home
login::signup
we::blog

jemputan kawin seorang mekanik motosikal

usai usai kau dimabukkan oleh bukit putus dan kemudian wajah kuala pilah sedikit sedikit tertonjol dari bukit bukit dan jejeran sawah terbiar yang gadang. pekan yang sunyi dan kau singgahlah di bazar pekena rojak banjir special atau duduk sebentar pekena cendol di bas stand jika kau terlalu lapar atau boleh saja tahankan lapar menjelang sampai kerumah kenduri, nyonya penjual limau dan si mumbai penjual kain masih mewarisi hari ini kuala pilah. 
 
terus saja ke arah batu kikir, masuk kiri sebelah balai polis terus dan terus ke padang lebar, pedulikan lembu lembu yang tidur dijalan, pedulikan pemandangan yang tidak indah, selepas padang lebar kau jumpa kg keru dan tanya mana rumah si acai? 
 
selamat pengantin baru pada si acai, dihadapan, hidup bukan lagi boleh dipacu enak enak saja, ada tanggungjawab terpikul dijemala. 
 
wahh, doa kau agar hujan turun setiap malam agak tercapai, tetapi kesian si penoreh getah..!

last modified May 3, 2004 at 9:05



[ add a comment ]

rindu pada Kenudai yg membawa saya pd denai dan menajo tidak pernah padam dlm jiwa.Meskipun raga kian semakin menuju senja tapi rindu pada Kenudai tidak akan mati malah tetap subur.
Disana ada kehidupan lampau yg menyuluh jalan dihadapan yg kelam.Kerana kehidupan lampau itu akan sentiasa mengingat saya agar tidak lupa pada asal usul ....

Terima Kasih pada Saudara atas sajak itu.

107241 | posted by jangnoes on May 23, 2004 at 6:39

rindulah pada kenudai

rindu pada kenudai
(kepada jangnoes, saya harap dia membacanya)

rindulah pada kenudai
pada denai pada rawai
rindulah untuk manajo
silimbat atau keli dacing
puyu atau sepat
duri atau pacat

rindulah pada kenudai
yang satu hari dulu
tempat padang hidup dipalu!

105905 | posted by loppiess on May 13, 2004 at 9:49

..barangkali Acai terlupa dlm keghairahan mencari kedinginan hujan dia juga pernah menjadi seorang penoreh . Dia juga pasti faham tentang kehidupan si penoreh ketika musim hujan.Memikirkan keberungtungan yang sedikit pada setiap mangkuk susu getah yg akan hanyut hasilnya dibawa hujan pd musim tengkujuh. Demikianlah manusia ketika nafsu mengatasi rasional maka diri orang lain tidak lagi dipedulikan. Tetapi saya pasti Acai bukan begitu..........

105227 | posted by jangnoes on May 10, 2004 at 4:13