|
catatan buat lelaki kekar
dia lelaki yang miskin, miskin kebebasan, miskin keadilan, miskin kepura-puraan. dia lelaki kaya, kaya rohani, kaya keinginan yang menyala, kaya dengan perjuangan yang punya matlamat, kaya kejujuran, kaya kebenaran. dia lelaki yang sepi di dalam sel yang kecil ini hingga dalam kesepian itu dia terdengar dengupan jantungnya sendiri selain denting jam saat yang seperti denting jantungnya juga. dia keseorangan berselimut ketabahan dalam setiap dingin malam atau pijar siang, sel itu tidak bertingkap yang ada cuma dinding batu yang kekar selain sebuah pintu yang murung dan siling yang gelisah. lantai simen lepa yang licin dan meja tulis yang haloba. lelaki itu tidak diperdayakan oleh sekitarnya, baik gelisah, murung, duka atau sedih, baik rindu, kasih, hiba atau marah. semua itu tidak dipedulikan lelaki itu. lelaki itu masih tega, masih kuat dan semangatnya masih tak padam walau hidup di sel sempit dan sunyi ini mengodanya pada keindahan dan kebebasan setiap saat. ketika aku dan sekawan angin menyelinap masuk ke selnya melalui sela pintu yang terbuka ketika warden tua itu menghantarnya sebuku roti pada satu pagi, saat itu dia tengah asyik membaca ayat ayat suci. kemudian dari al quran berbahasa arab itu dia mengalihkan tangannya ke kitab al quran berbahasa melayu pula, mulutnya, matanya dan hatinya tidak memperdulikan roti tersebut. aku dan sekawan angin kemudian melekat di atas siling biliknya. lelaki itu bukan sahaja dikurung malah di nafikan untuk beroleh rawatan pada tulang belakangnya, bukan sekejap ia berjasa pada negara dan bangsa, malah berpuluh tahun juga semenjak dari bilik kuliah semasa di universiti, lelaki itu saban saat dalam kesakitan, sakit, sakit, sakit. lelaki yang bersendirian di dalam sel sempit itu dan dalam kesakitan pula kini melalui jalan yang sangat getir. isteri dan anak anak yang merintih, yang merindu kepada sebagaimana kehidupan sebelumnya atau yang sangat berkeinginan kepada kehidupan yang sebagaimana layaknya manusia. anak anak yang sangat mendamba pelukkan ayahanda, isteri yang mahu masuk kedalam sinar mata suaminya saban saat. mereka mahu bersama untuk melihat matahari bangun dan sama sama mendengar burung menyanyi, mahu makan bersama barangkali, mahu bermain bersama barangkali, mahu bergurau bersama barangkali, mahu mengulangkaji pelajaran bersama barangkali, mahu bersama suami, mahu bersama ayah setiap sela jarum saat bergerak tetapi alangkah! dari siling aku masih lumat memerhati lalaki tabah itu. dia memang lelaki yang menghumbankan dirinya sendiri ke lembah neraka kerana membawa benar buat maruah marhaen di segenap pelusuk. Gamakkah engkau menuduh lelaki berkarisma itu seorang peliwat yang membogelkan lelaki dan meliwatnya berulangkali!, terdayakah engkau menuduhnya sebegitu sadis dan kejam dan menjajanya keserata dunia untuk melihat maruahnya jatuh seperti hujan turun? alangkah, dimanakah kemanusiaan?, bukan manusia yang mampu berkelakuan demikian tetapi adalah sekumpulan anjing yang liar kalau bukan ia sekumpulan syaitan! segenap ruang untuk beroleh keadilan telah dinafikan untuk lelaki itu bergayut dan memohon belas ehsan. kepada manusia manusia yang terlibat menyiksa lelaki itu sedemikian rupa aku mengucapkan selamat mati dan berdepan dengan neraka yang apinya menyala-nyala.
last modified Jun 28, 2004 at 1:46
Kamu tersalah konsep doa ni loppiess, doa hanya untuk pekara yang baik-baik sahaja. Bukannya "mengucapkan selamat mati dan berdepan dengan neraka yang apinya menyala-nyala".
kalau kamu orang yang alim (mengetahui), kamu tidak melakukan sebegitukan.....?
Sehebat mana pun seorang sasterawan, setiap katanya mesti ada batasan.
aku tidak pernah melupakan lelaki itu walau selama mana pun dia disembunyikan. dia banyak mengajar aku erti perjuangan. walaupun aku lari bila dikejar tetapi aku tetap akan kembali dan kembali....
Dunia yang semakin tua, keimanan dapat dibeli dengan wang ringgit maka tak hairanlah kebenaran untuk membela lelaki itu telah dijual kepada syaitan bertopengkan manusiaa..
|