Sep 19, 2005 jam 0:53

Wednesday, October 22, 2008

...jurnal alam ini dalam kenangan

...alhamdulillah, hari ini akhirnya danchan boleh juga aku masuk. setelah begitu lama menghadapi masalah teknikal, jurnal alam yang sekian lama bertapak di sini kembali dapat disingkap lembaran-lembaran silamnya yang penuh dengan memori...

...semenjak kali terakhir aku masuk ke sini, aku sebenarnya hampir-hampir sudah nekad untuk tidak ke sini lagi. bukan kerana sudah patah hati, tapi masalah danchan.com kali ini begitu panjang sehingga menerbitkan rasa 'cukup' untuk aku berada di sini. mungkin akhirnya nanti aku akan mengambil keputusan itu juga atau nanti mungkin danchan.com akan berhadapan dengan masalah yang tak dapat dirungkai dan akhirnya 'mematikan' jurnal alam ini. bunyinya aku seperti sudah putus harap. tidak. kerana aku sudah bersedia untuk menghadapi ketiadaan jurnal alam ini...

...selagi jurnal alam ini berada di sini, selagi itu aku akan biarkan ia terus di sini. cuma aku tidak lagi akan bercerita, berkongsi dan menyapa kalian di sini seperti tahun-tahun terdahulu sejak Mac 2003...

© Unsunghero...bukan ada cinta baru, tapi cinta lama dibawa ke tempat baru...

161462 | jurnalalam| jam 9:32 | 2 komen

Friday, July 18, 2008

...kasihan



...minggu lepas budak yang tengah korek hidung kat atas tu kena 'chicken pox'. aku dan apple naik risau. mujur seminggu selepas itu dia sembuh. tapi ada tapinya. lepas ziya kena, minggu ni apple pulak yang kena. ah sudah! lepas ni aku pula yang kena ke? badan-badan aku dah rasa gatal-gatal ni. kalau gatal tapak tangan tak apalah...

© Unsunghero...dalam hidup kadang-kala kita mengalami sesuatu itu lebih daripada sekali...seperti cinta...

161452 | jurnalalam| jam 15:45 | 0 komen

Wednesday, June 11, 2008

...dah dekat dah ke Taj Mahal



...untuk sampai ke Taj Mahal dari hotel penginapan, kami menaiki bas dan turun di tempat letak kereta yang agak jauh dari pintu masuk ke Taj Mahal. ini disebabkan sebarang kenderaan kecuali bas berkuasa elektrik, beca atau kereta kuda sahaja dibenarkan menghampiri Taj Mahal bagi mengelakkan pencemaran udara yang boleh menjejaskan keindahan Taj Mahal yang diperbuat daripada marmar. aku tidak menaiki kereta kuda di atas, sebaliknya naik bas yang disediakan. bas mini berkuasa elektrik. kalau kau berpeluang mengunjungi Taj Mahal jangan cuba-cuba bergambar dengan kereta kuda di atas untuk suka-suka. nanti kau perlu membayar 500 rupee untuk bergambar sahaja. mujur aku sempat ambik gambar kereta kuda itu secara curi...

...usai naik bas berkuasa elektrik, kira-kira 200 meter sebelum sampai ke pintu masuk kawasan Taj Mahal, kita perlu turun daripada bas untuk meneruskan perjalanan berjalan kaki. itu semua demi menjaga persekitaran Taj Mahal daripada tercemar. walaupun pencemaran udara berjaya dikurangkan, pencemaran bau terutama sepanjang jalan daripada tempat letak kereta tadi sehingga ke pintu masuk ke Taj Mahal tercemar dengan bau tahi kuda. lembu barangkali. entah, bau tahi lembu dan kuda sama saja aku rasa. tapi baunya cukup menyesakkan hidung. cuma taklah sampai perlu menggunakan topeng gas...

...tapi semua itu tidak mematah semangat aku untuk berjalan pantas menghampir Taj Mahal. dalam hati aku cuma mahu sampai segera di depan Taj Mahal. selama ini hanya mengenali Taj Mahal melalui televisyen dan bacaan, kali ini peluang tersebut bagai tidak dapat tertahan-tahan lagi mahu ditunaikan. kami bergerak daripada Hotel Jaypee sekitar pukul 6 pagi dan sampai di perkarangan pintu masuk lebih kurang pukul 6.30. orang sudah ramai berbaris untuk membeli tiket. sungguh ramai. kau tengok sahaja gambar di bawah...



© Unsunghero...berdebar-debar tau sewaktu berbaris panjang untuk masuk ke Taj Mahal...

