"Menanti penuh kerinduan....."

we::blog beta
Teratak
e-mail me
show template


login
nickname
password
remember


archived material
2003 May
2003 June
2003 July
2003 August
2003 September
2003 October
2003 November
2003 December
2004 January
2004 February
2004 March
2004 April
2004 May
2004 June
2004 July
2004 August
2004 September
2004 October
2004 November
2004 December
2005 January
2005 February
2005 March
2005 April
2005 May
2005 June
2005 July
2005 August
2005 September
2005 October
2005 November
2005 December
2006 January
2006 February
2006 March
2006 April
2006 May
2006 June
2006 July
2006 August
2006 September
2006 October
2006 November
2006 December
2007 January
2007 February
2007 March
2007 April
2007 May
2007 June
2007 July
2007 August
2007 September
2007 October
2007 November
2007 December
2008 January
2008 February
2008 March
2008 April
2008 May
2008 June
2008 July
2008 August
2008 September
2008 October
2008 November
2008 December
2009 January
2009 February
2009 March
2009 April
2009 May
2009 June
2009 July
2009 August
2009 September
2009 October
2009 November

openlog

Teratak inDah

 
 
Waiting with hope and pray... 
Lilypie Baby PicLilypie Baby Ticker 
 
inDah @ deemumtaz @ aRniNas

4 Nov 2009

:D

waa masih ada rupanya blog ini.. ingatkan sudah berkubur tak bernisan.... :D :D

161872 | inDah | 15:58 | 0 comments

19 Feb 2006

pic aufa

Aufa 9 days






Aufa 19 days




Aufa 39 days


Aufa 60 days






Aufa 80 days




151973 | inDah | 20:43 | 0 comments

penantian penuh kerinduan kini hadir penuh kegembiraan...

Birthday AUFA BINTI HJ MOHD NASIR Rabu 23 November 2005, 9.23 mlm berat 2.79kg.

Lot's of story i wanna share here but i've limited time... sorry guys.. maby next time. Here's some photos to view...

lot of love
mama + baba + aufa

151975 | inDah | 22:26 | 0 comments

9 Nov 2005

Setiap detik berdetik

Entry from hubby's office kat Penang. (Alasan datang office: takut sakit nak beranak sorang2 kat rumah?)

37 weeks pregnant. Only 21 days to go.

Due 30 November 2005. Naturally, bila2 masa je boleh bersalin sebab baby dah cukup segala sifat2 dan sihat yang diperlukan untuk menyedut udara di luar rahim mama. But the most crutial and beware time: 2 weeks before and after due date (mengikut pandangan orang2 yg berpengalaman).

Yang mama paling takut dan bimbang sekarang ni ialah kalau2 mama tak tahu atau tak sedar yg mama sakit nak bersalin. Yelah, 1st time la kan. So mama try go on internet searching for the answer and guidance. Dapat la serba sikit.

Usually contraction start before the water (amniotic fluid) breaks. Mama should times the contraction. By 511 Rule (contraction every 5 minutes apart, for a minute in an hour) mama should go to the hospital. No need to go too early. Masa awal contraction mama kena relaks, have a shower and some light meal for energy.
----->tu semua teori la.

Realitinya mama tak dapat nak bayangkan contraction tu macam mana. Sakit ke tak? Macam menstrual pain ke lagi teruk? or lagi kurang? Sakit kat mana? Macam mana sakit tu?

Masa kat wad bersalin dulu x pulak mama nampak ibu2 lain macam sakit masa contraction walaupun one by one of them disorong ke labour room. Macam tak sakit langsung je. Tapi masa kakak mama nak bersalin (anak dah meninggal dalam perut) dulu sakit contraction tu macam nak putus nyawa je. Maby lain ibu lain pula gayanya. Hmm... ntahlah. Doa mama agar Allah permudahkan jalan ini.

Dalam satu website tu dia ada sebut: Having a baby is not an event but a journey. Jauh dan panjang perjalanan tu. Even delivery also considered as a journey. Mama akan alami satu satu perjalanan pengalaman yang amat mengujakan. Doakan semuanya selamat yer...

149977 | inDah | 11:04 | 0 comments

1 Nov 2005

Aidilfitri around the corner...

Lagi 2 hari nak sambut Aidilfitri... Bestnyer.... Alhamdulillah dapat juga aku mengharungi Ramadhan kali ini walaupun tidaklah yang paling sempurna. Tambah lagi satu hari x boleh puasa bcoz same problem...

Aku dah ada kat kampung KN sekarang (abang balik Penang untuk kerja sebab tak dapat cuti). Tapi semalam abang balik semula sebab hari ni cuti deepavali. Esok kerja lagi pastu malam raya baru balik pulak.

Hari ni our 4th LOVE Annavesary.... may our love lasting forever and ever... I LOVE YOU, HONEY. Love u so so so much!!

Walaupun tak dapat nak celebrate sama2 macam tahun lepas at least abang ada bersama aku masa buka puasa semalam dan sahur pagi tadi. Hari ni abang balik KP nak bakar lemang. Aku tak ikut sebab abang balik naik Jaguh.

Hari ni round semua gerai kat nat pekan selasa dengan niat nak beli kasut raya dan baju raya kat abang tapi takde satu pun yang berkenan. Koman betul! Sian abang takde baju raya tahun ni. Tahun lepas aku belikan dia baju raya, aku xde baju raya. Tahun ni dia belikan aku baju raya, dia pula yang takde baju raya. tahun depan agaknya anak ada baju raya, mama dan baba xde baju raya..

149727 | inDah | 13:13 | 0 comments

22 Oct 2005

34 weeks & 3 days pregnant. Only 39 days to go.

Only 39 days to go!!!!

Hari ni 17 Ramadhan bermakna umat Islam telah berpuasa selama 17 hari kecualilah umat-umat yang puasanya tak penuh termasuklah aku... :( sedihnya. Harapan di hati dapatlah puasa penuh tahun ni kerana puasa 'berdua' dengan baby. Namun apakan daya, Allah itu lebih mengetahui.

Pada 6 Ramadhan @ 10 November aku 'diserang' penyakit angin. Terpaksalah berbuka awal2 pagi lagi sebab nak makan ubat. Terpaksa juga dapatkan bantuan kak Nita jiran selang sebuah rumah untuk tolong urut. Dan akhirnya terpaksa juga minta abang balik dari kerja untuk pergi ke hospital sbb dah takde sapa yang boleh diminta tolong. 12 tghari masuk hospital, pukul 4 keluar. Yang kelakarnya dalam aku sakit tu, sibuk sungguh nurse2 kat hospital tu suruh bawa aku ke labour room! ("Wah.. aku belum nak beranak lagilah... ini sakit lain ni, bukannya contraction.")

Pengalaman hampir 3 jam di labour room tak dapat nak digambarkan. Bayangkanlah semua yang masuk ke situ hampir melahirkan anak masing2 samada normal atau pembedahan. Aku yang gastrik ni terbaring jugak kat situ... Aduh... Jangan doktor ni silap sorong aku masuk dalam dewan bedah cukup la. Tapi at least lepas ni aku tak takut sangat kalau masuk labour room sebab dah tahu macam mana suasananya.

Kalau ikutkan due date.. lagi 39 hari. Maby akan lebih awal atau lebih lewat. Wallahua'lam. Doa aku semuanya berlalu dengan baik dan selamat. Makin berdebar dan makin gembira rasanya nak menyambut si kecil ni.

Memang kecil dia ni. Sebulan lepas scan berat cuma 1.6kg. Dalam sebulan ni berat aku cuma bertambah sikit je. Apatah lagi bulan puasa ni macam tak naik2 berat tu walaupun makan banyak (sepatutnya berat naik 1 kg sebulan masa ni). Perut pun tak besar sangat macam pegnant lady lain yang dah dekat hujung2 bulan. Kakak ipar aku cakap, tak macam orang mengandung pun, macam perut buncit jer.. kekeke Agaknya lahir nanti 2 kg lebih je. Tapi tak tahulah kalau dia nak besar mendadak di akhir2 nanti. Boleh jadi juga.

Bulan ke-8 ni hormon dalam badan meningkat dengan banyak sampai habis keluar jerawat badan. Punyalah banyak kat belakang, leher dan perut! Leher pun naik hitam macam berdaki je. Muka sembam dan gelap. Hmmm tak cantiknya mama di Hari Raya nanti....:D Tapi itulah antara simptom2 org mengandung. Kakak aku dulu pun mcm tu juga. Nasib baik semua ni akan hilang selepas beranak nanti. Lepas ni mama cantik balik ok! :D

Hmm... apa lagi nak tulis yer... Oo ye, kawan baik aku kat sekolah dulu, Suhana Said akan kawin lepas raya nanti. Harap2 aku sempat ke majlis walimah dia nanti sebab masa walimah aku dia kat Mesir. Lama betul tak jumpa dan rindu sangat. Entah bila masa akan memberi kami peluang untuk bertemu dan bersembang panjang macam dulu2.

