|
sessi pulang ke alam kali kedua.
sessi pulang ke alam kali ke dua. tetapi kali ini lebih teratur dan tidak bersimponggang. tersusun bagai balam balam pucuk hutan berbaris baris menutup bukit , ketika hujan, kabus dan awan tidak lagi berbeza. sessi pulang ke alam kali kedua adalah sessi pulang buat bersatu dengan pohon pohon seribu tahun dan lipan bara yang muncul dari selerak daun kering. penyatuan itu turut dianut oleh cendawan gajah dan helang diatas tualang yang menjulang awan. park rangers jai membawa kami menyusur lantai hutan tropika. sehari di FRIM tentunya sessi yang pulangkan budak kampung sepertiku ini kembali semula kepada hijau hutan kalau bukan ia hidup didalamnya tetapi merasa dinginnya apa lagi yang kau ingin? udara yang ku sedut adalah udara yang keluar dari desir daun dan hilai bunga bunga hutan yang kemudian masuk kejuring paru paruku seperti sebongkah ais yang dingin dan sopan, setiap nafas yang dihela adalah helaan udara yang turut mengalir dari denai denai air jernih yang melewati batu batu dan pohon reput. pedulikanlah helang yang memandang curiga lewat kumpulan kami mencecah banir tualang, hutan tua yang menampung dua ribu enam ratus species pohon tidak lelah lelah mengucap selamat datang. banir keranji atau banir pohon ara bagai khemah kecil buat berlindung dari gelisah riang riang. pianggang yang terbang tidak peduli, leaf hoppers tidak acuh, kutu daun tidak ambil tahu, pacat tengah mengilai dihujung rumput buat menyambut panas darah. cicadas dibawah daun tersenyum lewat berita hutan ini akan sebegini hingga berjuta tahun lagi. ketika hari semakin tinggi dan bayang mentari yang keluar dari celah rimbun daun daun memanah sekelian penghuni lantai hutan kami semakin asyik melihat tarian rotan sega dan manau yang melilau membelit sekelian pohon yang perkasa mengapai awan. belalang kunyit dan raja semut merah mengacah diatas ranting meranti bukit. tarian ballet buah keruing kipas yang berjatuhan diantara silang tega pohon keruing dan agam meranti merah bagai didewan orkestra, cuma muziknya hanya jajaran melodi unggas dan laungan kera dan cikah yang jauh. pohon melunak dan rengas, meraga dan balau merah beratur diantara merbau gagah, pohon kempas dan pohon putat, jerkah buah kulim dan semborono labo, ulat gongort dan raja anai anai bersatu semula dengan kami sebagaimana kami ingin bersatu dengan mereka seperti pada mulanya. betapa kasih akan hutan ini jika kita berada didalamnya tidak hanya melihat dari jauh dan melepaskan dengus kasihan tetapi merasainya dan bersatu dengannya, cukup jika pohon cengal itu mengambil 60 tahun untuk mencapai tinggi 6 meter..!, kalau yang ditebang itu sebesar pemeluk 4 lelaki dewasa lalu berapa ribu tahun ia telah hidup? , jika terus saja ditebang semuanya akan hilang, kalau mahu melihat semula bagaimana ia seperti asal maka akan mengambil masa 400 keturunan..! ohhh. akhirnya ketika waktu solat zohor hampir hampir sampai kami telahpun berada diatas canopy hutan. walaupun hujan turun jai tetap banarkan kami melalui jembatan gantung yang dibina hasil bantuan kepakaran german ( sebenarnya ia sangat simple, tidak perlu germany barangkali), hujan turun ketika aku berada diatas pucuk pucuk kayu yang secara logiknya jika tidak ada jejambat tersebut hanya helang yang mampu ke sini. dari jejambat kita dihidangkan dengan sebahagian pemandangan kota, hujan diatas pucuk kayu pohon besar, diatas bukit, di dalam hutan tropika adalah hujan yang memberikan aku kenikmatan tiada tara !! demikianlah sessi pulang ke alam kali kedua. tiada siapa lagi yang boleh menyelamatkan hutan dan menyanyanginya kecuali kita. kami bersolat zohor ketika waktu asar bergegas tiba. seusai solat ketika berdoa, dibelakang sana semua pohon pohon turut menadah tangan, kasihi kami, kasihi kami. kasihi kami !
last modified Apr 29, 2004 at 10:47
|