aCR75 >> zZ >> tUDunG bIRu >> moNYeT >> iKA >> Liverpool >> SrikandiNur >> EzzA KaNCil PoWER
Song Of The Week!
Artist:James Blunt
Song:You're Beautiful
home
login::signup
we::blog


[ add a comment ]

acr75menyampah sebab dia takde ASTRO hhahahaahh

144412 | posted by zz on July 7, 2005 at 14:28


apa lar...

menyampah lar aku tengok rancangan ni... suka tengok kisah benar di TV3...

144362 | posted by acr75 on July 6, 2005 at 14:01


Itulah konsep "Islam Hadhari" yang ingin diterapkan oleh kerajaan BN...

p/s:aku pon undi BN gak... ampunkan aku...

144313 | posted by kasorrga on July 5, 2005 at 14:21


Edisi Nasional: Lelaki biarlah macho...

Oleh Manan Samad
manansamadmetro.com.my

Gaya keterlaluan dan perwatakan pengacara terkenal, Aznil Nawawi
mengendalikan program realiti televisyen popular, Akademi Fantasia
mendapat kritikan seorang ahli Dewan Rakyat, semalam.

Datuk Badrudin Amiruldin (BN-Jerai) berkata, beliau menganggap gaya pengacara itu mengendalikan rancangan terbabit boleh memberi contoh tidak elok kepada golongan remaja.

"Saya nampak ia keterlaluan, pengacara menjerit, melalak, adakah ia wajar hanya setakat untuk memperkenalkan penyanyi. Kalau buat
persembahan biarlah sederhana dan tertib, (supaya tidak)
bertentangan dengan kempen budi bahasa yang dilancarkan kerajaan.

"Anak muda boleh terbawa-bawa perangai itu, bukan lembut tak boleh, lemah lembut bagus, tetapi kadang kala `dressing' keterlaluan, rambut yang elok jadi tercacak.

"Orang akan kata Datuk, itu fesyen, tetapi kita orang Islam, kita
jangan tergelincir dalam arus kemajuan. Saya bukan anti orang
lembut, tetapi pengacara biarlah normal dan semula jadi, kalau
lelaki biar nampak macam lelaki, macho, kalau perempuan macam
perempuan, jangan di tengah-tengah," kata Badruddin kepada Harian Metro.

Isu itu timbul apabila Badrudin mencelah Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar (BN-Santubong) yang membahaskan Rang Undang-undang Agensi Pekerjaan Swasta (Pindaan) 2005.

Wan Junaidi berkata, jumlah pelajar lelaki memasuki universiti
berkurangan berbanding perempuan kerana mereka lebih cenderung
berseronok termasuk menonton program seperti Akademi Fantasia.

"Tetapi jumlah pelajar yang sedikit ini, apabila keluar dari
universiti, lebih berpeluang mendapat pekerjaan berbanding graduan wanita, kerana mereka daripada golongan terpilih dan gigih," katanya.

Badruldin mencelah dan bertanya Wan Junaidi adakah beliau bersetuju pengacara televisyen tidak menunjukkan perwatakan yang cenderung kepada jantina tertentu.

Diminta menjelaskan maksudnya, wakil rakyat Jerai itu berkata,
beliau khuatir kesan ketaksuban remaja terhadap Akademi Fantasia.

"Saya difahamkan, bila Akademi Fantasia ke udara, kadang-kadang anak muda tinggalkan buku sekolah, mereka sanggup tunggu program tu.

"Ini tengok Akademi Fantasia sampai menangis, terharu sungguh,
kadang-kadang mak bapak mati tak nangis macam tu, kita terbawa-bawa terpengaruh, sedangkan depa (mereka) bersaing untuk nyanyi, bukan mempertahan tanah air.

"Saya bukan antihiburan tetapi jangan keterlaluan, janganlah sampai lalai, leka sampai tinggal pelajaran, kadang-kadang rambut panjang,tengok tv, lelaki pakai subang fasal terpengaruh dengan fesyen," katanya.

Badruldin berkata, program realiti televisyen termasuk Akademi
Fantasia juga mempengaruhi pembaziran di kalangan remaja.

"Kita tengok khidmat pesanan ringkas (SMS) sampai berjuta-juta
ringgit, itu adalah pembaziran, kita bising barang naik, sedangkan
pembaziran kita tak sedar, anak-anak belanja (bil) telefon (bimbit)
sampai RM100 atau RM200 sebulan, itu pun termasuk perbelanjaan
kita," katanya.

144274 | posted by orgkampung on July 4, 2005 at 17:54