Oklah... itu je kot. Hari ni berbuka kat rumah mak aku, esok kat rumah mak mertua pulak... Doakan selamat semuanya yer...

149181 | inDah | 14:19 | 0 comments

18 Sep 2005

Hingga hujung nyawa??

5 Sept 05- sekitar 11 mlm aku sakit gastrik dan angin macam selalu. Agak lama aku mengerang sorang2 sebelum abang terjaga dari tidur. Abang urut2 mcm biasa tapi lepas tu sesak nafas dan tiba2 pengsan tak sedarkan diri. [Menurut cerita abang: dia cheak nadi semakin perlahan dan nafas hampir berhenti. Abang call kawan dia, doktor kat Hospital Kulim tanya apa nak buat. Selepas beberapa kali buat CPR, abg panggil jiran2 tolong angkat masuk dlm kereta dan terus 'pecut' ke wad kecemasan Hospital Kulim].

Saat yang sangat mencemaskan (bagi abang la, aku x sedar pape). Dah sampai hospital tu aku dah sedar balik lepas H.A. tu buat apa ntah. Kena masuk air sebotol sampai bengkak urat dan kena ambil darah. Sakit sangat nurse tu tusuk jarum. erk....

Pusing kiri pusing kanan cari abang tapi tak nampak (spek x pakai mmg la rabun). Tetiba je abang muncul di sisi aku. Aku dengar suaranya sedikit teresak bertanya keadaanku. Mata kami sama2 bergenang pilu. Kemudian dia mencium dahiku (buat kali pertamanya sepanjang kami berkawin, bayangkanlah betapa berharganya saat itu bagi aku dan bagi dia juga). Ye lah, bila isteri sudah hampir di hujung nyawa.....

Habis la semua sedara-mara dan jiran kat Kulim tu datang melawat kat hospital. Mak, abah, kakak dan adik lelaki aku pun datang dari KN walaupun esok ada konvo adik. Hmmm.. tak terkata aku. Kesian pulak kat depa semua.

Lepas dapat result darah pergi labour room buat scan. Alhamdulillah segalanya ok belaka. Uri yg kat bawah dulu tu pun dah naik atas dan kepala baby ada kat bawah. Kira normal semuanya. Alhamdulillah lega rasanya. Nak tahu baby boy ke girl???? Suprise......!!!!

So, kenapa sampai pengsan? Doktor pun tak ada jawapan. Maby sebab terlalu sakit sangat. Bila dah habis sakit tu, sedarlah balik. Dah siap semua tu boleh balik rumah hampir jam 1 pagi. Alhamdulillah tak kena masuk wad. Baru beberapa jam kat situ pun dah bosan sangat. Sebelum balik ajak abang pergi makan dulu, rasa LAPAR sangat... Berkelah makan tosai kat restoran mamak depan rumah dengan famili aku.

Few weeks later, sakit angin dan gastrik tu masih ada tapi tak seteruk dulu. Aku kena jaga sangat bab makan2 ni kalau tak nak ia berulang. Tapi kadang2 sakit ni tak boleh dijangkakan. Ia datang secara tiba2 dan pergi juga secara tiba2.

So far minggu ni rasa ok je. Kurang dah sakit pinggang dan kepenatan yang selalu dirasa tu. Yang peliknya rasa malas2 pulak. Malas itu malas ini. Entah la sebab pembawa budak ke atau sebab memang mood malas datang bertandang. Hehehe

147494 | inDah | 15:31 | 1 comments

4 Sep 2005

3rd trimester

Apabila merasai sendiri 'wahnan 'ala wahnin' segala susah payah membawa sebuah nyawa di dalam rahimku, mengertilah kini betapa ALLAH itu meletakkan taraf ibu 3 kali ganda drpd ayah.

Trimester yang terakhir ini terlalu banyak menguji kesabaran dan kekuatan fizikalku. 2nd trimester memang menyenangkan, menyegarkan dan penuh aspirasi. Tetapi 3rd trimester ini benarlah seperti teorinya, keletihan, kelelahan dan segala satu macam kepayahan lagi.

1. Kaki mula bengkak2. Terutama bila bangun tidur atau berdiri lama ketika buat kerja2 rumah. Biasanya on and off tapi start semalam mula bengkak tak surut2. Kata tok bidan yang mengurut tu, biasanya kalau bengkak tu dah tanda nak bersalin (terkejut aku mendengarnya). Harap2 belum lagi. Walaupun rasa terseksa aku masih mahu bayi ini membesar dgn sempurna di dalam rahimku sebelum menjengah dunia. Tapi kuasa tuhan siapalah yang tahu kan..

2. Sakit pinggang dan belakang. Berdiri sakit, duduk pun sakit. Baring mengiring pun sakit, telentang pun sakit. Sakit tak ada ubat kata Wa Zah, makcik ipar aku. Sakit tu akan hilang bila dah bersalin nanti. Aduhai.... Kata tok bidan pula, bayiku terlalu kebawah dan kekanan. Sebab tu pinggang sakit. Lepas diurut dan 'dialih' kedudukan bayi tu barulah rasa berkurang sikit sakit pinggang tu.

3. Tak nyenyak tidur. Asyik berkalih badan sepanjang malam untuk mencari posisi yang 'sedap'. Baby ni bila mama nak tidurlah dia mula aktif nak gerak2. Siang hari tidur je. Bila baby bergerak mama pun akan terjaga dari tidur dan kena ubah posisi. Setiap kali nak berkalih tu aduhai... siksanya sakit pinggang.

4. Gastrik dan angin. Dah dua kali mama kena pergi hospital sebab gastrik ni. Lepas dapat ubat tahan sakit, mama cuma makan ubat tu kalau sakit. Dah 4 kali kena serang tak kira siang, malam atau awal pagi. Mostly sebab perut berangin atau silap makan. Sakitnya tuhan jelah yang tahu. Macam nak putus nafas. Syukurlah setiap kali sakit tu baba ada di sisi mama. Boleh la baba tolong urut-urutkan sampai lega balik. Biasanya lepas muntah semua isi perut barulah rasa lega.

5. Keletihan. Memang cepat sangat letih. Baru mop lantai atau basuh pinggan mangkuk pun dah rasa penat yang amat sangat. Kena duduk bersandar belakang dan rest dulu sebelum sambung nak buat kerja lain. Ikutkan hati memang tak larat nak memasak. Tapi mengenangkan baba pun penat bekerja setiap hari, gagahkan diri juga memasak untuk baba. Membasuh pun dikurangkan kepada 2 hari sekali.

Baba selalu nak cuba rasa gerakan baby atau dengar jantung dia. Tapi time tulah dia diam tak nak bergerak. Macam main sembunyi2 dengan baba dia. Waktu malam bila tengah aktif, baba pulak dah tidur dan tak sampai hati nak kejut semata-mata nak suruh rasa gerakan baby. Mama rasa macam baby dan baba tak berapa 'rapat' sekarang ni. Maby sikit hari lagi, mereka akan mula kenal each other.

Baba pun rasanya semakin ada 'feel' untuk jadi seorang ayah. Last week kami pergi shopping barang2 baby kat Tesco SP. Hampir RM400 dah keluar untuk basic preparation je. Yelah, barang baby bukan boleh kongsi dengan orang dewasa. Lagipun untuk yg first ni biar mahal dan berkualiti, nanti adik2 dia boleh guna sama kata baba. Tapi baba pun kata jangan keluar dulu, biar baba kumpul duit banyak2 dulu...

Last 22nd August mama dan convo. Naik dengan baby sekali kat atas pentas tu best!! Tapi perut tak nampak besar sangat macam pregnant mum yang lain. Robe tu pun besar jadi cover jugak la. Alhamdulillah, mama dah ada scroll untuk tunjuk pada baby nanti.



Duhai anak.. andai kau mengerti susah payah ini...

Duhai anak.. biarlah mama melalui semua kepayahan ini agar membesarmu dengan baik dan sempurna sebelum kau keluar menjengah dunia yang penuh pancaroba.

Duhai baba.. andai kau mengerti perit derita ini...

