house of sysadmin
login::signup
we::blog

lupa passwd root linux

Apa yang boleh dilakukan jika terlupa password untuk root? Linux di booting dalam mode "Linux Single" (init 1). Dalam "Linux Single", Linux akan dibawa kepada keadaan yang paling minimun dimana pengguna akan diberikan shell dengan access root. setelah kita masuk shell maka kita bisa ubah password rootnya. 
 
Untuk ke "Linux Single", Linux perlu reboot sehingga mendapat menu 
pilihan boot loader. 
Untuk Grub (Contoh distribusi RedHat dan Fedora) 
1. Sewaktu dalan skrin Grub, dalam pemilihan sistem operasi, tekan kunci e (untuk edit) 
2. Terdapat senarai pemilihan dan buat pilihan yang bermula dengan kernel. Ketik e pada baris ini 
3. Pada hujung baris ini (hati-hati jangan terubah yang lain) ketikkan linux single 
4. Tekan kunci enter untuk keluar daripada mod edit 
5. Selepas kembali ke menu Grub keti b untuk boot ke Linux Single 
 
Untuk LILO (Contoh Distribusi Mandrake) 
1. Tekan kunci CTRL dan x untuk keluar daripada skrin grafik LILO dan mendapatkan prompt LILO boot: 
2. Taip linux single pada prompt LILO boot: 
 
Selepas mendapatkan prompt shell jalankan arahan passwd root untuk tukarkan kata lepas root. Taip arahan shutdown -r untuk reboot Linux.

last modified Nov 2, 2005 at 8:22



[ add a comment ]