gigi gigi gigi

home
login::signup
we::blog
'my idol'-> Afdlin Shauki
Nani
tentang seseorang
dunia vovin
jurnal alam
xmen xcess
tok rimau
shaliza
aswad
suraya
agung
sitinesta
hanyasayang
fairy mahdzan
areyoung
puspa
idaliz hani
faizal
che ah
my best buddy jesse
zaf3R
fariz
dedi co cweet
b3a
aria
dheem2
nina bobok
pict.gue
FOTOPAGES Opie
nizam
sara
leila armand
aswad

kulatkulat's weblog

Aku.. kulatkulatThe current mood of the Internet at www.imood.com 
 

last modified Jun 24, 2004 at 4:26


Monday, November 7, 2005

PINDAH RANDAH

THIS BLOG HAS BEEN MOVED TO:-

http://kulat2.blogspot.com

tq

149923 | posted by kulatkulat at 0:21 | 1 comments

Tuesday, October 18, 2005

wi-fi in the room

here i am... wi-fi ing in my room.. coco+red+white room..alone.
Its hard to get an early nite at this room...but today i managed to do it!

Well.. petang tadi... a great time for me, to spend time dengan KING aka Mr.Bee. Memang payah, tetapi sekali sekala dapat mcm memang sangat berharga..NAk buka posa sesama tak dapat coz i have to work at nite. Kul 6 dah kena gerak pi PWTC n he did berleter.."sebuk memanjang"..dlm hati "mcmlah awak tu tak sibuk".Hahaha.. but at least leh gak spend masa yang memang susah nak cari. he did mention lucky we are in the same line..which is entertainment, tapi rupanya susah nak dapat masa terluang... n bila dapat.. itulah rupanya 'quality time'...

I do hope for more time to spend time lagi. Happy bila sama2 busy sebab kerja sebenarnya... masing2 kalau jumpa sembang pasal kerja yg memang leh share the information. Seronok juga tengok dia berleter (which is the weirdest thing) pasal itu ini bila masuk kereta.... hahah mungkin sebab suka... berleter pun cute! (cittt jiwang abis..)

Erm... janji nak tgk corpse bride next week.. tak tau la leh ke tidak...Hope jelah!

p/s: "banyaklah jom"..hahahha ayat melayu yg betul2 melayu yg pass dia sebut...bangga!

149046 | posted by kulatkulat at 8:50 | 1 comments

Thursday, October 6, 2005

First Timer...

We had our first lunch before...at Lot 10.

And yesterday we had our first berbuka puasa together with JC.
At first, gue sangkakan dia tidak mahu makan sekali & JC can see the changes of my face. Padahal dia yang beria2 ajak makan sekali. Hahaha..rupanya nak makan ber-3 je. Salah sangka...

So, we went to Sri Murni, our fav hang out place to eat & chit chatting. Hmmm.. we had nasi goreng bacon & JC had her roti bom, nasi bacon & MEMANGO... (hahahhaha)....

It was fun having our first makan2 buka posa together....

148525 | posted by kulatkulat at 19:10 | 1 comments

Wednesday, September 28, 2005

weekend lepas, meng-arrange balik semua kaset2 lama kat umah...aku jumpa balik kaset yg ex aku bagi. Hahaha... pasang2 jumpa balik lagu ni.. tiba2 cam suka lagu ni balik sebab suit the situation.. (bukan jiwang haaaa)...

Jamrud
Pelangi dimatamuInt: A

30 menit kita disini
tanpa suara
dan aku resah
harus menunggu lama ..
kata darimu

mungkin butuh kursus
merangkai kata,
untuk bicara
dan aku benci
harus jujur padamu,
tentang semua ini

jam dinding pun tertawa,
karna kuhanya diam dan
membisu
ingin kumaki
diriku sendiri, yang tak
berkutik di depanmu
ada yang lain

disenyummu
yang membuat lidahku
gugup tak bergerak
ada pelangi
di bola matamu
dan memaksa diri
tuk bilang

"aku sayang padamu" (2x)
seakan memaksa dan
terus memaksa)

mungkin sabtu nanti
kuungkap semua,
isi di hati
dan aku benci
harus jujur padamu

tentang semua ini ......

148036 | posted by kulatkulat at 19:45 | 2 comments

Intelligent artist

Kecoh juga tentang pendapat Zainal Abidin tentang Mawi di dalam HYPe! Ada yang suka, tak kurang juga yang membenci. Well, as for me, aku menulis apa yang diutarakan oleh mereka. Pendapat masing², kalau ikhlas..bagus, kalau plastik..terpulang. Zainal mungkin bercakap dari apa yang dia telah pelajari along dia berada di dlm industri & mungkin peminat² perlu ambil secara positif. Aku tak pro siapa². Tugas aku untuk mengambil pendapat & menulis apa yang perlu ditulis. Kisah OFF THE RECORD dalam industri ini memang perlu & itu kami simpan utk kami sendiri. Zainal tidaklah berkata jahat terhadap Mawi.. cuma dia memberi pendapatnya. Entah lah...

Menjenguk mulanya ke dalam industri ini sebagai peminat muzik, aku tak tahu cerita² belakang. Bila dah menapak masuk, baru tahu asam ragam dunia seni tanah air kita. Ada yang baik, ada yang perlu kita lihat sahaja & jadikan sempadan...