Duhai baba.. biarlah mama tanggung semua ini agar anugerah yang diamanahkan kepada kita akan menjadi terdidik manjadi insan muttaqin wal muqarrabin.

146797 | inDah | 14:00 | 1 comments

3 Sep 2005

Sharing the Moment..

I got this "tuhan, dia bergerak-gerak!"

Baru je hari tu tengok pengantin baru ni... alih2 dah dapat berita 'parents to be' pulak.. alhamdulillah... ringan betul rezeki mereka.

Teringat aku suatu ketika yg singkat tetapi panjang dahulu... 8 bulan aku menanti hari demi hari berita yang sama. Menghitung hari dengan penuh harapan dan hujanan soalan2 yang cukup 'popular' untuk maried student macam aku.

"Dah pregnant ke belum?" dan yang seumpama dengannya. Tak aku nafikan, seketika soalan2 itu membuatku begitu sesak dada, pedih, pilu ada adakalanya terlalu hiba. Hinggakan apabila memandang ibu-ibu mengandung yang lain boleh membuatkan air mataku menitis keharuan.

Apa tak terpilu hati ini jika doktor pun berkata ada kemungkinan aku akan menghadapi kesukaran untuk hamil lantaran 'masalah kewanitaan' yang aku hidapi sekian lama. Dan tempoh 8 bulan itu bagaikan membenarkan kata-kata 'ramalan' doktor tu.

Aku memujuk diri, terpujuk dan dipujuk oleh suami, sahabat dan persekitaran. Alhamdulillah.. ALLAH MAHA BESAR. DIAlah yang paling mengetahui apa yang terbaik buatku. 1 April 2005, hari terakhir aku menduduki final exam, aku mendapat alamat positif dari home-test yang aku beli dari farmasi. Pengesahan dibuat oleh doktor di klinik 4 hari kemudian. Si kecil dalam rahim berumur 6 minggu. Syukur ya Allah, Syukur.

Betapanya Allah mengasihiku (yg tidak tahu bersyukur atas nikmat-NYA), mengatur yang terbaik buatku. DIA mengatur dari urusan pertunangan, pernikahan, pengajian, penempatan, rumahtangga hinggalah kepada kejadian si kecil di dalam rahimku begitu indah, cantik dan tersusun dengan rapi sekali. Terlalu rapi bagaikan sebuah aturcara. Lebih dari itu. Cuma aku.. cuma aku ini yang tidak tahu bersyukur.

Daripada Tarbiyah Ilahiyah ini, aku berhenti dari menyoal 'kerja tuhan' dan belajar bersyukur atas setiap yang aku ada.

Kini si kecilku dan semakin membesar. Sudah hampir 7 bulan. Gerakan2nya semakin galak dan kerap (terutama ketika aku nak tidur).

Sekarang aku kerap memperdengarkan alunan zikir munajat dan al-quran ke perutku agar si kecilku biasa dan kenal dengan bunyi2 tersebut. Aku pernah lihat dlm Baby In The Womb kat ASTRO, umur 7 bulan ke atas baby dah develop dia punya deria. Dan bunyi yang biasa dia dengar masa kat dalam rahim tu dia akan kenal bila dia dah keluar.

Doa dan harapanku agar dia lahir dengan sihat dan selamat, membesar menjadi anak yang soleh. Menjadi permata hati mama dan baba, menjadi mukmin yang faham, beramal dan mempertahankan Islam sebagai ad-Deen.

146781 | inDah | 22:46 | 0 comments

30 Jul 2005

ye ye abang balik....

Alhamdulillah abang selamat sampai di KN pukul 11 mlm smlm. Dalam keletihan kursus yg belum hilang, tambah ada operasi pulak hari jumaat dan ujian dua2 tayar motor pancit akibat penabur paku akhirnya abang buat keputusan untuk drive balik kg jugak (rindu sangat ler tu). Siap bawa kiriman pasembor Padang Kota untuk mak mertua dia.

Kesian tengok abang sangat keletihan. Sambil aku urut2 belakang dan kaki dia, abang terlelap kat kusyen depan tv. Alahai ciannyer... Akupun heret tangan abang suruh tidur kat bilik. (Kalau kat rumah sendiri aku biarkan je abang tidur kat sofa favourite dia tu)

Hari ni aku tolong2 mak masak lontong. Sejak dari minggu lepas lagi teringin nak makan lontong. Susah nak dapat kat kedai area utara ni. So, kalau nak makan kenalah buat sendiri. Alhamdulillah sedapppp sangat mak masak!!! Hilang kempunan dah.

Kurang 24 jam lagi kami akan menyambut HARI ULANGTAHUN PERKAHWINAN yang pertama (31 Julai 2005). Terharu, syahdu, syukur dan segalanya bermain dihatiku. Dah setahun rupanya aku dan abang terikat dengan akad ijab dan qabul. Dah setahun rupanya kami bergelar suami dan isteri.

Dalam setahun jagung usia perkahwinan ini terlalu banyak yang aku pelajari dan fahami. Kekurangan aku dan kelebihan abang serta kekurangan abang dan kelebihan aku untuk kami saling melengkapi antara satu sama lain. Semakin hari aku semakin arif dan memahami setiap tingkah laku, kegemaran dan bahasa badan abang. Aku belajar mengerti dan menerima kekurangan dan ketiadaan dalam rumahtangga kami.

Tidak segalanya indah dalam perkahwinan ini dan tidak juga segalanya pahit. Yang penting bagi aku, setiap hari aku belajar dari kesilapan yang pernah dilakukan agar ianya tidak diulangi. Awal2 dahulu memang kami banyak 'bersengketa' kerana miscommunication. Sedih rasanya mengenang saat2 tu. Tapi itulah juga pengajaran yang paling berharga buatku dalam 'sekolah perkahwinan' ini.

Biarpun abang bukanlah seorang yang sentiasa romantis seperti yang didambakan kebanyakkan wanita yang bernama isteri, walaupun terlalu sukar untuk mendengar kata cinta, ucapan rindu dan janji indah daripada abang namun aku tahu jauh disudut hatinya dia sangat menyayangi dan mencintai aku. Di dalam hatinya sentiasa berbisik kata cinta dan rindu buatku. Cuma mungkin latar belakang diri menyebabkan ianya sukar diluahkan dengan kata2.

Tetapi abang, kutahu cintanya untukku sentiasa mekar dan indah dengan sentuhan, ingatan dan gurau senda yang menghiburkan. Dalam hatiku sentiasa berbisik doa agar aku juga dapat menjadi isteri, teman dan penghibur kepadanya. Aku ingin menjadi isteri yang solehah untuknya selepas hamba yang solehah untuk Rabbku.

145418 | inDah | 15:02 | 1 comments

27 Jul 2005

Winnie the Pooh



Banyak gambar pooh? hmm

Adik aku minat pooh, aku pun minat. Sekarang ni abang pun minat. Kami beli set tilam baby gambar pooh dan sarung tilam yang aku baru siap jahit pun gambar pooh.

Bukan la fanatik... cuma pooh tu comel.... perutnyer buncit dan pipinya montel... cute sangat!!!

note: msg abg from Kuantan "Eeemm.. Bestnya tmpt. Tepi beach, ada spa, bilik siap ada tab, ada hair drayer, astro.. Macam2 ado.. Bini je x de"
- Abang ni memang bertuah. Banyak tmpt yg dia dpt kunjungi dalam dan luar negara. Aku? hmm ntah bila agaknya nak dapat pergi tempat2 menarik macam tu. Langkawi pun tak dpt pergi lagi tau!!

145298 | inDah | 17:43 | 0 comments

26 Jul 2005

I'm trying on new template/design. Kindly drop any suggestion here..

145247 | inDah | 20:38 | 1 comments

23 Jul 2005

foto kenangan



Sheikh Nasir Mohd (SPM96/STPM98) dan Isteri (SPM98/STPM00)
Dinner Jubli Emas Koleh Islam 18 Jun 2005

www.alkis.org.my
*gambar ehsan amzari&syamlina

145135 | inDah | 21:59 | 0 comments

2nd Trimester

Minggu ni kepulangan ke kampung adalah untuk 'ditinggal-tinggalkan' selama seminggu kerana abang akan pergi kursus di Kuantan selama 3 hari (selasa-khamis).

Kata abang bagi aku cuti rehat (daripada buat kerja2 rumah?) Ada-ada saja abang ni untuk memujuk hatiku... hmm... yang bakal kerinduan dan kasepian selama seminggu ini....

