|
Tentang cinta dan derita
Apa yang engkau bayangkan lelaki, ketika melihat, seorang gadis, kulitnya putih susu, bibirnya merah delima. Matanya hitam, bulat, bersinar, tajam. Langkahnya cermat tapi pantas, lengguknya bersahaja dan ceria. Pinggul seirama dengan dada. Apa yang kau bayangkan lelaki. Seorang gadis ayu, dengan baju semuat tubuh, berseluar dan tudung ringkas, engkau temukan, bersolat bersamamu di sebuah masjid besar. Diam-diam kau perhatikan, rambutnya lurus melewati bahu, lekuk tubuhnya sempurna, juga mengghairahkan, dari celah-celah dinding yang memisahkan ruang, sedang dia membuka kelana (telekung). Bersaksilah! aku telah menyaksikan. Seorang gadis, di di tempat ini, di zaman ini, dia adalah bidadari. Ketika pelan-pelan engkau masuk ke dalam anganku, setiap malam, di antara lena dan jaga, aku rasakan tubuhmu, pelukmu, ciummu; Dan, aku mimpikan, suatu malam, engkau dan aku, bersetubuh dalam raung suara bayi, mendesak-memekik, menjerit, seperti kita berdua di malam itu. Peluhmu dan peluhku bercampur, peluh kita! Tadi petang, setelah dua bulan, aku mendekatimu, tahukah engkau kekuatan yang aku kumpul untuk itu, Selepas hujan, di pondok menunggu bas, depan ofisku, di hadapan puluhan mata, mengatakan padamu; +Saudari cantik dan saya terpikat! Si gadis tercenggang, dan sedikit panik. +Saya ingin minum-minum dengan saudari? ++Maaf, saya tidak berminat! Katamu, tetap dengan senyum. +Hanya sebentar, jika tidak hari ini, mungkin hari lain, Aku menggagahkan diri, ketika mata-mata mula memandang kita. ++Maaf, saya tidak berminat! +Ini kad saya, boleh saya dapatkan nombor telefon saudari? ++Maaf saya sudah bersuami? Dalam petang, ketika hampir senja, hujan turun lagi, tangisan malaikat barangkali, mengiringi langkah kaki seorang lelaki gagal, untuk yang ke sekian kali, Pelan-pelan kau bisikkan pada diri sendiri, "Ayuh, dia baru bersuami,"! Antara sedar dan tidak, kau bermimpi lagi, untuk bangunkan dunia lain, yang asing dan sunyi. Di atas rumput hijau, diiringi nyanyian unggas, kita hadapi hari demi hari, gelakmu, ilhamku, tangismu, resahku. Di dunia kita. -untuk gadis tanpa nama- Aku merinduimu
last modified Apr 26, 2003 at 2:11
Terimalah semua tu dgn hati terbuka.Ada hikmah di sebaliknya.Semalam awak cerita,hari ni saya baca cerita awak pulak.Mungkin ada yg lebih baik menanti awak.Berdoalah..
|