161305 | jurnalalam| jam 9:20 | 0 komen

Monday, June 9, 2008

Taj Mahal (sambungan) satu pengalaman...



...inilah tiket masuk untuk melihat-lihat Taj Mahal secara dekat...masih aku simpan...

...maaf kerana menangguhkan perkisahan pengalaman ke Taj Mahal tempoh hari yang hari ini sudah menghampiri tiga bulan berlalu. tapi kenangan ke sana masih terbayang-bayang di ingatan. bukan kerana Taj Mahal itu terlalu indah, tapi kerana negara Inda itu sendiri yang cukup unik. keunikan yang akhirnya meninggalkan bekas di hati. untuk masuk melihat Taj Mahal secara dekat, kau sebagai warganegara asing harus membayar 500 rupee atau bersamaan dengan 10 dolar amerika. tapi kami masuk kiranya secara percuma sebab tiket masuk adalah ditanggung oleh pihak penganjur lawatan kami...

© Unsunghero...kau harus ke sana melihat dengan mata kepala sendiri...

161298 | jurnalalam| jam 16:02 | 2 komen

...pasar kehidupan puak manusia berseni



...gerbang masuk...inilah satu-satu bahagian pasar seni yang aku rasa tidak berubah sejak aku kenal pasar seni...

...hanya ada dua wajah pasar seni (central market) yang ada dalam album ingatan aku. satu, pasar seni sekitar tahun 1990-an dahulu, ketika zaman aku selalu benar merayau-rayau di sana. aku juga pernah tidur di perkarangan pasar seni sewaktu zaman bujang dahulu. itu cerita dulu. satu lagi, pasar seni berwajah sekarang. pasar seni yang aku mula-mula kenal dahulu jauh berbeza dengan pasar seni sekarang. terlalu jauh. walau rupa paras pasar seni dari luaran masih serupa, namun di dalam pasar seni hari ini jauh sangat bezanya. hari ini, di dalam pasar seni suasananya cukup indah. tapi ada satu sisi pasar seni yang aku rasa agak tersasar daripada pasar seni yang dahulu. pasar seni hari ini seakan kompleks beli-belah kelas atasan yang dekorasinya menggiurkan. itulah yang aku rasa apabila sekali-sekala ke pasar seni...

central market annexe

...dahulu di bangunan tambahan ini berumahnya sebuah panggung wayang dan sebuah kedai menjual beraneka jenis kertas yang gemar aku kunjungi. hari ini di dalam bangunan ini, banyak tumbuh galeri-galeri seni yang mengasyikkan...

© Unsunghero...CM, antara tempat kegemaran aku suatu ketika dahulu...

161295 | jurnalalam| jam 13:42 | 3 komen

...gembira dalam payah



...entah apa yang cuba ditafsirkannya. biarkan...

...kelmarin pertama kali isi minyak kereta selepas harga petrol naik. dengan RM10, dapatlah mengisi tangki minyak sebanyak 3.7 liter. itu kelisa kuning hitam aku. kereta kalian yang besar tu tak taulah pula berapa. sebenarnya dalam tangki kereta masih berbaki minyak sewaktu harganya belum naik tempoh hari. sengaja tidak dihabiskan. buat 'ibu minyak' lah kononnya...

...kalau sebelum ini dengan belian RM10, cukup-cukup untuk perjalanan pergi dan balik kerja. tapi hari ini, belum dapat dipastikan berapa kos sebenar. aku malas nak mengira dengan tepat. memadailah kalau aku sentiasa yakin bahawa dengan minyak yang mampu aku beli itu boleh membawa aku sekeluarga ke mana yang aku ingin tujui. kalau terlalu berkira, biar aku jadi kera sumbang saja di rumah...

...kerana itu semalam aku bawa apple dan ziya ke pasar seni untuk menghiburkan hati. sambil memandu, aku perhatikan juga wajah-wajah warga kota sama ada terpancar rasa marah mereka dek kenaikan harga minyak. raut wajah nan biasa sahaja kulihat. tapi dalam hati siapa yang tahukan...?

...di atas itu ziya sedang melihat lukisan-lukisan yang terpamer di pasar seni. kali pertama melihatnya, dia sudah kata cantik. walaupun dia masih belum mengerti makna calitan warna di atas kanvas itu, dia tetap melihat dan menafsirnya mengikut kata hatinya. aku biarkan dia dengan dunia dia. setidak-tidaknya dunia dia itu membuat aku lupakan beberapa ketika kepayahan dunia dewasa kami...