Hari ni baby 21 minggu 3 hari. Dah mula terasa gerakan2 kecil dan aktif di dalam rahimku. Kekadang terasa seperti digeletek, kekadang rasa macam berpusing-pusing. Mula terasa bergerak pada Sabtu lepas, 16 Julai. Baby paling aktif pukul 12 t.hari-3 ptg. Waktu lain cuma bergerak sikit2. Kadang2 terkejut juga dibuatnya. Tapi bila abang sentuh masih tak dapat rasa gerakan tu. Masih kecil lagi agaknya.

Khamis lepas aku sesak dada pukul 1 pagi. Angin agaknya. Mujurlah abang ada di rumah. On the way nak ke hospital aku muntah dengan banyaknya dalam kereta sampai jam tingkap tak boleh buka!! Patah balik ke rumah untuk bersihkan diri dan tukar baju. Mulanya agak lega sikit tapi bila sakit datang balik terus juga ke Hospital Kulim. Dapatlah habuan 1 injection dan ubat gastrik. Kawan abang yang juga doktor di situ kata kemungkinan memang gastrik sebab tu pun salah satu spregnancy symtom.

Semuanya dah aku alami. Dari morning sickness, sembelit, angin, gastrik so on so forth. Tapi pujuk abang "bukan mudah nak mencapai maqam ibu tu, tentulah banyak ujiannya."

2nd trimester ni agak bersemangat dan bertenaga daripada sebelum ni. Plan aku dalam tempoh 'bercuti' ni nak jahit sarung tilam dan bantal baby. Itu je yang baru dibeli. Itupun secara kebetulan sebab murah kat ekspo usahawan di Kulim. Yang lain2 tunggu dululah. Yang bestnyer dapat sponsor RM500 dari kakak aku untuk beli barang baby. Maby dalam bulan2 terakhir baru nak beli barang2 asas tu. Yang tak berapa asas lepas selamat diliver.

Mama will miss baba.....

145138 | inDah | 22:26 | 1 comments

9 Jul 2005

JUBLI EMAS KOLEJ ISLAM

Dah banyak minggu tak balik...so entry pun x update. Banyak yang nak dicerita tapi bila dah lama2 lupa semuanya...

18 Jun 2005 - SAMBUTAN ALUMNI JUBLI EMAS KOLEJ ISLAM + SANTAPAN DIRAJA ALKIS

Siangnya boleh tahan la acara. Cuma dengan kehadiran Sultan Selangor ni semuanya jadi formal dan penuh istiadat. So, kurang aktiviti2 yang sepatutnya boleh dibuat untuk alkis sendiri.

Menyelusuri kembali denai-denai dan lorong-lorong di segenap penjuru Bumi Waqafan bersama abang tercinta. Di sinilah tempat bermain, di sinilah tempat jatuh bangun dan di sinilah tempat kami mencambah benih kecintaan terhadap deen Islam. Abang melalui susur gegalurnya sendiri dengan seribu satu cerita dan aku juga melalui luhur budiku sendiri dengan seribu satu kisah.

Dua kami yang berbeza, dari tempat membesar yang sama akhirnya kami bersatu... lalu kembali semula ke tanah bumi ini. Kami bawa bersama cerita dan harapan kami dendangkan untuk bumi ini kembali.

"Bumi ini bumi bertuah
Suburnya sesubur tanah di lembah"

Ramai kenalan, sahabat, rakan, kawan dan para pendidik yang kami temui. Yang buat kutercari-cari - Ustazah Norhayati - ingin kudengar apa katanya melihat kami berdua sebagai pasangan. Alhamdulillah, yang enak2 saja didengar Kejutan itu telah lama berlalu dengan hadirnya kad jemputan kahwin dahulu. 2 orang anak muridnya yang sering menjadi sasaran 'laser' di dalam kelas yang berlainan tahun dan tingkatan akhirnya menjadi pasangan.. Sungguh tak terduga tetapi itulah jodoh namanya....

Cikgu Talib - Masih ramah dan mesra seperti dulu dan tidak pernah melupakan aku!!
Ustaz Fazdi - Bakal melanjutkan master sepenuh masa tapi budi ditabur tak pernah kami lupa.

Ramai lagi guru kami yang disanjungi dan tak tertulis disini. Biarpun aku agak 'fobia' nak bertemu kalian tetapi jauh disudut hatiku kalian tetap dikenang dan dihargai...

Bertemu pengantin baru Nazmi-Huda. Mereka berdua tak cam aku Kak Huda rabun kerana spek mata pecah dan Ust Nazmi pula entahlah.. mmg tak cam agaknya dengan niqob yang aku pakai. Hmm terkenang2 masa kami pengantin baru dulu.. aduhai....romantiknyer...

Rakan2 puteri 5/1 pun ramai juga. Ingatkan diaorang tak cam jadi aku buat2 diam. Tapi akhirnya kena 'tangkap' juga.

Dinner pun sangat meriah dengan orang2 lama. Cuma yang tak best terlalu formal dan makanan pun tak sedap sangat. tak berbaloi dengan RM150 satu kepala. Lain kali tak yah buat kat sunway piramid lagi tau!!

Cuma yang best malam tu aku dan abang menjual buku cenderahati KOLEJ ISLAM MUTIARA ILMU dengan harga RM70/RM100/RM300 ikut jenis kulit dan special signature dari Sultan Selangor. Laku sungguh!! Walaupun pulang agak lewat tapi rasa puas hati juga kerana aku dapat memberi sumbangan untuk ALKIS dalam program ni.

144506 | inDah | 16:54 | 0 comments

Mama and Baba to be...

Rasa semakin bersemangat untuk buat persediaan menyambut orang baru ni..

Kalau ke Shoping Mall pasti tak lepas peluang untuk meninjau barangan baby dan harganya. Boleh pengsan kalau tengok barang baby ni. Baju yang kecil tu sama harga dengan baju orang dewasa...!! Memang la nak kena menabung dari sekarang. Kalau tak, tak pakai baju la baby mama nanti....

Selain tu aku banyak membaca sekarang ni. Of course la seputar tema menyambut orang baru ni. Satu buku favourite aku dan aku suggestkan untuk orang lain jugak YOUR BABY'S FIRST YEAR by Stevent P. Shelow, boleh dapat kat Kedai buku Popular. Best buku ni. Comprehensive. Tapi semuanya based on medical fact dan west culture la. Kalau nak panduan tradisional tu kena la cari buku made in Malaysia seperti PANDUAN SEBELUM, SEMASA DAN SELEPAS BERSALIN by Mak Bidan.

Kawan aku cadangkan majalah Pa&Ma. Memang bagus majalah ni. Cuma harganya tu, amboi.... Aku tak bercadang nak melanggan. Maby akan beli based on topik yang aku berkenan.

List barang keperluan asas untuk newborn pun aku dah buat. Awalnyer kekeke.. Buat list je, belum beli lagi. Most of basic things dah ada spt baju and toletories. Ada yang kakak aku beli untuk arwah anak dia dulu dan ada yang kakak ipar nak bagi. Jimat ler sikit kan....

One of my friend, Khadijah pun advise kalau nak beli baju banyak tunggu lepas 3 bulan. Baru best memilih dan badan baby pun agak okay. Beli banyak2 awal ni akan jadi membazir sebab baby cepat besar. Yang nak kena beli awal ni pun maby set tilam, selimut, tuala etc. Yang besar2 macam katil, stroller tu tunggu lepas dah besar sikit pun takpe.

Selain barang baby, mama pun kena beli banyak barang baru. Yelah badan pun dah tukar saiz. Jadi, yang dalam ke yang luar ke semua kena beli baru. Baba pun dah dapat gaji, jadi tak lokek nak belikan baju baru untuk mama. Baju pregnant la, apalagi..

Memang seronok menanti kelahiran bayi ni walaupun ada debarnya bila terbayang kesakitan dan unknown condition jika dah sampai masanya. Tapi aku pun tak nak lah terlalu exited sangat. Yelah, kena bare in mind, ini semua hanyalah pinjaman dan amanah daripada ALlah. Bila2 masa Dia berhak nak ambil balik semua tu. Pengalaman dari kakak aku sendiri dan juga kakak ipar abang aku buatkan aku aware all this thing. Takut juga jika terlalu mengharap, tapi tak dapat maka akan kecewa dan boleh jadi tekanan jiwa or depress.

Woman who doesn't have baby or mother who lost her baby memang kuat psicological effect. Masa study law dulu aku pernah jumpa satu kes diberi gelaran 'baby's farmer' sebab pasangan yang tiada anak ni bunuh dan tanam bayi2 orang lain yang mereka jaga (baby-sit) kat halaman rumah mereka sendiri sebab mental disorder. Diaorang jeolous dengan orang lain yang ada anak.