Well.. ini salah 1 proses kehidupan bagi aku. Belajar & terus belajar. Untuk melangkah masuk & hidup (secara serpihan) dalam dunia seni adalah passion aku kerana berminat dengan muzik. Nak kata ..in to, tak..cuma minat yang memaksa.. aku masuk ke industri ini. Secara tidak langsung, ini adalah proses pembelajaran. Aku berasa bertuah berjumpa dengan insan² intelligent dalam dunia ini. Perjumpaan dengan mereka² ini boleh membuka mata bukan setakat industri seni tetapi boleh memberi impak kepada kehidupan. Bak kata Ramli Sarip, waktu aku & Liz interview... "Hidup ini mcm pelayaran gurl... jangan takut utk pergi terus..."... jadikan 1 pegangan dalam percakapan mereka.

Memang kekadang orang nampak industri seni ini sesuatuyang tidak serius.. tapi art itu sendiri serius. Hidup perlu ada muzik, perlu ada seni.... kuat tak kuat seni seseorang terpulang kepada individu. Tepuk dada tanya selera. Aku tak kata aku ni seni orang nya. Cuma aku seorang yang mengagumi seni... kagum dengan orang² seni, kagum dengan orang yang kagum dengan seni... in fact, aku kagum dengan perbincangan teman² sepejabat waktu kami lepak² di bawah, kedai shiraj... informative walau dalam keadaan lawak. Aku tak leh bagi pendapat² sebernas mereka. Kagum... terima kasih atas tunjuk ajar & informasi.

Berbalik kepada industri seni kita sendiri. Kita punya ramai intelligent & quality artist. Penjualan album seseorang tak melambangkan kualiti & intelligent-nya artist tu. Mungkin nasib... Aku rasa seronok bertemu dengan mereka² ini. Ya... beri impak yang besar juga dalam kehidupan aku untuk berfikir... Menamakan insan² seperti Roslan Aziz, M.Nasir, ramli Sarip, Fauziah Nawi sebagai intelligent artis.... juga seperti Dayang, Search, Ning as quality artist..perbincangan & temubual kekadang boleh menambah informasi. Ada artis yang masih merangkak²... menjawab dalam samar.. atau tak menjawab soalan langsung.... so inilah nasib dalam industri. yang kuat..bertahan mungkin....

*Lepak dengan 'kamu'... lagi menambah ilmu. I learned a lot of things bout the industry... plus
urself. Interesting...Walau payah... tapi sesekali lepak... ada isi. A lot of new things &
information. kamu lebih dulu makan garam...Well.... harap ketemu kamu lagi yah! "NO.. tak tipu"..sweet sangat!

148003 | posted by kulatkulat at 4:53 | 2 comments

Wednesday, September 21, 2005

Busy sangat

hemm... banyakjuga event yang dihadiri lately...
yang boleh dikatakan penat tapi amat menyeronokkan..
one of them is konsert marcel & glenn yang baru saja berlangsung..
habis konsert tu..makin heavy lak aku dengar lagu mendendam..

banyaknye nak tulis... tapi takdenya masa...
dengan assignment, artikel, pindah (yeap..aku dah pindah)..,
menghadiri majlis2 besar industri seni malaysia... melayan jiwa kacau (hahaha tak abis2)...

banyak masa yang tak ada untuk diri sendiri... maka lebih sikitlah aku memikirkan tentang masalah yang tempias2 kena diri aku...
bosan?hmmm.. macam dah lali kena benda2 ni...
bila orang nak..kita ada.. bila kita nak..orang nye tak ada..
biasa sangat mcm nak muntah kalau pk benda2 macam ni...
ada masa nak layan jiwa kacau ni pun masa dalam kereta n nak tidur..
tapi skang ni letak je kepala kat bantal biru aku.. lentok sampai pagi..dah 2 malam tidur kat umah baru..2 malam gak.. mimpi yang best..aku mimpi GIGI..rindu banget sama armand..budj, thomas n hendy...

bosannya hidup mcm ni... jeles & bahagia tengok orang yang ada life yang lebih teratur... tapi hikmah di sebali kejadian.. makin sikit masa untuk jantina yang berlainan, makin banyak masa untuk sahabat2 terBAIK aku... jc, dea, wina, anim, mimi... u r the best!
sayang banget sama lo orang.....

bosan...hidup sepi hahaha.....

147665 | posted by kulatkulat at 3:17 | 2 comments

Tuesday, September 6, 2005

Killer! GILER

Its been (what...?) a week since we lost our
sms & call connection. Silence kill!
Ego? Perhaps... I'm counting days...
and its been a week...
where the silence keep on accompanying me..

It's like what he wrote in his songs..
"Looking for a sign, she give him none..
she doesnt know what he has done..
Nothing can break the silence.. louder than words
Nothing can break the silence... cant find the words to say
......... ............

Argghh.... tension! HEhehe.. JK lak. Buying the time coz its still there...

I dont know how to categorize him...
Is he the Aidan i'm looking for.. or is just like Mr. Big..
Aidan.. smooth journey... sad ending..
Mr. Big... huhuhu terrible journey but lovely ending...
How? Terrible & complicated life at the age of 20+++..
Cam kena badi lak... (tak baik kan?).. but after all..
i am happy to get my mum bless of this relationship..
This is like the first time, my mum did agree with my choice.. hahahah at last..
I lov u mum..
Pelik coz my mum never meet him.. just his name she heard..everyday... (nasib aaah kan)

To tell u the truth.. KANGEN!