...tiap kali memandang sesuatu yang cantik dipandangannya, dia pasti menafsirkannya dengan kata-kata..."chantek"...



...dia sudah bosan, jom kita pergi sana pulak sayang....

© Unsunghero...kita harus mencari kebahagiaan. jangan terlalu mengharap keadaan sahaja membahagiakan kita...

161294 | jurnalalam| jam 12:58 | 2 komen

Thursday, June 5, 2008

...kita yang kecewa



...uhhhhhh, minyak naik lagi!!! kesian ayah chiya..

...aku sedang meraba-raba
hikmah di sebalik semua
kepayahan ini
aku cuba untuk tidak
marah keterlaluan
untuk tidak kecewa amat
untuk tidak emosi meraban hala
mahu tenang sedamai mungkin
terus tegar senyum meski pahit...

...jom, kalian juga harus begitu...

© Unsunghero...kadang-kala dalam hidup kekecewaan itu akhirnya membawa satu hikmah buat kita. oleh itu, usah cepat emosi...

161280 | jurnalalam| jam 9:58 | 4 komen

Tuesday, June 3, 2008

...salah aku

...aku tiba-tiba rindu
pada segala-galanya
yang aku lupakan ketika leka...

...tuhan, berikan aku masa
untuk aku luahkan kepada mereka
segala-galanya yang kurasa...

...aku sudah cukup rasa bersalah
ketika ini...

4.44 petang | 3 Jun 2008 | seri kembangan

© Unsunghero...sakitnya menanggung salah...

161273 | jurnalalam| jam 15:24 | 0 komen

Wednesday, April 30, 2008

...minta bahagia yang panjang

...aku tak ada idea nak tulis apa sempena ulang tahun ketiga perkahwinan aku hari ini. apatah lagi nak tulis puisi. kalau apple baca mesti dia sedih sebab tak ada apa yang istimewa dalam jurnal alam hari ini. tapi aku tetap sayang pada dia...selamat ulang tahun ketiga sayang...



...itu hadiah untuk dia sempena ulang tahun yang ketiga...



© Unsunghero...semoga Dia berikan aku kebahagiaan yang panjang...

161132 | jurnalalam| jam 15:16 | 6 komen

Friday, April 25, 2008

...bosan menjadi hero


foto oleh apple

...aku tersepit
dipandang serong
kerana membisu
dijeling penuh prasangka
kerana keras bertegas...

...biarlah
hanya Tuhan yang tahu...

...aku pun
sudah bosan menjadi hero...

4.26 petang | 25 April 2008 | Seri Kembangan

© Unsunghero..."kau harus bersabar" kata aku yang satu lagi...

161120 | jurnalalam| jam 15:11 | 0 komen

Monday, April 21, 2008

...tak lama lagi baca beritalah pulak

...dia dah jadi pengacara tetap RTM ke? Isnin hari ini tidak menjadi 'biru' seperti selalu bila melihat 'si lesung pipit' muncul di kaca tv seawal pukul tujuh pagi. apa lagi senyum sajalah tengok dia dalam tv. bukan itu saja, dengan sepantas kilat aku menyambar kamera digital dan meluru ke depan tv untuk ambil gambar dia. puhhh, nasib baik apple ada kat dapur masa itu, kalau dia nampak kegigihan aku itu, sudah pasti aku tertunduk malu seperti kartun dalam majalah Ujang. tapi aku tau, dia pun suka tengok si lesung pipit ni...

...emmm selepas ini baca beritalah pulak dia agaknya. kalau betul, lepas ini aku akan jadi penonton setia RTM1, saluran inforia! hidup RTM1 bersama Norhaslina Ibrahim...



...inilah si lesung pipit aku tu...eh, yang aku maksudkan tu...

...oh, hari isnin aku hari ini juga tidak biru disebabkan oleh nasi lemak yang dibekalkan oleh isteri tersayang. kan sayang....? cuma gambar nasi lemak yang sedap itu saja tak sempat nak ambil sebab sedap sangat, jadi habisnya pun cepatlah...



...ini gambar dia pagi tadi lagi. jangan marah...

© Unsunghero...sekadar suka

161102 | jurnalalam| jam 15:12 | 6 komen

Friday, April 18, 2008

...selamat hari jadi pak samad

"kau ni serani ke?"

...itulah reaksi pak samad (tan sri a samad ismail) ketika aku memperkenalkan diri untuk bertanyakan pendapatnya melalui telefon suatu ketika dahulu ketika aku bergelar wartawan. hari ini adalah hari lahir pak samad yang ke-84. selamat hari lahir pak samad. semoga panjang umur...