Begitu juga dengan kes nurse yang curi bayi kat Hospital Sg. Petani baru2 ni, dikatakan kerana depress disebabkan 2 kali keguguran. So, memang penting la untuk bukan sahaja bersedia menerima orang baru tetapi juga get ready if anything happen and you lost it thought you don't want it to happen.

144507 | inDah | 17:20 | 0 comments

11 Jun 2005

alahai

sibuk sangat mengedit sana sini sampai hilang habis dan kena reconstruction balik... huhuhu ... xde masa dah nak tulis entry kali ni... :(

143385 | inDah | 13:38 | 0 comments

5 Jun 2005

Penang... to Kulim

Bukan Bertam Indah tapi KULIM.... hmm tanah penang rupanya MAHAL tak kira kat pulau atau tanah besar. Jadi kami pun buat keputusan bermastautin kat tanah KEDAH lah, murah sikit. Rumah Semi-D 3 bilik baru RM250 sebulan. Luas pun luas, ada tanah lagi untuk bercucuk tanam kalau rajin. Diulangi.... "KALAU rajin".

Memang Allah dah atur hidup aku ni cantik2 punya. Alhamdulillah segala puji bagi Allah. Kat Kulim ni ada 2 orang mak sedara (adik2 mak aku). Sepupu (yg mahram sebab aku menyusu dengan tok) pun hero2 belaka ramai kat sini. Boleh le gi jejalan rumah depa time hari cuti kalau aku malas nak masak. Diulangi..."KALAU malas nak masak".

Hmm minggu ni ada beberapa berita yang agak menyedihkan. Selasa 31 Mei lepas bapa saudara abang meninggal dunia selepas koma hampir seminggu kerana kencing manis.

Khamis 2 Jun pula anak saudara abang meninggal dunia selepas 2 jam dilahirkan sedang baru berusia 5 bulan setengah dalam kandungan. Awalnya si ibu pecah air ketuban. Mungkin kerana menjaga 2 orang anak yang lasak sangat. Innalillah wainna ilaihiraji'un..

Semalam aku pula yang bleeding sikit. Berdebar2 betul aku. Hari ni kebetulan cheak bulanan kat klinik kesihatan dan petang ni kena pegi scan di hospital KN untuk tahu sebab bleeding. Please doakan yer... Segalanya yang pertama buat aku... rasa agak takut dan berdebar2. But HE knows the best...

Nurse nasihatkan supaya jangan angkat yang berat2 or bagi tekanan pada perut/ abdomen. Hmm.. yelah.. baru pindah barang dari KL. Dok mengemas2 tu maby aku angkat juga la yang tak berapa berat tu... Lepas ni, aku akan 'arahkan' abang yang angkat semua yang berat2 tu.

Lastly, suka betul aku nengok baby kak ida..... Hope mine pun akan secomel itu juga dan sihat membesar bagai johan... eh.. membesar sebagai pejuang!!!

Allahu Akbar 3x!!!

143110 | inDah | 12:14 | 1 comments

21 May 2005

Bermula episod baru kehidupan...

Abang dah habis training semalam. Aku pergi Ipoh naik bas untuk 'jemput' abang balik. Seronok tengok para pegawai penguatkuasa berkawat. Ada squat elit, squat bundle dan squat reject (yang paling kelakar berkawat). Abang? Of course la squat elit. Siap demo gempur komando tanpa senjata lagi!! Dok kat depan tengah sekali, comel jer... kekeke

Tempat posting baru.........?????? hmmmm aku bayangkan nak dapat tempat yang jauh macam kuching ke Putrajaya ke Seremban ke... Alih2 dapat PULAU PINANG!! Macam kelakar pun ada. Dalam 10 orang yg kena Penang rata2 orang utara. Hmm aku bukan la x sudi nak jadi orang penang... cuma... ntah... Mungkin sebab tempat tu banyak kes dan top dalam list KPDN & HEP kot. Sedikit sebanyak ada kerisauan jugak.

Kenalah kami cari rumah baru. Cadangnya nak duduk di tanah besar je sebab sewa lebih murah dari kat pulau. Maby area Sungai Dua or Bertam. Kalau kena dengan firasat aku, belum berpisah lagi dengan teratak indah aku. Dari Pandan Indah ke Bertam Indah maby?? Allua'lam.

Banyak yang aku rancangkan dalam kepala ni tapi tak tahulah menjadi ke tidak. Setakat ni aku masih kerja dengan suami . Abang suruh chambering, tapi maby next year kot. Malas la nak bawa perut keluar masuk court. Apapun aku harapkan tempat baru memberi aku inspirasi dan semangat baru. Ditambah dengan bakal orang baru kami... hope everything will be ok.

142264 | inDah | 21:29 | 0 comments

10 May 2005

Dragon Ball

My hubby and I betul2 ada insting la.....

Last Saturday my hubby 'lari' balik dan on Sunday pergi AS dan dapatlah cari dragon ball yg diidam2kan tu... Bestnyer... dapat dragon ball.. dapat hubby jugak....

141548 | inDah | 10:06 | 0 comments

7 May 2005

1st trimester

Most mama to be akan lalui saat-saat 'perit' dan 'merisaukan' ni. Lucky for my mum and my elder sister tak mengalami sebarang alahan sepanjang pregnancy. Takde muntah2 atau loya2. Kalau adapun cuma bengkak kaki atau jerawat yang banyak. (And that's why they are not so concern with me yang dapat alahan ni)

3 bulan pertama memang memenatkan, meletihkan, merisaukan dan macam-macam lagi yg aku lalui. Selera makan makin berkurangan (dah turun kilo!! ). 2 minggu lebih berada di bawah jagaan ibu mertua di KP amat mengharukan (hubby in training). Setiap hari bertanya apa nak makan dan tukar lauk setiap hari. Tapi selera aku tetap mati. Hanya sesenduk atau kurang dari itu nasi yang mampu dihabiskan. Aiskrim yang paling aku suka pun hanya dipandang sepi. Ada tidak pun sambal tumbuk campur buah macang cicah ulam agak membuka selera.

Week 7-9 hampir setiap hari muntah, loya dan angin. Asal makan je muntah. Sungguh memenatkan. Ibu mertua yang amat memahami akan suruh aku rehat dan tidur saja. Dalam kepenatan aku juga risau kalau apa2 terjadi pada baby. Jadi sepanjang hari hanya memerap di dalam rumah sahaja. Paling jauh pun ke rumah kakak ipar yang tidak sampai sepuluh langkah di depan rumah. Masa lapang aku isi dengan tilawah dan baca buku2 agama abang yang banyak tersusun dalam almari (tapi hampir kesemuanya dalam bahasa arab-jadi aku aku hanya baca tajuk di kulit buku sahaja . Dan tak lupa juga setiap hari aku akan 'bersembang' dengan baby...

Week 9-10 selepas pergi berubat dengan bidan kampung badan terasa lebih ringan dan takde angin2 lagi. Dah tak muntah2 lagi cuma sesekali datang pening. Alhamdulillah syukur.... dapatlah membantu sedikit sebanyak ibu mertua di dapur.

Walaupun selera makan semakin ada aku masih cerewet dalam memilih makanan. Tapi bila pulang ke rumah sendiri, tak banyak pilihan yang ada, dan tiada layanan istemewa. Jadi makan saja apa yang ada dan sentiasa rasa lapar pula!!!

Biasanya dalam beberapa minggu ni apa yang diidamkan nak makan, akan dapat walaupun tanpa disebut. Terlintas sahaja di hati, sehari atau 2 lepas tu akan terhidang di depan mata. Tetapi sekarang ni, asyik teringat nak makan dragon fruit. Susah nak dapat di KN ni sebab orang tak gemar makan, jadi tak dijual. Kakak aku ke KL, harapnya dapat bawa balik buah yang berkulit pink bersisik tu. Nak minta abang belikan pun duduknya jauh dan lambat lagi nak balik. Aduhai.....

141389 | inDah | 10:16 | 0 comments

5 Apr 2005

Lots of smile.... (thanks God)

Such a long time from previous posting...

Ada BANYAK berita gumbira....

Aku dah graduate LLB iium!!! tunggu nak convo je... bestnyer...!! (alhamdulillah) Harap2 result pun akan keluar dgn "cantiknyer" walaupun masa final exam dulu macam2 yg berlaku dan ada paper yg agak kantoi...

