<BGSOUND SRC="http://www.geocities.com/wana_z/autumn.mp3" LOOP="INFINITE">











Email me
My template
login
nickname
password
remember















View My Guestbook
Sign My Guestbook
archived material

Latest from the war..

Petikan ini diterjemah dari www.kavkazcenter.com/eng 
 
Pihak tentera US di Selatan Iraq akan menghadapi pertempuran yang besar dalam perjalanan mereka ke Baghdad - Satu pertempuran berhampiran Karbala, bandar suci bagi pihak Syiah. Selepas berbalas tembakan dengan tentera Iraq selama 2 hari di tebing Sungai Euphrates dalam perjalanan ke Baghdad, tentera US akan menghadapi satu pertempuran yang sengit 110 km dari Baghdad, dan pihak Reuters melaporkan bahawa pertempuran tersebut akan menjadi antara penentu kemenangan. 
 
Lt. Col. Paul Grosskruger dari 94th Battalion of Engineers, sebahagian daripada US Third Infantry Division, mengatakan bahawa pertempuran di Karbala mungkin antara pertempuran yang boleh menentukan kemenangan di dalam peperangan ini memandangkan bandar tersebut memiliki pertahanan yang jitu. 
 
Tentera Iraq yang mencecah 6000 orang dengan sokongan kereta kebal, telah mengambil tempat di sekitar Karbala. Tentera ini terdiri daripada anggota Republican Guard, tentera elit Iraq. Kontinjen tentera Iraq juga terletak di tebing barat dan timur Sungai Euphrates. 
 
Tentera US dari Third Infantry Division, yang berjumlah 15 000, sedang mara ke Baghdad. Tetapi tentera US tidak mempunyai bekalan yang mencukupi. Mereka juga kekurangan bekalan peluru dan minyak petrol. 1400 tahun yang lepas, Karbala menjadi medan pertempuran yang bersejarah bagi puak Syiah yang berhadapan dengan bilangan musuh yang mengatasi mereka. Cucu junjungan besar Nabi Muhammad, Hussein, telah terkorban dalam peperangan berikut. Manakala pada hari ini, tentera US terperangkap dalam peperangan bersama tentera Iraq di Karbala selama dua hari. 
 
Untuk berita terkini tentang perang.. Sila ke site berikut..  
 
www.kavkazcenter.com/eng English Version 
 
________________________________________________________ 
 
Allahuma unsur juyushal muslimin..

by ieman on 29 Mar 2003 at 6:43

0 comments

[add a comment]