Nota...ini aku dengan datuk a samad said (bukan tan sri a samad ismail) semasa bertemu dengannya di Pesta Buku Antarabangsa 2008 yang lalu. Ziya juga turut menyelit...foto oleh apple

© Unsunghero...kenangan yang tak dapat dilupakan...

161094 | jurnalalam| jam 15:35 | 2 komen

Wednesday, April 16, 2008

...sedang penat

...penat
kalau boleh dikira
boleh digubah
menjadi pejal
mahu kucampak ke laut
agar tenggelam
tak timbul-timbul
selesai satu
masalah...


2.20 petang | 16 April 2008 | Seri Kembangan

...aku sedang penat memikirkan sesuatu yang tidak mampu aku tangani dengan kudrat yang ada. sampai bila...

...tentang taj mahal nanti aku sambung. banyak lagi gambar-gambar yang tidak sabar untuk aku kongsikan dengan kalian...

© Unsunghero...sabar...

161085 | jurnalalam| jam 13:08 | 0 komen

Wednesday, April 2, 2008

...ke taj mahal menanti terbit matahari

...kalau nak tengok Taj Mahal dengan wajah yang paling cantik, lihat ketika matahari terbit atau ketika malam dilimpahi cahaya bulan. ketika itu cahaya matahari dan bulan yang menyimbah pada permukaan batu marmar yang ada pada struktur bangunan Taj Mahal itu akan terserlah indahnya. itu yng selalu diberitahu oleh pemandu pelancong yang sudah arif dengan Taj Mahal. jadi kami pada hari tersebut dibawa melihat Taj Mahal seawal pukul 6.00 pagi ketika matahari sedang terbit di sebelah timur...



...matahari di sebelah timur datang bersama sang burung...



...ini sebenarnya pemandangan dari dalam kota yang perlu dilalui sebelum masuk ke kawasan Taj Mahal...

161037 | jurnalalam| jam 12:46 | 7 komen

...perjalanan ke taj mahal

...Agra, bandar ke-13 terbesar di India terletak di negeri Uttar Pradesh di utara India adalah lokasi berdirinya Taj Mahal. aku serombongan sampai ke Agra dari Delhi menjelang malam setelah menempuh perjalanan kira-kira 5 jam menaiki bas. walaupun menaiki bas pelancong, pengalamannya tidaklah seperti menaiki bas pelancong di negara sendiri. hendak dikatakan menyiksakan agak keterlaluan. tapi memang cukup tidak selesa. kami menginap di Jaypee Palace Hotel & Convention Centre, salah sebuah hotel yang terbaik di Agra. namun berdasarkan pengalaman satu malam di hotel ini, tidak keterlaluan kalau aku katakan hotel ini adalah antara yang tercantik di India. kau harus ke hotel ini kalau berada di Agra...



...aku tiba di hotel penginapan sesudah petang berakhir dan malam bermula...



...bukan aku tetapi salah seorang penyambut tetamu di hotel Jaypee...





nota: maaf kerana mutu gambar kurang memuaskan...

© Unsunghero...antara yang indah di hotel penginapan...

161036 | jurnalalam| jam 11:59 | 1 komen

Tuesday, April 1, 2008

...taj mahal depan mata

...sebenarnya sudah lama pulang dari India. cuma tak berkesempatan untuk luangkan masa memberitahu kalian di sini apa yang dilihat, dirasa dan dialami di sana. cuma apabila Taj Mahal sudah berada di depan mata, sudah dipegang, sudah dilihat dari segenap sudut yang termampu, nyata bangunan yang begitu tersohor di seluruh pelusuk dunia itu seindah seperti yang dikhabarkan. pengalaman berada sendiri di depan Taj Mahal adalah sesuatu yang tak terfikir mampu tercapai sebelum ini. tapi itulah peluang yang dikecapi tempoh hari. inilah Taj Mahal yang aku lihat dengan mata kepala sendiri tempoh hari...



...seindah yang dikhabarkan....



...nyata menghadirkan rasa kagum untuk seketika...

nota: untuk melihat efek pancaran matahari pagi yang memancari Taj Mahal, sila lihat gambar di atas dari sudut bawah, yakni sama paras dengan meja anda. begitulah hebatnya pembinaan Taj Mahal yang dikatakan keindahan marmar yang digunakan untuk membinanya hanya terserlah apabila bangunan tersebut dipancari matahari pada sebelah pagi dan terutama di sebelah malam apabila disimbahi cahaya bulan...

