"Menanti penuh kerinduan....."

we::blog beta
Teratak
e-mail me
show template


login
nickname
password
remember


archived material
2003 May
2003 June
2003 July
2003 August
2003 September
2003 October
2003 November
2003 December
2004 January
2004 February
2004 March
2004 April
2004 May
2004 June
2004 July
2004 August
2004 September
2004 October
2004 November
2004 December
2005 January
2005 February
2005 March
2005 April
2005 May
2005 June
2005 July
2005 August
2005 September
2005 October
2005 November
2005 December
2006 January
2006 February
2006 March
2006 April
2006 May
2006 June
2006 July
2006 August
2006 September
2006 October
2006 November
2006 December
2007 January
2007 February
2007 March
2007 April
2007 May
2007 June
2007 July
2007 August
2007 September
2007 October
2007 November
2007 December
2008 January
2008 February
2008 March
2008 April
2008 May
2008 June
2008 July
2008 August
2008 September
2008 October
2008 November
2008 December
2009 January
2009 February
2009 March
2009 April
2009 May
2009 June
2009 July
2009 August
2009 September
2009 October
2009 November

openlog

Teratak inDah

 
 
Waiting with hope and pray... 
Lilypie Baby PicLilypie Baby Ticker 
 
inDah @ deemumtaz @ aRniNas

22 Jul 2003

Kejam @ ego??

Cinta yang baru berputik, layu jatuh mengulai... kenapalah ada insan yang begitu kejam?? atau ego??

Ku seka air matanya. Usah bazirkan air matamu kerana seorang lelaki yang tidak tahu menghargai!!

Usah semarakkan dendam kepada sahabat yang menikam dari belakang.

Biarkan sahaja... Allah pasti tahu apa yang layak untuk diri kita dan diri mereka.

68527 | inDah | 14:06 | 0 comments

21 Jul 2003

Ummatic Week

Subhanallah.. Alhamdulillah….

Ummul Qura – al-‘Aqsa – Sudan – Djibuti – Thailand – Comoros - India – Malaysia (Sarawak) – Kashmir – Indonesia - Singapura – Jordan – Brunei – China – Mesir - Bosnia & Herzegovina – Afghanistan – Maldives - Yemen – Somalia - Vietnam – Bangladesh.

Melawat 22 negara dalam sehari!! Subahanallah.. dalam hingar bingar pelbagai muzik yang tidak dapat diteka liriknya, ternanti-nanti ketibaan seorang sahabat. Masa dijanjikan 12.00 tengah hari Jumuah. Mungkin kerana saya habis kelas awal, atau ada halangan yang menimpa untuk Nurin datang pada waktunya. La baksa, penantian kadang kala penuh keasyikan. Kerana mata asyik terpandang seorang brother lagak mujahidin dari tapak Palestin (bukan tenung wajahnya, tetapi perhatikan gayanya). Siap balutan serban (?) di kepala dengan bendera Palestin di kedua hujungnya dan pedang sepanjang hampir satu meter terhunus di sisinya. Saya kira ia cuma pedang olok-olok (mungkin kerana tidak berjumpa M16 olok-olok). Ia pedang yang betul, bukan dari plastik atau polistrin. Maksud saya olok-olok adalah pedang itu untuk perhiasan kerana kedua sisinya tumpul sahaja.

What should I do to kill the time? ( menanti orang adalah perkara yang paling saya tidak gemari) Dalam berkira-kira itu, muncul Faradila. Apa lagi, saya yang tak sabar-sabar untuk ambil gambar terus heret tangannya ke tapak Friend of Al-Aqsa (Palestin). Seketika muncul pula Mardhiah. Baru hendak buat adjustment, yang dinanti NURIN sudah tiba. Oh, siapakah di sisinya? Sebentar, ambil gambar dengan Fara dan Mar dulu kerana mereka harus ke gerai Maaruf Club untuk shif tengahari. Snap 2 kali dan “mujahidin” tadi turut menjadi model.

Kembali ke Rin. Dikenalkan padaku, Kak Anfal bersama baby Umar. (Umar! Nama itu bila disebut, terasa ada getar di hati ini) Tiada maaf untukmu Rin, kerana tiada apa perlu dimaafkan. Dari mana harus dimulakan jaulah ini? Ketika itu kami di depan tapak Ummul Qura. Seorang “pak cik” (nak panggil apa ye, sebab dia kelihatan lebih dewasa dari kebanyakan pelajar) menghulurkan sebekas tamar kepada kami. Agak kekok, aku menjemput seulas untuk Umar. Tapi kurang sesuai kot untuk dia makan sebab dia cuma minum susu pada umur kurang setahun kukira. Lalu tamar itu hilang di sebalik tabir . Rin pun ambil satu kan? Alhamdulillah, kiranya isi minyak untuk next tour.

