|
cuma satu angan angan ketika aku berdepan dengan panas tengahari yang hamis.
Yahaya baru saja menghembuskan asap rokoknya yang kedelapanbelas juta. asap yang pada mulanya bertapa dihujung rokoknya yang marak kemudian disedutnya melalui mulut melalui penapis yang nipis dan asap itu kemudian berlari masuk kebatang lehernya, melewati saraf saraf yang berselirat dan kemudian sampai keparu parunya yang bergerak gerak seperti daging kerbau yang baru disembelih. puas..!!, nikmat, atau bahasa yang paling sesuai ialah kemuncak pada kepuasan hasil dari apa apa kejayaan atau perlakuan..! kemudian setelah beberapa waktu asap asap itu berpuing puing bagai telah tiada arah yang jelas untuk dituju, sebahagiannya kemudian bertolak tolakkan ingin keluar semula melalui jalan yang sama barangkali atau jalan yang lain yang berhampiran, kemudian mana mana yang berjaya ketemu jalan keluar turut menyertai sebahagian lagi asap yang memang tidak sampai keparu paru dan mereka berbondong bondong di hembus keluar oleh dengus yahaya melalui lantai lidahnya yang basah dan juring giginya yang kuning. dan asap asap yang keluar itu bebas pula meracuni segelintir hidupan dikiri kanan yahaya, ini termasuk pokok pokok renek, bayi bayi yang mongel, para semut yang beratus di dinding, malah juga para lalat dan nyamuk, apatah lagi orang orang lelaki dan perempuan dewasa yang tengah berdiri berkata kata sesama mereka tentang harga saham yang turun dibawah paras 800 mata. asap asap yang keluar setiap kali dengus yahaya berkumandang silih berganti menerawang ruang angkasa lalu berjumpa teman mereka yang keluar dari juring ekzos bas, motosikal, kereta, lori satu tan, steam roll, vespa, van dan dari chimney atau corong yang tertunjang keluar dari atap kilang, percampuran mereka dari berbagai sumber wahh, menghasilkan pesta pula diudara dan angkasaraya, penyatuan mereka terus masuk melalui nafas para hidupan yang melata dan keluar semula dari berbagai arah. masuk dan keluar, masuk dan keluar, masuk dan keluar sebebas bebasnya tiada siapa yang menghalang sebelum mereka naik ke kolong langit barangkali dibawa angin untuk menjadi awan dan hujan. seperti yahaya dan semut semut itu aku turut berpesta. mak, kalau saya punya duit satu juta, saya ingin berhenti kerja saja, duduk dgn mak dikampung, apalagi mak dah tua dan baru balik dari umrah, solat subuh disurau ketika bunyi tabuh mengimbau, kokokkan ayam, atau melukis sebebas bebasnya tanpa ada jadual. mandi hujan atau ke jeram tengkek membiarkan tubuh dipalu air terjun, pergi kehutan mengikut si amat buai mengintai lebah atau landak raya. duduk bermanai. tiada asap yang banyak dan tiada racun yang bersatu. kalau ada pun cuma asap mak membakar sampah daun nyior. saya boleh bernafas sepuas puasnya ketika masih boleh melakukannya.
last modified May 15, 2004 at 23:12
saya akan menulis semula kisah pelayaran yang berikutnya.. kisah debur ombak dan camar, horizon dan ikan lumba lumba, leningrad dan gotterburg, bay of biscay dan teluk satander.
loppiess, bila mahu menyambung kisah pelayaran?
saya juga ada angan2 yg sama. mahu lari jauh2 dari asap2 beracun di kota raya jelik ini dan memiliki sedikit kekayaan utk keluarga dan diri sendiri. cuma mungkin yg berbeza adalah pelan kehidupan sehari-hari.;-)
|