146889 | posted by kulatkulat at 5:28 | 2 comments

Monday, August 29, 2005

KLMJ

My song of this year.
Dah lama gak mengagumi lagu ini tapi baru sekarang terpanggil utk menulis.
Lagu yang aku rasakan penuh dengan feel penyanyinya... FEEL gila
Simple music, intsrument line tapi very catchy...
Part violin yang very the catchy & sedih..
Gitar pun sedih...
Apa lagi.. pokoknya kalau dengar lagu ni sorang² masa bawa kereta @ stay kat umah waktu hujan.. dalam bilik yang samar² lampunya dengan ditemani oleh air milo panas yang berasap... FUHHH

*Tiap2 KLMJ.. ingat masa dalam jammed nak pegi Mines nonton...
Lagu pertama yang aku suruh dia buka masa dia suruh aku buat selection of songs..
Dengar sama waktu jam... heheh for the 2nd movie...
Sweet sangat.... dalam hati macam nak tujukan tapi buat diam je....

Well.... i cant take my mind of you...

"The Blowers Daughter"

And so it is
Just like you said it would be
Life goes easy on me
Most of the time
And so it is
The shorter story
No love, no glory
No hero in her sky


I can't take my eyes off of you
I can't take my eyes off you
I can't take my eyes off of you
I can't take my eyes off you
I can't take my eyes off you
I can't take my eyes...

And so it is
Just like you said it should be
We'll both forget the breeze
Most of the time
And so it is
The colder water
The blower's daughter
The pupil in denial

I can't take my eyes off of you
I can't take my eyes off you
I can't take my eyes off of you
I can't take my eyes off you
I can't take my eyes off you
I can't take my eyes...

Did I say that I loathe you?
Did I say that I want to
Leave it all behind?

I can't take my mind off of you
I can't take my mind off you
I can't take my mind off of you
I can't take my mind off you
I can't take my mind off you
I can't take my mind...
My mind...my mind...
'Til I find somebody new

146559 | posted by kulatkulat at 3:18 | 1 comments

Thursday, August 25, 2005

hadiah bulan September

Hmmm.. firstly mau bagi TIKIU beri much buat bokap & nyokap gue yang telah hadiahkan sesuatu buat gue semalam. Ia...udah lama gue idamkan..Akhirnya berhasil juga.
MUahhhh....

146425 | posted by kulatkulat at 23:41 | 1 comments

Ketemu Cinta, Rangga & Lando

Mungkin bulan ini bulan melawat malaysia. Aku betemu dengan beberapa pelakon Indo yang dianggap kuat dalam industri seni lakonan mereka. Bertemu muka dengan Dian, Rizky Hanggono & Nicholas saputra merupakan 1 lagi catatan sejarah dalam perjalanan karier aku sebagai wartawan hiburan. Bukan bermaksud membezakan kualiti artis Malaysia & Indonesia, tetapi aku salute dengan jawapan mereka berikan sewaktu diajukan apa sahaja soalan. Mungkin kerana Dian study dalam bidang filsafah jadi jawapannya agak kreatif diberikan. Bukan tidak bangga dengan jawapan artis Malaysia, ada & memang wujud artis malaysa yang jawabannya bagus & selesa didengar. Tetapi ada artis kita terutamanya artis yang lahir dari rancangan realiti & artis baru yang memberi jawapan standar dyang boleh diagak & tipikal sangat! TOO TYPIKAL DUDE. tolonglah.... jawapan yang mahu menyelamatkan diri sendiri.pleaselah...

Berbalik kepada perjumpaan dengan mereka ini, mereka ke sini untuk mempromosikan film terbaru mereka... ungu violet & janji Joni. Sedih kerana tidak mendapat invitation untuk menonton Janji Joni di negara sendiri. nasib baik kerana aku ditemani oleh Leila & DEDI sewaktu di Blok M, Jakarta menonton Janji Joni. Ceritanya bagus (walaupun ada sedikit yang tidak masuk akal)....tapi aku respek dengan cameo yang hadir lewat filem ini. Jajang C Noer setakat menonton wayang di bioskop, barry prima sebagai pemandu taksi, dj winky & rakan hanya menjadi penghuni toilet yang gay. Wahh.. ada ke artis besar kita yang setakat nak buat cameo je dalam filem kita? Artis besar yang konon terpopular..ada ker? entah la....

Janji joni adalah sebuah filem yang wajib ditonton. Terutamanya buat penggemar filem kerana cerita ini tentang filem. Nonton aja dong... bagus! kalau nak dibandingkan antara ungu violet, tentang dia& Janji Joni..aku memilih Janji Joni sebagai filem yang wajib di tonton di bioskop. Nonton ya..nonton bareng teman teman! Bagus kan dedi?

* Bertemu 4 mata dengan Nico..pengalaman manis... wuhu....

http://kulatkulat.fotopages.com

146424 | posted by kulatkulat at 23:41 | 1 comments

Wednesday, August 3, 2005

Japanese Attack

Hehe yesterday..aku wat keja bodo...
I made a stupid (ye ker?) japanese attack sumwhere in PJ..
And it end up.. me myself yang sakit hati... Haha... pity & stupid me.
Yelah... konon² nak wat surprise.. tiba2 je tercegat depan studio dia without telling & actually he got many things to be done.
So... apa lagi.. makan hati lah.Haha again.
Well... but from the incident.. at least i learn sumthing...
and we manage to talk on the phone at about an hour... which is the weirdest thing to do..
Stupid aite?

