Kokokranc's said....

main links
we::blog
home
login
Buku Tamu

Archives
January 2004
February 2004
March 2004
April 2004
May 2004
June 2004
July 2004
August 2004
September 2004
October 2004
November 2004
December 2004
January 2005
Kokokranc's Talk

ibnukhalid's weblog

those who want to give any Advices and comments are most welcomed

last modified Dec 26, 2004 at 8:45

Thursday, January 29, 2004

[#hidden_message]

nak balik kampung

hmm, psm tak siap lagi,
tapi nak balik kampung
pasal dah lama tak balik rumah.
hai, kenape la hidup aku dalam seminggu ni hampeh?
Mau taknya, banyak bende tak jadi nak dibuat.
tidur tak tentu masa.
selera makan bertambah.
ni balik rumah, banyak lagi lauk
kat rumah nak disental ..
heheheh
nasib...nasib

harapnya lepasa balik rumah, ade la suntikan semangat
dari keluarga selepas hilang semangat di bumi skudai ini.
aku nak kerja..aku nak kerja...aku nak kerojeeeeeeeeeeeee!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

87768 | posted by ibnukhalid at 20:09 | 0 comments

[#hidden_message]

Puisi buat muslimah (yahoogroups)

BismiLlahirrahmaanirrahiim..

Assalamualaikum w.b.t. dan salam ikhlas penuh
ukhuwwah.

Pandanglah kata-kataku ini dengan pandangan kasihnya
seorang saudara terhadap saudara yang lain. Renunglah
dengan mata hatimu setulusnya. Janganlah dek kerana
peribadi burukku, menghalang dirimu melakukan yang
terbaik untuk dirimu sendiri dan demi keagungan agama
Allah. Ambillah mutiara kata yang baik buat teladan
dan tinggalkan kata-kataku yang menyimpang daripada
landasan kebenaran.

Sahabatku...

Bermula hari ini binalah sebuah kehidupan baru.
Jadilah manusia berhati mulia dan tegakkanlah sinar
keislaman dalam dirimu, semoga nur Ilahi akan
membening seluruh perjalannan hidupmu.

Duhai sahabat muslimahku...

Keremajaanmu menyegarkan pandangan, dan melimpahkan
nyaman pada malam. Dengan keremajaanmu, kau bisa
sahaja mena kluk dunia dalam lalai dan leka tanpa
kesedaran. Ingatlah, kau bukan dilahirkan sebagai
penggoda yang melekakan dunia. Kesegaran dan
kejelitaanmu adalah fana belaka. Kelembutan yang
menghiasi gerak langkah dan lentuk tubuhmu bakal
menyaksikan kau cepat terdedah kepada bahaya dan
bahana maksiat.

Peliharalah keindahan yang kau miliki kerana Allah
mengujimu dgn menerbitkan kau pada bentuk yang teramat
indah, halus dan sempurna. Berhati-hatilah kerana
sesungguhnya kaum Adam akan menilaimu dgn pandangan
yang luar biasa.

Cahaya keriangan di wajahmu adalah kilauan senjata
yang menawan. Madu yang menitiskan sarinya meresapkan
manisnya dari bibir langsung ke hati adalah suara
lembut sang gadis. Elokkanlah nada suaramu dan
perlahankan gema bahasamu. Berhati-hatilah menggunakan
lidahmu, jangan sampai bibirmu menutur bait-bait tajam
yang akan menyakiti hati orang lain. Fikirlah dengan
akalmu sebelum bersuara dan pandanglah t eman bicara.
Tertib dan sopanmu bagai hembusan angin yang
menyamankan, yang bakal ditanggapi menyamai keindahan
yang kau miliki setanding dengan ketulusan peribadimu

Sahabat muslimahku..

Jagalah matamu kerana pandangan mata akan mengalir ke
hati dan terbiaslah sesuatu dari panahan syaitan
durjana. Jangan sesekali kau memandang mata lelaki
dengan sejenak renungan. Jangan biarkan mereka
mentafsirkan makna yang bukan kau mahukan. Pandanglah
tanpa memberi sebarang makna. Jadikanlah ghadul basar
sebagai hiasan matamu. Rebahkan pandanganmu, renunglah
setiap inci bumi, nescaya kau berjaya menghindari dosa
yang cuba merapati mu.

Ukhti yang dikasihi..

Sesekali, mendongaklah ke langit dan lihatlah kerdipan
bintang-bintang, nescaya kau kan temui berjuta
keagungan ciptaan Rabbul A`lamin. Betapa hidup ini
berjalan di atas makna hikmah dan terselindung daunan
pengertian. Hari-hari yang dilalui sebenarnya
menyembunyikan banyak hakikat dan makrifat. Sedarlah,
hidupmu ini hanyalah secebis dari erti kehidupan.
Selamilah dasar hatimu dan berbisiklah pada diri;
Alangkah kosongnya jiwa, alangkah hinanya roh tanpa
hiasan apa-apa. Salutilah tubuhmu dengan iman. Kerana
ia sangat manis pada pandangan jua perhiasan.
Bersihkanlah hatimu, kemanisan iman sukar dikecapi
tanpa janji Tuhan.

Jadilah seorang muslimah yang gemar merenung kejadian
yang berlaku dan memerhati hikmah dengan mata hati.
Muslimah sejati adalah mereka yang selalu berhikmah
dalam berkata-kata dan meletakkan perasaan rendah diri
sebagai asas mencari ketaqwaan. Zuhud dalam pencarian
dunia dengan meletakkan tasawuf ke akhirat sebagai
pedoman serta melupakan sifat cintakan dunia yang
berlebihan.

Serikandi muslimah sejati..

Alangkah baiknya di saat-saat kau dilanda tribulasi,
kau tega mengutip akar-akar kemelaratan dan teguh
mengukir senyum buat pengub at kerungsingan. Tatkala
kau dalam dilema permasalahan yang meruncing serta kau
berasa putus harap dengan dunia, maka sebutlah dan
zikirlah berkali-kali ke hadrat Ilahi moga-moga kau
bakal bertemu kedamaian.

Sucikan wajahmu dengan air wuduk dan basahkan matamu
dengan airmata keinsafan. Tundukkanlah sepenuh hatimu
jua dahimu ke tikar sejadah beserta lafaz dan doa kau
hembuskan seikhlas jiwa, semurni sanubari memohon
keampunan. Renunglah, resapkan kekaguman dan kuatkan
keyakinan bahawa hayatmu setiap detik di bawah naungan
Allah swt. Kecintaan Tuhan melimpah dan melaut di
segenap penjuru alam, walaupun pada yang lupa erti
kehidupan.

Dan, roh ketenangan akan mendakap dirimu hingga kau
terasa tiada tabir yang menabiri setiap kali
pertemuan kau dan Dia. Ketaqwaan hendaklah dipupuk
agar matlamat dan cita-cita yang kau bawa akan
tercapai suatu masa kelak dengan izinNya, Insya
Allah..

Alkhirul kalam, ing atlah, walau setinggi manapun
kedudukanmu di mata masyarakat, jangan sesekali
menyombong diri. Sesungguhnya wanita itu lemah. Dan
dijadikan ar-rijal sebagai pelindung buatmu. Carilah
lelaki yang baik budinya dan teguh imannya. Inilah
yang bakal mengukuhkan akar kebahagiaan rohani dan
tunjang kecintaan kepada Ilahi, Insya Allah.

87696 | posted by ibnukhalid at 9:54 | 0 comments

[#hidden_message]

Petua Imam Shafie

4 PERKARA UNTUK SIHAT

Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

4 CARA TIDUR

1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.
2. TIDUR PARA ULAMA’ & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak
dimakan.

4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup seperti tidurnya ahli neraka

(msg from yahoogroups)

87695 | posted by ibnukhalid at 9:52 | 0 comments

Wednesday, January 28, 2004

[#hidden_message]

Lawak best - Before and after marriage

Before marriage..
"Kemana? KB, Temburong? I''ll send with my car"
After marriage..
"What? next door? sendiri drive, its too far!"
Lagi lama married
" Inda balik-balik lagi bagus!"

Before marriage..
"am i fat?"
"no lah..you look fine.."
After marriage
"am i fat?"
"cut down a bit and you'll look fine"
Lagi lama married
" do you know how FAT you are??!!"

.....cilaka!

This is a good 1.....
Good laugh ...

Something for the married ones to have a good laugh. or the
ones
not married yet - beware!!

Before marriage. ....................
"I die for you. . . "
After marriage.
"You die, up to you. "
Lagi lama married. .
You die I help you! "

Before marriage. ....................
"You go anywhere. . I follow you."
After marriage. . .
You go anywhere. . up to you.
Lagi lama married. . .
You go anywhere better get lost!! "

Before wedding
you are my heart, you are my love"
After wedding
"you get on my nerves. "

Before wedding
"you are sweet and kind just like Cinderella"
After wedding
"you are worse than godzila"

Before wedding
"Roses are red, violets are blue. Like it or not, I'm stuck
with
you"
After wedding
"Roses are dead, I am blue. You get on my head, I will sue
you"

Before wedding
Every makan he brings you to Shangri-La"
After wedding
"You want to go, he says you wait-la

Before wedding
"She looks like Anita Sarawak"
After wedding
"Don't know whether katak or biawak "

Before wedding
"Weekends at Cameron, Genting and Fraser's Hill"
After wedding
"Furthest you go is Gasing Hill "

Before wedding
""He opens the car door"
After wedding
"He opens his mouth and snores"

Before wedding
"She / he was your ideal"
After wedding
"She / he becomes your ordeal"

(posting from komuniti ukhwah)

87612 | posted by ibnukhalid at 19:54 | 0 comments

[#hidden_message]

Petanda Kemenangan Islam

Petanda daripada Al-Quran yang berupa janji Allah kepada hamba-
hambaNya yang beriman mengenai kemenangan Islam.

Surah At-taubah, ayat 32-33

Terjemahan: "Mereka hendak memadamkan cahaya Allah(agama

Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tidak menghendaki

melainkan menyempurnakan cahaya-Nya, sekalipun orang-orang

kafir tidak suka(yang demikian). Dialah yang megutuskan Rasul-Nya

(Muhammad) dengan menbawa petunjuk dan agama yang benar

(agama Islam), untuk dimenangkan-Nya atas segala agama yang

lain, walaupun orang-orang musyrik tidak menyukainya."