Sekarang dah ada kat kg. Balik berehat sementara abang lapor diri di KPDN Putrajaya dan training sebulan di Ipoh. Aku? sambung cuti ler sampai 2 bulan lagi ... Nak bermanja dengan sapa ni yer? Mak ke mak mertua??? hehehe....

Mama and Baba to be.... 6 weeks. Banyak petua dan pantang larang yang aku dapat dalam minggu ini. Entah ingat entah tidak. But hopefully my baby will grow up sihat dan penuh didikan sejak dalam rahim lagi. InsyaAllah, we will educate him from earlier...

Doakan perjalanan hidup ini diberkati dan diredhoi Allah...

oo yer.. semalam Law Grad Charity Dinner di Marriot Hotel Putrajaya. Some touching memorable event sampai buat aku mengalirkan air mata tengok slide show. Nud, Yati, Farah, K.Syima, K.Laila and others... all of you in memory....

AIKOL, IIUM - some place that I have been....

139952 | inDah | 18:49 | 1 comments

7 Mar 2005

Kenali watak melalui tarikh lahir

1. Tarikh Lahir pada 1, 9 & 24

Pada umumnya pasangan ini bersifat pendiam & konservatif. Namun dengan orang-orang tertentu dia cepat mesra. Tapi pasangan yang lahir tarikh ini mudah terperasan. Kerana sifatnya itu menyebabkan ramai orang yang tidak menyukainya. Namun begitu dia tetap dikagumi kerana bersikap serius terutamanya yang berhubung dengan orang ramai. Dalam hal percintaan, dia sanggup berhabis semata-mata untuk memenuhi segala keinginan pasangannya. Tapi hati-hati kadangkala dia lebih mementingkan persahabatan daripada percintaan dan lebih rela memutuskan cintanya demi sebuah persahabatan yang telah terjalin lama.

2. Tarikh Lahir pada 2, 11 & 30

Orangnya perasa dan mudah tersinggung. Sifatnya yang suka menyendiri membuatkan dia lebih suka tinggal di rumah. Ramai orang suka bergaul denganya kerana perwatakannya yang lembut & ramah. Dia paling benci jika cintanya ditolak atau dikhianati olih orang yang benar-benar dicintainya. Namun begitu dia selalu bersikap sabar dan tidak terburu- buru dalam bertindak. Sayangnya untuk urusan masa depan dia bersikap pesimis sering mengalah sebelum mencuba.Oleh itu mesti ada yang mendorongnya agar tidak terus terjebak dengan sikap pesimisnya.

3. Tarikh Lahir pada 3, 18 & 29

Sabar serta pandai menguasai diri adalah ciri yang khas bagi pasangan yang lahir pada tarikh ini. Tapi jangan cuba mempermain-mainkannya, dia akan mengamuk dengan hebat. Dia tergolong pasangan yang bijaksana dan bertanggungjawab. Sifat jujur & ramah adalah modal utamanya dalam bergaul. Tapi dalam soal cinta dia merupakan pasangan yang susah untuk di mengertikan.

4. Tarikh Lahir pada 4, & 13

Pasangan yang lahir pada tarikh ini adalah seorang yang pandai, suka bergaul dan mudah berubah pendapat. Dia seringkali tidak yakin dengan diri sendiri.Dalam soal cinta, dia tergolong pasangan yang mata keranjang dan suka bertukar-tukar partner. Sifat ini membuatkan orang tidak suka apa lagi untuk bersimpati dengannya. Dia sering bersifat dingin kepada orang lain kerana menganggap orang lain merupakan faktor penyebab timbulnya masalah. Tapi dia memiliki sifat kelakar, mudah ketawa dan kadangkala bersikap keanak-anakkan.

5. Tarikh Lahir pada 5 & 17

Yang lahir pada tarikh ini adalah seorang yang optimis, bercita-cita tinggi dan punya kecederungan untuk berprestasi. Namun begitu dia adalah seorang yang berwatak keras dan apa yang diinginkan selalunya dipenuhi. Memandangkan sesuatu selalunya dari segi yang menguntungkan. Tapi sayangnya dia suka menganggap remeh pada orang lain. Dalam soal cinta, berhati-hatilah kerana dia suka bertukar-tukar pasangan.

6.Tarikh Lahir pada 6, 14 & 27

Dia adalah seorang pasangan yang tidak mahu kalah dan pantang menyerah. Kejujuran dan keadilan merupakan sifat yang membuatkan dia disegani. Dalam soal cinta dia ingin memberi yang terbaik kepada orang yang dicintainya. Namun begitu harga dirinya terlalu tinggi sehingga dia tidak pernah mengerti mengapa seseorang itu menolak kebaikannya.

7. Tarikh Lahir pada 7, 28 & 31

Dia adalah seorang yang bersifat terbuka berterus terang & jujur. Namun dia mudah sekali terpengaruh dan ingin mencapai sesuatu itu dengan cara mudah. Cinta baginya sering diertikan sebagai pengisi masa lapang. Semasa bercinta dia sangat berhati-hati dan suka sekali merayu dan kalau pasangannya curang dia dengan mudah meninggalkannya.

8. Tarikh Lahir pada 8 & 23

Dia bersifat peramah dan mudah perasa. Kepada teman-teman dia bersifat lembut & bijaksana. Namun begitu dia tersisih dari teman-teman kerana rasa rendah diri yang terlalu menebal. Dia memerlukan suasana yang seimbang baik sewaktu berfikir mahupun dalam kehidupan seharian. Kelemahan yang paling menonjol ialah gugup dan selalu dihantui perasaan khuatir tetapi dia adalah seorang yang penjimat. Dalam urusan cinta, dia seorang yang tabah dan rela berkorban.

9. Tarikh Lahir pada 10, 16 & 21

Suka bekerja keras,memiliki nafsu yang tinggi dalam usaha mencapai cita-citanya. Dalam pergaulan sehari-hari dia merupakan orang yang mudah tersinggung. Namun begitu dia seorang yang jujur & tabah dalam menghadapi persoalan. Soal cinta dia sangat setia dan sebab itulah dia mudah disenangi. Tapi dia seorang yang terlalu cemburu. Kalau baik dia sangat baik dan kalau jahat dia merupakan orang yang paling jahat.

10. Tarikh Lahir pada 12 & 19

Orang yang lahir pada tarikh ini memiliki sifat suka dipuji. Dia berharap setiap orang akan menganggapnya sebagai juara. Pada dasarnya dia suka berdandan dan berpakaian rapi. Kerana itu dia sering membelanjakan wangnya untuk menunjukan penampilannya. Dalam kehidupan sehari-hari dia adalah pasangan yang disegani kerana bakat kepimpinannya. Sifatnya yang bijaksana membuatkan dia disegani dalam pergaulan. Dalam urusan cinta, dia adalah pasangan yang sangat susah untuk dipercayai.

11. Tarikh Lahir pada 15, 20 & 26

Jangan mengharapkan sifat romantis dari pasangan yang lahir pada tarikh ini. Dia tergolong dalam orang yang kurang serius, bersikap B***h dalam menghadapi sesuatu. Namun begitu dia selalu bersikap penuh pengertian bila menghadapi sesuatu masalah. Dia sangat benci pada perkara-perkara yang berbau keributan terutama yang menimbulkan huru-hara. Dalam hal percintaan dia menuntut untuk lebih diberi perhatian tapi dia jarang mengambil berat pada pasangannya. Namun begitu sikapnya disenangi oleh kawan-kawan.

12. Tarikh Lahir pada 22 & 25

Wataknya paling susah untuk dimengertikan. Kadangkala dia disukai kerana kebaikannya dan kadangkala dia dibenci kerana perbuatannya. Namun buat teman-teman dia merupakan orang penuh pengertian. Dalam pelbagai situasi dia lebih suka merendahkan diri jarang sekali mahu menonjolkan kelebihannya pada orang lain. Pasangan jenis ini terkenal sebagai perayu dan sebab itulah dia diberi jolokan seniman.

Take from viedar

138391 | inDah | 16:49 | 0 comments

5 Mar 2005

Belangsungkawa

Baru saja bertolak dari kampung 27 Feb Ahad pukul 9 mlm sampai KL kul 9 pg 28 Feb Isnin.

9.45 mlm dapat call dari K.Pah (kakak ipar) bagitau tok abang baru meninggal 2 minit lepas. Kejutkan abang yg tengah tidur... dalam manyau2 dia tu solat isyak dan bertolak balik kg dengan kancil. Singgah ambil abang ipar sekali di Damansara Damai.

Sampai kampung pukul 5.00 pagi. Bergilir-gilir bacakan al-Quran untuk tok.