© Unsunghero...sehingga ke hari ini antara percaya dengan tidak bahawa diri sudah melihat Taj Mahal di depan mata...

161030 | jurnalalam| jam 15:24 | 4 komen

Tuesday, March 11, 2008

...hilang sekelip mata

...malang memang tak berbau. kali ini malang memang menimpa aku. aku yang sepatutnya terbang ke India semalam, terpaksa akur Taj Mahal mungkin tidak dapat kutatap dengan mata kepala sendiri kerana pasport aku dicuri orang. ya, begitulah ceritanya. jumaat lepas balik daripada kerja aku singgah di pasar malam jalan jelatek. pulang dari pasar malam aku tengok cermin belakang kereta bahagain penumpang sudah pecah. saat melihat cermin sedemikian rupa, aku sudah agak pasti beg yang selalu aku usung pergi balik kerja sudah menjadi 'mangsa'...

...memang benar telahan aku. beg berisi komputer riba, kamera digital, pasport, buku akaun bank, surat beranak Ziya semuanya lesap. hanya Tuhan saja yang tahu perasaan aku saat itu. cuma aku terima semua itu dengan tabah. percaya bahawa apa yang berlaku itu ada hikmah di sebaliknya...

...sehingga tulisan ini aku titipkan, semua barang yang hilang masih hilang. mungkin takkan dapat kembali. memang yang hilang dalam beg itu berharga, namun aku percaya di sebalik kehilangan ini pasti ada yang lebih berharga yang aku akan dapat...

© Unsunghero...terus yakin pada-Nya

160955 | jurnalalam| jam 17:58 | 10 komen

Friday, March 7, 2008

...ke India

...esok kalau diizinkan-Nya, adalah kali ke-3 aku mengundi dalam pilihan raya umum Malaysia. seperti dua pilihan raya umum yang lepas aku mengundi di kawasan Lembah Pantai. seperti dua pilihan raya lepas juga, undi aku tetap sama...

...oh sebelum aku terlupa. aku akan ke India isnin depan, 10 mac sampai 17 mac. jadi tolong tengok-tengokkan Malaysia untuk aku...



© Unsunghero...Taj Mahal di depan mata?

160935 | jurnalalam| jam 13:43 | 2 komen

Wednesday, March 5, 2008

...cerita sebenar

...memang aku kena tikam pada hari khamis lepas. tetapi tikaman tersebut tidak menusuk ke dada aku. tapi kalau tengok pada gambar, memang sungguh sadis keadaan aku kan? aku pun tak mampu nak bayangkan kalau pisau itu benar-benar menembusi kulit dada aku. tetapi semasa 'kejadian' aku perlu membayangkan aku dalam keadaan sebenar ditikam di dada...

...untuk makluman, si penyerang adalah rakan sepejabat aku sendiri. begitulah kehidupan. kadang-kala kita diuji dengan sesuatu yang di luar jangkaan kita. siapa sangka orang yang terdekat dan selama ini kita kenali boleh melakukan sesuatu ke atas diri kita. begitu juga dalam persahabatan. kalau Tuhan mahu menguji, bila-bila masa sahaja seorang sahabat bisa menjadi musuh. menjadi lawan. aku harap kalian tidak akan memusuhi aku usai mengetahui cerita sebenar nanti...

...aku adalah 'mangsa' tikaman seorang lelaki yang tiba-tiba mengamuk dan membakar bangunan berdekatan. dalam keadaan 'cedera parah' itu aku perlu diselamatkan dengan segera oleh penyelamat kecemasan awal yang datang ke tempat kejadian. mereka hanya ada tempoh antara 4 hingga 10 minit sahaja untuk menyelamatkan aku terutama jika aku tidak sedarkan diri. mujur ketika 'kejadian' aku masih sedar. kalau ditakdirkan aku pengsan, mereka perlu melakukan bantuan penafasan atau CPR ke atas aku bagi memastikan aku terus bernafas sebelum paramedik sampai...

...begitulah senario latihan kecemasan awal yang aku lalui hari khamis lepas. ya, tikaman tersebut cuma lakonan semata-mata. memang nampak seperti kejadian sebenar kerana jurusolek profesional melekatkan pisau tersebut ke dada aku dan meletakkan pewarna yang menyerupai darah bagi mendapatkan efek seperti keadaan sebenar. jadi peranan aku hanya melakonkan watak 'mangsa' tikaman sepanjang latihan kecemasan awal itu...