145540 | posted by kulatkulat at 1:16 | 4 comments

Wednesday, July 27, 2005

Last nite was fun...
Kayaknya malam & pagi itu masanya sempit amat.
Kita menghabiskan masa yang agak lama aku kira, untuk berbual2 atas seminggu lebih yang hilang minggu lalu.

p/s: kadangkala kelonggaran masa & ruang... buat kita lebih dekat untuk waktu mendatang. Hah!

145296 | posted by kulatkulat at 2:58 | 0 comments

Monday, July 25, 2005

Smile...smile

At last... a morning sms that make me smile....

;)

145187 | posted by kulatkulat at 3:59 | 0 comments

Saturday, July 23, 2005

JK Part II

Jiwa kacau or melo.. not always be my genre. But lately its kinda be my middle name. Why?
I just couldn't answers all the confusion & question marks that been hanging around my head.
Err... suddenly cam jadi curhat banget di blog ini...
Some refers blog as a creative way to convey their creative thoughts & some make it as curhat (curahan hati)... i'll make it both coz.. its my blog...rite. No matter how i write or in what bahasa its been done.... its my blog.

Well... i thought i finally have found my 'Aidan'.. but may be the answer is NO or i DUNNO.
Or may be all the confusing things that happened lately make me feel...weird!
Question marks di mana²... what happened..why its happening. Ntahla..confusing lah!
May be it is just my emo part coming out?
Bak kata Nina... aku kekadang plain sangat.. tak nampak emosi langsung. Hahahaha.

I met sumone who is similar to 'Aidan' personality side. Sumone is cool..cool..& cool.
But whats happening lately make me feel weird & afraid.
I dont need any commitment for the time being..
what i really want is sumone is like Aidan...
Bak kata orang.. masa itu mencemburui..
Nampaknya ke-2² perlu belajar organize masa or utk aku..organize feel.. hahahah
Entahlah..nampak yang tak nampak & masih tak nampak yang nampak...
Siapa nak jawab tu?
CURHAT BANGET! Sorry yah!

p/s: tiba2 nih jadi melo banget...JK JK

145140 | posted by kulatkulat at 10:04 | 1 comments

Thursday, July 21, 2005

Jiwa kacau

Hahahha..ayat yang selalu terkeluar dari mulut aku & Alia lately...
Jiwa kacau yang mahu menunjukkan betapa kacaunya jiwa waktu ni...wahhhh jiwang kacau pun ada..

Apsal jadi cam ni nih?
Apsal tiba2 rasa tak best nih?
Apsal tiba2 rasa ada gap nih..
Apsal benda2 bodoh camni leh jadik?
Apsal masa telekomunikasi sedang meluas...manusia tak tau guna?

p/s: Mon... yet!

145085 | posted by kulatkulat at 23:37 | 4 comments

Monday, July 18, 2005

Filem Kita...

Beberapa hari ini, topik yang hebat diperbincangkan di sana sini adalah FFM yang baru saja berlalu. Puas hati? Hmm.. ada yang berpuas hati & ada yang rasanya tak masuk akal langsung.
Entahlah... nak kata kan kecewa..ya..kecewa mungkin dengan beberapa awards yang dianugerahkan buat pemenang. Apa² pun aku berpuas hati dengan kemenangan Sepet & PGL di setiap kategori yang mereka menangi..cuma kenapa sinematografi tak dapat kat PGL? Macam... isk... malas lah nak cakap.
Nak kata fan berat PGL tu mungkin... sebab setelah bertemu muka dengan setiap tenaga kerja iaitu pelakonnya.. ada semangat yang diajar disetiap interview itu. Ada sesuatu yang disampaikan melalui perbincangan & jawapan yang diberikan. Ada yang kata Tiara tak menang sebab lakonan dia simple. Fiuhh.. simple? Siapa kata simple atas setiap pelajaran & pengalaman yang dicari untuk menjadi sang puteri. Siapa kata simple atas research yang dibuat untuk menghidupkan suasana yang asing? Siapa yang nak buat kerja 'simple; tu kalau bukan kerana minat yang mendalam. Siapa? Simple lagi rasanya setakat tempek kedutan di muka & masih bersuara macam orang 20 an untuk watak yang dah sampai usia nenek. Simple kan?

So.. apa² pun keputusan sudah muktamad & trofi itu mungkin dah ditayangkan disetiap almari rumah @ pejabat. Tak simple buat Sepet untuk sampai ke tahap yang mereka cakapi sekarang... walau ada yang menyatakan cerita itu simple saja. Terbaca bahawa seseorang harus menjual keretanya untuk sebuah filem bernama SEPET. Itulah 'simple' nya pengaruh semangat & minat dalam kehidupan seharian.