Ummul Qura, dipaparkan sebuah rehal yang sangat besar di bahagian atas hadapan gerai. Di dalamnya, latar belakang gambar Makkah yang sangat besar. Kat mana ye boleh dapat gambar sebesar tu? Kira-kita 3mx4m. Ada replika ka’bah, gambar Makkah, hajarul aswad dll. Sukar nak mencelah masuk kerana ramai brother kat situ. Jadi perjalanan diteruskan. Skip Al-Aqsa sebab tadi dah snap picture. Di situ banyak dipaparkan wajah-wajah Palestin. Wajah luka, sengsara tetapi penuh keazaman dan semangat jihat yang membara. Pasti kalian dapat membayangkannya. Dibelakang mereka kereta kebal dan runtuhan bangunan. Permainan mereka peluru dan lemparan batu. Wajah mereka dibedak debu dan darah beku. Hati ini tidak boleh berlama-lama di situ jika ingin meneruskan jaulah, bimbang gerimis turun tiba-tiba memabasahi tanah pipi.

Tapak Sudan sangat menarik dan istimewa. Terbendang di bahagian atas hadapan gerai, kulit ular sawa (anaconda?) entah berapa kaki panjangnya. Gerun + ta’jub melihat. Banyak yang dipamerkan adalah alat-alat traditional mereka. Paralatan memasak dan kegunaan harian seperti sikat, sudu, senduk dll. Terdapat patung-patung (sebesar patung Barbie) berpakaian pengantin traditional.

Paling menarik di Djibuti adalah bantal kayu berbentuk bulan sabit dan ada kaki. Lebih kurang seperti tempat meletak lilin berkaki, tetapi lebih lebar dan ketinggian sesuai dengan kepala ketika tidur. Tak sakit ke? Menarik juga kerana wakil mereka berpakaian traditional lelaki dan perempuan. Snap picture lagi, diapit oleh pasangan itu.

Gambar tak cuci lagi. Masukkan nantilah kot.

Skip Thailand sebab tak ada pameran yang menarik (walhal banyak benda menarik di negara ni). Yang ada cuma replika batu seolah-olah dalam dasar laut kerana latar belakang gerai tertulis “Unseen in Thailand”. Nak kata ada spririt Finding Nemo pun tak jugak sebab takde replika ikan hatta seekor pun. Habis tidak, banyak payung-payung sederhana besar yang dilukis dan ditulis cantik disusun dihadapan gerai. Itu je. (?) Ingatkan nak ekploitasi Wan Aishah (Generasi ke-7 Mahsuri) yang sekarang ni jadi student UIA.

Kemudian kami teruskan ke tapak Comoros di sebelah Thailand. Yang bestnyer bebudak Afrika ni, diaorang cukup ramah dan tak jemu bagi penerangan dengan bersemangat tentang negara-negara mereka yang dibanggakan. Macam brother Comoros ni, siap bancuh kopi untuk saya rasa. Walaupun saya bukan peminum kopi, tak sampai hati nak menolak pemberiannya yang begitu bersungguh-sungguh. Rin pun rasa secawan. Cawannya lebih kecil dari cawan yang biasa kita gunakan. Tapi lebih besar dari cawan teh cina atau Jepun. Cara mereka buat kopi agak berbeza iaitu gula, kopi dan air dimasukkan dalam teko, kemudian dijerang atas tungku memasak. Macam dapur kayu la kiranya. Teko tu pulak dibuat dari tanah liat. Jadi, rasanya ada sikit perbezaan. Tapi yang kami minum tu taklah dibuat cara traditional sebab tak boleh main masak-masak kat situ. Yang menarik di Comoros ialah satu bandar bernama Asmara. Kalau tidak silap, ianya capital city. Kalau bukan capital city pun kira bandar yang glamour la kat sana. Cantik dan tersusun je bandarnya walaupun taklah ada bangunan tinggi macam KL. Asmara juga menarik kerana berdekatan dengan pantai. Jadi sepanjang jalan tepi pantai banyak pokok-pokok ru dan palma. Wah... macam betul-betul pergi sana je, walhal tengok gambar je.

