home
login::signup
we::blog

dari satu titik kusambung bulatan untuk satu putaran

rasanya telah lama sangat tidak kesini. kerana hari sangat cepat beredar dan hari hari yang laju tersebut menjinjingku dan mengepitku agar turut berlari bersama. ketika kakiku bagai tidak dapat berpijak ketanah, aku telah turut serta dihanyutkan dengan riuhnya hingga aku tidak dapat duduk duduk disini, kembali kedalam diri sendiri, bermuhasabah dan pusingan hidupku terasa semakin besar cyclenya, kerana setiap putaran itu berbentuk bulat dimana setiap putaran itu bermula mestilah dari satu titik , titik itu ada disini, disini loppiess, disini dititik menilai hari dan menilai diri. kegagalan untuk kesini bermakna gagal mendapat masa untuk duduk sebentar memeriksa diri setelah lelah untuk menghabiskan satu pusingan. dari lelah tersebut untuk kembali berputar guna melengkapkan jadual haruslah bermula dari yakin akan diri dan telah menyemak dosa dosa yang subur lewat putaran terdahulu. demikian kefahaman yang amat leceh..! yang harus atau tidak ada tolak ansur yang aku nikmati sebagaimana layaknya loppiess ini untuk membenarkan kenyataan betapa dia hanyut dalam metamindanya yang berahi dan asyik dengan mabukseni atau benarsalahnya segmen segmen yang berlansung. 
 
zul menghadiahkan ku tetikus yg sungguh comel untuk laptop ku. 
 
selamat malam kepada tv, kipas siling, kerusi, meja, pen, surat surat, jendela, maxi priest, shogo hamada, flower horn, kasut, bag dan surah yassin. 
 
kepada telefon bimbit, bunyikan saja alarm pada pukul enam pagi kerana seperti pagi pagi terdahulu aku akan tetap meminta pada-Nya untuk menjadikan hari hari tersebut adalah hari yang lebih baik dari hari hari terdahulu.

last modified Apr 19, 2004 at 9:18



[ add a comment ]

saya diberi suntikkan mahu bertalu talu

tq hs kerana memberikan saya tepukkan yang sangat gemuruh. tq rainbowboy kerana salut sdr. masa telah memberi saya mahu untuk menulis akan sedikit pincang samaada yg berada didalam diri saya atau sedikit disekitar saya yang turut berlari/berjalan bersama meniti jalan hidup.

102223 | posted by loppiess on April 21, 2004 at 17:08

loppiess dah kembali...
hilang sebentar loppiess membuat hs tertunggu tunggu
kabar apa yang bakal dibawa nanti
berputik rindu untuk membaca tulisanmu
terima kasih kerana masih menulis...

102016 | posted by hanyasayang on April 20, 2004 at 18:24

ada uniknya dalam lenggok bahasa kau

ada unik dalam sajak kau buat aku berkunjung ke sini..salut buat anda..

101941 | posted by rainbowboy82 on April 20, 2004 at 9:55