...begitulah ceritanya. harap kalian tidak marah. tidak merasa bimbang dan gusar lagi. insya-Allah, kalau lulus semua ujian yang aku ambil sepanjang tempoh dua hari kursus kecemasan awal dan CPR itu, aku akan diiktiraf sebagai ahli kecemasan awal bertauliah...

...jutaan maaf ya kawan!



...beginilah rupa baju aku selepas latihan hari tu. macam betul kan?

© Unsunghero...ini bukan gurauan, cuma aku sengaja mengambil jalan ini untuk menceritakannya...

160917 | jurnalalam| jam 9:27 | 6 komen

...pengajaran

...aku ingin memohon maaf pada sahabat yang begitu mengambil berat tentang keadaan aku. Uda dan Wan di Kuantan, Fajar nun jauh di Scotland, Siti Nesta dan Nett, juga mereka yang tidak kusebut di sini tetapi merasa bimbang usai membaca cerita tikaman tempoh hari. tidak berniat mahu membuat kalian terkejut apatah lagi bimbang. jauh sekali...

...Fajar, maaf kerana menyusahkanmu. bersusah payah mengirim sms dari jauh untuk menyatakan kerisauan dan bertanyakan khabar. Uda dan Wan yang semalam menghubungi aku dan menghantar sms bertanya berita. cakap sebenar, rasa bersalah lantas bersarang pabila menerima sms kalian. juga Rudy yang bersusah-payah menghubungi pagi ini semata-mata mahu tahu keadaan sebenarnya. mahu diceritakan perkara sebenar bimbang lain pula jadi ceritanya. maka di pagi nan berjerebu di kuala lumpur ini, aku ceritakan perkara sebenar...

...baiklah. cerita tentang tikaman itu aku noktahkan di sini agar kebimbangan, kerisauan kalian terhadap keadaan aku juga berakhir, sebentar lagi...

...gambar yang kalian lihat itu adalah kejadian sebenar. berlaku pada hari dan masa yang aku ceritakan itu. memang tikaman itu ke dada aku. sebelum aku habiskan cerita ini, aku mohon maaf sekali lagi...

...kalau kalian belum tahu biarlah aku beritahu sekarang. sesungguhnya aku amat menghargai persahabatan dengan kalian. memang persahabatan kita belum pernah teruji sebelum ini. malah aku tidak pernah sekalipun mahu mengukur sejauhmana kuatnya persahabatan kita. bagi aku saat terjalin persahabatan antara kita, saat itulah juga bermulanya kepercayaan dan keyakinan aku terhadap kalian sebagai seorang sahabat. dan bagi tempoh dua hari ini, terbukti betapa kalian juga menghargai persahabatan ini. mungkin aku silap. tapi yang pasti aku tidak silap bersahabat dengan kalian...

...maaf, aku terpaksa berhenti sekejap di sini. sebentar lagi aku sambung. cuma satu pinta aku pada kalian, usah terlalu risau memikirkan tentang tikaman di dada aku itu. aku minta diri dahulu...

© Unsunghero...terima kasih kawan, kaulah sahabat...

160914 | jurnalalam| jam 8:21 | 1 komen

Tuesday, March 4, 2008

...begini kisahnya

...kes kena tikam. hari khamis lepas sekitar pukul 4 petang sewaktu aku berjalan, tiba-tiba leher aku dipaut dari belakang...

...dalam keadaan panik dan tanpa sempat berbuat apa-apa, satu tikaman menusuk ke dada kiri aku. saat itu sungguh aku terlupa pada bahagian mana letaknya jantungku sambil mengharapkan kedudukan jantung aku berada di sebelah kanan...

...sekelip mata, darah melumuri bajuku. tiada apa yang mampu kufikirkan saat itu selain kematian...

...dalam keadaan aku masih dirangkul begitu kuat orang seseorang yang telah menikam aku itu, soal mahu melarikan diri daripada tawanan penyerang itu langsung tidak difikirkan...

...seluruh tumpuan dan perhatian aku hanya pada bagaimana peristiwa itu akan berakhir. noktah...

...pabila mengingatkan kembali peristiwa itu, betapa malang boleh datang bila-bila sahaja tanpa mampu kita hidu bau kehadirannya...

...aku tidak bergelut langsung untuk melepaskan diri daripada rangkulan penyerang. beberapa ketika selepas bantuan kecemasan tiba di tempat kejadian, si penyerang berulang-ulang kali memberi amaran akan menikam aku sekali lagi sekiranya mereka cuba menyelamatkan aku...