Surah al-Saf, ayat 8-9

Terjemahan: Mereka ingin memadamkan cahaya Allah dengan mulut-

mulut mereka(perkataan), sedangkan Allah tetap menyempurnakan

cahaya-Nya sekalipun orang-orang kafir membencinya. Dialah yang

mengutuskan Rasul-Nya dengan membawa petunjuk dan agama

yang benar, untuk Dia memenangkannya, sekalipun orang-orang

musyrikin membencinya.

Daripada ayat-ayat diatas ini dapatlah kita simpulkan bahawa

kemenangan Islam adalah janji Allah kepada orang yang bertakwa.

Dan sesungguhnya janji-janji Allah itu adalah benar.

Daripada ayat ini juga dapat kita ketahui bahawa orang-orang

musyrikin tidak menyukai agama Islam dan cuba untuk

memadamkannya atau menghancurkannya daripada muka bumi ini.

Salah satu cara yang digunakan oleh orang musyrikin ini adalah

dengan menggunakan mulut mereka iaitu dengan menyampaikan

fitnah kepada agama Islam. Dan ini dapat dibuktikan dengan apa

yang telah terjadi kepada umat Islam sekarang yang telah

dilabelkan sebagai terrorist. Orang-orang musyrikin ini telah

menggunakan mulut-mulut mereka untuk menyebarkan fitnah

kepada umat Islam.

Walau apapun cara yang mereka gunakan untuk menghancurkan

agama Islam, sesungguhnya Allah tidak akan membiarkan perkara

itu terjadi. Dan kita sebagai umat Islam sepatutnya yakin dengan

janji Allah, dan perlu berusaha dengan lebih keras lagi untuk

menaikkan kembali martabat agama Islam.

Sesungguhnya yang baik itu daripada Allah dan yang kurang itu

juga daripada Allah tetapi atas kelemahan pada diri saya sendiri.

Wallahualam.

(artikel dari ukhwah.com)

87534 | posted by ibnukhalid at 8:51 | 0 comments

[#hidden_message]

A very boring today

hmm,
hari ni aku buat eksperimen utk psm,
tak sempat nak siapkan.
banyak benda nak dibuat

Hari ni memang terasa la kekosongannya
Mana taknya, tertidur, kaw2 dari zohor sampai
lewat asar..pening kepala la jugak..

ade kelas bhan pukul 8mlm, pergi la jugak.
mlm ni makn marrybrown, tetiba je ade selera
nak makan. nafsu beb.

hari ni sembang dengan member lama,
banyak citer benda2 mengarut.
Member lama aku ni sosial jugak.
hai, ape nak buat....

Bile la nak merasa hidup selesa ???

87533 | posted by ibnukhalid at 8:48 | 0 comments

Tuesday, January 27, 2004

[#hidden_message]

Ganjaran wanita solehah

MENGIKUT perspektif Islam, wanita adalah pelengkap
kepada lelaki dan sekali
gus memelihara keseimbangan ciptaan Allah. Malah
Rasulullah memartabatkan
kaum wanita pada kaca mata Islam sebagai perhiasan
dunia yang paling indah
dan unik. Ini sebagaimana sabda Baginda bermaksud:
“Dunia ini penuh
perhiasan dan perhiasan yang paling indah ialah
wanita yang solehah.” –
(Riwayat Muslim)

Hadis ini jelas menunjukkan betapa Islam memandang
tinggi kedudukan wanita
dalam kehid! upan global.

Jika ditelusuri dalam lembaran al-Quran, wanita
digambarkan dengan tiga
fungsi penting.

Pertamanya, wanita dianggap sebagai fitnah dan
musuh andainya dia tidak
dididik dan diasuh serta dibentuk menurut acuan
Islam.

Keduanya, wanita juga ujian bagi seseorang lelaki
dalam menerajui bahtera
kehidupan ke arah kebahagiaan dan kesejahteraan
hidup.

Akhirnya, wanita adalah anugerah Ilahi yang
istimewa kepada lelaki yang
mendambakan kemesraan dan kebahagiaan hidup.

Sejarah Islam sebenarnya melahirkan ratusan
personaliti wanita terbilang
yang menjadi teladan kepada warga Muslimah dewasa
ini.

Mereka adalah wanita contoh yang menempa tinta emas
yang mewarnai sejarah
kegemilangan dan keunggulan Islam. Sehubungan itu,
Baginda Rasulullah
bersabda yang bermaksud:

“Ada empat wanita mulia yang juga penghulu segala
wanita di dunia; mereka
itu ialah Asiah binti Muzahim, isteri Firaun;
Maryam binti Imran, ibunda
Isa; Khadijah binti Khuwailid, isteri Rasulullah
saw dan Fatimah binti
Muhammad, puteri kesayangan Baginda.” – (Riwayat
Bukhari)

Asiah adalah simbol teladan bagi wanita beriman
yang tetap mempertahankan
keimanannya kepada Allah, meskipun hidup sebumbung
bersama suaminya, Firaun
yang tidak beriman kepada Allah.

Maryam pula adalah simbol wanita dalam ibadahnya
dan ketinggian darjat
ketakwaannya kepada Allah serta mampu memelihara
kesucian diri dan
kehormatannya ketika mengabdikan dirinya kepada
Allah.!

Manakala Khadijah pula adalah simbol kepada isteri
yang setia tanpa
mengenal penat lelah mendampingi suaminya
menegakkan panji-panji kebenaran
Islam, berkorban jiwa raga dan segala harta
bendanya serta rela menanggung
pelbagai risiko dan cabaran dalam menyebarkan
risalah Islam yang
diamanahkan pada bahu Rasulullah.

Akhirnya Fatimah pula adalah simbol pelbagai
dimensi wanita yang solehah;
anak yang soleh dan taat di hadapan ayahandanya;
isteri yang setia dan taat
di hadapan suaminya serta ibu yang bijaksana di
hadapan putera puterinya.
Dialah pemuka segala wanita dan juga seorang wanita
mithali yang setiap
detik kehidupan yang dilaluinya, sewajarnya
dijadikan ikutan Muslimah.

Demikianlah antara beberapa profil wanita Muslimah
co! ntoh yang mewarnai
pentas kehidupan dengan ketenangan, kemesraan dan
kesejahteraan hidup di
dunia dan akhirat.

Islam menganjurkan setiap Muslim yang bakal
melangkah alam perkahwinan agar
berhati-hati memilih calon isteri.

Kriteria calon isteri penting dalam kehidupan
berkeluarga kerana ia adalah
antara ciri kesolehan isteri yang dituntut Islam,
di samping bakal menjamin
kerukunan dan kebahagiaan rumah tangga.

Dalam hal ini, Rasulullah bersabda maksudnya:
“Janganlah kamu nikahi wanita
kerana kecantikannya, kelak kecantikannya itu akan
membinasakannya;
janganlah kamu nikahi wanita kerana hartanya, boleh
jadi hartanya akan
menyebabkan kederhakaanmu; sebaliknya nikahilah
wanita yang beragama.
Sesungguhnya wanita yang tidak berhidung dan tuli
tetapi beragama, itu
adalah lebih baik bagimu.” – (Riwayat Abdullah ibn
Humaid).

Jelas di sini, bahawa aspek keagamaan dalam diri
seseorang isteri adalah
penentu hala tuju sesebuah rumah tangga yang dibina
dan dibentuk.

Ini kerana agamanya yang bertapak kukuh dalam jiwa
sanubarinya, dia pasti
akan taat kepada suaminya pada semua perkara yang
tidak bertentangan dengan
perintah Allah dan tidak mendatangkan mudarat
kepadanya.

Isteri yang solehah juga akan bersifat amanah
terhadap harta benda
suaminya, di samping menjaga maruahnya. Sewaktu
ketiadaan suaminya, seorang
isteri solehah memelihara dirinya dan maruahnya
seperti tidak boleh keluar
rumah tanpa izinnya, tidak boleh menerima tetamu
yang tidak dikenali dan
sebagainya.

Ketaatan dan sifat beramanah seorang isteri solehah
ini banyak dipengaruhi
oleh firman Allah yang bermaksud: “... perempuan
yang solehah mestilah taat
dan memelihara kehormatan dirinya ketika ketiadaan
suaminya dengan
perlindungan Allah...” – (Surah an-Nisa, ayat 34)

Malah isteri yang solehah ingatannya sentiasa segar
dengan pesanan Baginda
yang bermaksud: “Jika seseorang wanita menunaikan
solat lima waktu,
berpuasa sebulan Ramadan, memelihara kehormatannya,
mentaati suaminya,
nescaya dia dapat masuk ke mana-mana saja pintu
syurga menurut
kehendaknya.” – (Riwayat Imam Ahmad)

Isteri solehah juga adalah isteri yang sentiasa
menyempurnakan keperluan
suaminya, di samping memelihara keredaannya pada
setiap masa dan ke! adaan.
Ini kerana keredaan suami adalah anak kunci utama
yang melayakkannya
menjadi penghuni syurga penuh kenikmatan.

Sabda Rasulullah bermaksud: “Mana-mana isteri yang
meninggal dunia,
sedangkan suaminya reda kepadanya, nescaya
isterinya akan masuk syurga.” –
(Riwayat Al Hakim dan Tirmizi)

Apa yang paling penting ialah isteri solehah adalah
pendidik dan pengasuh
terbaik kepada anaknya yang juga penyejuk hati ibu
bapa dan saham akhirat
yang pahalanya berkekalan, biarpun ibu bapanya lama
meninggal dunia. Dengan
agamanya itu, seseorang ibu akan mewariskan segala
ilmu agamanya kepada
anaknya agar mereka kelak akan menjadi anak soleh
dan taat, bukan saja
kepada ibu bapa, bahkan taat kepada Allah.

Agama inilah ramuan terbaik yang boleh melenturkan
peribadi anak, perhiasan
akhlak terpuji, mengisi minda dan hati anak dengan
keimanan dan ketakwaan
serta membimbing kehidupan ke arah keredaan Ilahi.

