. Ingatan pada mak dan saat dia masa ada terus menguasai fikiranku sehinggalah malam itu aku menghadiahkan mak dengan bacaan al-Fatihah dan surah Yassin. Semoga mak tenang di sana).
:: Sign & Read My Guestbook ::
0 registered comments
14:29 Panjang Umurnya Serta Mulia
Tiada apa yang saya dan Sabrina inginkan kecuali kebahagian, kebaikan, kesejahteraan, kecemerlangan dan keselamatan dunia akhirat. Semoga hidup kami sekeluarga diberkati Allah sepanjang masa.
:: Sign & Read My Guestbook ::
4 registered comments
|