Puas hati dengan keputusan?... Naaaahhh!

perbincangan hebat di http://www.dunia-vovin.blogspot.com

p/s: Rasa cam ralat tak dapat jumpa Alex Komang semula bila nampak dia hadir di FFM. huk huk

144962 | posted by kulatkulat at 21:51 | 3 comments

Ramli Sarip, M.nasir & Jamal

Nama yang disenaraikan di atas punya sejarah yang tersendiri dalam memberi pengaruh muzik & perjalanan muzik mereka yang tersendiri. Bila menyebut tentang perjalanan seni pemuzik & artis dahulu, apa yang mereka lalui terlebih dahulu adalah jalan yang sukar untuk berada di 1 tapak. Pengalaman inilah yang mengajar mereka tabah, unik, tersendiri & punya visi serta misi yang jelas dalam industri.
Kagum dengan nama yang disenaraikan di atas. Kagum dengan semangat yang dibawakan oleh jasad mereka & muzik yang mereka alirkan dalam jiwa setiap yang mendengar & dipengaruhi.
AKu baru menyaksikan persembahan mereka di 2 tempat yang berbeda. Nyata semangat yang dibawakan melalui lagu itu meresap di telinga & hati. Sayu... itu ayat pertama yang boleh diketengahkan. Sesuatu!
Melihat tenaga ramli Sarip di 3 malam persembahannya ( termasuk malam pra tonton)... menyaksiakn kegagahan seorang insan dalam mempersembahkan sesuatu dalam jiwanya. tenaga yang disampaikan melalui lagu & tenaganya sendiri.... sesuatu!
ramli Sarip..bicaranya sedikit tapi berisi & ada humour... penyampian lagunya terus ke hati sesiapa yang mendengar. Ialah.... ayatnya cuma 1...SESUATU.

Melihatkan persembahan Jamal & M.Nasir di RTM tempoh hari menjadikan hari² aku minggu itu... lengkap! M.nasir cuba berseloka di certain² paart. Kami berkesempatan melihat jamal & M.nasir bersiap di belakang pentas sebelum memulakan persembahan. Aku... seperti biasa... KAKU. Hahaha... entah macamana tapi pada setiap lagu yang disampaikan oleh Jamal (walau nampak kepayahan dalam wajahnya)... sampai & ada makna buat dirinya sensiri.. mungkin. Ghazal Untuk rabiah adalah lagu yang paling aku tunggu². MEnghiburkan & penuh makna buat aku. Nak nangis?..Heheheh control macho...

Terdiam sewaktu Leila bertanyakan aku.. kalau mereka tidak ada nanti..siapa nak ganti?

144961 | posted by kulatkulat at 21:38 | 0 comments

Friday, July 15, 2005

Ian Antono kali ke-2

Setelah aku menonton persembahan God Bless sewaktu opening konsert Search, baru aku mengenali sebuah kumpulan otai dr Indonesia. Kemudian setelah mendengar album tribute To ian Antono... baru aku kenali benar2 lagu2 Ian.

Kali pertama aku bertemu Ian ialah sewaktu di HRC Jakarta. Ia... baik banget. kali ke-2 pula ialah di tanah tumpah darah aku, Malaysia sewaktu kunjungan ian untuk Konsert Ramli Sarip (yang super duper superb). Sempat aku menginterview otai yang nyata cool ini. Relaks & cool betul! Cayalah..rock abis! Bangga & terharu dengan kekreatifan manusia...

p/s: hari bertambah semangat bila dapat sms dari gitaris pujaan- DEWA GEDE BUDJANA...

144814 | posted by kulatkulat at 4:43 | 0 comments

Thursday, July 14, 2005

down down & down

mungkin kerana dalam 2 minggu ni aku mengalami keindahan dalam dunia kerja & personal..so aku didatangi oleh masalah yangbertimpa2 dalam masa 1 hari....actually bukanlah masalah yangbesar..cuma bila dia datang bertimpa.....so jadi masalah yang bertimpa2 kan?
Geram... cuma airmata jelah yang dapat tafsirkan geram & marah aku dengan suasana.. itu jelah yang mampu. Boleh kan?

So.... diharapkan agar hari yang mcm semalam terus beredar...
aku tak suka...

144799 | posted by kulatkulat at 22:28 | 1 comments

Friday, July 8, 2005

Yesterday...

Yesterday was fun...

Me, Jc, Exike, Liz & Azhar went to Ramli Sarip pre preview concert. it was guuuuuuuud! Air mata kayaknya jatuh waktu Ramli Sarip menyanyikan lagu Nyanyian Serambi.. (hahahah.. feel tau!)..
Jamal Abdillah was unexpected with that dancing. Hahaha. Nice & sweet. Spider pun ok. Kopratasa was really gud in harmony.
So kayaknya malam ini n malam esok nonton lagi KONSERT ini. Hahah ada orang cakap aku ni groupie ramli sarip. Suka ramli sarip nye showmanship & voice of coz.

Petang b4 the concert... me & jc were having our tea in front of the studio. N kami ditemani oleh him & his fren. Selepas tea time, we went into the studio & dengar english project yang diceritakan. It was fun learning bout the mixing studio... (learning ke jahanam kan studio orang? Hahahaha). Well.. seronok dapat sembang2 bout the music process & stuff.

Sekembalinya dari menonton ramli Sarip, i went to the studio again & have our dinner. it was a nice 3 hours chatting... again bout the music, scenario of entertainment, life & lots of things. Adakalanya aku lost & blur utk bagi repond coz yeah..again bout the thinking level... ada sedikit blur. But as i always said.. it was fun! The more we chat, the more i know.. i have alot to study & read. Seronok banget yeah!



p/s: thanks for the cd. In heavy roation of the album....