Demikianlah betapa besarnya fungsi seorang wanita
yang bertindak sekali gus
sebagai isteri dan ibu solehah dalam sesebuah
institusi keluarga. Justeru,
Allah menganugerahkan ganjaran syurga bagi wanita
solehah yang beriman dan
benar- benar melaksanakan tanggungjawabnya sebagai
seorang isteri dan ibu
dalam kehidupan sehariannya.

Akhirnya, Rasulullah pernah bersabda maksudnya:
“Sebaik-baik wanita itu
ialah wanita yang melahirkan anak, yang penyayang,
yang memelihara
kehormatannya, yang mulia pada kaca mata ahli
keluarganya, yang menghormati
suaminya, menghiaskan dirinya hanya untuk suaminya
tercinta, memelihara
diri daripada pandangan orang lain, yang mendengar
kata-kata suaminya dan
mentaati segala perintahnya. Apabila bersama
suaminya, dia memberikan apa
saja yang diperlukan suaminya dan dia tidak pula
menolak ajakannya serta
tidak merendah-rendahkan atau menghina kedudukan
suaminya di hadapan orang
lain.” – (Riwayat Al Tausi)

(forwarded message)

87436 | posted by ibnukhalid at 3:49 | 2 comments

[#hidden_message]

Dosa merosakkan hati

Assalamualaikum!

Banyak melakukan dosa membuatkan hati seseorang itu rosak

kerana bercampur antara baik dan buruk. Maka jadilah hati seperti

yang disabdakan oleh Nabi Muhammad S.A.W. yang bermaksud:-

"(Hati yang) tidak lagi menganggap baik perkara yang baik dan

tidak menganggap buruk perkara yang buruk, melainkan apa yang

disukai oleh hawa nafsunya".

Orang yang banyak melakukan dosa semakin renggang

hubungannya dengan Allah dan orang mukmin lain. Ini kerana

apabila seseorang itu patuh kepada perintah Allah, ia dekat

kepadaNya. Orang yang sentiasa melakukan dosa selalu memandang

perbuatan dosa itu sebagai perkara kecil. Dalam hal ini, Ibnu Masud

berkata:- "Sesungguhnya seorang mukmin itu melihat dosanya

seperti sebuah bukit yang dibimbangi akan menimpanya. Manakala,

seorang yang selalu melakukan dosa akan memandang dosa itu

seperti seekor lalat yang hinggap di atas hidungnya". Dosa yang

dilakukan itu akan membawa kehinaan, manakala ketaatan pula

dapat melahirkan kemuliaan kepada pelakunya. Dalam hal ini Allah

berfirman yang maksudnya: "Sesiapa inginkan kemuliaan, maka

sesungguhnya segala kemuliaan itu kepunyaan Allah jua". Orang

yang melakukan dosa berasa sempit dadanya, manakala mereka

yang taat lapang dadanya.

Allah berfirman yang bermaksud: "Maka sesiapa yang Allah hendak

beri hidayat nescaya Allah memberi kelapangan dadanya untuk

menerima (ajaran) Islam. Sesiapa yang Allah hendak menyesatkan

nescaya Allah sempitkan dadanya dan dalam kesukaran seolah-olah

ia memanjat langit (kerana tidak cukup oksigen)". Dosa boleh

menggelapkan hati sebagaimana amalan kebajikan itu boleh

menyinarinya. Ibnu Abbas berkata:- "Sesungguhnya kebajikan itu

memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan

disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh

menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit

rezeki dan makhluk lain mengutuknya".

Dosa boleh menghalang seseorang itu daripada mendapat cahaya

ilmu. Satu ketika, Imam Malik terpegun melihat Imam Syafie (masih

remaja ketika itu) kerana kepandaian dan kecerdikannya, lantas

beliau berkata: "Sesungguhnya aku melihat Allah mencampakkan ke

dalam hati kamu cahaya, maka jangan kamu padamkan cahaya itu

dengan kegelapan maksiat". Dosa boleh menyebabkan seseorang itu

malas untuk membuat ketaatan. Seseorang pernah berkata kepada

Ibnu Masud: "Kami tidak mampu untuk bangun malam (untuk

beribadat)". Jawab Ibnu Masud: "Dosa kamu menjauhkan kamu

(daripada ibadat di waktu malam)". Oleh yang demikian, hampirilah

kebajikan yang akan memberi cahaya kepada hati dan jauhilah

kejahatan yang boleh menggelapkan hati seterusnya menghalang

cahaya ilmu.

(artikel dipetik dari ukhwah.com)

87435 | posted by ibnukhalid at 3:43 | 0 comments

[#hidden_message]

PSM oh PSM

hari ni banyak buat kerja utk psm,
ok la jugak. Banyak jugak benda yg
nak kena dibuat. tapi aku biasa la.
merelaxkan diri dahulu.
tension jugak la, study tak masuk
dalam kepala. Teringat la kat benda2
lain. Antaranya, masa depan, apa nak buat,
nak kerja apa, nak jadi ape, dan pelbagai
lagi persoalan yg tak dapat dijawab pada masa itu.
Dah la masa tu kelas subjek option,
turbo machinery. Satu hape pun tak faham.
Kena mengaji balik la kat bilik jawabnya. Plan
malam ni nak siapkan assignment engineering
management.

Apa la aku ni, asyik citer benda2 yg tak best je.
ye la, nak tunggu citer2 yg best, tak kunjung tiba
jugak citer2 baest ni. Aku plan nak balik kl hujung
minggu ni. nak jumpa family sempena raya haji ni.
kalau dapat mintak bantuan kewangan lagik.....heheheh
Inilah anak, bak kata org negeri.."menghabihkan beras"
ahahhahaha....x kira.........

87432 | posted by ibnukhalid at 2:54 | 0 comments

Monday, January 26, 2004

[#hidden_message]

gambar best

87338 | posted by ibnukhalid at 9:59 | 0 comments

[#hidden_message]

Hari pertama selepas cuti raya cina

Rasa malas je nak pergi kuliah, tapi kan, dah
merupakan satu tanggungjawab yg perlu dilaksanakan,
kaki ini dengan berat melangkahkan kaki menuju ke kereta
utk ke kuliah.
Keseronokan semalam masih lagi dirasakan, terutama
apabila berseronok bersama rakan-rakan sekepala di pantai sedili.
Walaupun hujan yg turun membantutkan suasana,
namun ia tidak menghalang kami untuk melakukan pelbagai aktiviti,
malah memberikan suasana yg cukup meriah ditambah pula
dengan beberapa member yg cukup nakal yg pelbagai karenah.

Hari ni, aku cuba nak menyetelkan psm aku. Nampak macam ada
perkembangan yg baik. So, kena la buat betul-betul.
Actuallly, diri ini dirasakan masih lagi berada di tahap kebahayaan.
Bimbang jika tidak dapat mengawal diri ini. Ditambah pula dengan
hampir tidak dapat menerima hakikat yg sebenar berlaku.
Tetapi, teringat la satu Maksud firman Allah:

Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula (kamu)
bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi
(darjatnya), jika kamu orang-orang yang beriman. (Ali Imran:139)

Sedihnya!!! Baru je dengar di Radio IKIM.fm, juruhebah tu ada
menyatakan bahawa sikap suka mengingati perkara sedih ni boleh
membawa kepada kemurungan, seterusnya membawa kepada
tekanan yang melampau, kalau nasib baik, gila....nauzubillah..

Dalam keadaan sedih begini, harapan masih lagi dipanjatkan.
Walaupun seolah-olah tiada harapan, tak kira!!! Harapan tetap
satu harapan.....sebab apa? Apabila aku membaca Maksud firman Allah:

Dan Tuhanmu berfirman: "Berdoalah kepadaKu, nescaya
akanKu perkenankan bagimu.
Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan
diri dari menyembahKu akan masuk neraka jahannam
dalam keadaan hina dina". (AlMukmin:60)

Petikan ayat al-Quran ini sesungguhnya telah dapat
menenangkan diriku ini. Tapi itulah manusia, yang
sentiasa menjadi tempat bagi iblis meneruskan agenda
untuk menyesatkan manusia bersasm-sama berjamaah
menyertai mereka ke neraka Jahannam!! Nauzubillah..

Bimbang juga.......orang kata, kalau ada problem
ni, kena jumpa dengan orang. cerita masalah. Ala,
bagi aku, manusia hanya boleh menjadi pendengar yang
baik, bukan penyelesai yang terbaik. Pandai cakap!!
Macam aku jugak. Pandai cakap je. perlaksaannya
tok sah cerita. Satu aku setuju, manusia ini perlu kembali
kepada fitrahnya. Itulah yang sentiasa menjadi pedoman
kepada aku dalam mengharungi hari-hari yang mendatang.
Wallahualam

87321 | posted by ibnukhalid at 1:01 | 0 comments

[#hidden_message]

motivasi kawan

sesungguhnya hajat,impian,cita-cita yang diimpikan adalah doa
yang panjang dan berterusan yang sentiasa dipanjatkan pada Nya -
Dr.HM Tuah al-haj-

87315 | posted by ibnukhalid at 0:25 | 0 comments

Sunday, January 25, 2004

[#hidden_message]

Insaf...insaf...Insaf

In the Name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful

He remembered his grandmother's warning about praying on

time: "My son,you shouldn't leave prayer to this late time". His

grandmother's age was 70 but whenever she heard the Adhan, she

got up like an arrow and performed Salah. He, however could never

win over his ego to get up and pray. Whatever he did, his Salah

was always the last to be offered and he prayed it quickly to get it

in on time. Thinking of this, he got up and realized that there were

only 15 minutes left before Salat-ul Isha. He quickly made Wudhu

and performed Salat-ul Maghrib. While making Tasbih, he again

remembered his grandmother and was embarrassed by how he had

prayed. His

grandmother prayed with such tranquility and peace. He began

making Dua and went down to make Sajdah and stayed like that for

a while.He had been at school all day and was tired, so tired.