...setelah beberapa ketika, si penyerang melarikan diri. aku, rebah sambil tangan meraba-raba kawasan tikaman. kini tangan aku berlumuran darah. para ahli bantuan kecemasan awal kini sibuk menekap kain dan pembalut di kawasan tikaman di dada aku. berkali-kali juga aku meminta agar aku dibenarkan mencabut pisau yang masih menusuk dada aku. setiap kali juga permintaan aku ditolak. mereka minta aku bertenang. satu permintaan yang mustahil mampu aku tunaikan...

...pada petang itu, aku bukanlah satu-satunya mangsa si penyerang. si penyerang turut menikam seorang lelaki dari pulau pinang di bahagian perut sehingga usus mangsa terkeluar. si penyerang turut membakar bangunan berdekatan mengakibatkan dua orang parah melecur...

...keadaan gawat berakhir setelah lebih kurang 20 minit berlangsung. kesemua mangsa mendapat rawatan awal sebelum ambulan sampai. alhamdulillah sehingga ke saat ini aku masih 'bernyawa' untuk menceritakan peristiwa ini kepada kalian...



...kawasan tikaman yang dibalut sementara menanti ambulan tiba...

...nanti aku sambung lagi...

© Unsunghero...terima kasih kerana gundah...

160906 | jurnalalam| jam 15:32 | 7 komen

Monday, March 3, 2008

...kena tikam



...malang sungguh tidak berbau. petang khamis lepas, aku kena tikam. mujur tak kena di jantung. maaf aku perlu segera, nanti aku ceritakan apa yang terjadi...

© Unsunghero...syukur

160902 | jurnalalam| jam 16:15 | 1 komen

Thursday, February 21, 2008

cari bila perlu



...aku akan cari kamu
saat bila rindu bertamu...

10.59 pagi | 21 Feb 2008 | Kuala Lumpur

© Unsunghero...cari aku bila kau perlu...

160862 | jurnalalam| jam 9:52 | 2 komen

Wednesday, February 20, 2008

...bahagia sehingga ke hujungnya



...16 Februari lepas berlangsung majlis persandingan adik ipar, Amirul dengan pasangannya Ellyza. semoga berbahagia hendaknya...

...telah kau persetujui
melayarkan bahtera ini
kelak bila ombak saat badai
tika gelora waktu rusuh
menjelma usah sesekali
kau gentar apatah lagi
mengaku kalah, teruskanlah
selagi teguh keimananmu
nescaya akan kau nikmati
kemanisan hidup bersama
sehingga ke hujung nyawa
itulah permintaan bonda...

doa kami mengiringimu berdua...


2.45 petang | 20 Feb 2008 | Kuala Lumpur



© Unsunghero...berusahalah demi kebaikan...

160854 | jurnalalam| jam 13:38 | 0 komen

Tuesday, February 19, 2008

...mahu jadi batu

..sekarang aku hanya
mahu jadi batu
kaku dan bisu...

3.31 petang | 19 Feb 2008 | kuala lumpur

...14 Februari 2008 hari lahir bapak ke enam puluh empat tahun. bapak, tak mampu kulunas budimu itu, bagaimana harus kujelaskan pengorbananmu untukku...



(bapak dan emak pada Syawal tahun lalu)

© Unsunghero...itu sahaja yang aku mahu...

160845 | jurnalalam| jam 14:28 | 1 komen

Monday, February 4, 2008

...salju di daerah orang

...khabarnya negeri Glasgow di Scotland dihujani salju. dingin katanya. daerah Okinawa juga kesejukan digigit salji. bagaimana agaknya. digigit salju. dingin tengkujuh pun bisa sejuknya, inikan pula dingin salji...

...aku tiada gambar salji. cuma sekudup bunga kering di hujung musim buat tatapan...



© Unsunghero...daerah sini juga kesejukan...

160780 | jurnalalam| jam 15:56 | 3 komen

...ingatkan kawan-kawan



...sedang mengejar sibur-sibur tiba-tiba aku terpana pada sang lalat seekor ini. apa khabar agaknya kawan-kawan yang sudah lama tidak berkirim berita...

...aku tidak perlukan lalat waima seekor untuk mengingati kawan-kawan yang sudah lama sepi...

© Unsunghero...ingat aku kawan?

160778 | jurnalalam| jam 15:22 | 0 komen

...mengejar sibur-sibur



...mengejar sibur-sibur sehingga terleka. sesekali memang perlu. jangan mendera diri memikirkan semua masalah dalam satu masa. mana mungkin Rom terbina dalam masa satu malam. kau manusia biasa...

...ayuh, mari mengejar sibur-sibur...

© Unsunghero...jangan terlalu beratkan fikiranmu...