Aku bantu semasa proses mandikan jenazah. Tak dapat aku nak menahan sebak waktu jenazah dikafankan. Kali terakhir dapat aku menatap wajah itu.. Aku cium pipi kiri, kanan dan dahi buat kali terakhir.

Terkenang aku pada tok mertua yang terlalu baik padaku. Pertamakali bertandang ke rumah mertua selepas perkahwinanku, toklah orang yang 'memanjakan' aku. Rambut disikat dan disanggul lintang ala tahun 50an. Tok dalam umur lebih 80 tahun itu masih mampu berjalan dan menguruskan diri sendiri tika itu. Memori itu akan tersemat kukuh diingatanku...

Semasa talkin dibaca, tiada siapa yang mampu manahan air mata. Berjuraian gugur membasahi pipi mengiringi mandala hiba... Abang juga tidak lagi segan silu menangisi pemergian neneknya.

Ibu mertuaku yang tidak mampu untuk melangkah, terpaksa dipapah untuk meninggalkan tanah perkuburan yang kini menjadi taman tempat tinggal ibunya yang dijaga sekian lama...

Al Fatihah buat Che Chik bt. Hawa...

138271 | inDah | 14:48 | 0 comments

15 Feb 2005

9-13 Feb: Holiday....!!

It a very wonderful holiday!!

9 Feb - rehat kat rumah n kemas2 rumah -home sweet home
- malam pergi hantar barang dapur ke tmpt muqayyam

10 Feb - Pagi jaulah kenangan ke KISAS, Klang. Mengimbau nostalgia lalu bersama abang. Abang dah 6 tahun tak jenguk ke sana. Terlalu banyak perbezaan yang ketara dari segi fizikal bumi waqafan sejak tempoh itu. Aku pun hampir setahun lebih tak ke sana. Kami menyusuri setiap lorong dan bangunan di KISAS (kecuali aspuri ) sambil abang menyingkap kisah2 disebalik setiap bangunan dan tulisan yang ada di situ. Di sini kami membesar, di sini kami bermain, di sini kami dididik, di sinilah segalanya bermula... (tapi bukan di sini kami bertemu tau! ). Sempat kami 'mencoroboh' koop dan borong souvenir yg ada.

- Ustaz Fazdi jemput ke rumahnya. 'Abud dan Amal dah besar dan tinggi!! Abud darjah 3 dan Amal dah 4 tahun. Kali terakhir aku jumpa Amal masih belum boleh bercakap. Sempat menikmati mee lakna air tangan Kak Da yang pastinya sedap dan istimewa (ahh... nak sebut je aku teringin puding jagung K.Da tapi takut sendiri kempunan pula).

- Cadang kami nak ke rumah Ustazah Nurhayati pula tetapi sms dtg menukar destinasi kami seterusnya. Langsung ke tempat muqayyam. Buat pertama kalinya aku dan abang conduct slot LDK bersama sebagai fasilitator. Aku dengan caraku yg 'menggerunkan' adik2 tu tetapi abg bawa pendekatan cool and steady je. Slot LDK mlm aku cadang supaya tukar peranan. Biar mereka rasa penangan abang yang 'garang mcm rimau' tu. Tapi abang tetap cool membuatkan aku pun cool jugak. Selamat adik2 tu... Balik rumah hampir pukul 2 pagi.

11 Feb - Aku sangka abang cuma bergurau tapi kami benar2 ke Cameron Highland. Bertolak dari rumah pukul 7 pagi. Dingin Cameron Highland mengimbau memori batch aku suatu ketika dulu. Ini kali pertama bagi abg menjejakkan kaki di Tanah Rata dan puncak Brincang. Tiupan angin yg sejuk terasa syahdu walaupun tidak sesejuk 6 tahun dan 15 tahun dahulu.

Kami lawati semua tempat wajib: ladang bunga, kebun stawberry, bazaar sayur dll. Beli sayur-sayuran serba sedikit. Tak ketinggalan buah stawberry dan buah Cinta..Rasanya pahit-masam. Agaknya begitulah juga CINTA -sedapnya kerana ada pahit dan masam! Terkilan juga aku kerana tak dapat beli bunga rose favourite aku. Harga agak mahal dari biasa mungkin kerana dekat Valentine Day. Dapat melihat dan mencium haruman segar mawar pun jadilah...

Ladang teh pula cuma dipandang dari jauh kerana bercadang pulang pada hari yang sama. Orang sgt ramai mgkn sempena cuti yg panjang ni membuatkan jalanraya sesak dan kenderaan bergerak perlahan. Alhamdulillah, sampai di rumah hampir pukul 7 mlm.

12 Feb - Rehat dan siapkan homework drafting.

13 Feb - Berkelah di Sungai Congkak pula! Siap pasang khemah lagi. Puas aku berendam dan bermain air di sungai yang sejuk dan nyaman ni. Tapi masuk kali ni kena bayar sorang RM1 termasuk kanak2 (utk maintenance katanya) dan parking kereta RM2. Bayangkan kalau yg dtg berkeluarga ramai2 -jenuh nak bayar!

Untung kali ni org tak seramai dulu, jadi boleh pilih tempat dengan selesa. Abg yang mengajak aku ke sini tapi dia banyak habiskan masa di daratan baca paper dan makan bekal bihun goreng yg kami bawa.. takut air.. takut sejuk.. ish rugi rugi... akhirnya abang turut masuk dlm air dan kami mula "berperang". Balik ke rumah hampir pukul 4 ptg.

Aduhai... terasa bermakna sekali cuti kali ni. Mungkin kerana Kak Ani tinggalkan kereta kat kami, jadi jauh la melangkah

Juga berita baik kami dapat dlm cuti ni abang dapat kerja Pegawai Penguatkuasa di Kementerian Perdagangan Dlm Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN). Alhamdulillah...... ada hikmahnya tak dpt j-Qaf sblm ni. Allah tu Maha tahu apa yg terbaik buat hambanya..!!

Syukur pada-Mu ya Allah atas limpah kurnia dan rezeki dari-Mu. Rahmat dan Rahim-Mu melimpah buat kami..... ameen..

137000 | inDah | 16:36 | 1 comments

14 Jan 2005

This week long...

2 tests... fuhh... Evidence II on Tuesday and Criminal Procedure II on Thursday... 'ala kullihalalhamdulillah... These 2 subjects i hope to score.. but CPC not turn to be so good. But i do hope it will give some credits...

My hubby and I... so far so good.. recently our relationship in a very good mood..... really really good i mean... maby becoz i'm not too fussy now... hehehe

My LAW GRAD 05 colleague ask mw to join them on trip to waterfall this Saturday. i'll talk to my hubby whether gonna go or not. Last 25th Jan we went to Sg. Congkak.. best sangat!!

134586 | inDah | 14:36 | 0 comments

7 Jan 2005

khabar gumbira dari rin

Tak tersangka hari ni jumpa Rin di ym. Patut la 2-3 hari ni teringat sangat kat dia.

Lovely news.. Rin due bulan 2 ni.. meaning that now she is pregnant 8 months. So lovely... bestnyer...

133787 | inDah | 12:20 | 0 comments

6 Jan 2005

ttttttttestttttttt

Sesungguhnya aku x sabar2 nak habiskan study aku ni.... Rasa tak maksimum sangat dah (ye ke?? )

Minggu lepas n minggu ni penuh dengan assignment. minggu depan test pulak. Aduhai....cepat la habis....

Tapi lepas habis nak buat apa yer? master? chambering? kerja? duk je kat rumah? hmm... ntah la....

Sesungguhnya hidup ini penuh dengan ujian.

Pagi tadi dengar MHI ada program anak angkat untuk kanak2 acheh yg kehilangan ibubapa dlm tragedi tsunami. Aku terfikir2 kalau aku berpeluang ambil salah seorang mereka jadi anak angkat... Mampukah....???

Acheh dan aku terasa sangat dekat. Apatah lagi sangat dekat dengan Abang kerana dia pernah belajar disana - IAIN ar-Raniry. Selalu dia sebut2 ingin kembali kesana menabur bakti buat mereka yang ditimpa musibah ujian itu... Adakah....???

133694 | inDah | 14:36 | 0 comments

3 Jan 2005

UniKL pengat pisang CP

Hari ni adik lelaki aku, Akmal secara rasmi jadi pelajar UniKL BMI gombak. Ala.. sebelah UIA ni je. Seminggu ni orientasi laa. Tapi adik aku ni x boleh nak lasak2 sangats ebab badan dan season.. Ye laa eksiden motor je ntah berapa kali. Pastu tu penah kena ragging sampai masuk hospital masa dia Form 4 di Sek. Teknik SP dan IKM Beseri. Alaa.. hero la katakan... mesti ler patah riuk.... alahai anak jantan mak sorang ni..