He awoke abruptly to the sound of noise and shouting. He was

sweating profusely. He looked around. It was very crowded. Every

direction he

looked in was filled with people. Some stood frozen looking around,

some were running left and right

and some were on their knees with their heads in their hands just

waiting. Pure fear and apprehension filled him as he realized where

he was. His heart was about to burst. It was the Day of Judgement.

When he was alive, he had heard many things about the

questioning on the Day of Judgement, but that seemed so long

ago. Could this be something his mind made up? No, the wait and

the fear were so great

that he could not have imagined this. The interrogation was still

going on. He began moving frantically from people to people to ask

if his name had been called. No one could answer him.

All of a sudden his name was called and the crowd split into two

and made a passageway for him. Two people grabbed his arms and

led him forward. He walked with unknowing eyes through the

crowd. The angels brought him to the center and left him there. His

head was bent down and his whole life was passing in front of his

eyes like a movie. He

opened his eyes but saw only another world. The people were all

helping others. He saw his father running from one lecture to the

other, spending his wealth in the way of Islam. His mother invited

guests to their house and one table was being set while the other

was being cleared. He pleaded his case, "I too was always on this

path. I helped others. I spread the word of Allah. I performed my

Salah. I fasted in the month of Ramadan. Whatever Allah ordered

us to do, I did. Whatever he ordered us not to do, I did not."

He began to cry and think about how much he loved Allah. He knew

that whatever he had done in life would be less than what Allah

deserved and his only protector was Allah. He was sweating like

never before and was shaking all over. His eyes were fixed on the

scale, waiting for the final decision. At last, the decision was made.

The two angels with sheets of paper in their hands, turned to the

crowd. His legs felt like they were going to collapse. He closed his

eyes as they began to read the names of those people who were

to enter Jahannam. His name was read first. He fell on his knees

and yelled that this couldn't be, "How could I go to Jahannam? I

served others all my life, I spread the word of Allah to others". His

eyes had become blurry and he was shaking with sweat. The two

angels took

him by the arms. As his feet dragged, they went through the crowd

and advanced toward the blazing flames of Jahannam. He was

yelling and wondered if there was any person who was going to

help him. He

was yelling of all the good deeds he had done, how he had helped

his father, his fasts, prayers, the Qur'an that he read, he was

asking

if none of them would help him. The Jahannam angels continued to

drag him. They had gotten closer to the Hellfire. He looked back and

these were his last pleas. Had not Rasulullah [saw] said, "How clean

would a person be who bathes in a river five times a day, so too

does the Salah performed five times cleanse someone of their sins"?

He began yelling, "My prayers? my prayers? my prayers." The two

angels did not stop, and they came to the edge of the abyss of

Jahannam. The flames of the Fire were burning his face. He looked

back one last time, but his eyes were dry of hope and he had

nothing

left in him. One of the angels pushed him in. He found himself in

the air and falling towards the flames. He had just fallen five or

six feet when a hand grabbed him by the arm and pulled him back

. He

lifted his head and saw an old man with a long white beard. He

wiped

some dust off himself and asked him, "Who are you?" The old man

replied.......

"I am your prayers".

"Why are you so late! I was almost in

the Fire! You rescued me at the last minute before I fell in!!"

The old man smiled and shook his head, "You always performed me
at

the last minute, did you forget?" At that instant, he blinked and

lifted his head from Sajdah. He was in a sweat. He listened to the

voices coming from outside. He heard the adhan for Salat-ul Isha.
He
got up quickly and went to perform Wudhu.

"Invite all to the way of thy Lord with wisdom and beautiful

preaching;

And consult with them in ways that are best and most gracious."

(Al Qur'an, 16:125)

-Forwarded message

87241 | posted by ibnukhalid at 5:24 | 0 comments

[#hidden_message]

Untungnya Mencintai Tuhan

Sesiapa yang menjadikan tuhan sebagai cinta agungnya,
amat beruntunglah hidupnya di dunia dan di akhirat. Di
antara keuntungan yang diperolehi ialah :

1. Tiada Kecewa
>- Seseorang itu tidak akan kecewa dalam percintaannya
merebut cinta agung.

2. Tiada Saingan
>- Tidak akan berlaku pertarungan, permusuhan atau
peperangan dalam mencari cinta tuhan. Sebaliknya dalam
perebutan mencari cinta dunia sama ada cinta manusia,
harta, pangkat, dan lain-lain, biasanya akan berakhir
dengan permusuhan dan akan ada yang kecewa dan
menderita.

3. Mendapat Ketenangan Dan Kebahagiaan.
>- Mendapatkan cinta tuhan akan membuahkan ketenangan,
kedamaian, keamanan dan kebahagiaan yang hakiki.

4. Dapat Kawan Dan Perpaduan
>- Bersama-sama mencari Tuhan membawa manusia
berukhuwah dan berkawan. Walaupun manusia itu
berlainan latarbelakang, bangsa, pangkat, kedudukan
maka jika pernah menjadi musuh sekalipun, namun dalam
merebut cinta Tuhan, secara automatik setiap hati
manusia itu akan terikat satu sama lain.

5. Menghilangkan Mazmumah
>- Mazmumah adalah sifat2 keji yang terdapat dalam
diri manusia seperti hasad dengki, ego tamak dan
lain-lain.

6. Disenangi oleh Orang
>- Tiada siapa yang akan rasa tercabar atau tergugat
dalam pertarungan merebut cinta tuhan. Orang yang
berusaha merebut cinta agung akan disukai oleh semua
makhluk.

7. Tidak akan Kesepian Atau Keseorangan
>- Biarpun tiada kawan bersama, kita tidak akan rasa
kesunyian dan ketakutan kerana Tuhan menjadi cinta
agung sentiasa ada bersama. Meletakkan cinta dan
harapan pada tuhan akan membuatkan hati sentiasa rasa
tenang dan selamat.

8. Jalannya Luas dan Selamat
>- Mengejar cinta Tuhan jalannya luas, lapang, selamat
dan menyelamatkan

forwarded message from a friend

87240 | posted by ibnukhalid at 5:18 | 0 comments

Friday, January 23, 2004

[#hidden_message]

Cuti raya cina

hmm, pasal cuti raya cina ni, universiti cuti 2 hari,
tambah cuti sabtu ahad lagi
jadi 4 hari
malasnya nak balik kl

semalam siapkan assignment yg tertangguh
Layan movie lagi

hmm, tak tau nak tulis aper lagik,
takde idea la..

87116 | posted by ibnukhalid at 2:29 | 0 comments

Wednesday, January 21, 2004

[#hidden_message]

Tips ketika anda sedang marah

a) Mula-mula kita perlu malu dengan Allah s.w.t akansegala tindak-

tanduk kita. Allah memerhatikan segalaperlakuan dan sikap biadab

kita.

b) Bila datang rasa hendak marah, ingatlah kita inihanyalah manusia

yang hina.

c) Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah agarAllah

selamatkan kita daripada sifat marah.

d) Hendaklah ingat kesan daripada sifat marah itu mungkin akan

membawa kepada permusuhan dan pembalasan dendam dari orang

yang anda marahi.

e) Cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita ketika kita sedang

marah.

f) Apabila datang marah, banyakkan baca Ta'awwuz (A'uzubillahi

minas Syaitanirrajim ) kerana marah itu datangnya daripada syaitan.

g) Apabila marah sedang memuncak, ambil wudhu kerana wudhu

dapat menenangkan api kemarahan yang sedang membara.

h) Jikalau tidak boleh hilang marah dengan hal tersebut di atas,

hendaklah tidur. Kerana ianya akan

meredakan perasaan marah apabila bangkit daripada tidur

i) Tauhid kita perlu tepat. Setiap sesuatu itu datangnya dari Allah

dan akan kembali kepada Allah.

Kenapa kita perlu marah. Kalau kita bersalah, kita tidak suka orang

memarahi kita. Maka begitulah orang lain yang melakukan kesilapan,

juga tidak suka dimarahi. Tegurlah dengan lemah lembut dan kasih

sayang.

Satu cara lagi, apabila datangnya marah, sedangkan anda berdiri,

maka duduklah, sekiranya duduk, maka bersandarlah, Insha Allah

kemarahan akan mulai reda.

Dengan cara demikian, keegoan akan berkurangan. Tetapi apa yang

berlaku, apabila naik marah, yang bersandar akan mula

menetapkan duduknya dan seterusnya berdiri, maka kemarahan

sudah tidak dapat dikawal.

Wassalam..

(sumber dari kawan)

87028 | posted by ibnukhalid at 17:00 | 0 comments

[#hidden_message]

What day is today?

Today is wednesday,
My head still not feel better,
But it's getting worst,
I even can't control myself,
What should I do?

After the sun rose at the east,
I still not wake up from the bed,
I was feeling tired,
What should I do?

A test came up at the afternoon,
I failed to complete the answer
of the bunch of question that was given to me
What should I do?

An assignment of english was still not fininshed
I can't concentrate on what am I doing
The environment does'nt give me advantage
What should I do?

When the sun was set,
I went out from my hostel,
Not to eat but to hear something I really uncomfortable,
What should I do?

When the night goes to midnight,
My stomach was going to sing a song,
Eating without doing assignment,
What should I do?

Chatting with friend,
Chatting with friends,
But time is up,
The next day is Thursday

Is there a future for me???????????????????

87027 | posted by ibnukhalid at 15:44 | 0 comments

[#hidden_message]

Tazkirah kawanku

Ya AkhiYa Ukhti Minda warasmu cuba kau guna Iman didada cuba kau Tanya Pelajar agamakah kita? Bila firman Allah tidak kita diendah Sabda rasul dipandang rendah. Ustaz atau ustazahkah kita? Bila maddiah dijadikan ghoyah Terlucut tergadai prinsip dan maruah Ulamakah kita? Bila dipersia tuntutan syahadah Sedar tak sedar Kuffar dan sekufunya diagung disembah Ya AkhiYa Ukhtie.