144454 | posted by kulatkulat at 0:03 | 2 comments

Saturday, July 2, 2005

War Of The World & the story

Ya... udah nonton filem Steven Spielberg ini...
Opinion aku... along the story bagus, cuma ending ceritanya agak menurunkan emosi & keseronokan menonton filem itu. Lakonan Dakota memang superb & boleh dikatakan overshadow Tom Cruise yang kadang kala dilihat over acting. Sebenarnya aku menunggu kemunculan Tim Robbins, walau sementara tapi lakonannya seperi biasa.. best amat! Well..kalaulah ini berlaku di dunia yang nyata ini, hanya yang aku mahu disaat2 terkahir itu hanyalah IBU. Ada scene2 yang membuatkan aku tersedar bahawa..hidup ini sebenarnya tak lama & disebalik kehidupan itu... disaat berlakunya sesuatu yang menyerang, akan bangkitlah segala keburukan perangai manusia. Bangkitlah segala perasaan mementingkan diri & hidup & pengorbananan hanya untuk diri sendiri. Menakutkan!

Hehehe di sebalik WOTW sebenarnya ada sebuah cerita lain...
Cerita tentang first movie yang ditonton bersama². Buat kali pertamanya kami keluar bersama & berada out of his area.. his studio. So.. it was fun. Well.. its more about being at the other level of thinking. This time i met sumone who is so knowledgeable & mature. He talks more on facts. May be theres a gap, barrier.. but it was fun to have sumone 'new'. New in terms of thinking level & the way he convey his opinion and story.
Mulanya aku ingatkan dia ni pendiam amat, rupanya seorang yang seronok dibawa bersembang. Experience dia banyak untuk dikongsi & dia tak lokek dengan ketawa. Conclusionnya it was fun.

Pulang dari nonton, me, him, JC & exike ke Pelita... sembang2 ttg movie yang ditonton. It was fun. Pulang dari Pelita, we went to the studio & seterusnya aku pulang terus. *tiba2 boleh tersesat nak pegi & pulang dari KLcc, macamana tu? Hahaha lawak.

p/s: 'Thanks for the movies'...
He did sms me the day after. ;)

144197 | posted by kulatkulat at 0:32 | 3 comments

Wednesday, June 29, 2005

Bila Hidup Ada Cerita...

Hmm.. nak kata happy sangat tu tidaklah, cuma ada 1 ruang untuk aku merasa happy kembali.
Yeap..happy kembali....
First of all, nak ucap terima kasih buat semua teman² gue yang selama ini memberi support yang tak terhingga & sudi meluangkan masa dengar cerita berulang2 gue! makasih yah teman. Kamu semua tu..support bagus banget!

Well.. mengikut kronologi... 1st time i met him, in person was on 19th May... a day after aku balik bercuti di Jakarta & Bandung. Tiba2 ja dapat assignment to intvw 1 group at 1 studio. Jadi kayaknya pertama kali ternampak itu.. kaget kerana tak pernah sangka akan jumpa sumone yang aku suka dengar suara dia waktu my school time. happy.. n we talked about 25 words. That is...

Then kami hanya bercakap sekitar 1or 2 words setiap kali jumpa.. itu pun hanya perkataan hai. Heheheh pemalu juga rupanya aku nih. ( ;) )....sampailah ke perkataan yang ke 30.

Well... Monday lepas... mcm kira memorable jugaklah when we spent bout 2 hours talking, laughing n having a good conversation ( or may be its just me & my world). We talked bout music, football, movies, travels.. semua yang berada dalam lingkungan minat sendiri. Well.. at first aku rasa dia ni pendiam sangat but then rupanya dia seorang yang suka bercerita, very experienced n suka ketawa2 kecil. Cute! Hahahaha... n aku pun memang be my self. Comfortable. Thats the word... Happy tu ada... happy sangat tu..taklah. ;) I'm happy for myself.

Well.. kayak sekarang ini hanya tunggu untuk esok. jadi @ ngak? So call our first lepak2 together outside of the studio... Moga everything goes well...
Ketar banget nih!

144096 | posted by kulatkulat at 2:05 | 2 comments

Saturday, June 25, 2005

rindu jakarta & bandung

tiba2..rasa sayu..rasa sedih..rasa rindu dengan anak² di Indonesia..
Kenangan di Indonesia antara kenangan terbaik dalam hidup aku..

12.5.05
Tarikh keramat yang menemukan aku dengan Bandung yang segar..yang peace. AKu n Leila menginap di Hotel Karmila... di Dago, Bandung. Kami menaiki flight jam 7.30 pagi & terus ke hotel sewaktu sampai. Mula² bengong juga kerana tak de kaki.. tapi kami sempat jalan².

Di bandung kami diketemukan dengan Felica, Oniel & Cimi yang nyatnya sangat ramah & baik...ouh..tak dilupakn citra & buah hatinya... Mereka yang merupakan gigikit@ yang sejati memang merupakan tourist guide yang bets &berjaya. Aku & LEila sempat shopping di Chihempelas & Ciwalk. BEST SANGAT. Selepas shopping kami diketemukan dengan gigikit@ yang senang membawa kami jalan² ke gedung sate. RAsa sedih sangat sebab tak dapat tgk live band yang akan perform si sekitar jalan sebab kami terpaksa ke Jakarta malam tersebut. Tapi sempat juga aku menemui La Launa & Mocca untuk sessi interview. BEST!
Ketemu gigikita@ bandung emmang best sebab mereka ini semua sayang banget sama GIGI! Kagum!!!!..lalu kami ke jakarta menaiki train...

