|
musim panas tak kunjung usai dan awan yang hilang
kebelakangan ini panas sangat memijar. panas siang yang mencucuk tersimpan di dinding rumah yang bila kala malam tiba panas itu keluar menghuni ruang bilik. ketika malam larut dihuni oleh panas yang pijar dan hamis tersebut menghasilkan tidur yang engkar dan mimpi tidak mahu bertamu. dikala siang panjang dihuni oleh hanya langit yang biru, awan entah dimana hilang, panahan matahari memang hinggap keubun ubun. memang telah beberapa hari panas yang tak usai usai siang malam ini menghuni alam, malas dan rimas datang bertanya jika mahu dikongsi? minumlah air kosong banyak banyak!
last modified May 13, 2004 at 9:43
musim panas tiba..aku dah terasa bahang dia yang kunjung tiba..kena minum banyak air kosong untuk kesihatan aku..rumah pun berbahang semacam..
|