Pandanglah kehadapan Hayatilah sunnah selamilah Al-Quran Kan datang kebenaran menghilang kebatilan Usah kau biar mutiara bertaburan Lantaran kaca menyilau pandangan Jangan berani mencabar Ilahi Agamanya yang kau tuntut ingin kau khianati? Tegakah kau wahai akhi..? Tegakah kau wahai uhktie? Memusnahkan Islam dengan tanganmu sendiri. Ya Akhi.Ya Ukhtie. Kau tak usah mengata Tak mampu nak buat usah mengumpat Jangan mengutuk takut terkutuk

Biar tudung labuh berjubah lusuh Serban dihinggap debu sahrawi Dari jeans rabik, t-shirt carik Cap (topi) terbalik ala Yahudi.. Benar katamu Ya Akhi. Benar katamu duhai Ukhtie Pakaian tak melambangkan peribadi Tetapi INGAT..!! Bicara hatimu yang tersirat Bisa diterjemahkan Oleh tingkah dan gerak gerimu yang tersurat Ya Akhi Ya Ukhtie. Ku kasih dirimu bak diri sendiri

Sedarlah. Sebelum sedarmu diambang nihayah.

86986 | posted by ibnukhalid at 10:32 | 0 comments

Tuesday, January 20, 2004

[#hidden_message]

Hari yg agak kritikal

Hari ni merupakan hari yang aku rasa kalau boleh,
tiadanya hari esok. Kenapa?
sebab minggu ini merupakan
minggu yg paling sukar sekali untuk dilalui (rasanya la)

Sesuatu yang dibimbangi mula berlaku,
Seolah-olah duniaku semakin menuju kegelapan,
Di kala orang lain sibuk menumpukan perhatian
terhadap kuliah yang disampaikan lecturer,
Fikiranku menerawang entah ke mana,
Mengangankan sesuatu yang belum pasti,
Assignment pun tak siap lagi,
Ditambah lagi dengan banyaknya mesej
dan panggilan telefon yang kuterima,
Sehinggakan pensyarahku menjeling ke arahku, Mesyuarat?Perjumpaan?Pengumuman?,
Kutunggu lagi, mana tau ada mesej amaran ke......
Rancangan ku untuk menyiapkan assignment dengan segera nampaknya bertangguh jua,
Ditambah lagi dengan fikiranku yang banyak melayang entah ke mana,
Walau hidup di dunia nyata,
Namun seolah-oelh diri ini dialam maya,
Tambah lagi membaca mesej di alam siber,
Naruto siri 66-_67 menjadi penghibur sementara,
Mendengar lagu yg pelbagai rentak............................
Arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh,
Pada siapa inginku mengadu????

86795 | posted by ibnukhalid at 10:04 | 2 comments

Monday, January 19, 2004

[#hidden_message]

cerita tikus dan perangkap tikus

Seekor tikus mengintip disebalik celah di tembok untuk mengamati sang petani dan
isterinya membuka sebuah bungkusan. Ada makanan fikirnya? Dia terkejut sekali,
ternyata bungkusan itu berisi perangkap tikus.Lari kembali ke ladang pertanian
itu, tikus itu menjerit memberi peringatan; "Awas, ada perangkap tikus di dalam
rumah, awaslah, ada perangkap tikus di dalam rumah!"

Sang ayam dengan tenang berkokok dan sambil tetap menggaruk tanah, mengangkat
kepalanya dan berkata, "Ya maafkan aku, Pak Tikus, aku tahu ini memang masalah
besar bagi kamu, tapi buat aku secara peribadi tak ada masalahnya. Jadi jangan
buat aku peninglah."

Tikus berbalik dan pergi menuju sang kambing, katanya, "Ada perangkap tikus
didalam rumah, sebuah perangkap tikus dirumah!" "Wah, aku menyesal dengar khabar
ini," si kambing menghibur dengan penuh simpati, "tetapi tak ada sesuatupun yang
bisa kulakukan kecuali berdoa. Yakinlah, kamu sentiasa ada dalam doa doaku!"

Tikus kemudian berbelok menuju si lembu. " Oh? sebuah perangkap tikus, jadi saya
dalam bahaya besar ya?" kata lembu itu sambil ketawa.

Jadi tikus itu kembalilah kerumah,kepala tertunduk dan merasa begitu patah hati,
kesal dan sedih, terpaksa menghadapi perangkap tikus itu sendirian.

Malam itu juga terdengar suara bergema diseluruh rumah, seperti bunyi perangkap
tikus yang berjaya menangkap mangsanya. Isteri petani berlari pergi melihat apa
yang terperangkap. Didalam kegelapan itu dia tak bisa melihat bahawa yang
terjebak itu adalah seekor ular berbisa. Ular itu sempat mematuk tangan isteri
petani itu. Petani itu bergegas membawanya ke hospital. Dia kembali ke rumah
dengan demam. Sudah menjadi kebiasaan setiap orang akan memberikan pesakit demam
panas minum sup ayam segar, jadi petani itu pun mengambil goloknya dan pergilah
dia ke belakang mencari bahan bahan untuk supnya itu.

Penyakit isterinya berlanjutan sehingga teman teman dan jiran tetangganya datang
menjenguk, dari jam ke jam selalu ada saja para tamu. Petani itupun menyembelih
kambingnya untuk memberi makan para pengunjung itu.

Isteri petani itu tak kunjung sembuh. Dia mati, jadi makin banyak lagi
orang-orang yang datang untuk pengkebumiannya sehingga petani itu terpaksalah
menyembelih lembunya agar dapat menjamu makan orang orang itu.

Moral kisah ini:

Apabila kamu dengar ada seseorang yang menghadapi masalah dan kamu fikir itu
tiada kaitan dengan anda, ingatlah bahawa apabila ada 'perangkap tikus' didalam
rumah, seluruh 'ladang pertanian' ikut menanggung risikonya . Sikap mementingkan
diri sendiri lebih banyak keburukan dari baiknya.

-petikan dari yahoogroups-

86720 | posted by ibnukhalid at 21:18 | 0 comments

[#hidden_message]

Are 2 women equal to 1 man in Islam? (part 1)

Alsalamu 3laikum warahmatullahi wabarakatuhu

There are some people, they think that 2 women are equal to 1 man in Islam in
the case of wintesses and in inhertiance laws, same Questions were asked to dr
zakir naik ( a very well known scholar of islamic research foundation ) and he
answered the Question very well, i am going to shar share those 2 questions
inshaAllah.

EQUALITY OF WITNESSES

Why are two witnesses who are women, equivalent to only one witness who is a man
?

Answer:

It is not true that two female witnesses are always considered as equal to only
one male witness. It is true only in certain cases. There are about five verses
in the Qur’an that mention witnesses, without specifying male or female. There
is only one verse in the Qur’an, that says two female witnesses are equal to one
male witness. This verse is Surah Baqarah, chapter 2 verse 282. This is the
longest verse in the Qur’an and deals with financial transactions. It says:

"Oh! ye who believe! When ye deal with each other, in transactions involving
future obligation in a fixed period of time reduce them to writing and get two
witnesses out of your own men and if there are not two men, then a man and two
women, such as ye choose, for witnesses so that if one of them errs the other
can remind her." [Al-Qur’an 2:282]

This verse of the Qur’an deals only with financial transactions. In such cases,
it is advised to make an agreement in writing between the parties and take two
witnesses, preferably both of which should be men only. In case you cannot find
two men, then one man and two women would suffice.

For instance, suppose a person wants to undergo an operation for a particular
ailment. To confirm the treatment, he would prefer taking references from two
qualified surgeons. In case he is unable to find two surgeons, his second option
would be one surgeon and two general practitioners who are plain MBBS doctors.

Similarly in financial transactions, two men are preferred. Islam expects men to
be the breadwinners of their families. Since financial responsibility is
shouldered by men, they are expected to be well versed in financial transactions
as compared to women. As a second option, the witness can be one man and two
women, so that if one of the women errs the other can remind her. The Arabic
word used in the Qur’an is ‘Tazil’ which means ‘confused’ or ‘to err’. Many have
wrongly translated this word as ‘to forget’. Thus financial transactions
constitute the only case in which two female witnesses are equal to one male
witness.

However, some scholars are of the opinion that the feminine attitude can also
have an effect on the witness in a murder case. In such circumstances a woman is
more terrified as compared to a man. Due to her emotional condition she can get
confused. Therefore, according to some jurists, even in cases of murder, two
female witnesses are equivalent to one male witness. In all other cases, one
female witness is equivalent to one male witness. There are about five verses in
the Qur’an which speak about witnesses without specifying man or woman.

While making a will of inheritance, two just persons are required as witnesses.
In Surah Maidah chapter 5 verse 106, the Glorious Qur’an says:

"Oh you who believe! When death approaches any of you, (take) witnesses among
yourself when making bequests."[Al-Qur’an 5:106]

Two just persons of your own (brotherhood) or other from outside if you are
journeying through the earth and the chance of death befalls you."[Al-Qur’an
65:2]

Two persons endued with justice in case of talaq."Four witnesses are required in
case of charge against chaste women, [Al-Qur’an 24:4]

There are some scholars who are of the opinion that the rule of two female
witnesses equal to one male witness should be applied to all the cases. This
cannot be agreed upon because one particular verse of the Qur’an from Surah Noor
chapter 24, verse 6 clearly equates one female witness and one male witness:

"And those who launch a charge against their spouses, and have (in support) no
evidence but their own their solitary evidence can be received."[Al-Qur’an 24:6]

Hazrat Ayesha (RA) hadith narrated of one witness

Many jurists agree that even one witness of a woman is sufficient for the
sighting of the crescent of the moon. Imagine one woman witness is sufficient
for one of the pillars of Islam, i.e. fasting and the whole Muslim community of
men and women agree and accept her witness! Some jurists say that one witness is
required at the beginning of Ramadaan and two witnesses at the end of Ramadaan.
It makes no difference whether the witnesses are men or women.

Some incidents require only female witness and that of a male cannot be
accepted. For instance, in dealing with the problems of women, while giving the
burial bath i.e. ‘ghusl’ to a woman, the witness has to be a woman.