Di Jakarta kami disambut oleh Aries & Jake..lalu di bawa ke hostel tempat kami menginap. Sewaktu perjalanan ke hostel kami disambut oleh DEDI yang sungguh comel & peramah. Selesai check in, kami ke Sabang menikmati makanan yang dipanggil NASI GODEG..hehehe dedi ambil pelunag menyuap makanan ya? Selesai makan... kami dibawa ke MONAS, lambang kebanggan JAKARTA, mungkin.,, di sana kami sempat berkenalan dengan lebih dekat,, ngobrol dan mengenali kucing² yang JAIM.. heheh rindu kenangan tersebut...dedi..u r so sweet & jake..kamu sungguh baik.

Well kalau nak ceritakan pengalaman di jakarta memang banyak...jalan² di MAngga 2..hehe tak larat budak2 tu ikut aku shopping... nak wat camana..gila sekejap... jalan² di blok M & nonton JANJI JONI..best betul filem tu....

Ketemu anak² gigikit! di jakarta... BEA, SITTA, DHEEM2, ARIA, INGGIT, BAMBANG, dj2 yang ditemui di radio, ADIT, EMANGNYA SEMUA BAIK BANGET!

Pengalaman yang paling disimpan & diingati sampai bila²..lepak di markas GIGI & lepak d HRC ama GIGI & gigikitA..bagus banget..

p/s" ingat lagi kenangan di gambir.. waktu anak² gigikit@ nyanyikan lagu perpisahan..air mata keluar laju...

144005 | posted by kulatkulat at 10:55 | 1 comments

At least..a move...

Well... i didnt know how to describe the feeling... perhaps i'm happy... shock..or...(???). Dah tak tau nak describe coz for me
.. i didnt expect to make a move within this few weeks.
Yelah kot.. happy.. happy coz FINALLY.. i got his phone number.. we did sms eventhough jus 2 sms.. at least..sms kan?
Huhuhu..mungkin sebab dah lama sangat tak berada di era ni..era rasa suka kat sumone.. era admire orang.. may be sebab dah hilang semua tu 9 years back kan..so cam kelakarlah.. bila feel ni datang balik.. hahaha.. takpelah at least ada 1 pembaharuan untuk diri sendiri kan?

Happy untuk diri sendiri sebab dah mula berubah... tak kisah lah..
in a relationship ke tak...at least aku dah berani dengan diri sendiri.
I dont have high hope my dear frens..jangan risau..cuma buatkan diri sendiri happy. Well finally kan.. jumpa orang LAIN yang match ngan minat aku...rambut panjang. pendiam n loves music. Oklah tu..at least aku buktikan kat diri sendiri..sesuatu kan?

144004 | posted by kulatkulat at 10:23 | 0 comments

Thursday, June 23, 2005

Profesional vs Personal

Semalam, after nonton 'Constantine' & menikmati wajah Keanu di Starlite Cinema, aku, dea n anim ke bangsar, venue biasa kami untuk bersembang². Sempat lagi aku mengambil Jesse di Vista & culik dia ke Bangsar. So dalam kepenatan mengharungi minggu yang agak pack, kami menimbulkan banyak cerita & isu untuk di kongsi.

Bermula dengan masalah Anim dengan kawan sekerjanya, mem boss nya & masalah² lain, isu profesional vs personal diperbincangkan. De'a masih sakit hati & geeeraaam ngan kelakuan Ewok, aku agak tersinggung dengan cerita seseorang & Jesse masih maintain senyum walau tak dapat ucapan terima kasih dr seseorang. Jadi isu pro vs personal ini agak hebat diperbincangkan. macamana nak bezakan profesional & personal. Macamana nak mengatasinya dlaam 2 situasi yang berbeza. Mungkin kesabaran & kematangan adalah kunci utama dalam persoalan ini... tapi tanpa aku sedari rupanya memang pengalaman mematangkan & pengalaman yang buat kita kewl hadapi semua masalah remeh @ besar. Tapi apa² pun, aku kagum dengan cara kawan² aku mengatasi masalah yang melanda mereka. PRO & ada kematangan. Pengalaman kami bersama mengajar cara menghadapi situasi.

Persoalan buat hari ini: Malam ini aku pergi ke 1 tempat atas dasar profesional @ personal? Atau keduanya sekali. bersikap pro.. itu perlu walau hati mengelabah nak mati. Huhuhu dah lama tak rasa sejuk kaki tangan mcm ni. dah lama tak rasa berdebar² nak mati macam ni. Dah lama sebenarnya tak rasa suka macam ni..heheh kawan²... korang tau macamana situasi aku. Mungkin waktu ini kalah sendiri dalam menghadapi persoalan utama. PRO vs PErsonal... sebab ianya melibatkan rasa & tidak ada kena mengena dengan kerja aku. Apa² doakan aku cool malam ni k? Takuuuuut!

