home
login::signup
we::blog

aku tidak mencopet dan surat kepada gaffar

ketika aku menulis ini pagi sudah begitu larut, malam dan gelap akan pamit bila bila masa sahaja, kedatangan siang dan matahari akan kembali memulakan pusingan kehidupan dan usia semakin pendek, perjalanan semakin pendek kalau pun tidak terlalu terdesak. 
 
demikian lahapnya masa mengambil usia kita dalam ketidaksedaran atau leka. alpa bagai permaidani baldu yang terbentang dan kita tertidur di atasnya. tidak mahu atau tidak usah terlalu dangkal dengan sedar atau muhasabah, ayuhlah bergembira, bersedih sedihan begini mahu jadi apa? 
 
tidak mahu solat atau biarlah kerana esok masih barangkali wujud di atas dunia ini dan nafas akan berjejeran semula dan udara masih akan bertiup di bawah hidung dan hidung tentunya akan berwenang menyedutnya dan melepasnya. jantung bisa saja akan mengepam darah dan menyalurkan kesemua urat saraf bilamana urat urat yang datang dari tulang belakang itu hidup hasil arahan otak maka jasad akan seperti juga semalam yang tidak ada cacat celanya bergerak, menyanyi, makan, melihat, mendengar, tidak berbeza secuit pun dari semalam. itulah hidup dan kemudian hidup itu akan berhadapan dengan kehendak, kerja, komputer, kereta, seks atau apa saja..tidak berbeza bukan? sama saja, sama saja seperti semalam atau barangkali seperti esok. getar atau mahu atau lapar atau sakit atau marah akan berulang dan berulang, hidup terus dijalani. 
 
kemanusiaan memang ada dan aku memang manusia yang baik !, tidak mencopet, tidak meludah semborono, tidak bercakap lucah, tidak mengadu domba, tidak mempunyai hati yang terlalu busuk, tidak mengejek si hodoh, tidak mendengki, tidak berzina, tidak memfitnah, tidak menonton andengan lucah, tidak memukul kucing, tidak membaling anjing, tidak berkata babi, tidak berbohong, tidak melawan mak bapak, tidak cemburu, tidak ponteng kerja, tidak mencebek jiran, tidak berhutang, tidak bermain judi, tidak..tidak..tidak..tidak..tapi cukupkah aku menjadi manusia hanya dengan begitu? 
 
________________________________________________________ 
 
kepada sahabatku gaffar 
 
musim sangat kering sekarang, langit telah kehilangan awan, rumput rumput di padang mula menjadi kuning. ketika aku menulis ini angin masih bertiup kasar dari hujung padang, daun daun yang tua segera luruh dan burung burung telah berhijrah entah kemana. 
 
agak lama tidak hujan, pohon pohon dihujung padang kelihatan resah. wajah wajah pohon yang bimbang itu semakin jelas bila tengahari yang pijar terasa seperti amat perlahan berlalu.  
 
gaffar, aku tidak menulis apa apa yang sangat penting untuk kau tahu, tetapi cuma berita tentang tan sri khalil yakkob telah di lantik yang di pertua negeri melaka yang baru. kalau tak silap aku beliaulah yang menyebabkan ribuan hektar hutan di pahang menangis tersedu sedu atas pembunuhan beramai ramai si tualang, merbau, jati, mempaga, meranti, dan banyak lagi. 
 
baliklah gaffar ke sini, bapa kau buat baca yassin 41 untuk dilembutkan hati kau biar balik dan bekerja saja di sini,  
 
sehabat mu, 
 
loppiess

last modified Jun 17, 2004 at 16:41



[ add a comment ]