The seeming inequality of male and female witnesses in financial transactions is
not due to any inequality of the sexes in Islam. It is only due to the different
natures and roles of men and women in society as envisaged by Islam.

by dr zakir naik

salamu 3laikum

To Allah belong the east and the West: Whithersoever ye turn, there is the
presence of Allah. For Allah is all -Pervading, all-Knowing....2:115

-dipetik dari yahoogroups-

86719 | posted by ibnukhalid at 21:14 | 0 comments

[#hidden_message]

Men Are Hard To Please

The problems with GUYS:

If u TREAT him nicely, he says u are IN LOVE with him;
If u Don't, he says u are PROUD.
If u DRESS Nicely, he says u are trying to LURE him;
If u Don't, he says u are from KAMPUNG.
If u ARGUE with him, he says u are STUBBORN;
If u keep QUIET, he says u have no BRAINS.
If u are SMARTER than him, he'll lose FACE;
If he's Smarter than u, he is GREAT.
If u don't Love him, he tries to POSSESS u;
If u Love him, he will try to LEAVE u.(very true huh?)
If u don't make love with him., he says u don't Love him;
If u do!! he says u are CHEAP.
If u tell him your PROBLEM, he says u are TROUBLESOME;
If u don't, he says that u don't TRUST him.
If u SCOLD him, u are like a NANNY to him;
If he SCOLDS u, it is because he CARES for u.
If u BREAK your PROMISE, u Cannot be TRUSTED;
If he BREAKS his, he is FORCED to do so.
If u SMOKE, u are BAD girl;
If he SMOKES, he is GENTLEMENT.
If u do WELL in your exams, he says it's LUCK;
If he does WELL, it's BRAINS.
If u HURT him, u are CRUEL;
If he HURTS u, u are too SENSITIVE!!
& sooo hard to please!!!!!

If u send this to guys, they will swear that it's not true.......
but if u don't, they say u are selfish.....
The moral of the story is.......SEND THIS TO GUYS OUT THERE ANYWAY... Send
it to girls also, gives them some laughter ...

86617 | posted by ibnukhalid at 10:26 | 0 comments

[#hidden_message]

cermin diri

1. Senyum itu tanda kemesraan, diberi kepada manusia dianggap sedekah.
Ketawa itu lambang kelalaian. Selalu dilakukan hati akan mati. Dibuat
di
hadapan manusia menghilangkan maruah diri.

2. Setiap kesalahan yang dilakukan jadikanlah pengajaran, insaflah ini
tanda
kelemahan diri, kesalilah keterlanjuran itu dan berazamlah tidak
mengulanginya lagi.

3. Syukur nikmat dan sabar di dalam ujian amat mudah diucapkan tetapi
amat
sulit dilaksanakan.

4. Kesenangan dan kemewahan selalunya membawa kepada kesombongan dan
kelalaian. Kesusahan dan penderitaan itu, selalunya membawa kekecewaan
dan
putus asa, kecuali orang yang mukmin.

5. Di antara tanda-tanda orang-orang yang sombong itu cepat melahirkan
sifat
marah, suka memotong percakapan orang, suka bermujadalah yakni
bertegang
leher, nampak di mukanya rasa tidak senang jika ada orang yang lebih
darinya
di satu majlis, bercakap meninggikan suara, pantang ditegur, tidak ada
tanda-tanda kesal di atas kesalahan.

6. Orang yang sudah hilang sifat marah (dayus), cepat melahirkan sifat
marah
(lemah mujahadah). Orang yang ada sifat marah tapi dapat disembunyikan
kecuali di tempat-tempat yang munasabah inilah manusia normal.

7. Tahu diri kita hamba itu adalah ilmu, merasa diri kita itu hamba itu
penghayatan, yang kedua inilah akan lahir sifat tawaduk, malu, khusyuk,
takut, hina dan lain-lain lagi sifat kehambaan.

8. Jika kita mengingati dosa, kita tidak nampak lagi kebaikan kita,
apatah
lagi untuk dibanggakan.

9. Lahirkan kemesraan kita sesama manusia kerana itu adalah haknya tapi
jangan putus hati kita dengan ALLAH, ini adalah hakNYA pula.

10.Apabila rasa senang dengan pujian, rasa sakit dengan kehinaan
menunjukkan
kita ada kepentingan peribadi, tanda kita tidak ikhlas membuat

86613 | posted by ibnukhalid at 9:02 | 0 comments

[#hidden_message]

Cinta Menurut Pandangan Islam

“..Ya Allah Engkau Tuhanku.. Tiada tuhan melainkan Engkau.. Engkau cinta agungku.. Nabi Muhammad pesuruhMu..”

Muqaddimah

Bait-bait nasyid kumpulan Quturunnada di atas sering mengingatkan kita kepada hakikat cinta yang sebenar. Bagi saya sendiri, makna serta irama yang dibawa oleh Qutrunnada ini benar-benar menyentuh jiwa apatah lagi di tengah-tengah kerancakan irama nasyid ala-KRU yang mewarnai dunia nasyid pada masa sekarang.

Berbicara mengenai cinta, tentunya tidak akan lepas dari perbincangan kita cinta monyet yang menghiasai dunia muda-mudi sekarang ini. Malah, tidak keterlaluan untuk dinyatakan, itulah pespektif masyarakat terhadap cinta. Sedangkan cinta sebeginilah yang sering mendorong pelakunya ke arah melakukan maksiat kepada Allah SWT. Sekotor itukah cinta?

Apakah cinta sebenarnya? Cinta sebenarnya menepati satu angka perangkaan fitrah manusia. Tanpa nilai cinta yang berdefinisi sebagai cetusan rasa dari orbit naluri ke arah mengenali satu objek dengan penghayatan hakikat dan kewujudannya akan membantutkan tumbesar manusia.

Kesenian cinta yang didasari runtutan fitrah tanpa dicabul oleh hawa syahwat merupakan logo kedamaian, keamanan dan ketenangan. Namun cinta seringkali diperalatkan untuk melangsai keghairahan nafsu dan kebejatan iblis laknatullah. Demi kemakmuran manusia sejagat, kita mesti menangani fenomena cinta dengan nilai fikrah yang suci dan iman yang komited kepada Allah.

Permasalahan cinta antara yang dihadapi secara serius oleh umat Islam hari ini. Pertembungan antara cinta hakiki dan cinta palsu menyebabkan umat Islam menghadapi dilema perasaan yang kronik. Krisis cinta palsu telah memapah umat Islam ke medan pertembungan yang memusnahkan etika spritual-membunuh solidariti dan menodai sosial.

Individu mukmin sewajarnya peka terhadap kehadiran cinta di dalam jiwa. Cinta yang berlogikkan nafsu dan syahwat semata-mata hanyalah cinta palsu yang penuh jijik dan dihina.

Menyedari hakikat ini, saya mencuba untuk menggagahkan diri bercerita soal cinta secara ringkas menurut pandangan Islam. Apatah lagi dalam suasana masyarakat remaja khususnya tertipu dengan propaganda 14 Februari yang kononnya ialah hari Kekasih. Maka sibuklah dunia berbicara soal cinta yang lebih menjurus kepada cinta karut-marut yang bertemakan mainan perasaan yang sama sekali terseleweng dari kehendak Islam.

Semoga Allah memberikan ganjaran terhadap usaha yang kecil ini dalam membersihkan jiwa pemuda-pemuda dari sebarang permainan perasaan yang hanya akan menyesatkan fikiran.

Apakah Kedudukan Cinta Di Dalam Islam?

Adakah Islam memusuhi cinta? Adakah sebegini kejam sebuah agama yang disifatkan menepati fitrah? Sebenarnya tidak. Malah Islam memandang tinggi persoalan cinta yang tentunya merupakan perasaan dan fitrah yang menjiwai naluri setiap manusia. Namun, cinta di dalam Islam perlulah melalui pelbagai peringkat keutamaannya yang tersendiri :

1. Cinta kepada Allah

Islam meletakkan cinta yang tertinggi dalam kehiudupan manusia ialah cinta kepada Allah. Ketinggian nilai taqarrub Al-Abid kepada Khaliq dapat dikesan melalui cinta murni mereka kepada Pencipta. Tanpa cinta kepada Allah perlakuan hamba tidak memberi pulangan yang bererti sedangkan apa yang menjadi tunjang kepada Islam ialah mengenali dan dan menyintai Allah.

Sinaran cinta itu jua akan mendorong hamba bertindak ikhlas di mihrab pengabdian diri kepada Allah serta menghasilkan cahaya iman yang mantap. Firman Allah SWT :

“..(Walaupun demikian), ada juga di antara manusia yang mengambil selain dari Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah...” (Surah Al-Baqarah ayat : 165)

Memiliki cinta Allah seharusnya menjadi kebanggaan individu mukmin lantaran keagungan nilai dan ketulusan ihsan-Nya.Namun menjadi suatu kesukaran untuk meraih cinta Allah tanpa pengabdian yang menjurus tepat kepada-Nya. Cinta Allah umpama satu anugerah yang tertinggi dan tidak mungkin sesiapa dapat memilikinya kecuali didahulukan dengan pengorbanan yang mahal. Cinta Allah adalah syarat yang utama untuk meletakkan diri di dalam barisan pejuang-pejuang kalimah Allah SWT. Firman Allah SWT (yang bermaksud) :

“..Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari ugamanya (jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Ia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir...” (Surah Al-Maidah, ayat 54)

2. Cinta Kepada Rasulullah SAW dan para anbiya’

Apabila manusia berada di dalam kegelapan yang begitu kelam,maka diutuskan pembawa obor yang begitu terang untuk disuluhkan kepada manusia ke arah jalan kebenaran. Sayang, pembawa obor tersebut terpaksa begelumang dengan lumpur yang begitu tebal dan menahan cacian yang tidak sedikit untuk melaksanakan tugas yang begitu mulia.

Pembawa obor tersebut ialah Rasulullah SAW. Maka adalah menjadi satu kewajipan kepada kepada setiap yang mengaku dirinya sebagai muslim memberikan cintanya kepada Rasulullah dan para ambiya’. Kerana kecintaan inilah, para sahabat sanggup bergadai nyawa menjadikan tubuh masing-masing sebagai perisai demi mempertahankan Rasulullah SAW. Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim menyebut :

Diriwayatkan daripada Anas r.a katanya: Nabi s.a.w bersabda: Tiga perkara, jika terdapat di dalam diri seseorang maka dengan perkara itulah dia akan memperolehi kemanisan iman: Seseorang yang mencintai Allah dan RasulNya lebih daripada selain keduanya, mencintai seorang hanya kerana Allah, tidak suka kembali kepada kekafiran setelah Allah menyelamatkannya dari kekafiran itu, sebagaimana dia juga tidak suka dicampakkan ke dalam Neraka.