143934 | posted by kulatkulat at 22:10 | 2 comments

Tuesday, June 21, 2005

i miss...

i miss my mum, my sister... my friends...n i miss him.

p/s: kehairanan jc...cakap 30 patah perkataan pun nak rindu ker?

143777 | posted by kulatkulat at 4:35 | 1 comments

Sunday, June 19, 2005

round the world.... to find myself

Semalam, kayaknya happy banget. Aku n Jesse (one of my BESTEST buddy)... lagi jalan². dah lama tak rasa suasana macam ni sebab masing² busy ngan kerja. So semalam kami menonton showcase marion raven. Best gak, minah ni. Lepas nonton kami ke sungai wang, jalan2. Teman jesse dapatkan sumthing untuk sumone. N hehehe kenangan sewaktu jalan² kan jesse.

Then kita ke Sentul kan Jesse? Habis 'kerja' di Sentul, kita round² PJ. Menyaksikan bangunan² di Pj yang ditutup kerana hari Ahad.. ouh so sweet..hahahhaha (?). Abis jalan² di PJ, kami ke bangsar. Pasar malam Bangsar. Beli bunga, cari benda yang ingin dibeli untuk next time & kemudian minum² sambil becerita lagi. Dan boleh dikatakan topik major kali ini ialah JIWA kacau aku masa ni. Sorrylah Jesse, sepanjang persembangan kita, ko kena dengar 1 nama je.... in fact dalam masa terdekat ni hanya 1 nama yang korang akan dengar. 1 nama & 1 tempat. Hahahah.. aku pun tak paham ngan masalah aku yang agak kronik. Masalah yang bukan masalah sebenarnya sebab ia lebih bersifat perasaan. PERASAN mungkin? Well.... dah lama tak rasa apa yang aku rasa skang. Hahahaha.. kelakar dengan diri sendiri yang keliru.

Jadi, mungkin apa yang aku cetuskan sekarang untuk mengalih pandangan aku terhadap seseorang yang dah lama sangat melekat dalam pemikiran aku. Mungkin juga ini adalah petanda untuk aku bergerak sendirian untuk memikirkan masalah aku sendiri. Mungkin juga satu petanda yang aku ada masa depan yang lain yang tidak berpandukan sejarah aku yang kemarin. Masa depan yang boleh diubah merujuk kepada pemikiran masa hadapan. Predict apa yang bakal nampak & bakal berlaku. Melakukan perubahan maha besar dalam diri. Melakukan yang aku rasa, aku mampu lakukan. hanya aku yang paham mungkin.

Jadi.... aku mahu memohon maaf kepada teman² kerana kebosanan dengan cerita aku lately..hahah cerita yang berada dalam kekeliruan & aku pun tak paham nape boleh rasa mcm ni. Tapi..NAK juga...boleh? Hahaha!

Kata² dr blog Jesse yang buat aku terharu.... & tahap kuar air mata.. KAwan²... terima kasih atas support!

aku kenal dia since 1997..adalah dekat dekat 8 tahun
tapi dia ambil masa almost 10 years menunggu "destiny"nya
bila kita tengok couple end up dengan marriage, orang akan cakap itu jodoh mereka..
Memang jodoh manusia sejak azali telah tertulis dalam kalam yang SATU...tapi kalau kita tak cuba mencari jodoh tue berserta dengan kesungguhan pasti tidak akan membuahkan apa apa hasil...

jadi aku berdoa untuk dia, kali ini dia nampak serius.. nampak kesungguhan, kerana aku nampak bukti dengan menemani kesungguhannya untuk memiliki sesuatu...
yeah...people changes but I think everybody should change to better side

aku tumpang gembira in fact sangat gembira berkongsi rasa dengan dia..
tetap indah walau rasa yang kedua kali, felt like magic

kalau tulisan ini jadi kenyataan, dia bakal jadi pemecah tradisi di kalangan kami...
so better late than never!

anyway, thank sayang bawak gue ketemu itu CT..CT yang amat aku kagumi dengan gifted yang dianugerahkan..CT yang amat komited dengan bidang seni yang diperjuangkan..SHE'S PHENOMENAL

143706 | posted by kulatkulat at 22:56 | 1 comments

Thursday, June 16, 2005

?

I am really bad with controlling my emotion & shaking hand when i met sumone i adore. Gila dasat takleh control. And it happens lately. Even with mentioning his name or his work place, this shaking thing happened! Dasat..
Yelah..it's been 9 years since i lost all this feeling towards others coz i have sumone (the same person) for 9 years. Bunga² tu ada during 9 years tu tapi bila dah with same person so... dia nye excitement tu dah makin fade.
So, i guess... this time, aku betul2 tersuka kat this one guy. I dont know why.. mungkin karisma. Mungkin imej ngerock dia? Mungkin sebab aku single yang totally single? Huhuhu..Dahla simpan je dalam hati kerana takkan pernah berani...!

* gua respek kepanjangan rambut lu yang cantik!

143613 | posted by kulatkulat at 3:08 | 2 comments

Dah tgk BAtman Begin

Aku dah nonton batman begin... tapi cam malas nak reviu lagi sebab baca reviu budak2 opis je power². Takut kena gelak...hahahahha
TApi aku kasik4 bintang! Memang best!

143612 | posted by kulatkulat at 3:00 | 0 comments

Wednesday, June 15, 2005

update fotopages...

143576 | posted by kulatkulat at 1:04 | 0 comments