160776 | jurnalalam| jam 13:43 | 2 komen

Friday, February 1, 2008

...kerja gila



...tiba-tiba aku rasa aku nak masuk marathon! kau kena beri sokongan sehingga aku mencecah garisan penamat...

© Unsunghero...aku rasa aku boleh. kau bagaimana?

160765 | jurnalalam| jam 15:38 | 2 komen

Friday, January 11, 2008

...berganti sudah

...tahun hijrah berganti baru selang beberapa hari selepas bergantinya tahun masihi. selang dua hari genap setahun aku di syarikat ini, aku menerima surat dengan perkara berbunyi, 'pengesahan'. alhamdulillah, secara rasmi aku menjadi warga kerja tetap di sini. semoga permulaan sebaik ini akan berterusan untuk sepanjang tahun hijrah ini...

...selamat tahun baru hijrah 1429 buat saudara-saudari semua...

© Unsunghero...kegembiraan ini suka aku kongsikan dengan kalian...

160684 | jurnalalam| jam 15:49 | 2 komen



|

AMURA

"...dan pabila cintaku kembali ke amura
tiada desa seindah itu
mahu aku pulang
yang hendak aku kunjung selalu
yang ingin kudiami selamanya
yang mahu aku cinta sayang
dan rindu apabila jauh kelak..."


..........................................

RUANG TAK SUNYI



| ANJUNG UTAMA |
| LOG MASUK |
| WE::BLOG |


.........................................

Creative Commons License




Oleh UNSUNGHERO

Fotopages
Flickr
Photodope(Terbaru)

.........................................

Waktu Malaysia


........................................

JURNAL ORANG BUDIMAN

Nettbiru
Bluehikari
Fajar
Rasanubari
Honeybiru
Elaira
Tok Rimau
Sofea
KulatKulat
SitiNesta
Shaliza
Syati
Arcakasih
Langit Malam
FairulNizam
Believology
Utopia
Syarfina
HanyaSayang
SriDiah
Wawa
ZZ
Putri
Eda @ Nurul
Nur Cahaya
Dandai
Taman Hati
Wanie
Cik Sakura
Bartman
Bicara Sayang
Voice From Within 2
Akiranagasaki
Akiranagasaki (II)
WalkThruLife
BlackKembara
Sriwangsa
KuntumKasturi
Kiezamy
Silentalker
MakLong
SiputBaby
Ciki EngineeR
drmaya
Ria
Lady Poet
Mop Lantai
Tafakur
Hart3671
CintaSemusim
LittleSilence
Ladyme
Ajemain
Thurayya
Trisakti
SelendangBiru
Broken Trust
Natellina
Jiwarasa
Pak Beruang
Baby Brutal
CTHurairah
Kisah Biasa
Indian Kookie
GigiTakBertatoo
Hana Kirana
Nadya
Airain
Dr.Nehar
Wewr
Nianarmands
Madu Lebah
Ayares
Applephye
Alan
Hikaru
Nasa
Uda
Kelopak Sakura
Ulat Comel
Blankurt
Arena
Bongkar - Wan Din
Butterfly Land
One Empty Soul
Kak Halela
Syaza Putra
Marjina
Hayad
RainbowBoy82
Selangkah

........................................

JURNAL ORANG TERNAMA

Suhaimi Sulaiman
Afdlin Shauki
Yasmin Ahmad
Haron Abdulmajid
Patrick Teoh
Wan Kamarudin Wan Ibrahim
Ainon Mohd
A Kadir Jasin
Bazuki Muhammad
Faisal Tehrani

........................................

JURNAL POLITIKUS

Lim Kit Siang
Subky Latif

........................................

MENARIK

60 Second Weird News

........................................

ARKIB

March 2003
April 2003
May 2003
June 2003
July 2003
August 2003
September 2003
October 2003
November 2003
December 2003
January 2004
February 2004
March 2004
April 2004
May 2004
June 2004
July 2004
August 2004
September 2004
October 2004
November 2004
December 2004
January 2005
February 2005
March 2005
April 2005
May 2005
June 2005
July 2005
August 2005
September 2005
October 2005
November 2005
December 2005
January 2006
February 2006
March 2006
April 2006
May 2006
June 2006
July 2006
August 2006
September 2006
October 2006
November 2006
December 2006
January 2007
February 2007
March 2007
April 2007
May 2007
June 2007
July 2007
August 2007
September 2007
October 2007
November 2007
December 2007
January 2008
February 2008
March 2008
April 2008
May 2008
June 2008
July 2008
August 2008
September 2008
October 2008