(Bukhari : no. 15, Muslim : no. 60, Tirmizi : no. 2548 Nasaie : no. 4901)

Namun, dalam suasana kita sekarang yang begitu jauh dengan Rasulullah SAW dari segi masa, adakah tidak berpeluang lagi untuk kita memberikan cinta kepada Rasulullah SAW? Sekalipun Rasulullah SAW telah meninggalkan kita jauh di belakang, sesungguhnya cinta terhadap baginda boleh dbuktikan melalui kepatuhan serta kecintaan terhadap sunnahnya. Oleh yang demikian, orang yang memandang hina malah mengejek-ngejek sunnah Rasulullah SAW tentunya tidak boleh dianggap sebagai orang yang menyintai Rasulullah SAW.

3. Cinta Sesama Mukmin

Interaksi kasih sayang sesama mukmin adalah merupakan pembuluh utama untuk menyalurkan konsep persaudaraan yang begitu utuh. Cinta sesama mukmin inilah yang mengajar manusia supaya menyintai ibubapanya. Malah mengherdik ibubapa yang bererti merungkaikan talian cinta kepada keduana adalah merupakan dosa besar sebagaimana yang disebut di dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Abu Bakrah r.a katanya:

“Ketika kami bersama Rasulullah s.a.w, baginda telah bersabda: Mahukah aku ceritakan kepada kamu sebesar-besar dosa besar: Ianya tiga perkara, iaitu mensyirikkan Allah, mengherdik kedua ibu bapa dan bersaksi palsu atau kata-kata palsu..”

(Hadis riwayat Bukhari, no. 5519, Muslim : no. 126)

Alangkah indahnya sebuah agama yang mengajar penganutnya agar menghormati dan menyintai kedua ibubapanya yang telah melalui susah payah untuk membesarkan anak-anak mereka. Di manakah lagi keindahan yang lebih menyerlah selain daripada yang terdapat di dalam Islam yang mengajar umatnya dengan pesanan :

“..Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): "Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil."

(Surah Israk, ayat 24)

Selain daripada cinta kepada kedua ibubapa ini, Islam juga meletakkan cinta sesama mukmin yang berimana sebagai syarat kepada sebuah perkumpulan atau jemaah yang layak bersama Rasulullah SAW. Hayatilah betapa dalamnya maksud firman Allah SWT :

“..Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah; dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam), dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan kasihan sesama sendiri (umat Islam)...

(Surah Al-Fath, ayat 29)

Malah, Al-Quran sendiri menukilkan betapa pujian melangit yang diberikan oleh Allah SWT kepada golongan Ansar yang ternyata menyintai golongan Muhajirin dengan cinta suci yang berasaskan wahyu Ilahi. Malah dalam keadaan mereka berhajat sekalipun, keutamaan tetap diberikan kepada saudara-saudara mereka dari golongn Muhajirin. Firman Allah SWT yang bermaksud :

“..Dan orang-orang (Ansar) yang mendiami negeri (Madinah) serta beriman sebelum mereka, mengasihi orang-orang yang berhijrah ke negeri mereka, dan tidak ada pula dalam hati mereka perasaan berhajatkan apa yang telah diberi kepada orang-orang yang berhijrah itu; dan mereka juga mengutamakan orang-orang yang berhijrah itu lebih daripada diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam keadaan kekurangan dan amat berhajat. ..”

(Surah Al-Hasyr, ayat 9)

Bukankah ini yang telah diajar oleh Islam? Maka di tengah-tengah kecaman keganasan yang dilemparkan kepada Islam pada hari ini, kenapa tidak masyarakat antarabangsa malah umat Islam sendiri melihat bahawa betapa agungnya unsur kasih sayang dan cinta yang terdapat di dalam Islam? Namun, betapa agungnya cinta di dalam Islam, begitu jualah agungnya penjagaan Islam sendiri terhadap umatnya agar sama sekali tidak mencemarkan kesucian cinta dengan kekotoran nafsu.

Itulah cinta di dalam Islam. Ia tidak dapat tidak haruslah diasaskan di atas dasar keimanan kepada Allah. Alangkah ruginya cinta yang lari dari landasan iman. Akan hanyutlah jiwa-jiwa yang menyedekahkan dirinya untuk diperlakukan oleh ‘syaitan cinta’ sewenangnya-wenangnya

Cinta Dunia Remaja : Tragedi Yang Menyayat Hati

Tidak ada orang yang boleh mendakwa dirinya lari daripada mainan perasaan. Asal saja ia bernama ma

86612 | posted by ibnukhalid at 8:59 | 0 comments

[#hidden_message]

Hari Isnin yg kurang ceria

Mujurlah hari isnin takde kelas English, so ada peluang banyak masa pagi tu. Tapi tu la, bila dah banyak masa, katil la menjadi persinggahan utama,.Last-last satu apa pun tak buat.
Habis kelas Engineering Management, balik bilik, study untuk test malam ni, TITAS 2. Study la sket2. Actually banyak lagi benda tak study, namun itulah yg terdaya dilakukan. Assignment BI tak start buat lagi. Ingat nak buat malam ni.
Lepas habis test, pergi Taman u, ada jamuan makan lak, padahal tahlil ada, tapi memandangkan ada test sempat la pergi jamuan. melantak la, apa lagi.......
Lepas tu, gi rumah member lain, layan cerita jet li sebentar. last2 balik bilik. nak buat assignment

86611 | posted by ibnukhalid at 8:57 | 0 comments

Sunday, January 18, 2004

[#hidden_message]

Keboringan di tahap yang melampau

Hari ini, kantoi la pulak lambat pergi meeting untuk assigment Englsh, lamabat satu jam lagi. Member-member semua bengang je. Masa meeting tu, just pembahagian tugasan masing-masing. Malas nak lepak lama-lama kat Library, balik terus, pergi makan dulu di arked meranti. Bosan gila makan sorang-sorang,

Habis je makan, jalan-jalan di sekitar kolej melihat aktiviti Fiestra. Tdak ada apa yang menarik pada waktu itu. Ada yang menarik, pertunjukan fesyen busana muslimah, tapi lelaki tak leh nak masuk.

so duduk bilik ingat nak study, last-last membuang masa. NAsib hari ini rajin sikit nak basuh baju yang dah seminggu tak berbasuh gara-gara tension yang amat sangat.

Petang tu, jalan-jalan nak cari makanan kat fiestra, last-last order black pepper steak. harga boleh tahan, RM10. Ok la, kira puas hati jugak la. Makan dengan nasi putih sekali, makan sorang-sorang je. Bila lagi nak makan berdua hah? Tak tahu la.

Malam, ingat nak study, tapi tak tau la samapai sekarang tak study-study lagi ni. Kepala otak memang dah tak ingat nak study la. Esok dah ada test, tak prepare satu apa pun.