Family aku datang dari kg hari Jumaat utk hantar dia. Sabtu lepas ronda2 kat Alamanda, putrajaya terus diorang balik. Cuma kakak sulung aku je yg hantar dia ke UniKL tu. Aku malas nak ikut coz tiap2 hari dok lalu kat situ.

Hari ni datang opis bawa pengat pisang.. Aduhai.. sedapnya. bukan nak puji diri sendiri tapi memang sedap sebab aku pun dah lama tak makan. tambah dengan sagu lagi, aduh. Berdesip hirup. Melambung k.Lela n K.Mai dok memuja pengat aku tu... Husband aku senyum dia.. walaupun dia tak puji tapi akau tahu.. sedap laa tu. Kat opis ni biasa la datang bawa makanan, masak banyak2 jamu ramai2. Meriah macam family jer.. Alhamdulillah.. seronok kat sini.

Lepas ni ada tutorial CP. Alamak.. assingment case review aku tak siap lagi....!!!!

adios...

133230 | inDah | 13:41 | 0 comments

31 Dec 2004

Aku kini..

Lamanya aku tak mencatat di sini...

Sesugguhnya.......

(alasan yg benar)

1. Aku sibuk menyesuaikan diri dgn suasana baru dan tanggungjawab baru yg aku ada. Isteri + pelajar + pekerja.. semuanya ambil masa untuk aku mengatur kembali jadual hidupku...

Abang banyak membantu dalam urusan rumah tangga... syukur... Aku banyak belajar dari dia sebenarnya.. terutamanya dlm bab memasak dan menghias rumah. Anak kelahiran Mac macam abg mmg pandai bab2 menyusun atur rumah. Bab masak memasak pula aku belajar ikut selera dia. Tidak lah cerewet benar, tapi permintaannya nak makan itu dan ini lebih memudahkan aku menyediakan menu. Kadang kala pening juga memikirkan apa yg nak dimasak untuk 2 org sahaja.

Aku paling suka time nak exam. Abang yang akan masak. Mmg best kalau abg masak.. sedap... Setakat ni dah rasa power keowtiow bandung, keowtiow kerang, gulai nenas + ikan bilis, kari mamak, gulai ayam+ kentang, nasi goreng dan Maggi mee abang.....

2. Kurang masa untuk berblogging ( bahasa x betul : jgn ikut). Aku pelajar tahun akhir semester akhir kini. Kesibukannya... aduhai...

Harapan aku agar dapat graduate Mac 2005 nanti. InsyaAllah. Harapnyer xde lah paper yg sangkut. Takur jugak bila final sem ni ada lecturer yang killer dan x segan silu nak failkan pelajar. Seram aku dibuatnyer....

Final sem banyak paper procuderal law berbanding substantive law sebelum2 ni. So, banyak assignment dan paper work nak kena buat. Pening juga aku dibuatnya. Aku tak eager sangat nak buat semua tu berbanding dgn kawan2 aku yg nak practise. Aku x de hati nak practise bila dah grad nanti. Tu sebab x rasa eager sangat. Tapi aku buat jugak sebaik mungkin sbb aku nak grad with flying colours. x nak sangkut2.

With that, kerja part itmer aku kat Law Centre ni aku "pause"kan sekejab. Aku lebih tumpukan study dan assignment dr kerja yg dah x ada kerja ni. (Oh yer... web law centre tu abg aku yg update kan. see the name tamrin below.. my hubby ler tu)

----------------------

I'm quite stable now....(cheewaahhh) so boleh lah continue my blog. But i don't make any attempt utk renew build another blog or retouch this one sbb nnt bila dah fedup aku akan mula ignore balik. So, kalau boring tengok colour or grafic here, u just can leave from here ok...

Best jugak aku sebab kawan baik aku kat ki dulu (Huzaimah) keje kat cc di kolej Nusaibah. Selain dpt gi jumpa dia sekali sekala dekat bekas hostel aku tu, dapat selalu online ym dgn dia. So, i'm keep in touch with my old friends which i love most. Plus anothers Rohani aka Syifa' di PJ, Maezah and Maslia. We can get along together in conference and talking (chatting actually about lots of things. Yg best tu dapat menyingkap kembali memori dahulu kala yg begitu nostalgia. hehehe

Even aku dah kawin, aku x nak kawan2 aku rasa mereka telah kehilangan aku. I try my best to keep in contact walaupun ramai yg kompalin susah nak jumpa/contact aku sejak 'naik jaguh' ni. I admit that... i cannot give excuse. so, sorry ya...

oooo naik jaguh? Sebab aku setiap hari dgn naik JAGUH dengan hubby ke UIA ni. Best jugak naik Jaguh ni dlm kesesakan KL. Traffic jam macam mana pun dapat sampai awal. Dari Pandan Indah rumah aku tu ke UIA about 20 minutes je kalau pecut. Kalau slow sikit 1/2 an hour. Adik aku dah cakap aku ni dah jadi isteri ustaz yg brutal bila naik jaguh. hmmm macam2 la adik aku ni...

Marriage life..........???

So far so good. Well, rumah tangga mana x dilanda badai ye tak. Sedangkan lidah lagi tergigit. Aku kini mengakui pepatah org lama ni. Sayang2 macam mana pun ada jugak la time2 merajuk n marah2 sayang tu. It make me sad for a while, tapi bila dah baik semula tu yg best. Macam jadi pengantin baru balik... heh!

Berada di Law Centre ni aku banyak bergaul dgn senior yg dah berumahtangga. Kak Laila, Kak Syima etc.... So, banyak nasihat dari diaorg yg aku boleh jadikan pedoman. Awal berkahwin mmg lah x kenal hati budi sepenuhnya lagi. Belum tahu sedalam2nya. Kita belajar mengenali sedikit demi sedikit. Belajar terima lebih dan kurang pasangan kita. Dan dalam tempoh itu mungkin ada hati yg terguris, ada rasa yg tercipta; kerana apa yg diharap tidak berlaku apa yg disangka tidak menjadi nyata. Itulah hakikat yg aku sedang hadapi sekarang.

Daripada kesilapan2 yg aku lakukan, aku dapat belajar sedikit demi sedikit diri abg yang aku cintai itu. Aku belajar selami hatinya. Aku belajar kenal tindak tanduk dan bahasa badan; reaksi dan riak wajahnya. Tidak mudah dan tidak juga payah asalkan ada kemahuan.

Cinta itu adalah satu proses yang panjang sebenarnya. Ia perlukan masa untuk berputik, berkuntum, berkembang, mengharum dan membiak.... Biarpun bentuk cinta yg diberikan tidaklah sepertimana bentuk yang diharapkan.. tetapi cinta tetap cinta. Bahasa cinta berbeza mengikut jiwa tetapi maknanya adalah sama... Aduhai berfalsafah cinta pula aku ini... well.. ianya adalah untuk peringatan aku sendiri sebenarnya...

Banyak permintaan untuk melihat foto perkahwinan kami. Tapi maaf lah... aku benar2 mohon maaf kerana x dapat nak dipamerkan disini. Kerana di majlis perkawinanku itu aku tidak berniqob (berpurdah), jadi abang telah awal2 menghantar signal agar tidak upload gambar di internet utk tatapan umum. Aduhai... dia sungguh2 'menjaga' aku. Senang sekali rasanya... Di kitcen Law Centre inipun aku telah terbiasa makan tanpa membuka niqobku jika ada ajnabi (sedangkan sebelum ini aku biasa buka ketika makan di cafe atau kantin). Terasa dihargai dan 'dijaga' sepenuhnya oleh abang...

Apalagi keinginan aku tika ini?? ahhh keinginan manusia tidak pernah habis... Tetapi aku pernah berkata kepada diriku dahulu, andainya dapat aku berkahwin dengan seorang yg aku cintai walaupun hanya sehari, cukuplah buatku, aku amat bersyukur (kesan dari trauma kakakku kehilangan suami tercinta selepas 5 bulan berkahwin 3 tahun yg lalu).

Bagi pasangan yang berkahwin, pastilah kehadiran cahayamata yg dinantikan tentunya. Aku dan abang juga begitu (walaupun dia tidak pernah menyebut tentang itu tapi aku tahu..). Doakanlah untuk kami ya, agar penyeri rumah tangga kami akan hadir tidak lama lagi... aameenn...

132875 | inDah | 14:20 | 0 comments