|
bank, beruk, biawak dan kehidupan.
seusai berjumpa konstable fazlan aku bergegas ke maybank SAAS berjumpa din kerana masaalah housing loan yang masih diam. wahh din kelihatan macam mesin, terlalu sibuk...meja yang bertimbun fail, talipon yang bertali arus, komputer yang lip lap, printer yang semborono, dan........ ...dan monyet yang turun dari siling ! aku bergegas bertanya pada din, ini bank kah atau zoo ? jawab din dgn selamba..dua dua.! spesis kera berekor panjang tersebut santai santai aje melihat para pegawai, kerani, tea lady dan security guard di dalam bank tersebut tanpa takut atau rasa bersalah kerana "pecah masuk bank". dia dengan gelojoh akan menyelinap ke dalam pantry dan ambil saja apa apa yang boleh di makan, hatta sabun pun jalan! bagus jugak kalau di ajar untuk membuka peti besi...kayo pakcik..!! demikian secebis kisah kehidupan di satu sudut lembah klang yang terlalu laju membangun tanpa ada simpati pada belalang barangkali, pada serangga, pada burung burung di paya, pada ular, pada biawak, pada cicak kobin, pada ikan puyu, pada tebuan, pada siput babi, pada lipan dan jengking kala, pada ulat bulu dan kerengga, pada wahhh....banyaknya yang terancam, ini termasuk "brader" yang memecah masuk bank. tidak ada, tidak ada simpati atau perancangan untuk berfikir barangkali mahu jadi apa sekelian mereka itu?, pedulikan kerana silau warna uwang adalah silau yang melekat dihati dan menjadi hijab untuk merasa kasihan. tebang sekelian pokok dan timbus sekelian lombong, ratakan sekelian paya dan gores sekelian bukit. cerita beruk lusuh anakku yang ku kendong ketika melintas lebuhraya tercicir dan disambar lori tangki aku memungut cebis hati dan kaki musnah segala kerana kami telah bertukar menjadi manusia dan manusia bertukar menjadi kami. demikian putaran alam yang tak berhenti. loppiess.kelanajaya aku yang kecil ini tidak punya tangan dan mampu, punya mahu cuma tidak cukup untuk kembalikan mereka kehutan. cuma kasihan dan keluh, pun kalau itu pun tidak ada, lalu dalam kategori apakah kita ini?
last modified Apr 12, 2004 at 5:19
pernah saya tanyakan pada seorang rakan dari timur jauh, kenapa harus dimakan ikan paus yg hampir pupus sedangkan ikan salmon banyak menari2 di perairan. dia hanya tunduk menggeleng kepala dan berkata, itu tradisi.
hutan diteroka untuk dibuat rumah. sudah dibuat rumah mahu diambil kerajaan utk dibuat jalan raya. maka diteroka lagi hutan utk menggantikan rumah yg diambil tadi. bila mahu habisnya? kerana binatang2 itu semakin tersepit kehilangan tempat tinggal dan kehabisan makanan.
p/s: segan bila loppiess melawat ke weblog saya kerana di situ tiada nukilan yg berguna, tiada mainan bahasa yg indah tapi terima kasih diucapkan kerana sudi bertandang. hehehe...
|