---------------------------------------------------------------

MENANGISLAH DI SINI SEBELUM MENANGIS DI SANA

Detik waktu bersama kelahiran seorang bayi dihiasi tangisan. Nyaring berkumandang menyaring segala suara yang menyapa telinga ibu. Lonjak hatinya memuncak gembira penawar sakit dan lesu. Lalu bermulalah sebuah kehidupan yang mewarnai bumi berpenakan hati, berdakwatkan air mata. Air mata adakalanya penyubur hati,penawar duka. Adakalanya buih kekecewaan yang menyempit perasaan , menyesak kehidupan. Air mata seorang manusia hanyalah umpama air kotor diperlimpahan. Namun setitis air mata kerana takutkan ALLAH persis permata indahnya gemerlapan. Penghuni Syurga ialah mereka yang banyak dukacitanya di dunia. Tidak berkumpul dua perkara dalam satu masa.Barangsiapa gembira di dunia akan berdukacita di akhirat.Barangsiapa yang banyak dukacitanya di dunia akan gembira di akhirat.
Pencinta dunia menangis kerana dunia yang hilang. Perindu akhirat menangis
kerana dunia yang datang.
Alangkah sempitnya kuburku,keluh seorang Abid.
Alangkah sedikitnya hartaku,kesal si hartawan.
Dari mata yang mengitai setiap kemewahan yang mulus penuh rakus,mengalirlah
air kecewa kegagalan. Dari mata yang redup merenung Hari Akhirat yang
dirasakan dekat, mengalirkan air mata insaf mengharap kemenangan.
"Penghuni Syurga itulah orang-orang yang menang."
(al- Hasr: 20)
Tangis adalah basahan hidup,justeru:
Hidup dimulakan dengan tangis, dicelahi oleh tangis dan diakhiri dengan
tangis.Manusia sentiasa dalam dua tangisan.Sama ada yang membawa untung
atau merugikan.
Sabda Rasulullah s.a.w.
"Ada dua titisan yang ALLAH cintai,pertama titisan darah para Syuhada dan
titisan air mata yang jatuh kerana takutkan ALLAH."
Nabi Muhammad bersabda lagi :
"Tangisan seorang pendosa lebih ALLAH cintai daripada tasbih para wali."
Oleh itu berhati-hatilah dalam tangisan,kerana ada tangisan yang akan
mengakibatkan diri menangis lebih lama dan ada tangisan yang membawa bahagia
untuk selama-lamanya. Seorang pendosa yang menangis kerana dosa adalah lebih
baik daripada Abid yang berangan-angan tentang Syurga mana kelak ia akan
bertakhta.
Nabi bersabda :
"Kejahatan yang diiringi oleh rasa sedih,lebih ALLAH sukai dari satu
kebaikan yang menimbulkan rasa takbur."
Ketawa yang berlebihan tanda lalai dan kejahilan. Ketawa seorang ulamak
dunia hilang ilmu, hilang wibawanya. Ketawa seorang jahil, semakin keras
hati dan perasaannya.
Nabi Muhammad bersabda :
"Jika kamu tahu apa yang aku tahu nescaya kamu banyak menangis dan sedikit
ketawa."
Seorang Hukama pernah bersyair :
"Aku hairan dan pelik,melihat orang ketawa kerana perkara-perkara yang akan
menyusahkan,lebih banyak daripada perkara yang menyenangkan."
Salafussoleh menangis walaupun banyak beramal,takut-takut tidak diterima
ibadatnya,kita ketawa walaupun sedar diri kosong daripada amalan. Lupakah
kita Nabi pernah bersabda :
"Siapa yang berbuat dosa dalam ketawa,akan dicampakkan ke neraka dalam
keadaan menangis."
Kita gembira jika apa yang kita idamkan tercapai. Kita menangis kalau yang
kita cita-citakan terabai. Nikmat disambut ria, kedukaan menjemput duka.
Namun,Allah s.a.w. telah berfirman :
" Boleh jadi kamu membenci sesuatu,padahal ia amat baik bagimu,dan boleh
jadi pula kamu menyukai sesuatu,pada hal ianya amat buruk bagimu. ALLAH
mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui."
(AL BAQARAH : 216)
Bukankah Nabi pernah bersabda:
"Neraka dipagari nikmat,syurga dipagari bala."
Menangislah wahai diri,agar senyumanmu banyak di kemudian hari. Kerana
engkau belum tahu, nasibmu dipuak kanan atau dipuak kiri.Di sana,lembaran
sejarahmu dibuka satu persatu, menyemarakkan rasa malu berabad-abad lamanya
bergantung kepada syafaat Rasulullah yang dikasihi Tuhan. Kenangilah,
sungai-sungai yang mengalir itu banjiran air mata Nabi Adam yang menangis
bertaubat, maka suburlah dan sejahteralah bumi kerana terangkatnya taubat.
Menangislah seperti Saidina Umar yang selalu memukul dirinya dengan berkata
:
"Kalau semua masuk ke dalam syurga kecuali seorang, aku takut akulah orang
itu."
Menangislah sebagaimana Ummu Sulaim apabila ditanya :
"Kenapa engkau menangis?"
"Aku tidak mempunyai anak lagi untuk dihantar berperang,"jawabnya.
Menangislah sebagaimana Ghazwan yang tidak sengaja terpandang wanita
rupawan. Diharamkan matanya dari memandang ke langit seumur hidup,lalu
berkata :
"Sesungguhnya engkau mencari kesusahan dengan pandangan itu."
Ibnu Masud r.a.berkata :
"Seorang yang mengerti al Quran dikenali waktu malam ketika orang lain
tidur,dan waktu siangnya ketika orang lain tidak berpuasa, sedihnya ketika
orang lain sedang gembira dan tangisnya di waktu orang lain tertawa. Diamnya
di waktu orang lain berbicara, khusuknya di waktu orang lain berbangga,
seharusnya orang yang mengerti al Quran itu tenang,lunak dan tidak boleh
menjadi seorang yang keras, kejam, lalai, bersuara keras dan marah.
Tanyailah orang-orang soleh mengapa dia tidak berhibur :
"Bagaimana hendak bergembira sedangkan mati itu di belakang kami,kubur di
hadapan kami,kiamat itu janjian kami,neraka itu memburu kami dan perhentian
kami ialah ALLAH."
Menangislah di sini,sebelum menangis di sana!!!.............

-dipetik dari Internet-

86426 | posted by ibnukhalid at 8:35 | 0 comments

Saturday, January 17, 2004

[#hidden_message]

Kedudukan Dunia dan Akhirat

Apabila seseorang berjalan ditengah pasar dengan memakai sepatu dikepalanya dan kaca mata serta peci yang diikatkan dikakinya maka siapapun bahkan anak kecilpun akan menertawakannya dan mengatakan bahwa orang tersebut sudah gila.

Orang tersebut berdalih bahwa "sepatu inilah yang telah menyelamatkan kakiku dari duri dan batu batu yang tajam serta melindungi kakiku dari panasnya jalan disiang hari, wajar apabila aku mengagungkan dan menghormati penyelamatku".

Dijawab oleh orang orang bahwa bagaimanapun besarnya jasa sepatumu tidak akan menaikkan kedudukan sepatu tersebut sampai kelutut, apalagi sampai ke kepala. Terlebih lebih apabila engkau demi sepatu tersebut sampai menurunkan pecimu dan kacamatamu (yang seharusnya berada di kepala) ke kaki, pasti pecimu akan rusak dan kacamatamu akan hancur.

Tapi orang kalau sudah teka'/ keras kepala memang susah, jahil murakkab ("sangat-sangat" bodoh), sudah bodoh ditambah lagi dengan tidak terima pendapat orang lain.

Hal hal yang berkaitan dengan Akherat letaknya di kepala kita yang harus kita junjung tinggi dan kita agungkan. Sebab Akhirat merupakan tujuan utama kita, bahkan tujuan penciptaan kita. Dunia letaknya dikaki yang merupakan sarana kita untuk mencapai akherat, sebab kita memang hidup didunia.

Akan tetapi bagaimanapun besarnya jasa sarana tersebut didalam membantu kita, tetap tidak akan merubah kedudukannya menjadi maksud serta tujuan yang utama apalagi sampai merubah akherat menjadi sampingan.

Diberitahu bahwa akheratmu akan hancur apabila engkau letakkan dikaki dan engkau akan binasa. Tapi orang kalau sudah teka' memang susah, sudah jahil plus murakkab, sudah bodoh teka' lagi.

Orang yang seperti ini sama dengan orang gila yang diatas,bahkan lebih parah.

Dipetik dari Mihrab Online

86327 | posted by ibnukhalid at 9:44 | 0 comments

[#hidden_message]

ANIME THEME ----- hi dude, can u guest what's that song theme?

Turn your sadness into kindness
And your uniqueness into strength
Its ok to get lost in the process
Begin to walk
One more time

Do you like to answer someone's expectation
And be praised of it
Even if you must sacrifise what you really want to do
Will your smile be true?

I wake up after seeing only the beginning of my dream
But i will grasp what happens after that with my arms

Yes,the important things are always
The ones with no form
Even if you obtain it or lose it
You do not notice

So turn your sadness into kindness
And your uniqueness into strength
Its ok to get lost in the process
Begin to walk
One more time

86313 | posted by ibnukhalid at 8:05 | 0 comments

[#hidden_message]

Tazkirah hadis

Dari Abu Hurairah ra, dari Nabi saw, sabdanya: "Seseorang yang hendak berzina, tidak akan melakukan zina itu semasa ia berkeadaan sempurna imannya; dan seseorang yang hendak meminum arak, tidak akan meminum arak itu semasa ia berkeadaan sempurna imannya; dan seseorang yang hendak mencuri, tidak akan melakukan perbuatan itu semasa ia berkeadaan sempurna imannya; dan seseorang yang melakukan rompakan yang lazimnya menjadikan orang yang dirompak itu memandang sahaja kepadanya, tidak akan merompak semasa ia berkeadaan sempurna imannya."(Bukhari dan Muslim)

86299 | posted by ibnukhalid at 4:14 | 0 comments

[#hidden_message]

pagi sabtu yg memboringkan....

nak study?
kemas bilik?
basuh baju?
susun buku?
susun jadual?
surfing internet?
chatting?
jaln-jalan?
layang jiwang?
layan blues?
layan movie?
layan naruto?
belajar html?
study turbo ke titas?

86298 | posted by ibnukhalid at 4:10 | 0 comments

[#hidden_message]

Cuba perhatikan betul-betul.......

86296 | posted by ibnukhalid at 4:05 | 0 comments

Friday, January 16, 2004

[#hidden_message]

Bestnya buat kerja

pukul 6.30ptg hantar orang ke program. penatnya, dah la kantoi, tak dapat masuk bilik kena pulak tidur kat bilik kawan. sembang saja la. study tak lagi ni. isnin ada test , rabu pun ada test plus ada program yang nak dibuat........

Buatmu pejuang agama,
Moga iman perisai kemuliaanmu,
Moga taqwa pembentang peribadimu,
moga shahid milikmu,
agar jannatunnaim memanggil dirimu.
Amin..............

Firman Allah Taala, maksudnya: "Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, (jika semuanya itu) menjadi perkara yang kamu cintai lebih dari Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab siksaNya), kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik." (AtTaubah:24)

86225 | posted by ibnukhalid at 16:49 | 0 comments

Thursday, January 15, 2004

[#hidden_message]

what a ridiculous

hari ni dah macam2 benda yg nak diubah, tgk la hasilnya. tak artistik langsung. ade sesape nak membantu

86119 | posted by ibnukhalid at 21:29 | 2 comments

[#hidden_message]

sms kawan

Andai perjuangan ini mudah tentu ramai yang ingin berjuang. Namun jalan yang penuh ranjau ini adalah pilihan kita. Bukankah kita beruntung tergolong dalam golongan yang sanggup menghadapi cabaran?

86104 | posted by ibnukhalid at 20:06 | 0 comments

[#hidden_message]

testing laa



86099 | posted by ibnukhalid at 19:48 | 0 comments

[#hidden_message]

what a very boring today

hari ni memang serba tak menjadi la. lecturer bagi kuliah pun tak dapat tumpukan perhatian. tension yg teramat. kenapa la hari ni hari yg betul-betul memboringkan?
i think i have to change my attitude starting from now on. hey, somebody, help me laa........

dah la semalam, ade org bagi nasihat, tak nak dengar jugak.....
camana nak buat ek??

nak try ubah suai weblog ni, ambik source orang sket. pastu cuba jaya je. last-last tak paham pulak nak edit balik, ade sesiapa yang sudi membantu??? yg bahagian edit tu hidden la..

86014 | posted by ibnukhalid at 5:10 | 0 comments

Tuesday, January 13, 2004

[#hidden_message]

1st time

Assalamualaikum( i think nobody will see this message until i tell somebody). This is my first weblog. hmm, actually, i would like to put my weblog as kokokranc, but somebody had taken that name. tension maa. so i'have decided to put ibnukhalid as the name of my weblog. for today, i don't think i will put an important message, but those who surf my weblog are invitely to put something. see u, bye

85766 | posted by ibnukhalid at 10:11 | 1 comments

radioIKIM.fm
Luahan kokokranc