Dah nak keluar dari situ tengok Umar sedang dipeluk cium seorang brother mix Arab + Melayu. Dia kata tak tahan tengok baby comel macam Umar. Macam kucing!! Astaqfirullah.... nasib baik saya dapat bersabar lagi. Kalau tidak, memang teruk jugak Umar saya “kerjakan”. Tengok Umar dah mula hisap-hisap ibu jari. Isyarat mengantuklah tu. Kak Anfal terpaksa bangunkan dan mandikan awal hari ni sebab nak gi tour Ummatic Week.

Supaya mereka tak tunggu lama, snap satu gambar je di India. Bagi yang mahu, mereka boleh bergambar dengan pakaian pengantin India. Ala, bayangkan macam cerita Hindustan tu je. Pastu ada jual gelang yang banyak-banyak tu, 3 untuk RM1. Nasib baik tak minat sangat nak pakai benda-benda macam tu, kalau tak macam nak borong je semua. Dapat risalah pelancongan percuma. Bila balik dan belek-belek, rasa macam nak gi vacation kat India je. Terutamanya nak pergi Taj Mahal!! (dimana terukir nama MUMTAZ sebagai lagenda cinta fana insan.)

Dari India, “terbang” ke Sarawak.

Kenapa terbang? Sebab tapak Ummul Qura ke India di hadapan Moot Court (same place for MILLEF). Dan Sarawak pula bermula di sebelah Expremental Hall Library. Mata pasti asyik setiap kali lalu disini kerana mereka membuat demontrasi tarian/ permainan buluh. Tak pasti apa namanya. Tetapi menggunakan dua batang buluh yang melintang panjang dengan diangkat dan diketuk mengikut ritma tertentu. Pemain pula dikehendaki masuk dan keluar dari antara dua buluh itu tanpa tersepit, juga dalam ritma yang tersusun.

Kadangkala mereka meletakkan 4 batang bulu sekaligus secara 2 panjang dan 2 melintang di atas buluh yang panjang itu. Jika begitu, 4 org pemain boleh bermain serentak dan bertukar-tukar kedudukan. Menarik! Terutamanya bila ada foreigner yang tidak segan silu mencuba (dan kemudian pecah tawa kerana kaki tersepit batang buluh) Cuma agak tidak enak, mereka terlalu bebas bercampur lelaki dan perempuan bagaikan tiada batasan. Bagi sister yang segan, semasa waktu solat Jumaat, mereka mengambil kesempatan mencuba permainan tersebut. Saya? Sekadar melihat.

Tapak Malaysia juga lebih menarik dan kreatif dari tahun lepas. Ada pelamin (tak tahulah pengantinnye ada ke tak), bunga pahar (Bunga telur), demonstrasi congkak, batu selambut, lompat getah, sepak takraw dll.

To be continue.... Rasanya lebih best kalau ada gambar. Sambung cuti nantilah yer.

68354 | inDah | 14:04 | 1 comments

18 Jul 2003

Cam budak-budak la budak ni...

Adik main tembak-tembak dari Perlis... Uii berjaya buat saya call dia balik.. hmm, macam budak-budak.. walhal dah tingkatan 4 (sebab kakak dia yg 3rd year tu pun dok layan mcm budak-budak jugak )

Rupanya nak cerita dia call abah tapi cakap dengan orang lain iaitu "dot dot dot" sebab abah tertinggal handset di cc.

Dan akhirnya berjaya juga Adik Arni memujuk rayu Arni supaya balik kampung hujung minggu depan dengan Kakak Arni sebab Adik Arni dah rindu sesangat kat kakak-kakak Arni katanya.

Hmm.. dalam tak mature Adik Arni ni, Arni rasa ada perkara yang dia sangat mature i.e. bab nak pujuk rayu dan bodek orang!!

67989 | inDah | 11:06 | 0 comments

16 Jul 2003

What happent??

hmm.. apa dah jadi? apa dah jadi?

Back to the previous?? Something wrong with weblog ni??

Anyhow.. UMMATIC WEEK memang meriah dan best... cuma yang tak bestnyer ada bebudak foreignour (Bosnian) yg pulun menari joget lambak kat gerai diaorg... Ntah hapa-hapa ntah...

67689 | inDah | 12:07 | 0 comments